Metafizik

Titik terendah

5:11 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Baik, sifu nak share sikit kenapa sifu wujudkan #gengtahajjud nie.

Berapa ramai kat sini, yang ada macam-macam masalah, pening, tak tahu nak buat apa, sales drop dan sebagainya..?? Cer reply SAYA

Kenapa sifu wujudkan #gengtahajjud dan #gengdhuha ini adalah begini.
Ini nanti apa yang sifu akan kupas dalam Modul Pengurusan Kewangan - FAST (Sub topik : Pelaburan Langit). 

Baik, sifu istilahkan hal tersebut dengan "TITIK TERENDAH" yang sifu kaji dari pelbagai pengalaman ILMU RASA dalam hidup sifu dari ZERO TO HER0, HERO TO ZERO dan akhirnya ZERO TO HERO semula. 

Ringkasnya begini, pernahkan kalian mengalami keadaan begini..?? Produk tak laku, gagal tak kunjung tiba, cita cita tinggal angan-angan, menganggur, muflis melanda, sakit, kena aniaya, dihina, dipinggir, dipinggirkan dan sebagainya. Pada hakikatnya jika kalian mengalami keadaan seperti ini, kalian sedang berada pada situasi KRISIS DIRI DENGAN TUHAN, harga paling rendah dan titik terendah di sisi Allah.

Pada saat inilah, selain melakukan muhasabah dan mujahadah diri, sebaiknya kalian juga perlu bersyukur. Betul sekali bersyukur kerana Allah beri kesempatan ILMU DAN PENGALAMAN RASA untuk melakukan teori ROLLERCOASTER KEHIDUPAN atau membeli pada harga terendah dan berpeluang untuk menjual pada harga tertinggi. 

Mari kita perhatikan fenomena seperti berikut: KAABAH, SUJUD, MENGANTUK BERAT, TAWADDUK (RENDAH HATI), BERDOA & BERZIKIR DENGAN SUARA RENDAH, TERANIAYA, SAKIT ATAU MASA MASA SUKAR.

Apa persamaannya?

a) KAABAH
Bangunan yang paling mulia di muka bumi ini berada di suatu lembah di Mekah, kita diajarkan barangsiapa yang solat di situ pahalanya digandakan sebanyak 10,000 kali. 

b) SUJUD 
Kedudukan paling rendah ketika kita solat, kita diajarkan untuk berdoa pada sujud yang terakhir kerana itu adalah satu waktu utama doa akan dimakbulkan. 

c) MENGANTUK BERAT 
Tengah malam adalah saat manusia dalam keadaan yang sangat letih dan mengantuk sangat, kita diajarkan untuk bangun untuk mendirikan solat malam yang merupakan salah satu keutamaannya, doa kita akan segera dimakbulkan. Itulah waktu 1/3 malam waktu tahajjud. 

d) TAWADDUK 
Ketika manusia dalam keadaan tawadduk, berdoa, berzikir dengan suara paling rendah adalah syarat untuk doa kita dimakbulkan. 

e) TERANIAYA 
Kita telah diajarkan bahawa doa orang teraniaya pasti dikabulkan oleh Allah, ada kisah yang mengatakan  bahawa ketika orang teraniaya berdoa, maka seluruh pintu langit akan terbuka dan doa itu akan didengari oleh seluruh penduduk langit dan terus sampai kepada Allah.

Dalam Al quran, Allah sudah menegaskan 2 kali dalam hal ini iaitu "BUKANKAH SESUDAH KESULITAN ITU PASTI ADA KEMUDAHAN" dan  "BUKANKAH SESUDAH KESULITAN ITU PASTI ADA KEMUDAHAN" dalam Surah Al-Insyirah. 

Jadi keadaan krisis atau titik terendah bukanlah suatu untuk kita keluhkan. Melainkan untuk kita muhasabah dan renungkan dan disyukuri kerana kalian semua mendapat keistimewaan dari Allah. 

BARANGSIAPA PANDANG BALA, HILANGLAH NIKMAT. 
BARANGSIAPA PANDANG NIKMAT, HILANGLAH SEGALA BALA.

Kerana inilah, guru sifu pernah berpesan bagi kalian yang sedang berada di titik terendah, SETULUS HATI SIFU INGIN MENGUCAPKAN TAHNIAH. KERANA KALIAN MENDAPAT TIKET VVIP untuk sujud kepada Allah, bersama dan mendekatkan diri kepada Allah. 

Kerana HAKIKAT INSAN, SELAGI TIDAK JATUH BERTELUNGKUP LUTUT, SELAGI ITU TIDAK TIMBUL KESEDARAN HIDUP BERTUHAN.

Faham faham

0 comments: