Latest Posts
Showing posts with label Nota Xifu Ihsan. Show all posts

Metafizik no plat kereta


*METAFIZIK NO FLAT KERETA*

Seperti yang kita sedia maklum, kenderaan merupakan sebuah keperluan bagi kehidupan. Maka ia juga mengandungi unsur2 metafizik kerana nombor. Ia mempengaruhi pemilik/pembawanya.

Jom kita kaji dan lihat 😁


Ada 2 kaedah dalam pengkajian aura sesebuah kenderaan.

1) Perihal no asasnya
2) Perihal polanya

Seperti biasa, sila campurkan kesemua no yang tertera di no plat anda.

Contoh:  *BKA 119*

1+1+9= 11
1+1= 2,     *Asasnya 2*

Maksud No Asas Kenderaan:

🚘 *ASAS 1* 
---------------------

Kereta yang dipandu secara bersendirian dan dimiliki oleh seseorang lelaki, dipandu lelaki yg jarang membenarkan orang lain memandunya.

Dalam kereta itu banyak aktiviti pengarahan , agak sedikit keras, ad sedikit pertengkaran dan banyak yg tersentap dek percakapan yang mengguriskan perasaan.

Masalahnya, kenderaan ini selalu mengalami kerosakan seperti kemalangan, body, engin dan peralatan2 besi yang sering berganti.

Sesuai warna hijau, kuning, coklat


🚘 *ASAS 2*
--------------------

Kereta ini biasanya dipandu dan dinaiki 2 orang dan lebih biasanya ia dipandu wanita dan kebanyakannya ia perlu ada wanita yang menaikinya.

Sekiranya tiada wanita, pastinya radio dan aktiviti nyanyian akan memenuhi ruangan kereta tersebut.

Dalam aktiviti pemanduannya, biasanya para penunggangnya menghabiskan masa dengan aktiviti suara, nyanyian, nasihat, luahan perasaan dan syarahan.

Masalah yang sering dialami kenderaan ini adalah masalah aircond, tayar, dan temperature yang melibatkan air.

Bagi mengurangi masalah,  kenderaan ini harus selalu ada air di dalamnya.

Biasanya pemilik kenderaan secara auto menyediakan air untuk dirinya atau memang ada air di dalam kenderaan ini.

Kenderaan ini juga kerap dibasuh, dan harus dibasuh.

Sesuai warna merah ungu oren

🚘 *ASAS 3*
--------------------

Kereta ini sering digunakan untuk program2 runner, race dan travel. Gerak sana cini. Juga bertindak sebgai caravan, punggah barang2 masakan dan besi.

Banyak aktiviti pergaduhan dan bertegang lidah didalamnya

Banyak bergerak dan sering dihiasi cantik dan sering dimodified. Banyak habis duit untuk kereta ini.

Masalah kereta ini biasanya masalah kerosakan pendawaian, wayaring, electrical dan bahan api seperti fius, lampu xbernyala, dan sebagainya.

Kesesuaian warna adalah warna putih emas dan silver


🚘 *ASAS 4*
---------------------

Kereta ini adalah tempat pendidikan dan tempat leteran. Biasanya radio dan CD akan sering terpasang. Namun bukan bertujuan untuk dengar lagu tetapi untuk dengar tazkirah, syarahan, ceramah dan pengajaran.

Kereta ini biasanya dipandu seorang pendidik dan penunggangnya meminati bahan bacaan dan suka membaca didalam kereta.

Masalah kenderaan ini biasanya bahagian cat yang sering terkupil, body , banyak ranting dan kayu pokok selalu dirembatnya.

Sesuai di cat kuning, coklat, beige.

🚘 *ASAS 5*
--------------------

Kenderaan asas ini biasanya kereta yang sering bertukar2 pemandunya, kereta yang paling banyak problem dan kerosakan.

Aktiviti pergaduhan sering direkodkan dalam kenderaan ini.

Banyak perkara sering diubah oleh pemiliknya seperti modified body dan sebagainya dan kenderaan yang paling banyak bertukar pemilik dan pemandunya.

Kejap tayar, kejap lampu, kejap fius.

Ade je keje die😭😭

Kenderaan ini akan sering comot dengan debu, masuk tanah dan pasir termasuk lumpur.

Warna yang sesuai adalah warna biru dan hitam

🚘 *ASAS 6*
-------------------

Kenderaan yang banyak digunakan untuk aktiviti kewangan dan bisnes dan sering digunakan lelaki dan juga wanita dan dikenali sebagai kereta scandal , memikat perempuan, aktiviti kurang senonoh dan aktiviti maksiat jika tidak dibendung iman pemandunya.

Kereta yang banyak dipasang lagu2, tontonan video dan aktiviti keseronokan,entertainment dan sebagainya.

Biasanya ia adalah kereta yg cantik, kemas dan teratur.

Banyak barang2 besi dan kerosakannya adalah melibatkan cat; sparepart dan apa sahaja yang berkaitan besi.

Ia juga sering terlibat dalam kes kemalangan kecil kecilan.😆

Warna yang sesuai adalah hijau kuning coklat.

🚘 *ASAS 7*
-----------

Kereta ini adalah kereta kemasyarakatan dan social.
Kereta yang sering memunggah orang dan sesuai sebagai kenderaan awan seperti taxi, uber dan grab car.

Pemandu dan penunggangnya biasanya lebih dari 2 org pada setiap masa.

Kereta yang sering digunakan untuk aktiviti kekeluargaan dan sebagai kereta charity.

Biasanya kereta ini suka diperdengarkan lagu2 retro dan bagus digunakan untuk program networking dan close deal.

Masalah yg sering dialami adalah kebocoran air, coolant, aircond, kipas, wiper dan banjir.

Warna yang bagus untuk kenderaan ini adalah merah ungu dan oren.


🚘 *ASAS 8*
---------------------

Kenderaan ini banyak melakukan aktiviti perniagaan dan bisnes. Dimiliki orang kaya terutamanya cina.

Kenderaan yang sering memunggah barang2 besar, bahan2 kimpalan dan bahan2 electrical, engin , bertindak sebagai jumper, towin dan sebgainya.

Banyak aktiviti bisnes, pergaduhan, tekanan dan stress dalam kenderaan ini.

Masalah yang sering dihadapi kereta ini adalah masalah fius, wayaring, meter, lampu dan juga engin.

Warna yang sesuai adalh putih emas silver.


🚘 *ASAS 9*
---------------------

Kenderaan yang sering dinaiki orang2 tua, pemimpin, orang2 masjid, lelaki tua dan ketua masyarakat.

Aktiviti kebiasaan kenderaan ini adalah mendengar, menonton dan bercakap benda2 yang kelakar.

Biasanya kenderaan ini digunakan untuk shopping, memborong dan kenderaan ini selalu akan ada barang di dalamnya. Kenderaan punggah barang, isi barang.

Mostly banyak barang dan sampah yang tidak dibuang dan sukar untuk kemas.

Masalah kebiasaannya adalah berkaitan kerosakan body dan cat, banyak langgar dan seret kayu dan pokok.

Sering diletakkan berhampiran pokok2 dan banyak tanah dan debu di dalamnya.

Warna yang sesuai adalah kuning..coklat..hijau.

*NOTA TAMBAHAN*

Warna yang sesuai dengan asas kenderaan akan mengurangkan kerosakan kenderaan terbabit.

Apatah lagi jika warna aura pemilik, warna asas kenderaan dan platnya adalah sama. InsyaAllah, kerosakannya akan minimum

Susunan no plat mestilah bermula by angka kecil depan dan angka besar belakang as contoh:

TV 2369

* Hujung kita nak 9

* Elakkan hujung angka :

00, 88, 68, 55,75, 750, 570, 1,2,3,4,5.

Semoga perkongsian ini memberikan input berguna kepada dalam pemilihan warna kenderaan.

#xifuihsan
#cikgukiky
#garamaura7269

Tips upgrade no asas rumah


*Tips 'UPGRADE No asas rumah*

Pilih no asas sama ada 6/7/9. 

No asas pilihan tolak dengan no asas rumah. 

Kemudian letak jer no 9 dekat belakang tau!!

Contoh :
asas pilihan hati 9
Asas rumah 4
Jadi 9-4=5. So conteng 59.

Sebab 4+5+9 = 18 = 9 😀

P/S: Conteng boleh guna pensil @ kapur. Pastikan pak posmen tidak terkeliru dengan no rumah anda. Kedudukan conteng mesti berjarak sedikit. 

Dapat? 😄

Ada soalan?

*NOTA TAMBAHAN*

🏡 RUMAH ASAS 4 & 9

Mengikut Database Xifu, Anak2 yang berjaya biasanya lahir dari environment rumah yang berasas 4 dan 9.

Dan keluarga yang tinggal dalam rumah berasas 9 biasanya akan femes dan popular di kalangan masyarakat.

Juga rumah yang biasa dijadikan kedai juga adalah rumah berasas 9.

Hasil campur no2 yg ada jadi :9 

Contoh : no 18

1+8:9..

Ragu2?

Jom uji dan kaji..

*KHAS BAGI MEREKA YANG MENGALAMI RUMAH "BERMASALAH"*

Tips ini harus dilakukan kepada mana2 rumah yang mempunyai Masalah Seperti Berikut:

✔️Pergaduhan
✔️Bunyi Orang Main Guli
✔️Bunyi Orang Ketuk Lesung
✔️Bunyi Orang Seret Kerusi
✔️Ahli Rumah Selalu Sakit
✔️Ahli Rumah Berpenyakit Misteri
✔️Ahli Rumah Selalu Mimpi Pelik
✔️Mempunyai Ahli Keluarga Yang Tidak Waras

1. Mula-mula, jika rumah tu berasas 1, 3, 5,  dan 8..jadikan asas 7 atau 6 atau 9.

7 family & berjemaah
6 duit & biz
9 kekayaan & kjyaan

Seeloknya 7 sebab 7 lambang kekeluargaan dan kerohanian.

Contoh rumah no 111= 3..tambah 49.. jadi 7.

2. Taburkan Garam Auragold 769 di penjuru2 rumah *KETIKA AZAN MAGHRIB* dan biarkan.

Tunggu Dan Lihat Apa Yang Berlaku Kepada Garam Tersebut

3. Setiap ahli rumah kena buat mandian aura walaupun tiada apa2 gangguan sekalipun.

InsyaAllah anda akan rasai pengalaman yg positive lepas ni..

#xifuihsan
#cikgukiky
#aura769

Kelemahan dalaman diri sendiri


Assalamualaikum & Salam Kebahagian Buat Semua.
.
.
Cikgu nak share tip sebelum tidur selepas baca Al-Fatihah
Cikgu suka sebut ayat-ayat ini
Saya seorang anak yang baik.
Saya seorang anak yang baik & genius.
Saya seorang anak yang baik, genius & berjaya impian hidup saya.
Saya pasti berjaya dalam di dunia & akhirat.
Saya pasti menjadi jutawan & derwaman demi keluarga kerana Allah SWT.
Amin
.
Baik kita sambung kelas kita 🛫🛫
.
Cikgu nak share 

TOPIK: *KELEMAHAN DALAMAN DIRI SENDIRI* 
.
Jom kenal pasti kelemahan anda & ubah ke arah positif...

Cara Pengiraaan Nombor asas anda

Cth: 
25.06.1982
2+5+6+1+9+8+2 = 33 = 3+3 = 6

Asas 6 

Huraian kelemahan dalaman anda seperti di bawah ini :-

🏁🏁🏁🏁🏁🏁🏁🏁

Asas 1
- Terlalu mengongkong/kawal
- Lantang bersuara,
- Sangat spontan,
- Tidak dengar pandangan orang lain.

Asas 2
- Tidak yakin diri @ takut maju
- Banyak cakap, 
- Tidak mahir butiran kecil, 
- Manja, 
- Malu kalo seorang. 

Asas 3
- Kurang displin, 
- Moody, sensitif, baran, 
- Jarang siapkan kerja ( tunda), 
- Cakap spontan (cakap lepas),
- Mudah teruja bila dapat sesuatu
- Mudah tenggelam dalam percintaan (hati2)

Asas 4
- Bukan Fleksibel
- Asyik plan tapi jarang terlaksana
- Suka menilai perkara dari sudut realistik sahaja
- Suka duduk tempat yang sama (sense security) 
- Keras Kepala, fikiran sempit, cemburu, kedekut 

Asas 5
- Moody
- Degil 
- Kerap lompat / tukar kerjaya sana sini 
- Mudah terpengaruh dengan benda baru.
- Boleh terlibat dalam debat yang mengelirukan bila terlebih 'jual minyak' (boleh memalukan diri)

Asas 6
- Mudah Rasa Rendah diri
- Fikiran Kolot
- Suka Mengarah
- Suka Ketepatan / detail
- Degil
- Suka fikir untung (bab biznes)

Asas 7
- Muslihat untuk jalan keluar.
- Sentiasa berubah2 pendapat
- Kurang Peramah
- Takut tapi capai matlamat tinggi
- Kesunyian 
- Suka tolong orang tapi jarang tolong diri sendiri.

Asas 8
- Kurang sabar
- Penuh tanggungjawab
- Tidak senang dengan orang beri banyak halangan (tanggungjawab/cabaran)
- Kadang-kadang melayan benda remeh temeh @ banyak fikir.
- Tidak pandai berimaginasi (jenis realistik)

Asas 9
- Tidak sensitif orang lain
- Jarang tolak ansur
- Tamak
- Mudah teruja, Semangat, Muram
- Tidak teliti buat kerja
- Suka tangguh kerja
- Terlalu percaya dengan janji

Tips memilih keserasian


Assalamualaikum & Salam Jumaat Berakoh 😃

*TIPS MEMILIH KESERASIAN*
=========================

Kaedah ini untuk melihat keserasian antara :-
✔️ Pasangan
✔️ Adik Beradik
✔️ Anak
✔️ Founder
✔️ Syarikat bekerja 
✔️ Partner

Kebaikan kaedah ini, kita boleh lihat memahami pasangan/kawan/partner/ adik beradik kita.

Untuk *SUAMI ISTERI* lebih cepat kita tahu kelemahan, lebih cepat kita boleh terima hubungan & lebih redha ingin membantu pasangan kita. Insyallah.

Contoh pengiraan 

Contoh 1:-
Lelaki Asas 4
Perempuan Asas 7

4+7= 2 (intim)

Contoh 2 :-
Partner 1: Asas 3
Partner 2 : Asas 3
Partner 3 : Asas 6

3 + 3 + 6 = 3 (hot)

*Pasangan Ideal* adalah yang apabila campur ke semua no asas pasangan adalah :

👍 *No 2*
👍 *No 4*
👍 *No 6*
👍 *No 7*
👍 *No 9*

Jika asas yang dicampur menjadi no berikut agak kurang ngam.

*No 5* (kurang serasi)
*No 1* (sama-sama degil dan ego)
*No 3* (hot ckit)
*No 8* (penat/stress bekerja keras tetapi kaya)

Huraian Nombor :-
1 = Tidak Ada Makna
2 = Tidak Ada Makna
3 = Cabaran secara agresif
4 = Tidak Ada Makna
5 = Halangan
6 = Rezeki
7 = Networking
8 = Tertekan
9 = Peluang/Kejayaan/Aset
.
Jika terkena arah 3 @ 5 @ 8
Sila elakkan @ hadapi dengan tabah.
.
----------------------------------------------
.
Jika di tengah terkena 3 @ 5 @ 8
Anda sentiasa merasa tertekan / halangan di mana saja.


Terapi wallet rezeki metafizik


Assalamualaikum & Salam Jutawan Semua.

Semua planning berjalan dengan lancar. ALHAMDULLILAH. TERIMA KASIH YA ALLAH.

TOPIK MALAM INI IALAH *TERAPI WALLET STYLE METAFIZIK*

Malam ini, cikgu akan ajar *Salah Satu kaedah Terapi Wallet Rezeki*

Ini tujuan utama *TERAPI WALLET REZEKI METAFIZIK*

✔️ Wallet penghubung rezeki pelbagai arah.
✔️ Wallet juga membawa aura +ve & -ve (Ye ke 😱)
✔️ Wallet membawa dokumen penting diri.

P/S: kaedah ini anda tidak akan diajar secara *percuma* oleh guru lain kat luar. Anda perlu membayar *harga ilmu kebijaksanan ini*


*APAKAH KAEDAH TERAPI WALLET REZEKI ?*

Langkah 1
========
Pemilihan Rekabentuk Wallet
👍 Mesti la panjang
👍 Compartment mesti berangka ganjil seperti 14 = 5, 16 = 7
❌ tak boleh ada lubang di tengah2
❌ tak boleh berlipat-lipat contoh wallet lelaki. 
.
.
Langkah 2
========
Pemilihan Warna Wallet
1⃣ Warna Coklat
2⃣ Warna Emas
3⃣ Warna Kuning /Orange
4⃣ Warna Merah
.
.
Langkah 3
=========
Barang2 *wajib* dalam wallet:-
1⃣ Duit USD 1 dollar
2⃣ 0.5 gram @ 1 gram emas
3⃣ Kad Energi
4⃣ Duit Malaysia : 
Susunan No Siri depan & akhir 9
Cth FG *9*7696738 *9*
5⃣ Susunan Duit dr RM1,RM5,RM10,RM50,RM100
.
.
Langkah 4
=========
*Jangan* amal ini
❌ Duduk wallet
❌ Simpan Resit dalam wallet
❌ Lipat duit
.
.
Langkah 5
=========
Tolong Duit sedekah duit setiap hari dengan niat kerana Allah SWT.

#xifuihsan
#cikgukiky
#coachsolehah

Membina profile picture super power


*MEMBINA PROFILE PICTURE SUPER POWER 🕺*

Jika anda seorang peniaga di personal FB / WA / IG, maka pentingnya untuk gain trust potential customer & kreabiliti anda melalui gambar profile anda

Pastikan ia gambar anda, bukan
❌ gambar kereta
❌ kucing
❌ produk
❌ idola
❌ avatar

Bagaimna nak hasilkan gambar profile yang *SUPER POWER*

Langkah 1:-
===========
Pakai Warna Aura *WOW* anda

Rujuk kat bawah ini 👇

Asas 1 & 6 : Hijau

Asas 2 & 7 : merah, ungu, oren

Asas 3 & 8 : Perak, Emas, Putih

Asas 4 & 9 :kuning coklat beige

Asas 5 : biru & hitam 

Langkah 2:-
==========
Posisi *MUKA & BADAN*

✔️ Tegap 
✔️ Menghadap Camera
✔️ Senyuummmm 😊😊
✔️ Pakaian Sopan
✔️ Gambar sehingga level pinggang (maximum)

Langkah 3;-
===========
Sila gunakan background *PROFILE PICTURE* seperti berikut 
✔️ Guna unsur elemen anda
🔥 Api
💧 Air
🌳 Pokok
🌎 Tanah
💰 Logam

✔️ Warna Putih 🏳️

✔️ Warna
Emas 💰 💰💰💰💰💰 @ 
Duit 💵💴💶💷💸

Last Extra Tips!
=====================

• Sila buat Mandian Garam Aura untuk *buang* Aura Negatif dalam diri sendiri sebelum shoot pict sendiri.

* Anda nilaikanlah sendiri pic profile anda sebelum dan selepas penggunaan Aura Gold 769

Lepas ni jangan terkejut, ramai yang nak customer awak, sahabat FB & agen / dropship awak 😉.

Kenali kehebatan warna aura pelaris anda


*KENALI KEHEBATAN WARNA AURA PELARIS ANDA*

Tahukah anda, bahawa *Energi Warna Aura Manusia* bertindak selari memberi frekuensi getaran dengan Energi Alam akan ubah anda menjadi lebih *WOW* & *FANTASTIC*

Warna Aura ini terbahagi kepada 3 kategori. Setiap kategori ada fungsi tersendiri yang akan *membantu* anda secara langsung & tak langsung.

Kesimpulannya, Warna aura ini boleh diguna untuk:-
✔️ Profile Pict FB/WA/Telegram
✔️ Logo syarikat
✔️ Name card
✔️ Produk
✔️ Jumpa *Potential Client*
✔️ Mesyuarat
✔️ Kenduri @ Majlis Keramaian

Anda perlu kenal pasti No asas anda terdahulu.

*Cth* : - Tarikh Lahir 25.06.1982 
= 2+5+0+6+1+9+8+2
= 33
= 6

Maka, No asas Anda 6.

Penting ke warna aura ni? 🤔🤔

Tahu kah terdapat biznes penyembuhan menggunakan Terapi Warna Aura & Pengurusan Personaliti Imej yang berharga ratusan ringgit.

So anda beruntung sekarang belajar ilmu mahal secara percuma siap free coaching malam ini untuk warna diri 😄

Da tahu No Asas Anda 😁

Seperti mana cikgu maklum tadi, setiap individu ada 3 kategori Warna Aura.

Kategori 1st : Warna *WOW* (Pelaris)

Kategori 2nd : Warna Pesona

Kategori 3rd: Warna Pengawal

=========================

Jika ansa Asas 1⃣ & 6⃣ 

1st : Hijau
2nd: Coklat, Kuning, Beige
3rd: Perak, Emas, Putih

======================

Jika Anda Asas 2⃣ & 7⃣

1st : merah ungu oren
2nd: Perak, Emas, Putih
3rd : Biru & Hitam

=========================

Asas 3⃣& 8⃣

1st: Perak, Emas, Putih
2nd: Hijau
3rd: Merah, Ungu, Oren

========================

Asas 4⃣ & 9⃣

1st kuning coklat beige
2nd: Biru & Hitam
3rd : Hijau

========================

Asas 5⃣

1st:  biru & hitam 
2nd : Merah, Oren, Ungu
3rd : Coklat, kuning, beige


Cikgu nak *PESAN* 

Jangan salah faham, percaya pada baju warna untuk dapat rezeki hukumnya *syirik*. 

Apa yang cikgu nak sampaikan ialah *keadaan /mood* kita bila berpakaiaan warna Aura diri akan *berubah* menjadikan urusan kita lebih mudah.

Faham ye!

Allah jadikan setiap perkara walau yang kita tak terfikir sekali pun ada fungsinya. Kita selalu dengar yang Allah jadikan setiap perkara tidak sia-sia. Itu sebagai tanda kewujudan pencipta kita


Cikgu nak beri extra tips!

Anda di sarankan memakai Warna Aura *WOW* (pelaris) ni untuk

✔️ Profile Pict FB/Instag/WA/TE
✔️ Name Card
✔️ Warna Packing Produk
✔️ Logo syarikat
✔️ Perjumpaan

Jika anda seorang nak *closing sale*, anda digalakkan menggunakan warna Aura  *Kategori 2nd Warna Pesona*
✔️ Face to Face
✔️ via WA / SMS / Email
✔️ via Facebook / Instag 

#xifuihsan
#cikgukiky
#aura769

Pola biznesman/bizneswoman

Cukup 3 orang share pasal pola masing2, saya bagi huraian pasal kerjaya@bidang masing2 ya. 😉😉😉









🛫 Jom sambung kelas.

 *Pola Biznesman/Bizneswoman*

145 - Trading
123 - kekuatan menggunakan suara
222 - ramai pelanggan wanita
396 - peniaga/stokis
456 - mahir dalam kewangan
483 - pemikir/banyak idea
573 - kemahiran bergaul dengan vip/Pegawai gomen/orang2 kaya
594 - bijak dalam muslihat perancang/Gerak hati tinggi
666 - sangat berhati2 dengan wang
696 - peniaga/usahawan
729 - pelaris
777 - ramai penyokong
786 - Pemimpin/pengurus
944 - merancg untuk berjaya
966 - minat berniaga
999 - banyak peluang tapi seorang

So, anda memilik berapa banyak pola miliki seperti di atas?

Jika anda memiliki 4 - 5 pola tersebut, maka anda boleh jadi biznesman @ busineswoman.

*Namun, ilmu biznes kena belajar tau! Bukan buka biznes trus untung... awak silap jika fikir begitu!*

#xifuihsan
#aura769
#coachsolehah

12 Pola biznes potensi diri


*TOPIK : 12 POLA BIZNES POTENSI DIRI*


*SEDIAKAN KOTAK MCM INI
     -------------       -------------
    | TT | BB |      | TT | TT |
    --------------       ---------------
    |  A  | B  |        | C   |  D  | 
    --------------       --------------       
             | E  |       |  F  |       
-------------------------------------------
| G |  H |  I  |   J  |  K  |  L |  M |
-------------------------------------------
             | O  |  P  |  Q  |
             --------------------

Cara pengiraan :-
Lapisan 1 

H+H = *A* cth 25 = 2+5 = 7
B+B = *B* cth 12 = 1+2 = 3
T+T = *C* cth 19 = 1+9 = 1
T+T = *D* cth 82 = 8+2 = 10 = 1

Lapisan 2
A+B = *E*
C+D = *F*

Lapisan 3 (Kiri)
B+E = *I*
A+E = *H*
I+H = *G*

Lapisan 3 (Kanan)
C+F = *K*
D+F = *L*
K+L = *M*

Lapisan 3 (tengah)
E+F = *J*

Lapisan 4 
E+J = *Q*
F+J = *O*
Q+O = *P*

Alhamdullilah! Siap!

Matematik yang ringkas & mudah!

Kalo ini tak lepas, macam mana jadi ahli perniagaan sebab matematik tu *nadi* dalam dunia perniagaan 😉

Boleh2!

*12 POLA POPULAR DALAM BIZNES POTENSI DIRI*

Ini adalah pola yang biasa di temui dalam kotak statik tarikh lahir. 

*Pola 119*
MLM, driver Uber / grab, Insurance, Ketua.

*Pola 123*
Bidang MLM, Pemasar, Duta Produk, Juru Cakap, Pengajar (cikgu, ustazah, pensyarah),  penyanyi,  Speaker, pelakon.

*Pola 156*
Pengangkutan seperti driver grab/uber, lori, courier, sewa bas, Van,  lori @ kereta @ kontena, pelancongan, ticketing dan securities.

*Pola 246*
Jurucakap produk, Guru Copywriting, Guru Marketing, Guru Jualan, kelas tuison.

*Pola 336*
Ada pola ini?? Biasa terlibat dalam pelaburan seperti forex, matawang, bitcoin @ emas.

*Pola 369*
Boleh jadi stokis @ retailer.

*Pola 393*
Biznes bersifat sementara @ kontrak yang boleh berulang2.
✔️Jual produk baju melayu, 
✔️ Jual Kuih Raya
✔️ Bekal makanan tender
✔️ Sewa Bilik Kuliah
✔️ Homestay

*Pola 494*
Akademik, makanan

*Pola 595*
Dunia pertahanan, keselamatan, penguatkuasa.

*Pola 696*
Bisnesman & bisneswoman.

*Pola 666*
Terlibat dalam dunia kewangan seperti remeiser, accountant, banker, juruwang, gold, insurance, investment.

*Pola 729*
MLM, kedai makan, speaker, fashion, pelakon, penyanyi.

*Pola 944*
Makanan, minuman, pertenakan, perladangan, pertanian

*Pola 999*
Terlibat dalam hartanah, aset, perladangan, pertanian, export

Itu sahaja 😉.