Bilik Ilmu Tribe #769SAFT

Pengenalan Tribe #769SAFT

7:25 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

PENGENALAN.  

Ilmu Mengenali DIRI adalah sangat dituntut di dalam ISLAM dan ianya dianjurkan supaya kita sebagai MANUSIA MEMPUNYAI HALA TUJU HIDUP YANG LEBIH JELAS SETELAH MENGENAL DIRI. 

(Dan pada dirimu sendiri. Maka mengapakah kamu tidak melihat dan memikirkannya?) Surat 51, az Zariyat: ayat 21

ILMU mengenali DIRI ini adalah ILMU untuk membongkar segala KELEBIHAN DAN KEKUATAN yang telah ALLAH sediakan dan tidak lupa juga untuk memuhasabah SEGALA KEKURANGAN DAN KELEMAHAN yang telah ada dalam diri, maka dengan mengetahui kekurangan dan kelebihan DIRI AKAN MEMBIMBING KITA KE ARAH HAKIKAT KEHIDUPAN yang akan membentuk TAUHID YANG HAQ DI DALAM diri dengan menyakini segala QADA dan QADAR yang telah ditentukan oleh PENCIPTA MANUSIA (ALLAH).

(Demi jiwa-jiwa dan zat yang menyempurnakannya (7) lalu Dia memberitahu kepada jiwa jalan kefasikannya dan jalan ketakwaannya (8). Sesungguhnya telah berjaya orang yang mensucikan jiwa itu dari dosa-dosa (9) surah Asy Syams: ayat 7 – 9)

ILMU mengenal DIRI juga ADALAH satu kaedah untuk MANUSIA merapatkan diri kepada ALLAH SWT. Kerana matlamat untuk MENGENAL SEGALA POTENSI DAN KEKURANGAN DIRI ADALAH untuk menyedari bahawa MANUSIA PADA HAKIKATNYA TIADA DAN DAYA TIADA KUASA semuanya datang daripada ALLAH S.W.T dan akhirnya membawa kepada mengembalikan diri kepada yang HAQ dan menyemaikan dalam diri rasa TENANG dan BAHAGIA untuk memikul SEGALA tanggungjawab sebagai HAMBA ALLAH.

Di dalam kaedah MENGENAL DIRI dengan membongkar potensi diri dan menilai kelemahan diri adalah dalam kategori ILMU HIKMAH. ("Allah memberikan kebijaksanaan kepada orang yang dikehendaki-NYA. Barangsiapa yang diberi-NYA kebijaksanaan itu, bererti ia telah mendapat banyak kebaikan, hanya orang-orang yang mahu berfikir saja (yang cerdas) yang dapat mengambil (Hikmah) pelajaran ini.” (surah Al Baraqah ayat 269).

Kerana ianya membicarakan tentang satu fasa lain dalam STRUKTUR KEJADIAN MANUSIA. Ianya memerlukan HIKMAH dan kebijaksanaan dalam menyelami DIRI untuk mengenali POTENSI DIRI.

Dalam DUNIA MODEN abad ini terminologi yang sesuai dipakai adalah untuk mengetahui TEKNOLOGI ILAHI yang Allah ciptakan pada DIRI MANUSIA. Maka ianya bukan hanya melihat manusia dalam UNSUR FIZIK yang mempunyai hanya komponen anggota tubuh tetapi manusia juga mempunyai unsur yang menjangkaui FIZIK lalu dikategorikan sebagai METAFIZIK.

Secara umumnya, METAFIZIK merupakan suatu istilah yang merujuk kepada kegagalan kita untuk menerangkan sesuatu fonemena yang berlaku secara emperikal, mantiq dan bersistem, yang mana kaedah ini telah menjadi asas kepada pembentukan sains moden sepertimana anjuran Francis Bacon. Dalam kata mudah, metafizik itu bermakna melampaui fizik atau di luar jangkauan pancaindera.

Dalam metodologi abad 20an ini terdapat pelbagai kaedah berteknologi tinggi dalam MEMBONGKAR POTENSI METAFIZIK DIRI. Percambahan ILMU adalah SATU RAHMAT daripadda ALLAH pada zaman ini dengan kepelbagaian kaedah dalam MEMBONGKAR POTENSI METAFIZIK MANUSIA. Setiap kaedah yang digunakan hakikat sebenarnya. Salah satu kaedah yang digunakan zaman berzaman adalah kaedah ILMU HURUF & SAINS PERNOMBORAN. ILMU MEMAHAMI SIFAT HURUF @ ANGKA atau NOMBOR. Ia adalah ILMU YANG BERLATARBELAKANGKAN DARI PELBAGAI ILMU KAJIAN & SUDUT PANDANG SERTA PENGALAMAN.

Nombor juga di kategorikan sebagai satu "SIMBOL" yang ALLAH ciptakan untuk mewakili sesuatu PERKARA yang ada pada ALAM yang menjangkaui TEORI FIZIK. Lalu dengan kaedah "SIMBOL" ini mampu untuk mengklasifikasikan sesuatu YANG METAFIZIK kembali KEPADA FIZIK. Namun hakikatnya adalah MENJANGKAUI FIZIK itu sendiri.



Dalam usaha mencapai tahap terbaik potensi kehidupan yang kebergantungan kesemuanya kepada Allah subhanahu wa ta’ala, model ini menyarankan perubahan insan hari ini dilakukan pada peringkat Siddiq. Di sini, usaha, pembinaan, kreativiti dan mengenali diri menjadi pasak utama. Siddiq adalah usaha MENGENAL DIRI, membongkar kebenaran dan membenarkannya.
Dalam fasa ini adalah berhubungkait melalui wahyu pertama yang ALLAH telah turunkan kepada BAGINDA NABI MUHAMMAD S.A.W melalui surah AL A’ALAQ ayat 1 – 5 :

Bacalah dengan menyebut nama tuhanmu yang telah menciptakan (1) Dia telah menciptakan manusia dari sebeku darah beku(2) Bacalah dan Tuhanmu yang Maha Mulia(3) Yang mengajar manusia dengan pena(4)Dia mengajarkan manusia apa yang tidak dia ketahui(5) (96: AL’ALAQ ayat 1-5)

Melalui ayat ini, menjelaskan bahawa, hendaklah bermula membaca setiap sesuatu ciptaan NYA dengan NAMA tuhan. Membawa maksud, pada peringkat ini adalah fasa pembongkaran berkenaan NAMA–NAMA Tuhan yang hendak diterjemahkan melalui ciptaan–NYA. Lalu, FASA SIDDIQ adalah untuk menterjemahkan NAMA-NAMA Tuhan pada setiap kejadian-NYA. Allah menyuruh melihat Nya pada DIRI sendiri iaitu MANUSIA.

Dan pada dirimu sendiri, Maka mengapa kamu tidak melihatnya?
(Surah 51 az zariyat ayat 21)

Dari manusia itu kecil sahaja, tetapi di dalam diri yang kecil itu terdapat satu alam yang besar (Saidina Ali bin Abi Talib)

Dan ini semua dimulai dengan iman yang sebenar-benarnya sebagai mana firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (surah al baqarah ayat 62)

(Demi jiwa –jiwa dan zat yang menyempurnakannya(7) lalu Dia memberitahu kepada jiwa jalan kejahatannya dan jalan ketakwaannya(8)
Sesungguhnya telah berjaya orang yang mensucikan jiwa itu dari dosa – dosa(9) surah Asy Syams 91 ayat 7 – 9)

Sebeku daging adalah hati(JIWA). Pada peringkat penyempurnaan kejadian JIWA, ALLAH telah melengkapkannya dengan NAMA–NAMA kesempurnaanNYA iaitu ASMA UL HUSNA. Setelah di teliti dan dikaji, ASMA UL HUSNA adalah NAMA–NAMA yang ALLAH telah ILHAM dan AJARKAN kepada NABI MUHAMMAD S.A.W dan NABI ADAM A.S. Asmaulhusna mempunyai 99 NAMA YANG UTAMA.

Bersandarkan 99 ASMAULHUSNA, boleh dikategorikan kepada 9 kumpulan besar yang mewakili setiap satu nya 11 ASMA, Lalu terbina lah block sistem numbering 1 - 9 kategori ASMA yang mencerminkan kepada personaliti yang TERPUJI yang hanya MILIK ALLAH untuk diterjemahkan oleh MANUSIA YANG BERNAMA KHALIFAH agar ianya tidak melakukan kehancuran dengan bersandarkan ENERGI ASMA ini.

Tribe #769SAFT ini tribe besar dan merupakan PINTU MASUK untuk ke Quadrant seterusnya. Di sini FASA SIDDIQ kena selesai di sini dulu ya..ini tak selesai akan menyukarkan kalian semua di sini untuk follow Quadrant AMANAH, FATONAH, TABLIGH. seperti sifu katakan awal tadi, ILMU SEMUA MILIK ALLAH, RANTINGNYA BANYAK. TIDAK ADA CACAT CELANYA. CUMA BERGANTUNG KEPADA YANG BERKONGSI ILMU & MENERIMA ILMU DIBERI TAUFIK (ACTION) DAN HIDAYAH (KEFAHAMAN) OLEH ALLAH SAHAJA. SIFU SEBAGAI NAKHODA UTAMA BAHTERA #769SAFT INI BERTANGGUNGJAWAB ATAS SETIAP BAIT-BAIT ILMU SEBAGAI SATU AMANAH DI SINI DAN MENANGGUNG DOSA DUNIA DAN AKHIRAT KALIAN ANDAI LARI DARI LANDASAN TAUHID YANG HAQ.

Kaedah yang sifu gunakan di sini adalah Kaedah Metafizik Sains Penomboran Islamik Berasaskan Al Quran. Allah ciptakan sesuatu itu berpasang-pasangan tiada lain tiada tuhan melainkan untuk MENTAUHID DAN MENGESAKAN ALLAH SWT (rujuk Surah 51 ayat 49). SILA JADIKAN MATLAMAT UTAMA KALIAN SEMUA BERADA DI SINI. JANGAN ADA SEBAB LAIN DARIPADA ITU. KALIAN BOLEH SCROLL DARI ATAS SHARING SIFU SEBELUM INI. BILA KITA KENAL DIRI, KITA SEDAR KITA ADA KEKUATAN, ITU SEMUA DARI ALLAH. BILA KITA SEDAR KITA ADA KELEMAHAN DAN KEKURANGAN. BANYAKKAN MUHASABAH DAN PERBAIKI DIRI.

Setiap sesuatu Amal itu bermula dengan NIAT, walau dalam apa jua keadaan sekalipun. SOP kehidupan Allah sudah gariskan melalui 13 Rukun Solat. Sebab itu Allah berfirman dalam Al quran "DIRIKAN SOLAT" dan "BUKANNYA TUNAIKAN SOLAT"..Maksud DIRI ITULAH tersirat.TUNAI itu tersurat. Rukun Solat pertama pun dimulakan dengan NIAT. sebab itu di sini jangan pelik untuk yang baru join bila diwarnai dengan ayat sebegini "Sahaja Aku Terima Ilmu ini Kerana Allah Taala", "Sahaja Aku berkongsi Ilmu Kerana Allah Taala"..memang sifu didik warga tribe sifu sebegitu.

Sebab, dalam doa iftitah dalam solat 17 rakaat sehari semalam, kita berdoa begini kan,"SOLATKU, HIDUPKU, MATIKU KERANA ALLAH TAALA,", niat solat 5 waktu kita pun dimulai dengan ,"SAHAJA AKU SOLAT FARDU ASAR 4 RAKAAT KERANA ALLAH TAALA". BILA KERANA ALLAH TAALA, MANA MUNGKIN ADA SEBAB LAIN LEBIH DARIPADA ITU. ADA KA DIA SEBUT "SAHAJA AKU SOLAT DHUHA 2 RAKAAT KERANA NAK REZEKI", tak dak kan..Kalau kita buat jugak, bagaimana dengan amalan kita. Begitulah juga dalam apa jual ilmu Allah, mulakan dengan PERBETULKAN NIAT. MULAKAN DENGAN CONTOHLAH, "SAHAJA AKU BELAJAR ILMU MENGENAL DIRI INI KERANA ALLAH TAALA"..Faham faham

Don't get me wrong, sifu di tribe ini bukan nak AMBIL ALIH KERJA USTAZ ATAU ULAMAK..Sifu ini dengan Numbering tak dapat dipisahkan dan seumpama makanan sifu, boleh scroll di atas sifu kupas dengan izin Allah melalui pelbagai sudut tidak terbatas hanya pada tarikh lahir tapi juga melalui siri number duit, no phone, no kereta dan sebagainya. Bila satu fasa di mana NUMBERING TIDAK DAPAT SELESAIKAN MASALAH KEHIDUPAN SIFU, ke mana lagi selain KEMBALI KEPADA TUAN CIPTA NUMBERING ITU SENDIRI iaitu Allah.

Sejajar dengan Hadis Qudsi; AKU CIPTAKAN SESUATU UNTUK MENGENALI AKAN DAKU DI ATAS SEGALA SESUATU". SEMUA UNTUK KATAKAN ALLAH ITU ESA, ALLAH ITU SEMUA TEMPAT MAKHLUK BERGANTUNG, TIDAK BOLEH DISAMAKAN DAN TIDAK BERANAK PINAK. (rujuk surah Al Ikhlas ayat 1-4).

Apa yang sifu share kat sini adalah HASIL ILMU RASA PERJALANAN HIDUP SIFU SENDIRI, bagaimana sifu reconnect wifi dengan BIG BOSS kita semua..sebab itu diperingat FASA SIDDIQ & AMANAH, kalian akan belajar sesuatu nanti. Dan ada dah yang sudah meRASAinya. HANYA YANG MINUM AIR LAUT SAHAJA TAHU SEJAUH MANA RASA MASINNYA AIR LAUT ITU.

1.  SIDDIQ   (Membongkar kebenaran dan membenarkan)
i)   Membongkar Energi Asma
ii)  Menyingkap Tabir Alam Diri
iii) Aktiviti “mata jiwa” dalam melihat kehidupan
iv) Mengetahui sumber kepada sumber kekayaan
v)  Membongkar Potensi Diri, Business dan Kerjaya

2.  AMANAH (Kekuatan Dalaman Menarik Kejayaan Luaran)
i)   Menyingkap RAHSIA MINDA & RASA POSITIF
ii)  Mengaktifkan ZON WIFI diri
iii) Membina Gelombang Magnetik Diri
iv) Aktivasi Zon “Rasa Jiwa”

Sebarang pertanyaan, boleh kemukakan persoalan di T.me/Tribe_769SAFT
Nantikan kupasan-kupasan ilmu selanjutnya selepas ini.

0 comments: