Metafizik

Redha, Tawakkal dan Sabar

5:00 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Sifu Farihan Yahya :
Faiz, sharing sikit apa yang patut. Silakan.

Tuan Faiz Ridzuan :
Tak tau nak sharing apa. Bagi idea sifu.

Sifu Farihan Yahya :
Bila hati yang berkata, hati jualah yang akan mendengar nanti
Follow your instinct, belajar jangan guna lintasan kedua kerana lintasan kedua itulah bisikan syaitan. Refer Surah An Nas. Latih guna lintasan yang pertama, itu namanya Lintasan Khir, ilham direct dari Maha Pencipta.

Tuan Faiz Ridzuan :
Baik..
Bismillahirrahmanirrahim..
Sahaja saya berkongsi kerana Allah taala.

Saya mulakan kisah saya bagaimana saya dari
HERO TO ZERO
Moga menjadi sempadan buat sahabat.
Boleh?

Alhamdulillah.
Allah beri satu KEJAYAAN yang sangat besar ketika saya usia 19 tahun.
KEJAYAAN yang tak terfikir oleh mana² remaja pada ketika itu.

6 figure achiver per month.
Method yang saya gunakan offline networking.
Ketika diberi kenikmatan.

Sifat keAkuan sangat menebal.
Bagi saya,
Aku memang layak dapat
Sebab aku usaha.

Allah..
Bila ingat balik kisah lampau.
Menangis, sendu, hiba..

Riak dan sombongnya aku ketika itu.
Saya fikir segalanya hasil usaha saya.

Sedang kan aku ni ADAM (tiada)
Dek lalai dengan kemewahan dunia.

Allah tarik 1 per 1.
Sehinggakan dihantar olehNya ke dalam lokap. 7 malam.
Alhamdulillah didapati tak bersalah.

Tapi, pandangan kawan², family dah berubah.
Dulunya disanjung. Sekarang dipandang sinis.

2 bulan murung. Nasib masih waras. Hehehe..
Kalau tak, mau tak jumpe sahabat semua.

Empayar yang dibina sehingga ke Indonesia
Ranap dalam 3 bulan.
Allah...
Murung jadinye..

Sekarang tengah membina balik legasi.
In Shaa Allah..
Kali ni akan bersama sifu farihan dan sahabat² yang lain.

Setakat ni perkongsian saya.
In Shaa Allah..
Jika diizinkan.
Saya akan sharing lagi.
Semoga kisah saya menjadi sempadan buat semua.

In Shaa Allah, kena yakin je kan. Pesan pada diri sendiri, sabar, redho dan tawakal.

7 formula utk terus kekal yakin
1. Yakin
2. Yakin
3. Yakin
4. Yakin
5. Yakin
6. Yakin
7. Yakin

Ulasan Sifu Farihan Yahya :
Layankan jasad ADAM tu selagi hayat dikandung badan, jalan terus.
Besar dugaan, besarlah Allah nak bagi nikmat selepas tu.
KENA BELAJAR MELEPASKAN UNTUK MENDAPATKAN

Allah janji dalam Al Quran dalam Surah Al Insyirah :
DI SEBALIK KESULITAN PASTI ADA KESENANGAN
Kena hadaplah dengan Redha, Tawakkal, Sabar.

Allah sesekali tidak akan beri apa yang kita minta, tapi Allah akan beri apa yang kita perlukan.

Ramai daripada kita nak KAYA, berdoa siang malam nak KAYA.
Maka Allah datangkan ujian MISKIN
Allah nak kita sedari YANG KITA NIE CUKUP HANYA PERLU ALLAH selesai segala masalah.

Ramai daripada kita nak BANYAK DUIT, berdoa siang malam agar dilimpahi DUIT
Maka Allah berikan ujian kita SUSAH, TIDAK ADA DUIT. Kita komplen pula.


0 comments: