Tribe #769 - SAFT

Semuanya dari DIA

9:11 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Perkongsian daripada Puan Zaliah Hassan

"I kehilangan jantung jap tadi. Ya Allah.
Hantar kakak sekolah. Adik tido. I memang tinggal.
Balik2 adik takde. 😭😭😭😭

Pusing the whole apartment kompleks tempat dia selalu pegi. Jerit nama tak jawab. 
Selalu jawab. Orang semua tengah sibuk pi keje. Anything can happen. Nauzhubillah

Tanya org2 kat bawah semua tak nampak. Dah buat drama nanges, diorang suggest pi jumpa guard. On the way to guard house, elok dia pun berjalan ke guard house, dengan payung dengan a guy. Ya Allah... 🙈🙈

Si anak rilex je. Kata that guy nampak dia main kat playground tengah2 hujan.
Keluar dari rumah ikut grill. Lolos.
Naluri ibu I kelaut dah masa tu. Risau sebab apartments. Who live in there we never know.

😁😁 just sharing. Allah kan ada. Tapi panik ya amat. Pikir macam2 dah
Fokus kat masalah. Tak fokus pada solutions.

Allahuakbar. Peringatan dari Allah.
Something must put in action in caring them
Yang I terlepas pandang. Allah amik kejap. 30 min hilang.

Tq semua Alhamdulillah. Dah berlapang dada the moment I saw him.
Ya Allah, yang disembah, dan  tempat memohon pertolongan. Ini je helpdesk saya Sifu.

Huraian Sifu Farihan Yahya :

Syukur Allhamdulillah, Allah kan ada
#GengTahajjud tak terjejas In Sya Allah

ALLAH AKAN JAGA HAMBANYA YANG MENDAHULUI DIA ATAS SEGALA SESUATU
Barangsiapa mendahului AKU di atas segala sesuatu, AKU akan mendahului hambaku di atas segala sesuatu.
Barangsiapa menjaga urusan mereka dengan AKU, AKU akan jaga urusan mereka.

Jaga Tahajjud, jangan tinggal dalam doa tahajjud itu minta Allah lindungi jaga diri sendiri, anak-anak dan keluarga dari malapetaka dan musibah yang tidak diingini.

Hingga saat ni pun DIA jaga kita sebab itu kita masih bernyawa dan bernafas, sekadar syariat sebagai hamba, hakikatnya KULKULLUN MIN INDILLAH, semunya dari DIA juga.

Apa ilmu Allah nak kita semua di sini dapat ilmu pagi nie
Cer share Tafsir Surah 9 ayat 20, sifu kira ada mesej Allah nak sampaikan
Teacher ini sebagai bahan ujikaji Allah sahaja
Kita semua pun bahan ujikaji Allah juga

BARANGSIAPA PANDANG BALA HILANGLAH NIKMAT
BARANGSIAPA PANDANG NIKMAT HILANGLAH SEGALA BALA

(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. 
(At-Taubah 9:20)
Ya Allah.. 😭😭😭

Allah didik kita semua hari ini dengan satu ilmu, bahan ujikaji adalah salah seorang ahli keluarga kita

Ujian paling besar TAHAP KEIMANAN, LEVEL KETAUHIDAN setiap hambaNya adalah bila kita diuji dengan KASIH SAYANG (AR RAHIM), kita semua hadir ke dunia pun atas sifat Ar Rahim (kasih sayang) Allah.

Allah nak tengok betul ka kita nak hidup BERTUHAN DAN BERTAUHID
atau sekadar mainan di bibir mulut kita sahaja, tidak selari dengan Hati kita

Bukan kita sahaja cemburu,
ALLAH JUGA MAHA CEMBURU KALAU DI QALBU KITA INI ADA BENDA LAIN BERTAKHTA, DIDAHULUI SELAIN DIA

DIA NAK KITA LETAK DAN DAHULUKAN DIA DULU
ITU URUSAN KITA SEBAGAI HAMBA
SELEBIH URUSAN DUNIA ITU URUSAN ALLAH

YANG MENDATANGKAN UJIAN ITU PUN DIA
YANG NAK SELESAIKAN PUN DIA
SOLUSINYA HANYA ONE ONLY
KEMBALI SUJUD PADA DIA

YANG NAK BERI SESUATU PUN DIA
YANG NAK TARIK BALIK PUN DIA
ITU HAK DIA, IKUT DIALAH NAK AMBIL BILA BILA MASA
JANGAN DITANYALAH BAGAIMANA DIA NAK AMBIL TU
TUGAS KITA ADALAH INGATAN YANG TIDAK PUTUS 24/7/365 PADA DIA

Sifu sudah menjadi bahan ujikaji dan lalui fasa ILMU KASIH SAYANG INI
Bila mana sifu melalui fasa kejatuhan
Terpisah hubungan KASIH SAYANG ANAK ISTERI selama 2 tahun
Tuhan sahaja yang tahu
Sebab tu sifu selalu kata
DALAM CERITA ORANG ADA CERITA KITA
DALAM CERITA KITA ADA CERITA ORANG LAIN
BERUNTUNGLAH YANG MENJADI BAHAN UJIKAJI
EXAM LEVEL IMAN DAN LEVEL TAUHID
HANYA YANG MINUM AIR LAUT SAHAJA
TAHU SEJAUH MANA MASINNYA AIR LAUT ITU

Dudukkanlah dirimu bersama kehidupan duniawi, sedangkan qalbumu bersama kehidupan akhirat. Dan rasamu bersama Rabbmu. (Syaikh Abdul Qadir Al Jailani)

Pepatah Arab ada menyatakan, "Man Zaaqo 'Arofa." 
Kira2 maksudnya, siapa yang merasa (sesuatu), dia mengetahui (bagaimana rasa sesuatu itu).

0 comments: