Latest Posts
Showing posts with label Tribe #769 - SAFT. Show all posts

Kesedaran Allah setiap saat adalah wajib


KESEDARAN ALLAH SETIAP SAAT ADALAH WAJIB

Saya masih ingat... suatu ketika guru saya menunjukkan ayat ini..
Saya diam kaku..Ketakutan yang amat sangat.
Sehingga ke hari ini saya tidak berani melepaskan kesedaran kepada Allah walau sesaat pun.

“Maka apakah orang-orang yang dibukakan hatinya oleh Allah untuk (menerima) agama Islam lalu dia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang hatinya membatu?) Maka CELAKALAH mereka yang hatinya telah membatu untuk MENYEDARI (zikir) Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata.” (QS: Az-Zumar, 39: 22)

Ya Allah...
Teman... dalam sehari berapa minit atau jam saudara sedar pada Allah?
Apakah sekejap sedar dan sekejap lupa?

JAGALAH HUBUNGAN DENGAN ALLAH kerana ketika hubungan dengan Allah kita benar-benar baik...SOP BUKU 555 itulah TUJUAN UNTUK JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH  iaitu jiwa sentiasa sedar Allah, maka pasti jiwa akan diilhamkan taqwa. Lalu kita akan sentiasa dituntun kepada kebaikan.

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar. (QS: Al-Anfal, 8:29)

Sekiranya kita lupa Allah... Allah akan tempatkan syaitan dalam hati kita sehingga kita berasakan kita telah mendapat petunjuk sedangkan ia petunjuk dari syaitan. Jiwa kita sentiasa dituntun kepada kefujuran (keburukan) sehingga kita senang hati melakukannya dan sentiasa berasa KITALAH BENAR.
Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah [Al Qur’an], Kami adakan baginya syaitan [yang menyesatkan] maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk. (QS: Al-Zukhruf, 43: 36)

Sejauh mana ilmu agama kita, ia hanya sekadar ilmu. Tidak menjanjikan bahawa status siapa kita.. ustazkah... profesionalkah... atau sebaliknya... seandainya kita hanya duduk di sebatas ilmu yang ada dan hubungan Allah tidak dijaga dengan baik, kita tetap terus diilhamkan dengan ilham yang fujur .

Dari hubungan dengan Allah yang dijaga tanpa lepas walau sesaat pun kesedaran kita akan Allah dalam apa jua keadaan kita, kita pasti akan mudah melakukan kebaikan yang benar-benar lahir dari jiwa. Bukan direka dan dibuat-buat kerana sesuatu kebaikan yang tidak lahir dari hati pasti ada tujuan lain yang tersembunyi dan pasti ia tidak dilakukan kerana Allah SWT.

Teman, pertahankan kesedaran kepada Allah.
Sesaat kita lalai, celakalah kita dan kita menjadi orang-orang yang nyata sesat (menurut QS: Az-Zumar, 39: 22 di atas)

Pertahankan... terus pertahankan kesedaran akan Allah. Tidak sesekali ambil mudah dalam hal ini

Faham Dan Jelas semua

Sifu Farihan Yahya
10hb April 2017 @ 10.50 pagi
Temerloh, Pahang

Langkah menuju Allah


Assalamualaikum kekasih2 Allah

" Selamat Menunaikan Fardhu Isyak "

Bismillah

. . Kita memerlukan 70,000 langkah untuk berjalan menuju Allah. Langkah yang dimaksud adalah untuk mengharungi setiap hijab itu sendiri. Setelah berhasil melewati satu hijab, kita akan berhadapan dengan hijab selanjutnya, dan begitu seterusnya.  . .

 . . Ada #orang yang cepat sampainya dan ada yang puluhan tahun masih dalam pencarian untuk mengerti tentang hakikat Ketuhanan dan dirinya.

Hal ini tidak menghairankan apabila kita sedar akan kekuasaan dan kehendak Allah SWT. Allah berhak memberikan futuh (keterbukaan hati) bagi siapa saja yang dikehendakinya dan bila-bila saja.

 . . Seorang #Mursyid terkadang lebih mendahulukan murid baru dari pada yang telah lama berjalan. Hal ini terjadi kerana murid baru yang ikhlas dan bersih hatinya mampu melewati hijab-hijab yang belum mampu dilalui oleh murid lama dikerana terlalu tebal hijab akal dan hati mereka.

 . . Semua ini bergantung pada fadhal (kurnia) dari Allah SWT, Dia berhak menolak dan memberi kepada siapa saja yang Dia kehendaki. .

 . .
#AwalnyaAllahAkhirnyaAllah
#18JAN

" sahaja kami berkongsi kerana Allah Taala "

www.KawarasYahaya.com
bit.ly/NubisPotensiBisnes

Dunia ini sememangnya pentas ujian bagimu


Assalamualaikum kekasih2 Allah

" Selamat Menunaikan Fardhu Maghrib "

Bismillah

" DUNIA INI SEMEMANGNYA PENTAS UJIAN BAGIMU "

"Jangan engkau merasa hairan atas terjadinya kesulitan selama engkau berada di dunia ini, sebab memang begitulah yang patut terjadi dan yang menjadi perkara biasa dunia”

—Sheikh Ibn Athaillah As Sakandari, Kitab Hikam.

. . Allah menganugerahkan sifat-sifat  yang cukup bagi manusia untuk dapat menghadapi ujian Allah swt dengan jaya. Maka beruntunglah orang-orang yang dapat menggunakan dengan sempurna segala nikmat sifat-sifat serta diperlengkapkan dengan indera rohani dan jasmani agar dapat melalui ujian didunia ini dengan selamat.

Menurut para Arifbillah, terdapat  70,000 hijab (penghalang) hati manusia untuk syuhud kepada Allah SWT. Apabila manusia mampu melepaskan diri dari hijab-hijab itu, niscaya ia akan memperoleh anwar (cahaya-cahaya). Baginya akan tersingkap sebahagian rahsia-rahsia alam mulk dan malakut. .

#AwalnyaAllahAkhirnyaAllah
#18JAN

" sahaja kami berkongsi kerana Allah Taala "

Kebetulan atau Keserentakan


KEBETULAN?  

Orang yang beriman percaya semua kejadian adalah takdir yang tersurat atau sudah menjadi  suratan takdir. Jika begitu tidak sesuai dikatakan sebagai kebetulan. 

Hidup ini sentiasa diwarnai dengan peristiwa mengkagumkan. Mengkagumkan sebab ia terjadi berpasangan dan mirip sama (konsep bersamaan dan persamaan) dalam berbagai keadaan. 

Sama dalam bentuk sifat masa dan ruang fizik yang nyata. Bukan ilusi pada khayalan fikiran atau pandangan mata. Bukan disengajakan oleh sesiapa kecuali yang Maha Mengatur. Maka perkataan paling sesuai dengan hal-hal yang tak terduga malah sangat tak dijangka ini adalah KESERENTAKKAN. 

Tentu kita tak dimurkai Tuhan lagi. 8 bilion manusia masih ingkar dan tergamak berkata semua itu kebetulan. Hanya orang yang tidak faham agama masih menyebut kebetulan. Umpamanya pada kejadian super ketetapan tengelamnya kapal Titanic.

Sebuah novel telah di tulis awal sebelum kejadian titanic dengan nama yang hampir sama TITAN jumlah penumpang dengan jumlah korban yang sama. Kapal melanggar bungkahan ais. Kapten yang sama-sama membuat keputusan tenggelam bersama di dalam perut kapal. Panjang kapal mewah yang sama. Tarikh 23hb yang sama kejadian yang hanya tahun sahaja berbeza setahun. Cara kecuaian kemalangan juga sama dan banyak lagi. Itulah kerja aturan Tuhan yang di sebalik itu ada pengertian besar pada yang masih tak percaya takdir dan ketetapan menuju keserentakkan. Selepas itu novel yang tak laris habis terjual dalam jumlah yang amat luar biasa dalam sejarah novel. 

ALLAH swt sengaja memilih titanic yang ketika itu bukti kemewahan tamadun manusia untuk menunjukkan kebesaranNYA. Percayalah yang terselamat itu ada di dalam jiwanya percaya pada Tuhan dengan kepercayaan yang maha agung. Nilai kemanusiaan paling agung dalam peristiwa itu adalah satu percintaan penuh dramatik ketulusan hati. CINTA jodoh ajal maut juga satu KESERENTAKKAN  suci dan menjadi penyelamat satu misteri.

Pertemuaan dalam ini juga satu keserentakan yang telah Allah susunkan syukur masih ada yang sayangkan saudara seagama untuk saling ingat mengingati kembali ke jalan fitrah yang sebenar.

Alhamdulillah syukur Ya Allah walaupun masih belum ketemu secara berhadapan Sifu Farihan hari ini beliau juga seorang guru bagiku yang telah mengajar walaupun sepotong ayat. Mudahan segala ilmu yang dikongsikan dapat diamalkan dan menjadi saham akhirat buatnya juga.

Saya setuju dengan sifu fahami semua method guru guru yang lain dan beramallah dengan baik. Ilmu ini ibarat suami isteri saling lengkap melengkapi untuk membina kebahagian dan keharmonian.

Kehidupan ini tidaklah serumit yang disangkakan. Kita mampu mencorakkannya mengikut acuan yang kita pilih sendiri. Ada dua sahaja pilihan muktamad. Nak pilih yang baik-baik sahaja ataupun nak yang campur-campur. Mahu ikhlas atau hipokrit. Masyarakat madani perlu orang yang ikhlas untuk kesejahteraan mereka dan keturunannya.

Bagi mereka yang berfikir, sudah pasti ada jawapan dan pilihan yang dijangkakan. Bagi kita yang tak mampu nak fikir, gelisah bila nak jadi baik tapi tenteram bila buat benda tak elok. Itulah kena jaga nikmat akal. Justeru, sentiasa buat perkara baik berulang2 untuk latih akal pun  teguh fikir cara orang yang baik.

Hati yang hidup pasti ingin melihat persekitarannya segar dengan kebaikan. Manakala hati yang sakit atau mati, pasti melihat alam amat membosankan. Buat pun dengan tiada kerelaan. Bagi yang positif dan redha, segalanya adalah ketentuan. Lakukan yang terbaik buat diri. Pasti kita tidak akan menyesal, kecewa, putus asa dan menyalahkan sesiapa apapun keputusan.

THE POWER OF ISTIGHFAR


THE POWER OF ISTIGHFAR
••••••••••••••••••••••••••

Imam Ahmad bin Hambal Rahimakumullah (murid Imam Syafi'i) dikenal juga sebagai Imam Hambali. Di masa akhir hidupnya beliau bercerita;

Suatu waktu (ketika saya sudah usia tua) saya tidak tau kenapa ingin sekali menuju satu kota di Iraq. Padahal tidak ada janji sama orang dan tidak ada keperluan.

Akhirnya Imam Ahmad pergi sendiri menuju ke kota Bashrah. Beliau bercerita;
Begitu tiba di sana waktu Isya', saya ikut solat berjamaah Isyak di masjid, hati saya merasa tenang, kemudian saya ingin istirahat.

Begitu selesai solat dan jamaah bubar, Imam Ahmad ingin tidur di masjid, tiba-tiba penjaga masjid datang menemui Imam Ahmad sambil bertanya; "Kenapa kamu di sini, syaikh?"

----------- Penjelasan -------------
Kata "syaikh" boleh digunakn untuk 3 panggilan:
Untuk orang tua, orang kaya ataupun orang yg berilmu. 
Panggilan Syaikh dikisah ini panggilan sebagai orang tua, karena penjaga tu memanggil hanya sebagai orang tua.
---------------------------------

Penjaga masjid itu tidak tahu yang lelaki itu adalah Imam Ahmad. Dan Imam Ahmad pun tidak memperkenalkan dirinya. 

Di Iraq, semua orang kenal siapa Imam Ahmad, seorang ulama besar & ahli hadith, sejuta hadith dihafalnya, sangat soleh & zuhud. Zaman itu tidak ada kamera/gambar sehingga orang tidak tau wajahnya, cuma namanya sudah terkenal.

Imam Ahmad menjawab,  "Saya ingin istirahat, saya musafir."
Kata penjaga tu, "Tidak boleh, tidak boleh tidur di masjid."

Imam Ahmad bercerita,
"Saya diusir oleh orang itu disuruh keluar dari masjid. Setelah keluar masjid, dikuncinya pintu masjid. Lalu saya ingin tidur di birai masjid."

Ketika sudah berbaring di birai masjid Penjaganya datang lagi, marah-marah kepada Imam Ahmad. "Kamu nak apa lagi syaikh?"kata penjaga itu. 
Saya nak tidur, saya musafir." kata Imam Ahmad.

Lalu penjaga masjid berkata;
"Di dalam masjid tidak boleh, di birai masjid juga gak boleh." Imam Ahmad diusir. Imam Ahmad bercerita, "saya diusir sampai jalanan."

Di samping masjid ada penjual roti (rumah kecil sekaligus untuk membuat & menjual roti). Penjual roti ini sedang membuat adunan, sambil melihat kejadian Imam Ahmad diusir oleh penjaga masjid tadi. 

Ketika Imam Ahmad sampai di jalanan, penjual roti itu memanggil dari jauh; "Mari syaikh, anda boleh nginap di tempat saya, saya punya tempat, meskipun kecil."

Kata Imam Ahmad, "Baik". Imam Ahmad masuk ke rumahnya, duduk di belakang penjual roti yg sedang membuat roti (dengan tetap tidak memperkenalkan siapa dirinya, hanya bilang sebagai musafir).

Penjual roti ini punya perilaku baik dan memuliakn tetamu. Kalau Imam Ahmad mengajak bersembang, pasti dijawabnya. Kalau tidak, dia terus membuat adunan roti sambil (terus-menerus) melafazkn ISTIGHFAR. "Astaghfirullah"

Saat meletakkan garam, astaghfirullah, memecah telur astaghfirullah,  mencampur gandum astaghfirullah. Dia senantiasa mengucapkan istighfar. Sebuah kebiasaan mulia. Imam Ahmad terus memerhatikannya.

Lalu Imam Ahmad bertanya, "Sudah berapa lama kamu lakukan ini?"

Orang itu menjawab; 
"Sudah lama sekali syaikh, saya menjual roti sudah 30 tahun, jadi semenjak itu saya lakukan."

Imam Ahmad bertanya;
"Apa hasil dari perbuatanmu ini?"

Orang itu menjawab;
"(lantaran wasilah istighfar) tidak ada hajat/keinginan yg saya minta, kecuali PASTI dikabulkan Allah. semua yang saya minta ya Allah...., pasti saya akan dapat"

Rasulullah
 صلى الله عليه وسلم 
pernah bersabda;

"Siapa yg menjaga istighfar, maka Allah akan menjadikan jalan keluar baginya dari semua masalah dan Allah akan berikan rizki dari jalan yg tidak disangka-sangkanya."

Lalu orang itu melanjutkan, "Semua dikabulkan Allah kecuali satu, masih satu yang belum Allah beri."

Imam Ahmad penasaran lantas bertanya;
"Apa itu?"

Kata orang itu;
"Saya minta kepada Allah supaya dipertemukan dengan Imam Ahmad."

Seketika itu juga Imam Ahmad bertakbir, "Allahu Akbar..!  Allah telah mendatangkan saya jauh dari Baghdad pergi ke Bashrah dan bahkan - sampai diusir oleh penjaga masjid - sampai ke jalanan ternyata kerana ISTIGHFARMU."

Penjual roti itu terperanjat, memuji Allah, ternyata yang di depannya adalah Imam Ahmad.

Ia pun langsung memeluk & mencium tangan Imam Ahmad.

(SUMBER: Kitab Manakib Imam Ahmad)

Wallohu a'lam

Saudaraku tercinta..... Mulai detik ini - marilah senantiasa kita hiasi lisan kita dengan ISTIGHFAR - bilamana dan di manapun kita berada.

Semoga Allah merahmati kita semua, Aamiin

Rahsia & Khasiat Huruf-huruf Hijaiyyah


Bagaimana sifu begitu memahami bahasa huruf hijaiyah dgn izin Allah, syncronizing dengan numbering dan Al quran. Inilah antara kitab kajian dan amalan amalan ulamak sufi. 

Andai umur panjang, dan berpanjangan kita di sini, In Sya Allah sifu akan kongsikan pada yang memerlukannya.

*Seandainya Allah menginginkan kebaikan kepada hambaNya,* *segera DIA menunjukkan kesalahan-kesalahan yang pernah kita lakukan agar kita memperbaiki diri.*

*Ini berdasarkan hadis Sohih Riwayat Tirmidzi, 2396]*

*"Sekiranya Allah Tabarakallah Ta'ala menghendaki kebaikan kepada hambaNya, maka akan disegerakan hukumannya di dunia, dan sekiranya IA mengkehendaki kepada hambaNya keburukan, maka ditahan (siksanya) kerana dosanya dan di balasnya nanti di hari kiamat."*

*Jika anda sering mendapat ujian dan menjadikan anda selalu bermuhasabah diri, percayalah anda DI CINTAINYA.*

*Bersangka baiklah kepada Rabbmu.*

❄️💧❄️💧❄️💧❄️💧

Perjalanan rasa


Bismillahhirrahmannirrohim.

Dengan nama Allah yang paling pemurah lagi paling penyayang.

Assalamualaikum wbt teman-teman yang disayangi. Semoga kalian sentiasa dalam limpahan rezeki, rahmat dan kasih sayang Allah swt.

Alhamdulillahhirobbilalamiin, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Tiada kemampuan bagi saya untuk bersama teman-teman semua dalam Tribe #769 SAFT ini melainkan semuanya hanyalah dengan izin iradat Allah swt.

Terima kasih sifu Farihan Yahya kerana sudi bawa saya masuk ke group yang besar dan ramai ini. Semua dalam group ni saya tahu hebat-hebat belaka. Daripada Allah dan kepada Allah dikembalikan segalanya. Terima kasih.

Perjalanan RASA tiada lain dan tiada bukan hanyalah untuk menzahirkan Dia sahaja. Perjalanan rasa saya mungkin tidak sehebat teman teman sekalian. Saya hanya picisan yang dipinjamkan sifat makni Nya untuk kecap nikmat rasa HIDUP dimuka bumi Nya.

Terharu dan teruja bila dapat kembali berinteraktif bengan teman teman lama setelah sekian lama bertapa dan berjalan. Banyak ilmu dan peluang yang Allah swt bukakan buat saya hamba Nya yang kerdil ini.

Pada saya jasad zahirnya sahaja yang terpisah dari sifua dan teman-teman semua. Tetapi roh sentiasa bertemu dan berpesan pesan. Itu hebat Nya Allah swt dalam memberi rasa. Jasad terasa jauh tetapi dalam tetap satu. Paksi Nya hanya Allah swt. Tiada tanda aras ukur Nya. Hanya yang minum air laut Nya dapat rasa masin Nya.

Perjalanan rasa saya hanyalah untuk zahir kudrat Dia,
Perjalanan rasa saya hanyalah untuk zahir iradat Dia,
Perjalanan rasa saya hanyalah untuk zahir samaq Dia,
Perjalanan rasa saya hanyalah untuk zahir basaq Dia,
Perjalanan rasa saya hanyalah untuk zahir ilmu Dia,
Perjalanan rasa saya hanyalah untuk zahir qalam Dia,
Perjalanan rasa saya hanyalah untuk zahir hayat Dia.

Semuanya tiada lain hanyalah untuk NYATA kan Dia sahaja dalam setiap perincian yang kita lakukan. Adakah kita dapat melihat ZAT, SIFAT, ASMA dan AF'AL Dia dalam pandangan kita. Tambahan lagi saya kategori visual.

Bukan mudah dan akan menjadi mudah bila Dia permudahkan. In Syaa Allah.

Bagi teman-teman yang dah dapat ilmu ini, beramal lah sehari sepotong ayat Al-Quran, Ikhlas, Syirik, dan banyak lagi..beramallah, In Syaa Allah Dia yang pandu kehidupan kita kepada Nya.

In Syaa Allah, ada kelapangan saya sambung lagi..
Sahaja saya berkongsi kerana Allah taala.
Perkongsian daripada Tuan Pazlan Pauzi.

Alhamdulillah...syukur, terima kasih Lan ya
Jangan segan-segan sharing pengalaman dengan ilmu nie, mSP, perjalanan RASA
Ada kelapangan masa, lontarkan sahaja
Jumlahnya ramai di sini
Sifu keseorangan kalau tanpa support rakan seperjuangan especially alumni-alumni sifu sendiri tak terdaya sebenarnya.
Misi kita satu jer, berjemaah kita berpimpingan tangan kita kembali jalan pulang ya.

3 Tingkatan Makhluk Allah s.w.t


Bismillah, Assalamualaikum Kekasih2 Hati Patik

Bahagian ilmu untuk kita hadam bersama

===========================
3 Tingkatan Makhluk Allah s.w.t 
===========================

✔️ Tingkatan Pertama ( Al - “Ibaad )

+ Mengerjakan Solat , Puasa dan amal ibadah yang lain
+ Menjauhi larangan2 Allah
+ Melakukan untuk beroleh syurga dan terlepas azab siksaan Neraka
+ Untuk menikmati #Kebahagiaan Duniawi dan Ukhrawi

✔️ Tingkatan Kedua ( Al - Muridin )

+ Taat kepada Ajaran - ajaran Agama
+ Dengan Tujuan tidak lain tidak bukan untuk sampai kepada Allah
+ Mencari Kaedah melepasi #Hijab yang mendiding diri mereka dengan Allah
+ Untuk diperlihatkan rahsia - rahsia halus yang baik2 dari Allah

✔️ Tingkatan Ketiga ( Al - ‘Aarifin )

+ Tingkatan tertinggi di antara ketiga - tiganya
+ Amal Ibadat yang banyak namun tidak lagi terlihat Diri yang melakukan
+ Tidak lagi dibayangi oleh Rasa Alim seolah2 diri yang melakukan Amal Ibadah
+ Hati mereka #Hanya tertuju kepada Allah yang melakukan sesuatu pada #Hakikatnya
+ Mereka tenggelam dalam Redha Qadar Allah
+ Bergantung teguh pada Tali #Qadha Allah yang Ar - Rahman dan Ar - Rahim

AL - Hikam
Hakikat Hikmah Tauhid dan Tasawuf

" Sahaja saya berkongsi kerana Allah Taala "

Al Quran itu cahaya


Al quran diturunkan bukan untuk dilagukan umpama burung ketitir, Al quran perlu kita tadabbur dan fahami dengan izin Allah

Surah 2 ayat 269

"ALLAH MENGANUGERAHKAN AL HIKMAH (KEFAHAMAN YANG DALAMNYA TENTANG AL QURAN DAN AS SUNNAH) KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG DIKEHENDAKINYA (ini bermakna bukan hanya termaktub ada title ustaz, ustazah atau syarat lulusan Al azhar). DAN BARANGSIAPA YANG DIANUGERAHI HIKMAH, IA BENAR BENAR DIANUGERAHI KARUNIA YANG BANYAK. DAN HANYA ORANG ORANG YANG BERAKALLAH YANG DAPAT MENGAMBIL PELAJARAN DARI FIRMAN ALLAH ITU"

Al quran yang diwahyukan kepada Rasulullah SAW itu adalah cahaya, iaitu cahaya yang menerangi dalam meniti kehidupan seharian.

Cahaya al quran ini akan menerangi otak manusia dengan pengetahuan dan kefahaman yang jelas dan yang terselubung (tersirat) yang mengakibatkan otak manusia tersebut mampu memahami apa yang diwahyukan atau bahasa moden sekarang ini mesej yang nak disampaikan oleh Allah. ITULAH ORANG-ORANG YANG BERAKAL

Orang yang berusaha untuk mendapatkan Al hikmah bererti dia mengerti apa itu AL KITAB (AL QURAN) dan akhirnya faham apa itu iman. Cahaya Al quran menerangi otak manusia dan seterusnya menerangi hati manusia sehingga iman akan tumbuh.

Hamba Allah : Tuan, memang wajib ke susah dulu sebelum senang? Tak ada ke orang senang tanpa bersusah-susah dulu..?

Abd Hakim : Memang wajib tuan..

Hamba Allah : Kenapa tuan?

Abd Hakim : Kerana Allah tu Maha Adil. Jika kebanyakan orang yang Allah bagi senang tu perlu melalui kepayahan yang amat, mengapa kita rasa kita perlu terkecuali, atas sifat Allah Yang Maha Adil tu?

Allah nak kurniakan syurga untuk seseorang itu, Allah hantar ujian dulu untuk dilepasi untuk melayakkan mereka ke syurga.

Allah nak bagi kekayaan, Allah akan hantar kepayahan dulu untuk melayakkan mereka menerima kekayaan.

Untuk jadi asbab dan memenuhi markah untuk layak.. Adil

Kerja kita usaha, Allah yang tentukan segalanya.. buat kerja kita..

**Walaubagaimanapun, Kuasa Allah tak terbatas untuk memilih sesiapa makhlukNya yang Dia kehendaki untuk dicurahkan RahmatNya..

Mengenal diri, Mengenal Allah


Sebelum terciptanya sekelian alam yang ada hanyalah Allah semata-mata, yang wujud hanya Allah. 

Surah Al Hadid 57:3

Dialah Yang Awal,Yang Akhir, Yang Zohir dan Yang Batin dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.

Mengenalkan diri seperti mengenalkan Allah. Mengenal Allah binasa diri. Yang dimaksudkan binasa diri adalah binasa milik kita, binasa milik yang tinggal hanya milik Allah. MilikNya yang mengenalkan Dia. Bila tiada lagi milik jadilah Mati Sebelum Mati. Tapi ada gerak geri. Gerak geri itu juga kerja Allah. Kita milik ini sebagai alat untuk Allah nak mengzahirkanNya.

Jasad ada gerak geri kerana roh. Roh dikuasai Allah. Jasad hanya sarung atau kotak kepada roh. Kuasa Allah meliputi sekelian alam. Mana mungkin kita dapat melakukan sesuatu tanpa lepas dari izinNya.

"Apabila membasuh pinggan kita akan memiliki dua benda: Pertama pinggan itu bersih. Kedua tangan kita pun bersih kan.

Begitu jugalah dalam diri kehidupan kita, takkala kita mengajak orang lain ke arah kebaikan, kita sebenarnnya membersihkan diri kita pada masa yang sama pada hakikatnya."

Bukan kita nak tunjuk kita ni warak, alim, berilmu dan sebagainya.

Saya cuba ye sifu (Pn Rosliena)
Perkaitan antara kupasan sifu dgn ilmu metafizik sains penomboran adalah 
1. Ilmu metafizik sains ini hanyalah ilmu yang boleh kita gunakan untuk kite lebih mengenali Dia.
2. Ilmu itu adalah asbab untuk kita lebih kenal akan pencipta kita.
3. Lebih yakin lagi bila kite kaitkan dgn al Quran..
Menguatkan lagi kefahaman dan kesedaran kita kepada pencipta kita.

Huraian sifu :
Amalkan 1 hari 1 potong ayat, refer tafsir
Renung dalam dalam, muhasabah dan mujahadah diri
Ini umpama kita mengupas kulit bawang pandangan kita selapis demi selapis
Dengan izin Allah, kefahaman itu datang dengan sendiri
KUDRAT, IRADAT, SAMA, BASAR, ILMU, KALAM, HAYAT itu semua kan Allah punya
Kalau rezeki kamu, atas kehendak (iradat) Allah, kefahaman (Al Alimun) atas ILMU itu akan datang dgn sendiri.

Kenapa sifu tekankan perkara ini, ini kelainan mazhab Sifu Farihan dalam membawa ilmu pinjaman milik Allah ini, metafizik sains penomboran islamik berasaskan al Quran.

Biarlah benar-benar menjadikan Al quran itu sahabat.
Sifu nak korang faham betul-betul tujuan dan matlamat kenapa untuk kenali kelemahan dan kekurangan, kenapa nak kenal diri.
Adakah korang kena teruja kepada NOMBOR itu sendiri melebihi KETERUJAAN TERHADAP KEBESARAN DAN KEAGUNGAN ALLAH ITU SENDIRI..??? cer jawab

Ini baru mukaddimah, baru lapisan luar kulit bawang
Perjalanan kita di tribe ini utk selusuri ilmu ini masih jauh
Apa yang sifu boleh katakan di sini
Makin dalam dan jauh korang pergi
Makin hilang keberdaan diri
Biarlah sampai yang ada, yang wujud itu hanya Allah

Jangan cepat menggunakan Akal mendahului pemikiran ya

Sifat Wujud


Assalamualaikum kekasih2 Allah

" Selamat Menunaikan Fardhu Zuhur"

Bismillah 

" Sifat Wujud "

. . Wujud sesuatu itu adalah kerana Wujud Nya yang menjadikan sesuatu
Dia lah Zahir dan tiada ada sesuatu sebelum Nya....
Dia lah yang akhir yang tiada ada sesuatu selepas Nya
Dia yang Awal yang tidak ada sesuatu sebelum Nya

Dia yang Bathin yang tiada ada sesuatu selain Nya
Tidak ada yang mendinding Allah dengan sesuatu kerana Dia yang Awal, yang Akhir, yang Zahir dan yang Bathin
Tidak ada hijab yang mendinding Allah dengan sesuatu kerana sesuatu hakikatnya tidak ada

Hakikat sesuatu selain Allah itu adalah tidak ada.... semua adalah tertakluk pada Qudrat dan Iradat Allah

#AwalnyaAllahAkhirnyaAllah
#17JAN

" Sahaja kami berkongsi kerana Allah Taala "

Tadabbur ayat 17:1


Sambil-sambil tu, hari nie 17/1

17:1 

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Al-Israa - 1)

Mari kita sama sama tadabbur ayat ini, ini mukadimah dan sessi buka minda bagi mereka yang ingin mendalami ilmu METAFIZIK SAINS PENOMBORAN ISLAMIK BERASASKAN AL QURAN..

ada 3 soalan sifu lontarkan di sini,
1. Berlakunya perpindahan dari mana ke mana..??
2. Manakah yang dikatakan sebenar benar Masjid Al-Haram..??
3. Manakah yang dikatakan sebenar benar Masjid Al-Aqsa..??

Jawapan :
1. Perpindahan dari Palestin ke Mekah..arah kiblat
2. Mekah
3. Palestin

Benar itu dr segi zahir @ syariat, hakikat sebenar yang tersirat di mana

Baik,


Bismillah.. 


Yang ingin kita fahami di sebalik yang tersurat ayat ini

Masa ni Allah perintahkan untuk menukar arah kiblat. Jadi siapa yang percaya dan beriman pada Allah, akan ikut perintah Allah. Sesungguhnya Allah tahu dan mendengar siapa yg mengingkari perintah tersebut. 

Untuk situasi sebagai hambaNya waktu ini..umpama, Allah telah memerintahkan, menyampaikan melalui RasulNya untuk kita menukar arah 'kiblat' untuk beriman kepada Allah dengan memperlihatkan tanda2 kekuasaan Allah. Tetapi jika dalam perjalanan itu ada yang berpatah balik dan tidak turut serta.. hanya Allah sahaja yang  tahu.. Situasi seperti kita semua sekarang ni..


Yang dikatakan sebenar-benar Masjid Al Haram (Makkah itu tersurat). GOLDEN RATIO BUMI 1.618 adalah Kaabah. Nak faham apa yang tersirat (hakikat), ambil yang ada di langit, di bumi letak pada diri untuk kita muhasabah dan mujahadah diri.


GOLDEN RATIO DIRI 1.618 terletak di QALBU (pemikiran).


Yang dikatakan pula sebenar benar Masjid Al Aqsa, tersuratnya adalah di Palestin, yang tersiratnya adalah terletak di Akal kita iaitu akal kita.


Awaluddin Makrifatullah (Awal2 hidup Beragama itu Mengenal Allah). 


Nak mengenal Allah, Jangan sesekali kita menggunakan akal (masjid al-aqsa) tapi perlulah dengan  menggunakan qalbu (masjid al-haram)


BARANGSIAPA MENGGUNAKAN AKAL MENDAHULUI PEMIKIRAN MAKA JADILAH BINATANG

BARANGSIAPA MENGGUNAKAN PEMIKIRAN MENDAHULUI AKAL MAKA JADILAH INSAN.

Contoh satu situasi :-

Bila kita menggunakan logik Akal mendahului pemikiran, mana mungkin boleh kita terima kalau sifu katakan di sini bukan nasi itu mengenyangkan perut kita tapi Allah, mana mungkin boleh terima kalau sifu katakan di sini bukan panadol itu yang menyembuhkan sakit kepala kamu itu tapi Allah. Maka perangai kebinatangan pantas menjatuh hukum itu dan bersangka sangka mula merajai jiwa.

Tapi bila kita menggunakan Qalbu (pemikiran) mendahului Akal, di situ akan hadir iman, redha, takwa dan sifat WUJUD itu hanyalah ESA satu milik Allah. Panadol, nasi itu semua asbab penzahiran dan memperlihatkan sifat sifat DIA semata mata. Memperlihatkan tanda tanda kekuasaan dan kebesaran Allah.


Inilah yang dikatakan sebagai proses hijrah, perpindahan yang diinginkan oleh Allah kepada setiap hambaNya yang dihantar sebagai khalifah untuk memakmurkan insan.


Kalau anda faham, cuba relatekan apa kupasan ini dengan ilmu metafizik sains penomboran islamik ini. Cuba ya



Ilmu Huruf Arab


Soalan : Maafkan saya yang dhoif ni...saya nak tanya macam mana nak fahamkan tafsir ni ye? Saya  cuba baca tapi tak berapa faham. Risau baca-baca nanti faham ke lain pulak. Mohon tunjuk ajar ye.

Huraian Jawapan :
Tiada siapa dalam alam semesta ini yang boleh ajar puan atau fahamkan tafsir al quran, sepertimana mana tiada siapa pun boleh ajar puan bagaimana nak explain RASA MANIS itu sendiri

Hanya Allah sahaja mampu berikan kefahaman, taufik dan hidayat

Doa sujud waktu tahajjud, berdoa lah
"YA ALLAH YA TUHANKU. KAU DATANGKANLAH ILHAMMU KE DALAM ILHAMKU, KAU DATANGKANLAH KEFAHAMANMU KE DALAM KEFAHAMANKU, SUPAYA DENGAN ILHAM DAN KEFAHAMAN YANG DIPINJAMKAN KEPADA AKU INI, DAPAT MENDEKATKAN DIRI KU KEPADAMU YA ALLAH"

Yang kita baca dan tafsir itu adalah barang TERSURAT
Yang hakikat nak disampaikan adalah barang TERSIRAT

Hanya Allah SWT sahaja yang boleh datangkan kefahaman itu
Ilmu ini hanya datang pada yang mencari, tak cari kerana Allah Taala susahlah sikit

Ilmu huruf arab nie, huruf hijaiyah nie adalah suatu ilmu yang umum. Kemudian ia dikelaskan kepada bahagian-bahagian tertentu mengikut disiplin pengajian setiap peringkat ilmu :-

Dalam ILMU TAUHID, akidah perbahasan tentang huruf adalah dikaitkan dengan sifat kalam dan makhluknya

Dalam ILMU FEQAH, perbicaraan tentang huruf berkait rapat dengan soal sol bacaan dalam solat, batal solat dengan satu huruf yang memberi makna dan sebagainya. Bayangkan kita selama ini tunduk bangun 17 rakaat sehari semalam tak faham makna Al Fatihah. Kalau orang faham, jelas TAUHID dan NYATA PADA PERLAKUANNYA.

Dalam ILMU TASAUF, ia berkait rapat dengan isyarat-isyarat, mesej, makna makna huruf yang manifestasinya amatlah mendalam, kaifiat zikir berdasarkan huruf dan sebagainya. Bidang ini biasanya dipelopori oleh ahli tasauf.(Al hikmah)

Dalam ILMU TAJWID, huruf merupakan perkara asas pembelajarannya, perbicaraan tentang makhraj huruf tidak asing lagi dalam tajwid al quran dan pelbagai bentuk bunyi huruf, hukum hukum bacaan dan sebagainya.

Begitulah, disiplin setiap ilmu mempunyai kaitan yang nyata dan hubungan yang erat dengan huruf huruf hijaiyah itu.

Mengenalkan diri seperti mengenalkan Allah


Kita kejar dunia, dunialah yang dapat. Akhirat jauh.
Kejar Allah, dunia dan melutut ke kaki kita tanpa kita tak mampu nak menolaknya.

Sekarang, yang ada dalam genggaman pun jap ada jap takder
macam biskut choc fudge, jap ada jap hilang, yang kejar tak dapat pula..kann

Perkongsian daripada Tuan Mohd Izuwan Omar

Sepanjang  bersama sifu di dalam group ini, banyak perkongsian yang membuatkan untuk terus gali rahsia diri melalui Al Quran. Terima kasih Ya Allah, terima kasih sifu farihan dan sahabat semua.

Hanya berkongsi kefahaman jika ada kekurangan dan silap mohon beri bimbangan,teguran dan tunjuk ajar ya.

1. Sebelum terciptanya sekelian alam yang ada hanyalah Allah semata-mata, yang wujud hanya Allah. 

Al Hadid 57:3
"Dialah Yang Awal, Yang Akhir, Yang Zohir dan Yang Batin dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu."

Mengenalkan diri seperti mengenalkan Allah. Mengenal Allah binasa diri. Yang dimasukkan binasa diri adalah binasa milik kita,binasa milik yang tinggal hanya milik Allah. MilikNya yang mengenalkan Dia. Bila tiada lagi milik jadilah Mati Sebelum Mati. Tapi ada gerak geri. Gerak geri itu juga kerja Allah. Kita milik ini sebagai alat untuk Allah nak mengzohirkanNya.

Jasad ada gerak geri kerana roh. Roh di kuasai Allah. Jasad hanya sarung atau kotak kepada roh. Kuasa Allah meliputi sekelian alam.

Mana mungkin kita dapat melakukan sesuatu tanpa lepas dari izinNya.

Firman Allah dalam surah Al - Dhariyat ,51:21
"Dan pada dirimu sendiri Maka apakah kamu tidak memerhatikan".

Surah Al Insan 76:2
"Sesungguhnya  kami telah menciptakan manusia daripada setitis mani yang bercampur, yang Kami mengujinya dengan perintah dan larangan, kerana itu kami jadikan dia mendengar dan melihat".

Surah Ali Imran 3:6
"Dialah yang membentukmu dalam rahim mengikut yang Dia Kehendaki"

Surah Al Nahl 16:78
"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberimu pendengaran,penglihatan dan hati agar kamu bersyukur"

Surah Al Infitar 82:6-8
"Wahai manusia! Apa yang telah memperdayakan kamu (berbuat derhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pengasih.

Yang telah menciptakanmu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadi susunan tubuhmu seimbang.

Dalam bentuk apa sahaja yang dikehendaki,Dia menyusun tubuhmu".

Surah Al Syam 91:9-10
"Sungguh beruntung orang yang menyucikan jiwa itu,dan sungguh rugi orang yang mengotorinya"

Berusahalah mengembalikan fitrah itu dengan membersihkan jiwa dan mendekatkan diri kepada Allah  untuk memperolehi pertunjuk dan bimbanganNya.

Subahanallah rupanya dalam Al Quran banyak ayat-ayat untuk mengenal diri. 

Mudahan sifu dan sahabat yang lebih arif bidang ilmu ini dapat berkongsi lebih mendalam akan betul2 RASA.

Kalam sufi


~ Kalam Sufi ~

Ditanya kepada seorg sufi..
Wahai tuan. Apakah cinta yang tulus seorang hamba kepada tuanNya?

Jawapannya.
Hamba yang ikhlas dalam percintaan dan kasih sayang serta benar kepada tuanNya tidak menuntut apa2 dari kasih sayangNya.
Malah kadang2 kesakitan dan penderitaan dan deraian airmata serta kehancuran jiwa itu adalah tulusnya cinta mereka padaNya.
Mereka rela dicuba..mereka rela derita..mereka rela dikorbankan dan terkorban..
Cinta mereka tidak mengharapkan apa2 balasan dari yang dicintaiNya..
Terkadang mereka tersungkur dalam derita dan linangan airmata.
Itulah keluhuran cinta kekasih kpd kekasihNya.

SALAM TAHAJJUD BUAT HAMBA PILIHAN🍃🌹

Sedut Aura Positif !!!

Jika Anda 'FAIL'(gagal) jangan putus asa, sebab 'FAIL' bermaksud 'First Attempt In Learning' (Langkah Pertama dalam Pembelajaran).

'END' (Tamat) bukanlah Pengakhiran malah 'END' bermaksud  'Effort Never Die' (Usaha Tidak Sesekali Mati/Berhenti).

Jika Anda dapat  'NO' (Tidak) sebagai jawapan, ingatlah  'NO' bermakna  'Next Opportunity' (Peluang Seterusnya).

Dan jika anda dapat mengharungi  'NO' maka anda akan dapat  'YES' (Ya) yang bermaksud  'YOUR EFFORT SUCCEED' (Usaha Anda Berjaya).

Pegang dan sebati ayat ini, pasti hebat menjalani kehidupan! 💪💪💪