Metafizik

Pattern dan Chasis Diri

2:52 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

"Saya bersyukur sebab sifu dari awal lagi dah cerita dekat sy #Pattern dan #Chasis diri saya.
. . maka bermula dari situ, sifu tolak saya pada Platform dan #Field yang sesuai.
asalnya dulu sebelum bertemu Sifu #keAKUan tu boleh tahan la meroket ..
so lepas hadam 2 hari kelas bersama sifu , perlahan2 paham .. dekat mana yang perlu saya #polish  . . (Tuan Kawaras Yahya) "

Huraian sifu :
Benar kata UK, diri kita nie seumpama kereta jugek.
Diri kita ini hakikatnya Allah sudah #design, #pattern siap dengan #chasis body lagi
Setiap kilang kereta PROTON, dalam kilang tu semua kereta PROTON IXORA, bentuk sama, spesifikasi sama, yang membezakan antara satu sama lain apa dia, cer jawab..??

Jawapan dari Tuan Faiz Ridzuan,
Baik, saya cuba ya...
Yang bezanya...
Jalan yang di pilih untuk ke destinasi.
Betulkan jika salah saya sifu.

Huraian sifu :
Benar, itu pada yang mampu melihat kain hingga ke kapas
Terbaikk jawapan yang diberi

Lagi

Sifu banyak guna analogi yang related dgn kehidupan seharian supaya mudah faham..

Cara pemanduan sifu

Kita hidup nie kan biarlah seumpama pelangi
Ada warna warninya
Kita boleh cari rezeki seluas air di lautan
Kita boleh kalau nak cari pengaruh seluas padang pasir
Tapi hidup biar ada nikmatnya kann
Nikmat gurau senda
Nikmat bersilaturrahim
Nikmat berkasih sayang dan sebagainya
Kat tribe biarlah ada warna warni kehidupan
Time kena belasah tu belasahlah
Time nangis tu nangis lah
Time melawak tu  melawaklah

Sifu masih pegang pesan Guru :-
"Dalam 1 bulan, kau kena cari sebab utk menangis, sebab bila kau menangis, hati kau tak jadi sekeras batu sampai lupa Tuhan, tapi bila kau menangis kerana Allah, atas jalan dan agama Allah, Allah akan limpah rahmat dan kasih sayang ke atas hamba itu"

Para sahabat dulu, tidak dijanjikan apa apa oleh Allah, tapi bermati matian berjuang untuk meraih rahmat dan kasih sayang Allah. Kita yang Allah sudah janjikan macam macam, amat kelakar dan kesian kalau tak merebutnya.

Soalan :
Sebelum kita sambung bab PROTON EXORA tadi, sifu nak tanya satu benda
Kat batu nisan kat kubur tu ada tulis apa

Jawapan :
Kembali ke rahmatullah
Tarikh lahir-mati
Nama
Al fatihah

Huraian :
Benar cikgu, KEMBALI KE RAHMATULLAH
Ada tulis KEMBALI KE SYURGA TAK..takde

Habis yang duk penat lelah KEJAR NAK KE SYURGA itu nape
Itu yang kadang kadang semangat turun naik
Kejap timbul kejap tenggelam
Bukan sahaja sahaja itu Allah buat itu
Cuma yang faham atau tak nak cuba faham sahaja

KEJARLAH RAHMATULLAH ATAU RAHMAT ALLAH
sedangkan dikisahkan ada anak gadis yahudi dimasukkan syurga kerana memberi seekor anjing minum air dalam sepatunya

Jadi, mcm mana nak KEJAR RAHMAT ALLAH itu
FASTABAQUL KHAIRAT, berpesan pesan dan berlumba lumba untuk berbuat kebaikan, sharing yang baik baik, cakap yang baik baik, kongsi ilmu yang baik baik dan sebagainya.

Satu satunya yang paling mudah untuk dapatkan RAHMAT ALLAH, adalah pimpin untuk kembali berada di atas IHDINASITARULMUSTAQIM

Apa itu IHDINASIRATULMUSTAQIM..??
JALAN JALAN YANG LURUS DAN DIREDHAI ALLAH
JALAN MANA SATU
JALAN MENUJU JALAN KEMBALI KE RAHMAT ALLAH
IATU MENGENAL DIRI DAN MENGENAL ALLAH

Sebab itu salah satu topik SAFT cerita tentang AMANAH, sekarang nie baru peringkat SIDDIQ..tentang AMANAH nie esok esok kita akan ditanya

AMANAH YANG DIBERI KITA JAGA TAK
KUDRAT (tenaga), IRADAT (kehendak), SAMA (mendengar), BASAR (melihat), ILMU (ilham), KALAM (kata kata)  HAYAT (nyawa) selama dipinjamkan sementara di dunia, kita usaha dan manfaatkan sebaik baiknya atau tak, utk MENGENAL ALLAH..

DUNIA jangan tinggal sebab nak memenuhi komitmen dunia kena usaha utk survival hidup, jap lagi kita sembang bab #pattern dan #chasis diri.

Para sabahat, mengejar duniawi, tapi dunia letak di tapak tangan, dengan dunia para sahabat dapat kembangkan Islam dan membina networking. Kalau Rasulullah SAW dan para sahabat tak membina networking mana mungkin Islam sampai ke Tanah Melayu. Cara depa membina networking sepertimana dalam tribe ini, platform BUSINEESS, ILMU as a Front End marketing.

Back End Marketing depa semua kembangkan ilmu TAUHID, ILMU SIFAT 20, bawa orang SELUSURI JALAN KEMBALI

sebab di sini, sifu gunakan platform ilmu METAFIZIK SAINS PENOMBORAN ISLAMIK BERASASKAN AL QURAN sebagai asbab pertemuan dan silaturrahim kita di tribe ini, sebab ramai kat luar sana lebih teruja nak KENAL NOMBOR dari KENAL TUAN PEMILIK NOMBOR ITU SENDIRI.

Sebab itu di sini, kalian di sajikan dengan ilmu mengenal diri dalaman (Tauhid), dan luaran (system numbering)
Ada kulit dan ada isi baru sempurna.

Faham faham

Jawapannya, adalah begitu jugak dengan diri kita, Allah sudah patternkan siap siap dah.

Yang membezakan antara semua kereta PROTON IXORA dalam satu kilang yang sama adalah CHASIS BODY. DIRI kita ini masing masing sudah disiapkan dengan CHASIS BODY (Code), sebab itu mat salleh ads buat movie yang ada bar code kat leher. Siri Bourne Identity itu adalah antara contohnya

Berapa ramai nak tahu CHASIS BODY masing masing..??

0 comments: