Metafizik

Ilmu Laduni

7:29 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Assalamualaikum kekasih2 Allah dan Rasulullah s.a.w

Selamat menunaikan Solat Fardhu Maghrib

Bismillah

Soalan : Apakah itu ilmu laduni?

Jawapan : Ilmu laduni adalah ilham atau nikmat pengetahuan yang dicapai oleh mereka yang bertakwa (mengenal Allah Ta’ala). Juga dikatakan Ilmu Makrifat. Dilimpahkan kepada hati aulia-Allah yang jernih dan bersih dari segala penyakit2 hati seperti syirik, cinta dunia dan was-was.

Soalan : Apakah Yang diajar oleh Guru Mursyid?

Jawapan : Guru yang mursyid mengajar bukan sahaja mengajar berpandukan Al-Quran dan Hadis Qudsi, malah ilmu pengetahuannya diperolehi daripada pengalamannya sendiri yang pernah dilaluinya semasa latihan mencari ilmu hakiki dan makrifat bersama gurunya terdahulu.

Soalan : Mengapa Perlu berijazah (Bai’ah) bila ingin berlajar ilmu makrifat?

Jawapan : Guru Mursyid yang berpengalaman adalah seorang guru yang pernah diijazahkan oleh guru asalnya. Ijazah sangat sangat diperlukan kerana terdapat barakah iaitu mempunyai kesinambungan dari satu guru ke guru sebelumnya (salsilah), dari seorang wali Allah ke wali Allah yang sebelum sehinggalah sampai kepada Rasulullah Muhammad SAW. Atau dalam lain perkataan adalah kesinambungan tenaga illahi iaitu kefahaman atau kesedaran yang hakiki yang diperturunkan dari Rasullullah hinggalah dari satu guru hinggalah ke satu guru yang lain.
.
#AwalnyaAllahAkhirnyaAllah
#20JAN

" Sahaja kami berkongsi kerana Allah Taala "

www.KawarasYahaya.com

bit.ly/NubisPotensiBisnes

0 comments: