Metafizik

Fasa mencari jawapan diri

8:57 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Salam...
Dah dinner ka belum nie?

Jom, kita gerakkan otak kanan, apakah PERSAMAAN antara 2 cerita berkenaan INNER PEACE ini, dan apa ilmu dapatan yang kita sama sama boleh ambil utk muhasabah diri..?

FASA MENCARI JAWAPAN DIRI

Mengenal Diri  — Mencari Kepakaran Diri — Membina Diri — Menjenamakan Diri — Menjadi Ketua Dalam Diri Sendiri — Kaya Dengan Diri Sendiri..

Korang duduk di Fasa Mana sebenarnya..???


0 comments:

Metafizik

Melepaskan untuk mendapatkan (Inner Peace)

6:03 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Tadi INNER PEACE versi PO Kungfu Panda, sekarang versi ahli ilmuan perjalanan sufism, nak tahu tak?

MELEPASKAN UNTUK MENDAPATKAN (INNER PEACE)

Pada Suatu hari, seorang pemuda yang  gagah namun penampilannya jelik dan bajunya compang-camping mendatangi seorang Guru Sufi.

Dia berkata, "Guru, saya datang dari jauh nie dan telah menempuh perjalanan yang sangat jauh dan berat, Saya kesepian, menderita dan sangat letih, Selipar saya sudah pun sobek dan badan saya penuh luka. Ini semua saya lakukan demi mencari jawaban atas penderitaan yang saya alami. Kenapa saya belum menemukan cahaya petunjuk sedikit pun..??"

Sang guru melihat akan pemuda ini membawa sebuah kantung kain yang besar., "Apa isi kantung kainmu itu?" tanya si guru.

Si pemuda menjawab, "Isinya sangat penting bagi saya. Di dalamnya ada barang-barang yang mengingatkan saya pada setiap tangisan, ratapan, kesedihan dan air mata saya. Benda-benda inilah menjadi penyemangat saya dalam menempuh perjalanan berat mencari jawaban ini."

"Baiklah, sekarang ikutlah denganku" kata si guru. Mereka berjalan sebentar dan tiba di tepi sebuah sungai kecil. Di tepi sungai itu ada sebuah perahu sampan kecil. Si guru naik ke atas sampan tersebut.
"Naiklah!" ajak si guru pada pemuda itu. Si pemuda itu pun naik ke atas sampan, dan mereka menyeberangi sungai tersebut. Ketika sampai di seberang, mereka berdua pun turun dari sampan ke tepian.
Kata si guru, "Kita sudah sampai. Sekarang pikullah sampan ini, dan kita akan melanjutkan perjalanan kita."

Pemuda itu pelik dan protes, "Tapi sampan ini begitu berat, mana kuat saya untuk memikulnya?".

"Benar sekali katamu itu. Ketika kita menyeberangi sungai, sampan ini sangat berguna dan besar artinya bagi kita. Namun ketika sudah siap meneruskan perjalanan kita berikutnya, sampan ini hanya akan menjadi beban saja. Kita harus meninggalkannya di tepi sungai, kalau tidak sampan ini hanya akan memberatkan lagi langkah kita. Begitu juga dengan kehidupan kita. Penderitaan, kesepian, kegagalan, tangisan, air mata, dan bencana, semuanya sangat berguna dalam kehidupan kita. Semua itu membuat kita tabah dan kuat menghadapi tentangan, dugaan, cabaran hidup di masa depan. Namun pada saat kita ingin melangkah maju, kalau kita tidak melepaskan hal-hal tersebut, maka hal-hal tersebut hanya akan menjadi beban langkah kita. Letakkanlah bebanmu itu! Hanyutkan di sungai ini. Kehidupanmu akan menjadi lebih ringan Sekarang letakkan kantung kainmu di sini, dan mari kita melanjutkan perjalanan." ajak si guru.

Si pemuda mengikuti perintah si guru, dan melanjutkan perjalanan. Beberapa jauh kemudian si guru menanyakan perasaan si pemuda ini.

Jawab si pemuda,"Kini rasanya langkahku begitu ringan dan cepat. Aku baru sadar bahwa kehidupan sebenarnya bisa dijalani dengan begitu sederhana."

Masa lalu tidak sama dengan masa kini dan masa depan. Masa lalu tidak terlalu penting. Yang penting adalah masa kini dan masa yang akan datang. Orang berjaya pasti pernah jatuh dan gagal dalam hidupnya, tetapi mereka tidak terus-terusan membawa beban itu di pundaknya. Jadikan masa lalu yang baik sebagai teladan, dan masa lalu yang buruk sebagai pelajaran. Namun jangan membawa-bawa masa lalu itu sendiri ke masa depan.

Wallahualam..semoga kisah benar ini memberi manfaat.

0 comments:

Metafizik

Inner Peace

3:11 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


INNER PEACE

Ketika Po dalam Kung Fu Panda II memiliki ‘Inner Peace’ (ketenangan jiwa) barulah dia mampu mengalahkan lawannya. Ketenangan itu bukan dibuat‐buat dan direka tetapi ketenangan itu dimilikinya setelah dia REDHA dengan apa yang terjadi. “The only thing that matter, is what you choose to be now.”

Ini dibuktikan oleh Allah melalui firmannya,
'HANYA DENGAN INGAT KEPADA ALLAH, JIWA AKAN MENJADI TENANG' (Surah Ar-Raad 13: ayat 28)

Walaupun dia tahu dia memerlukan “inner peace” namun dia tetap tidak berjaya mengalahkan lawannya walaupun sudah hampir membunuh lawannya (Lord Sheng) kerana sekadar tahu.

Po cuba memiliki ketenangan itu dengan “AFFIRMATION” di mana beliau sekadar cuba mempositifkan fikiran otaknya, bukan ketenangan sebenar iaitu ketenangan yang mampu mempositifkan jiwanya. Fikiran positif belum tentu jiwa positif. (Hukum Law of Attraction)

Namun setelah Po REDHA iaitu menerima apa yang telah ditakdirkan dan apa yang terjadi, dia benar‐benar tenang. Benar‐benar memiliki jiwa yang positif. Lalu apa saja yang mendatang dapat diatasi dengan baik malah dia sendiri tidak sangka kehebatan yang dianugerahkan kepada dirinya.
Po berada pada saat ini. Melakukan segalanya pada saat ini.
Melupakan saat yang lepas dan tidak hanya asyik termenung memikirkan saat akan datang.

Saya teringat kata‐kata Soothsayer dan Po dalam Kung Fu Panda II:
Your story may not have a such happy beginning. But that doesn’t make you who you are. It is the rest of your story. You gotta let go that stuff of the pass, because it just doesn’t matter. The only thing that matter, is what you choose to be now.

Utamakan saat ini kerana kita mampu melakukan apa jua hal dalam saat ini. Bukan saat lepas atau saat akan datang. Saat lepas hanyalah ilusi, saat akan datang adalah fantasi... saat ini adalah realiti.

[note] Menonton tu jangan sekadar berhibur tetapi ambillah pengajaran yang sangat banyak. Walaupun bukan dari orang Islam namun Islam sememangnya mengajar kita sedemikian malah tidak boleh dibandingkan dengan Islam yang lebih jelas dan baik sekali..nak faham HAKIKAT KEHIDUPAN, BELAJAR MELIHAT KAIN HINGGA KE KAPAS

Nanti In Sya Allah ada kelapangan masa sifu akan kupas, cerita Cinderella, Lucy dan banyak lagi, semua tentang KENAL DIRI...

0 comments:

Metafizik

Kitaran 7

2:16 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Bismillah...

Hukum Kitaran 7 perUmur mengikut keserataan penduduk dunia.

Gandaan 7 adalah paling tepat untuk future globe dan Fibo Golden Ratio.

1-7 tahun: Mumayyiz (proses tumbesaran akal)

7-14 tahun: arahan dan perkembangan seni visual. Awalan Mengenal akhlak dan persekitaran. Pergerakan tulang dan saraf berkembangan baik. Awal pembelajaran dan kecerdasan fizikal dan mental.

14-21 tahun: Aktif dan mula menyesuaikan diri dan ketrampilan masyarakat. Cantik dan smart. Darah muda dan berlaku banyak kesilapan. Mencuba sesuatu yang baru.

21-28 tahun: Mula belajar dunia sebenar dan mula mencari rezeki mengikut bakat dan kepakaran. Berumah tangga dan melalui hidup keriangan.

28-35 tahun: Flexible dan terus mencuba dalam survivor kehidupan. Jatuh naik dan proses melaksanakan impian hidup.

35-42 tahun: kematangan dan urus tadbir diri keluarga dengan baik. Fokus dan mula beranak pinak dalam Struktur Keluarga. Rezeki lebih dan menjadi Ikon. Mula menyimpan aset. Keputusan mula tepat.

42-49 tahun: Mengetuai masyarakat dan boss company/corporate/gov. Merasai apa itu ketenangan dan proses membentuk fasa diri ke arah kejayaan.

49-56 tahun: Rehat dan mula memahami apa itu kerohanian dan membebaskan kegembiraan. Fasa ini, travel dan menghabiskan masa dengan family dan melunaskan hutang. Banyak pengalaman dan tersenyum kerenah anak cucu. Jadi ketua masyarakat.

56-63 tahun: Masa untuk diri dan Tauhid yang betul. Hidup dengan yayasan dan hal kebajikan. Memberi dan inginkan masa sendiri.

63- tahun: Subsidi.

Kejayaan manusia adalah menjumpai Allah dan diri sendiri. Proses ini adalah kitaran dilalui sesiapa sahaja. Semua kejayaan dan kekayaan adalah Izin Allah. Manusia hanya berikhtiar sahaja.

Jika anda berjaya dan bertuah itu atas izin Allah sebab berjuta juta manusia mencuba tetapi anda diberi kelebihan dan kejayaan itu.

Memahami proses ini adalah melengkap diri ke alam lain pula.

Hasil penelitian kemanusiaan fasa umur sejak 5 tahun lepas..

Korang duk kat mana sekarang..??
cer share sikit duduk di Fasa Umur mana, dan situasinya apa, bagaimana nak OVERCOME situasi itu.

Boleh boleh?

0 comments:

Metafizik

La tataharraku zarratun illa biiznillah (Tidak akan bergerak walau sebesar zarah tanpa izin Allah)

7:18 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Assalamualaikum dan Selamat Pagi, semua sihat ka pagi ini? 
sifu doakan semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua, mudah-mudah dan sehabis mudah..

Orang BERIMAN pegang RAPAT ini,

LA TATAHARRAKU ZARRATUN ILLA BIIZNILLAH
(Tidak akan bergerak walau sebesar zarah tanpa izin dan kehendak Allah)

Tidak akan bertemu dan bersilaturrahim kita di tribe ini, sama sama kita rapatkan SAFT melainkan atas izin dan kehendak Allah..tidak ada istilah kebetulan dalam hidup ini, semuanya sudah suratan..itu namanya beriman dengan Qada dan qadar.

Faham semua





Testimoni Program MSP:
👆👆👆👆👆👆👆Sedikit perkongsian PENGALAMAN RASA mereka yang telah hadir ke Program MSP 2 hari 1 malam di Ismah Beach Resort, Melaka pada 25 & 26 Mac 2017 baru baru ini.

Selebihnya boleh masuk sini @TestimoniProgramMSP untuk membaca sharing para RASA.



Testimoni Program MSP
👆👆👆👆👆👆👆Sedikit perkongsian PENGALAMAN RASA mereka yang telah hadir ke Program MSP 2 hari 1 malam di Ismah Beach Resort, Melaka pada 25 & 26 Mac 2017 baru baru ini.

Selebihnya boleh masuk sini @TestimoniProgramMSP untuk membaca sharing para RASA.

0 comments:

Metafizik

Pilihan sendiri vs Ketetapan Allah

7:13 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


PILIHAN SENDIRI vs KETETAPAN ALLAH

Program MSP 2 hari 1 malam yang lalu pd 25 & 26 March 2017 di Melaka, sifu ada menceritakan tentang hal qada’ dan qadar yang menjadi persoalan ramai orang. Mungkin diri kita yang membaca artikel ini juga.
Persoalannya adalah kita ingin mengetahui qada’ yang mana untuk kita pilih agar kita memiliki qadar yang terbaik buat kita. Inilah yang menjadi kebingungan kita selama ini. Lalu sejak sekian lama banyak pendapat membahaskan dengan sejauh mana kebebasan memilih yang Allah berikan kepada kita.

Ianya begini, Seandainya kita mendalami hal qada’ dan qadar ini, kita pening sendiri. Keliru sendiri. Kita akan terus mengemukakan persoalan yang tidak pernah memuaskan hati kita.
Di ketika kita mengatakan bahawa kita diberi pilihan oleh Allah SWT kepada kita sendiri untuk memilih takdir, nanti akhirnya semua pilihan kita ditentukan oleh Allah jua.
Seandainya kita mengatakan kita tidak memiliki pilihan di dalam memilih dengan hanya mengikut semua kehendak Allah SWT semata‐mata, lalu kita persoalkan tentang balasan Allah yang dikenakan atas tangan‐tangan kita sendiri. Persoalan ini tidak akan berakhir. Kita akan menjadi semakin keliru.

Alhamdulillah, setelah beberapa tahun selusuri jalan kembali dan mencari akhirnya sifu memahami suatu perkara dalam hal persoalan tentang takdir ini. Sebenarnya yang utama bukan untuk mengetahui takdir yang mana baik atau tidak baik. Ini kerana baik atau tidak baik itu adalah pada penilaian kita sebagai manusia sahaja. Juga tidak menjadi sesuatu yang penting untuk kita mengetahui sesuatu pilihan itu kita yang memilih sendiri atau ditetapkan Allah kerana walaubagaimana perbahasan kita pun semuanya adalah ketetapan Allah jua adanya.

Bagi Allah SWT, apa jua yang berlaku pada kita adalah yang terbaik untuk kita. Allah menjelaskan sejelas‐jelas dalam Al‐Quran bahawa selagi kita berpegang pada Allah, beriman kepadaNya dengan benar pasti ditunjukkan kita jalan yang baik. Allah SWT tidak menzalimi hamba-hambaNya yang beriman, cuma kita sedikit kurang ajar sahaja dengan DIA.

Dengan keyakinan ini, kita ini teruskan sahaja kehidupan kita ini dengan memastikan bahawa kita tetap berpegang pada tali Allah SWT. Apa pun yang menjadi takdir kita, samada pada penilaian kita ianya tidak baik, namun sebenarnya itulah terbaik di sisi Allah untuk kita. QUL KULLUM MIN INDILLAH.

Kita tidak tahu apakah sebenarnya rancangan Allah untuk kebaikan diri kita. Walaupun bagi kita sesuatu yang menimpa kita itu merupakan satu musibah atau bala atau apa jua pun (mengikut penilaian kita), namun selagi kita bergantung pada Allah SWT 100%, yakinlah bahawa semua itu adalah proses kematangan dalam hidup kita yang perlu kita lalui dan di sana ada kebaikan untuk kita. Dengan memahami hal ini, kita tidak perlu lagi bertanya‐tanya yang mana satu pilihan yang terbaik sebelum melakukan kerana ia akan terus membingungkan kita.

Yang utama kita tanya dan memohon izin daripada Allah sebelum memilih dan melakukan sesuatu. Namun jawapan Allah bukan berbentuk seperti jawapan manusia.
Jawapan Allah itu berbentuk tuntunan sehinggakan kita tidak berasa bahawa gerakan kita, usaha kita dan pilihan kita itu sebenarnya adalah ketentuan Allah.
Kita berasa semua yang kita lakukan adalah pilihan dan usaha kita sedangkan hakikatnya Allah jualah yang menggerakkan semuanya.
Lalu dengan daya kemanusiaan yang kita miliki atas kurniaan Allah SWT, lakukan sahaja apa yang kita inginkan dan fikirkan kerana semuanya itu adalah tuntunan Allah pada kita.

Namun dalam melakukan sesuatu itu, kita bukan boleh melakukan sesuka hati kita. Kita ada aturan‐ aturan yang disediakan Allah SWT. Fikiran dan akal kita mampu mengetahui dan memahami aturan Allah SWT yang disampaikan melalui Al‐Quran dan Hadis Nabi Muhammad SAW. Akal waras kita tahu membezakan mana yang baik dan yang buruk.

Yang utama kita tetap terus bergantung pada Allah SWT 100% dalam hidup ini. Apa pun perkara yang terjadi pada kita, yakinilah bahawa selagi kita tetap terus bergantung pada Allah SWT, kita tetap akan diredhai Allah SWT.
Sesuatu yang baik atau tidak baik hanyalah persepsi dan penilaian kita.
Allah merahsiakan perancanganNya kepada kita agar kita tetap terus bergantung kepadaNya dengan keyakinan yang tidak ada keraguan sedikit pun dalam setiap apa jua ibadah kita.
Semoga kita tidak lagi keliru dan pening kepala mempersoalkan tentang takdir dan juga kebebasan memilih yang Allah berikan kepada kita.
Yang pasti JUST DO IT! Beramal soleh. Amal Ma’aruf Nahi Mungkar.
NAMUN TETAP TERUS MENDAHULUKAN ALLAH SWT DI ATAS SEGALA SESUATU!

Wahai orang‐orang yang beriman! Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah dan menghapuskan kesalahan‐kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa‐dosa) kamu dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar. (QS: Al‐Anfal, 8:29)

Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah [Al Qur’an], Kami adakan baginya syaitan [yang menyesatkan] maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. Dan sesungguhnya syaitan‐syaitan itu benar‐benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk. (QS: Al‐Zukhruf, 43: 36)

Aku tidak sesekali bertanya tentang qada’ & qadar yang aku sendiri tidak berkuasa ke atasnya. Aku hanya menjalankan hidupku mengikut daya kemanusianku yang dikurniakan Allah. Apa pun ketentuan Allah, aku sangat yakin ia sentiasa yg terbaik. Aku tidak akan melepaskan kesedaranku kepadaNya walau sesaat pun kerana aku sentiasa memerlukan petunjuk dan kekuatan kurniaanNya. “Ya Allah aku mohon petunjuk dan kekuatan dari Mu Ya Allah.”

Sifu Farihan Yahya
31hb March 2017
Temerloh, Pahang

0 comments:

Metafizik

Kisah lelaki tua vs pemilik kedai

1:50 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


KISAH LELAKI TUA vs PEMILIK KEDAI

Seorang lelaki tua dengan baju lusuh masuk ke sebuah kedai mewah. Dari bajunya, kelihatan lelaki tua tersebut dari golongan fakir. Para pengunjung di kedai tersebut melihat aneh kepada lelaki tua itu. Tetapi tidak dengan pemilik kedai....

Pemilik kedai: ''Mahu cari apa pakcik?'', bertanya ramah.
Lelaki tua: ''Saya mahu beli selimut 6 helai untuk saya dan anak-isteri saya. Tapi....'', katanya penuh ragu.
Pemilik kedai: ''Tapi kenapa pakcik?''
Lelaki tua: ''Saya hanya punya wang 100 riyal. cukupkah untuk membeli 6 helai selimut. Tidak perlu yang bagus, yang penting dapat melindungi tubuh dari hawa dingin.''
Pemilik kedai: ''Oh cukup pakcik! Saya ada selimut yang bagus dari Turki. Harganya cuma 20 riyal saja. Kalau pakcik membeli 5, saya beri bonus 1 helai.''

Lega...
Wajah lelaki tua itu bersinar cerah. Ia memberikan wang 100 riyal, lalu membawa selimut yang dibelinya pulang.
Seorang teman pemilik kedai yang sedari tadi melihat dan mendengar hal tersebut kemudian bertanya pada pemilik kedai..:

''Adakah kamu tersilap? Kamu kata selimut itu yang paling baik dan mahal yang ada di kedaimu ini. Kelmarin kamu menjualnya kepadaku dengan harga 450 riyal. Sekarang kamu menjual kepada lelaki tua itu 20 riyal?'' katanya, kehairanan.

Pemilik kedai berkata: ''Benar. Memang harga selimut itu 450 riyal, dan aku menjualnya kepadamu tidak kurang dan tidak lebih. Tetapi kemarin aku berdagang dengan manusia. Sekarang aku berdagang dengan Allah.
Demi Allah! Sesungguhnya aku tidak menginginkan wangnya sedikitpun. Tapi aku juga ingin menjaga maruah lelaki tua tersebut agar dia seolah-olah bukan menerima sedekah daripadaku hingga membuatnya berasa malu.
Demi Allah! Aku hanya ingin lelaki tua itu dan keluarganya terhindar dari cuaca musim dingin yang akan sampai tidak lama lagi. Dan aku pun berharap agar Allah menghindarkanku dan keluargaku dari panasnya api neraka...''

Sungguh tinggi nilai amal dan sedekah jika kita dapat melakukannya secara sembunyi atau tanpa membuat orang lain berasa rendah diri.

Bagi mereka yang kenal dan faham SIAPA di sebalik sarung setiap yang bernyawa itu
In Sya Allah jiwa akan menjadi lebih tenang.

0 comments:

Metafizik

Analogi Murah Rezeki

10:25 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


ANALOGI MURAH REZEKI

Konsep mudah dalam soal rezeki adalah ibarat kita mempunyai seorang pekerja yang mempunyai tugas untuk memberikan sedekah kepada yang memerlukan. Kita ini adalah orang yang sangat kaya. Kita berikan kepada pekerja kita sebanyak RM1 juta untuk diagih-agihkan kepada sesiapa yang memerlukan. Pekerja itu boleh mengambil beberapa RM dari jumlah RM1 juta itu untuk keperluannya sahaja. Kita akan menambahkan lagi duit itu seandainya kesemua duit itu telah diagih-agihkan kepada yang memerlukan

Mari kita tanya beberapa soalan:
Apakah kita akan menambah duit itu jika duit itu BELUM lagi habis diagihkan? Pasti tidak.
Apakah kita akan mempercayai pekerja seperti ini yang tidak menjalankan tanggungjawab seperti yang kita minta iaitu menyebarkan rezeki? Pasti tidak.
Apakah kita akan menambahkan lagi nilai yang lebih banyak untuk pekerja ini agih-agihnya kepada yang memerlukan? Pasti tidak.
Akhirnya pasti kita akan mencari pekerja lain yang lebih kita percaya.

Inilah sebenarnya analogi dalam soal rezeki. Seandainya kita mempunyai rezeki namun kita tidak sebarkan rezeki yang kita ada selain dari keperluan kita, maka rezeki yang ada itulah sahaja yang kita ada kerana kita tidak menyebarkan rezeki itu.

Allah tidak menambahkan rezeki kita lagi kerana rezeki yang ada pun kita hanya menyimpannya sahaja. Tidak disebarkan kepada yang memerlukan kerana tujuan Allah memberikan rezeki kepada kita adalah untuk keperluan kita dan yang lain untuk diagihkan kepada yang memerlukan.

Nanti ditambahkan lagi rezeki kita oleh Allah kerana kita menjadi hamba yang dipercayai-Nya dalam menyebarkan rezeki-Nya. Penambahan rezeki ini pasti lebih banyak daripada sebelumnya kerana kita sudah menjadi hamba yang dipercayai Allah untuk menyebarkan rezeki-Nya.

Allah beri peluang kepada kita untuk mendapat redhanya dengan mudah hanya dengan menjadi penyebar rezeki....wakil-Nya. Malah amanah ini adalah amanah yang paling bahagia kerana ia turut melibatkan kepada keperluan kita. Kita boleh ambil beberapa RM dari rezeki yang banyak disediakan. Kita tiada masalah dengan rezeki kerana ketika kita memerlukan kita dibenarkan oleh Allah mengambil dari rezeki yang diamanahkan oleh Allah itu.

Benarlah satu bahagian kita sedekahkan, kita akan menerima 10 kali ganda balasan atas sedekah kita itu. Dan 10 kali itu tidaklah sama bentuknya dengan apa yang kita sedekahkan. Ia termasuk rezeki kesihatan, kebahagiaan dan lain-lain selain daripada bentuk harta dan wang.

Jadilah wakil Allah iaitu menyebarkan rezeki selain daripada keperluan kita. Sentiasalah bertanya pada Allah agar Allah mengilhamkan kita yang mana satu keperluan dan yang mana satu kehendak nafsu.

Kekayaan itu bukan terletak pada berapa banyak yang kita miliki tetapi kekayaan itu adalah kekayaan hati di mana berapa banyak yang kita sebarkan kepada yang memerlukan. Sebelum Kaya Harta kena Kaya Jiwa terlebih dahulu. INGAT INI : ALLAH BERI KITA NIKMAT REZEKI UNTUK KITA MENTADBIR, MENGURUSKAN DENGAN BAIK SERTA MEMAKMURKAN INSAN SEBAGAI WAKIL ALLAH, DAN BUKANNYA MENGUASAI. BILA KITA ADA NIAT UNTUK MENGUASAI, KITA PADA HAKIKATNYA SUDAH MENCABAR HUKUM TUHAN.

Inilah yang sepatutnya  menjadi MOTIVASI kita untuk berusaha dan berusaha mencari rezeki kerana penyebar rezeki amat mudah untuk mendapat redha Allah. Namun ia juga mudah memasukkan kita dalam golongan yang rugi seandainya kita tidak memahami erti sebenar kekayaan. Sebab itulah dalam SOP BUKU 555, ada bahagian sedekah & zakat untuk kita buat. YANG BUAT DAPATLAH. HANYA YANG MINUM AIR LAUT SAHAJALAH TAHU SEJAUH MANA MASINNYA AIR LAUT ITU.

Sifu Farihan Yahya
29/03/2017
Kuala Terengganu


0 comments:

Metafizik

Satu kisah pengajaran terhebat

10:15 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


SATU KISAH PENGAJARAN TERHEBAT

Mari kita membuat sedikit analisis ke atas sahabat Rasulullah yang terhebat ini Saidina Abu Bakar As-Siddiq (r.a.). Ketika sifu membaca kisah Saidina Abu Bakar As-Siddiq ada pengajaran besar yang hingga kini tetap terus menjadi dorongan dan semangat dalam hidup saya dalam hal kekayaan.

Semua kita tahu kisah Saidina Abu Bakar As-Siddiq yang banyak memerdekakan hamba ketika zaman Rasululullah dan pemerintahan Abu Bakar sendiri. Dianggarkan dalam kisah yang pernah saya baca, Abu Bakar memerdekakan berbelas-belas hamba. Kebanyakannya adalah hamba yang diseksa oleh tuan mereka kerana hamba-hamba ini beriman kepada Allah.

Kita ambil kisah Bilal bin Rabah. Dikisahkan Abu Bakar As- Siddiq menawarkan berapa jua nilai emas kepada Umayyah untuk membebaskan Bilal daripada seksaan Umayyah. Apa yang ada dalam fikiran kalian ketika membaca kisah ini? Abu Bakar meletakkan berapa jua harga pun kepada Umayyah untuk memerdekakan seorang hamba yang diseksa. Saya sendiri tidak mampu mengikuti apa yang Abu Bakar tawarkan. Tiada had harga yang diletakkan oleh Abu Bakar.

Apa makna semua ini? Ini bermakna Abu Bakar As-Siddiq adalah sahabat Rasulullah yang sangat-sangat-sangat kaya. Jika hari ini kita bangga dengan kekayaan kita, kita harus berasa malu. Sahabat-sahabat Rasulullah yang mungkin dalam fikiran kita sekadar orang kaya biasa sebenarnya adalah JUTAWAN-JUTAWAN EMAS ketika zaman mereka. Namun tawaduk dan ketundukan mereka pada Allah melebihi dari yang lain. Kita baru dapat sales puluhan ribu dalam masa 1 bulan, kena puji sikit dah jalan macam ayam katik, hilang tawaduk dan ketundukan pada Maha Pencipta.

Kita buat sedikit kira-kira secara anggaran. Dikisahkan Abu Bakar membayar Umayyah untuk memerdekakan Bilal dengan bayaran sebanyak 9 Uqiyah emas. 1 uqiyah = 31.75gram.

Kita tidak tahu harga emas ketika zaman Abu Bakar namun Emas pada zaman apa pun ia tetap mempunyai harga yang tinggi. Mungkin Abu Bakar tidak memiliki harta berjuta tetapi nilai ratusan ribu ketika itu adalah sama nilai dengan jutaan malah mungkin billion ketika zaman ini.

Jom mari kita kira mengikut harga emas zaman ini agar mudah membandingkan dengan kekayaan yang kita ada. Jika 1 Uqiyah = 31.75gram dan kita ambil harga emas terkini bagi emas yang paling baik iaitu emas 999 (24 karat), maka 9 uqiyah emas berharga 9 uqiyah x 31.75gram x RM200 = RM57,145.50.

Itulah harga yang dibayar oleh Abu Bakar untuk memerdekakan seorang hamba. Allahuakbar!!! Mungkin nilainya masih belum banyak. Dikisahkan dalam sejarah, Abu Bakar membeli berbelas-belas hamba. Ada yang menyatakan 15,16 dan lain-lain.

Mudahnya mari kita kira seandainya 15 orang hamba yang dimerdekakan oleh Abu Bakar dengan nilai yang sama dengan memerdekakan Bilal, maka 15 orang x RM57,145.50 = RM857,182.50.

Nilai ini hanya untuk satu kebajikan Abu Bakar iaitu memerdekakan hamba. Belum lagi termasuk dalam sedekah, zakat dan bantuan yang lain. Allahuakbar. Apakah kita tidak malu seandainya kita menjadi orang kaya tetapi kita diam menyimpan harta untuk kegunaan sendiri tanpa menyebarkan kepada yang memerlukan?


0 comments:

Metafizik

Rahsia murah rezeki & kejayaan

9:49 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Bismillah...
Assalamualaikum dan selamat pagi..semua sihat ka hari ini?
Santapan rohani belum lagi hari ini kan..?? 
Santapan jasmani macam mana dah ka?

Pagi ini sifu nak share RAHSIA MURAH REZEKI & KEKAYAAN, ramai ka nak tahu?

RAHSIA MURAH REZEKI & KEKAYAAN

Kekayaan yang dikurniakan oleh Allah pada setiap orang mempunyai tujuan yang berbeza iaitu samada sebagai nikmat atau bala. Menjadi nikmat pada mereka yang dipercayai Allah sebagai wakil-Nya dalam menyebarkan rezeki-Nya. Menjadi bala kepada mereka yang bangga, sombong, bongkak, bakhil dengan kekayaan-Nya lalu Allah menambahkan lagi kekayaan mereka agar terus jauh daripada Allah. Lalu mati nanti dalam kejahilan dan kekafiran.

Sebagai wakil Allah, kita tidak salah mengejar kekayaan. Namun pastikan tujuannya adalah benar di jalan Allah agar apa yang kita lakukan diangkat oleh Allah menjadi sebuah ibadah. Justeru menjadikan diri kita di jalan yang lurus iaitu tergolong dalam tujuan Allah menjadikan kita untuk beribadah kepadaNya.

Kekayaan itu bukanlah bermakna kita memiliki harta yang menimbun. Tetapi rezeki kita tidak pernah putus itulah menandakan kita ini orang kaya. Malah rezeki yang tidak pernah putus itu membuatkan keperluan kita sentiasa cukup.

Jika rezeki tidak putus tetapi tidak cukup, kita sebenarnya sudah masuk ke ruang kehendak yakni nafsu yang mempunyai pelbagai citarasa tanpa sempadan.

Rahsia untuk memiliki kekayaan dengan cepat adalah membetulkan niat awal kita. Niat menjadi kaya adalah untuk mencukupkan keperluan kita dan kita bersedia untuk menjadi wakil Allah dalam menyebarkan rezeki kepada mereka yang memerlukan.

Jadikan ini MOTIVASI setiap hari kita dalam mencari rezeki. Dengan menjadi penyebar rezeki, kita lebih mudah mendapat redha Allah kerana tujuan kita tidak lain hanyalah untuk mendapatkan redha Ilahi.

0 comments:

Metafizik

Muslim vs Syaitan

9:29 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

MUSLIM vs SYAITAN

Mudah-mudahan penjelasan mudah ini akan lebih meningkatkan iman kita.

Mari kita lihat rukun iman yang enam.
1. Percaya kepada Allah
2. Percaya kepada malaikat
3. Percaya kepada kitab
4. Percaya kepada rasul
5. Percaya kepada hari kiamat
6. ercaya kepada ketentuan baik dan buruk yang Allah SWT tentukan. (Qada’ dan Qadar)

Mari kita meneliti mengapa iblis/syaitan dilaknat oleh Allah SWT?
Apakah dia tidak percaya Allah?
Apakah dia tidak percaya malaikat?
Apakah dia tidak percaya kitab?
Apakah dia tidak percaya kepada rasul dan hari kiamat?
Apakah salahnya syaitan ini?

Jika hendak dibandingkan dengan kita., syaitan ini awal2 lagi sudah berjumpa Allah SWT. Keyakinannya kepada Allah SWT tidak mampu kita lawan. Dia telah berada di syurga dan menikmati syurga. Dia memohon kepada Allah SWT setiap kali ingin melakukan sesuatu dengan penuh rendah hati kepada Allah SWT. Dia memanggil Allah SWT dengan penuh hormat dengan panggilan “Ya Rabb”.

Syaitan juga telah berjumpa malaikat tinggal bersama-sama di syurga. 
(Rujuk (QS. Al-A’raf : 13).
Syaitan juga percaya kepada kitab Allah SWT kerana cuba menyesatkan manusia daripada kitabnya.
Syaitan juga percaya kepada rasul iaitu utusan Allah SWT.
Syaitan itu telah berjumpa dengan semua rasul dan nabi Allah SWT berbanding dengan kita yang tidak pernah berjumpa dengan seorang pun dari mana-mana rasul dan nabi Allah SWT.
Syaitan juga percaya adanya hari akhirat. Sebab itu dia berdoa kepada Allah agar dipanjangkan umurnya sehingga hari akhir. 
Firman Allah, “Iblis menjawab: ‘Beri tangguhkanlah aku sampai waktu mereka dibangkitkan”. (QS. Al-A’raf : 14).
Allah SWT memperkenankan permintaan syaitan ini (rujuk (QS.Al-A’raf: 15).

NAMUN yang satu inilah yang syaitan gagal beriman menyebabkan Allah SWT melaknatnya. Apakah dianya?
Ketika Allah SWT menjadikan Adam dan meminta malaikat dan syaitan sujud pada Adam, malaikat dan syaitan membantah. Lalu ditegur Allah SWT.
Aku lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui. (Rujuk QS Al-Baqarah: Ayat 30)
Malaikat tersedar lalu sujud pada Adam. Namun syaitan tetap ingkar dengan memberi jawapan yang difirmankan Allah SWT di dalam QS Shaad: Ayat 76.
Nah! apakah bezanya syaitan dengan kita yang tidak menerima ketentuan Allah SWT?
Setiap apa yang Allah SWT jadikan, lakukan adalah kehendak Allah SWT dan Allah SWT Maha Tahu apa yang Dia lakukan.

Lalu apakah kita ingin dilaknat Allah SWT seperti syaitan yang salahnya hanya satu iaitu tidak BERSERAH mengikut kehendak Allah SWT?
Jika kita bertanya lebih lanjut dengan soalan “Mengapa Allah SWT lakukan itu dan ini” jawapan yang mudah kita fahami, terserahlah kepada Allah SWT untuk Dia lakukan apa sahaja. Kerana semua apa yang ada di langit dan di bumi ini dan di antaranya termasuk diri kita, takdir kita adalah milik Allah SWT.
Allah nak beri kita sakit, nak hilangkan harta benda, nak beri kita kaya, senang, suka, sedih, gelisah, masalah anak, masalah suami isteri..... Dia yang Maha Hak ke atas diri kita.
Kerana itulah jawapan Allah SWT, “Aku lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui”.
Namun inshaAllah, jika kita berserah pada Allah SWT, jiwa sentiasa tenang kerana kita sedar semuanya adalah hak Allah SWT untuk berbuat apa sahaja. Jika kita ingin melawan sekali pun kehendak Allah SWT, kita pasti tidak mampu lakukan. Tetapi setiap apa yang Allah SWT lakukan, pastinya ada kebaikan dan bermanafaat.

Sekali lagi, dikala kita bertanya mengapa Allah buat itu ini, jawapan menggunakan ayat pasar atau kampung....adalah “sukahati Allah SWT lah untuk lakukan apa pun kerana semuanya adalah milik Allah SWT”. Kerana apa sukahati Allah SWT lah? kerana Allah SWT Maha Mengetahui apa yang kita tidak ketahui.

Jadi setiap kali mengeluh, ingatlah “Sukahati Allah SWT lah untuk lakukan apa sahaja kerana Dia lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui” FULL STOP. Tiada tapi-tapi dan beralasan itu ini.

Jika kita masih beralasan itu dan ini, apakah bezanya kita dengan syaitan?
Yang perlu dimohonkan adalah “Ajarikan aku ya Allah” agar kita mengetahui apa yang kita tidak ketahui.
Semoga penerangan ringkas ini mampu menyedarkan kita serta meningkatkan keimanan kita sehingga mampu berserah total 100% kepada Allah SWT

Kandungan Al-quran itu semuanya tentang diri kita, ambil letak pada diri kita, Firaun, Azazil, Namrud semuanya..inilah dikatakan panduan dan pedoman kehidupan.

0 comments:

Metafizik

Menjadi hamba yang bersedia

8:21 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


MENJADI HAMBA YANG BERSEDIA

Mari sini kita betulkan Law of Attraction dan Law of Universe yang benar.
Rezeki hanya akan dimiliki oleh mereka yang BERSEDIA untuk menerima rezeki.
Apakah keperluan yang kita perlukan dengan adanya rezeki itu.
Allah tidak akan memberi rezeki kepada mereka yang tidak ada tujuan dengan rezeki.
Seandainya rezeki diterima tanpa ada tujuan rezeki itu digunakan, berhati-hatilah wahai saudara.
Boleh jadi ia adalah BALA yang mana rezeki itu sekadar untuk menjauhkan kita terus dari Allah.

Jika orang beriman menerima rezeki, rezeki itu bukan sekadar untuk disimpan atau dijadikan harta yang mengikatkan dari melakukan sesuatu yang manafaat.
Malah rezeki itu juga pasti menjadi sebuah ujian besar seandainya kita terima tanpa tujuan untuk kebaikan. Lalu BERSEDIA untuk menerima rezeki demi untuk keperluan yang baik iaitu untuk keperluan diri, keluarga dan bersedia memberikan kepada sesiapa yang memerlukan.

Rezeki itu pasti untuk sesuatu kebaikan.
Orang yang BERSEDIA menerima rezeki adalah orang yang yakin 100% total pada Allah bahawa pasti Allah akan memberikan rezeki.
Lalu BERSEDIALAH sentiasa untuk menerima rezeki.

Saya mempunyai banyak pengalaman malah hampir setiap hari pengalaman dalam menerima rezeki Allah SWT di kala saya benar-benar BERSEDIA untuk menerimanya.
Dan setiap hari saya sentiasa BERSEDIA menerima rezeki Allah SWT demi keranaNya.
Ilmu hanya akan dimiliki oleh mereka yang BERSEDIA untuk menerima ilmu.
Seandainya tidak bersedia, maka ketika mereka diberikan apa-apa ilmu, pasti mereka tidak menghargainya atau mereka langsung tidak akan memahaminya.
Kerana itu kalau kita lihat pada diri kita sendiri, kadang-kadang kita sudah menerima ilmu tersebut tetapi masih tidak faham atau tidak disedari.
Namun ketika ada orang lain yang memberikan ilmu yang sama, di kala itu kita berasa seolah-olah pertama kali kita mendapat ilmu tersebut walaupun sebenarnya pernah diberikan ilmu itu sebelum ini. Ketika itu sebenarnya, kita dalam keadaan BERSEDIA menerima ilmu yakni mencarinya.

BERSEDIAlah sentiasa saudara kerana Allah SWT akan sentiasa memberikan ILHAM kepada mereka yang sentiasa BERSEDIA. Kita ini khalifah Allah iaitu Wakil atau Wali Allah. Tidak mungkin Allah SWT memberikan sesuatu kepada kita tanpa apa-apa tujuan untuk mengimarahkan dunia ini.

Law of Attraction dan Law of Universe kita tidak perlu pada apa-apa atau sesiapa.
Tetapi pada Allah bahawa kita yakin Allah berkehendak untuk kita kaya, untuk banyak ilmu, untuk jadi orang yang berjaya, menjadi orang yang bahagia kerana kita yakin kita dipilih Allah untuk menjadi WAKILNYA.

Di ketika kita yakin, lalu kita akan BERSEDIA dengan memulakan langkah awal untuk melakukan kehendak Allah. Di sinilah nanti kita akan mendapat Ilham yakni petunjuk dan kekuatan. Kita akan bangun dari kemalasan. Kita akan menghancurkan belenggu- belenggu yang mengikat kita dari perkara-perkara buruk.

Kita perlu memulakan kerja kebaikan dan kita yakin hanya pada Allah.
Law of Attraction kita pada Allah. Keyakinan total pada Allah.

Marilah... 
BERSEDIAlah bahawa solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah. Dari awal solat lagi kita sudah dimotivasikan Allah dengan kesungguhan dalam diri kita untuk sentiasa BERSEDIA UNTUK ALLAH SWT.

"Ya Allah dengan kemahiran yang aku ada ini ya Allah, aku mohon agar Engkau tuntunkan diriku ini ya Allah kepada kebaikan ya Allah. Dengan apa yang aku lakukan ini ya Allah, aku mohon agar Engkau berikan kebaikan dan perlihatkan diriku dengan jalan-jalan kebaikan. HambaMu ini mohon kekuatan ya Allah. Segala apa yang hambaMu lakukan ini ya Allah hanyalah untukMu ya Allah. Hanya untukMu."

Ketika jiwamu membenarkan kata-katamu itu bahawa apa yang dirimu itu ingin lakukan atau sedang lakukan demi kerana Allah, lihatlah sendiri bagaimana kamu akan mendapat pelbagai cara dan jalan dalam pekerjaanmu itu. Allah sedang menuntunmu dan bersyukurlah kepadaNya tanpa melepaskan kesedaran kepadaNya walaupun satu saat.

0 comments:

Metafizik

Hidup perlu mengikut sunnatullah

7:52 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


HIDUP PERLU MENGIKUT SUNNATULLAH

Persoalan masa lampau ketika bertemu guru.

Soalan: "Guru, mengapa orang bukan Islam ramai yang berjaya sedangkan mereka tidak percaya pada Allah?

Guru: "Ya mereka memang tidak percaya dan beriman pada Allah. Tetapi mereka MENGIKUT Sunnatullah.

Allah Maha Pemurah, Pengasih dan Penyayang. Hukum tetap hukum jika tidak beriman. Namun kasih sayang Allah tetap ada pada semua makhlukNya. Allah pandu kita dalam hidup ini dengan sunnatullah.

Nak pandai, rajin cari ilmu dan belajar. Amalkan untuk lebih faham dan lalui pengalaman.
Nak berjaya, rajin berusaha.
Nak bodoh, rehat tak perlu buat apa-apa.
Nak miskin, duduk lepak tak perlu buat kerja.
Iman dan tidak beriman ada bezanya.
Orang tidak beriman pasti akan marah-marah dan tidak sabar bila ikut sunnatullah tapi hasilnya tidak sama seperti yang diharapkan.
Orang beriman sedar sebagai wakil Allah, kita perlukan lakukan kerja kebaikan dulu.
Sebab itu orang beriman pasti akan MENJALANKAN syariat disamping sedar hakikat.
Baru dapat rasai pengalaman iaitu bermakrifat.

Kemudian redha semua yang dilakukan dan ketentuan atas apa yang dilakukan.
Sedar semuanya adalah ATAS IZIN ALLAH walaupun ikut sunnatullah."
Sebab kita perlu ikut sunnatullah, mari buat kerja.
Sunnatullahnya, buat kerja, baru habis kerja yang banyak itu.
Sunnatullah juga, jika tidak buat kerja, kerja yang ada itu tidak akan siap. :)

Assalamualaikum dan Selamat Pagi, sifu doakan semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua di sini, mudah mudah dan sehabis mudah..

Sifu Farihan Yahya
28 March 2017
Chukai, Kemaman

Selebihnya pakat semua baca kat sini ya @TestimoniProgramMSP

"Hikmah Musibah"
Semua insan di kurniakan rezeki musibah (dugaan) yang setimpal daya upaya hambaNya. Maka jangan lari dan tangguh dugaan kepada penyelesaian.

Bila Allah swt bagi musibah maka Allah Taala menanti hambaNya untuk berdoa. KEMBALILAH BERSUJUD PADANYA. Masalah/musibah juga datang kerana perangai negatif yang kita cipta. Kita yang memilih untuk jadi lebih baik.

Nak jawab susah juga tetapi pengalaman hidup Sifu sebenarnya dalam hati anda tiada ruang pun untuk Allah Taala. Bila tidak bertaqwa maka hal dunia akan dikejar sampai keciciran. Sedar sedar banyaknya kekecewaan yang membelenggu hidup. Potensi diri hilang begitu sahaja dan tidak kenal diri sendiri. Lambang kemewahan sebenarnya menipu kita semua.

وَلَقَدۡ أَرۡسَلۡنَا نُوحًا إِلَىٰ قَوۡمِهِۦ فَقَالَ يَـٰقَوۡمِ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ مَا لَكُم مِّنۡ إِلَـٰهٍ غَيۡرُهُ  ۥۤ‌   ۖ   أَفَلَا تَتَّقُونَ

Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya lalu berkatalah ia: "Wahai kaumku, sembahlah kamu akan Allah (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Oleh itu, tidakkah kamu mahu bertaqwa kepadaNya?".
(Surah 23 ayat ke 23)

0 comments:

Metafizik

Mencari Jalan Pulang

9:00 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Selagi KAU hanya sekadar BERLEGAR-LEGAR di PINGGIR JALAN...
Selagi KAU hanya BERLEGAR-LEGAR dengan membuat PUSINGAN KELILING dan PUSINGAN BALIK...
Selagi KAU hanya MEMERHATIKAN...
Selagi KAU tidak IKUT SERTA...
Selagi itulah KAU tidak akan menemui akan JALAN YANG LURUS itu...

KITA INI pada hakikatnya bukan SETITIS AIR DALAM SEBUAH LAUTAN
Tapi LAUTAN DALAM SETITIS AIR
KENALILAH DIRI MU RATA RATA
MAKA NYATALAH TUHAN YANG NYATA

SUBHANALLAH...
ALHAMDULILLAH...
ALLAHUAKBAR...

Jumpa lagi di Siri Program MSP 2 hari 1 malam di Zon Utara, Ipoh pada April 2017...

27 March 2017
Sifu Farihan Yahya
Ismah Beach Resort, Pengkalan Balak, Melaka

0 comments:

Metafizik

Al-Mulk sebelum tidur

5:49 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Kenapa dalam SOP Buku 555 ada kena baca Surah Al-Mulk sebelum tidur..??

Sebelum tidur, surah Al Mulk menjadi amalan, ia merupakan surah Al munjiah (penyelamat), pesan Rasulullah saw kepada para sahabat dan kita semua, mudahan kita terselamat dari azab kubur.. Surah yang banyak mengajar tentang akhirat..bacalah, kita tak akan menyesal..

Abu Hurairah r.a berkata Nabi s.a.w bersabda,

"Sesungguhnya ada surah di dalam Al-Quran (berisi) tiga puluh ayat, yang memberi syafaat kepada seseorang sampai ia diampuni dosanya iaitu surah 'Tabaarakalladzi biyadihil mulk (Surah Al-Mulk)'." Hadis Riwayat Tirmizi

Assalamuaalaikum dan salam subuh semua...

0 comments:

Metafizik

Ulangkaji Getaran Kesyukuran, Buku 555, Traffic Light, SOP

10:11 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Ulangkaji

Terlebih dahulu, terutamanya yang baru sertai @BilikIlmu_769SAFT ini, sifu ucapkan selamat datang dan berlapang dada kita di sini ya. Dan kosongkan gelas. Ilmu Allah ini terlalu luas, rantingnya banyak, semuanya tiada cacat dan celanya. Asalkan kita berpaut pada dahan yang SATU, In Sya Allah akan mendapat berkat dan barokah Allah. Sifu ini tidak ada apa di sini, hanya sekadar sarung bernyawa sahaja yang berkongsi secebis ilmu atas pengalaman perjalanan RASA, dengan izinNya.

MISI & VISI TRIBE #769SAFT

MEMBENTUK SEBUAH JIWA YANG TENANG
Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan berdiri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka disitulah Arah yang diredhai Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNYA dan limpah kurniaNYA). Lagi sentiasa mengetahui. (Al baqarah : ayat 115)

MISI
Membina keperibadian modal insan ke arah membentuk SEBUAH AHLAK YANG TERPUJI.

OBJEKTIF  TRIBE #769SAFT ini :
a)  Mewujudkan suasana ”BERMOTIVASI” dengan menterjemahkan personaliti yang terpuji dengan menjadikan ”ALLAH SWT SEBAGAI SUMBER INSPIRASI” melalui MODEL PEMBANGUNAN POTENSI KEHIDUPAN yang bersandarkan 4 sifat wajib bagi NABI MUHAMMAD S.A.W yang terpuji.

b)  Membangunkan tahap sosio ekonomi  para peserta ke tahap yang lebih memberangsangkan.

c)  Memperkasa minda & jiwa para peserta dengan membangunkan persekitaran yang berinspirasi dan mempunyai nilai UKHUWAH yang tinggi berpaksikan KASIH SAYANG. KASIH SAYANG ITULAH SIFAT AR RAHIM ALLAH (MAHA PENYAYANG). DI MANA ADA SUBURNYA BENIH KASIH SAYANG, DI SITULAH AKAN HADIR SIFAT AR RAHMAN ALLAH (MAHA PEMURAH) NIKMAT, BERKAT DAN BAROKAH ATAS ILMU DAN PELBAGAI JUA ASPEK KEHIDUPAN.

Ada beberapa sahabat pm bertanyakan tentang Getaran Kesyukuran , Buku 555 dan Traffic Light. Jadi, dikongsikan semula SOP di bawah supaya sahabat baru pun boleh belajar. 😊
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
7 GETARAN KESYUKURAN
1. NIAT KERANA ALLAH
2. TEKAD UNTUK LAFAZKAN DENGAN ISTIQOMAH SELAMA 40 HARI
3. LAFAZKAN SETIAP HARI SELEPAS SOLAT SUBUH
4. TULIS & SHARE 7 GETARAN KESYUKURAN DI KEPADA INSAN SEKELILING. (ONLINE ATAU OFFLINE)

CONTOH :
7 GETARAN KESYUKURAN

Bismillah
'Ibrāhīm:7 - Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".

Alhamdulillah, Syukur Kepada Allah

Terima Kasih Ya Allah, Masih Memberi Peluang Untuk Aku Hidup Sehari Lagi. Tahun 2017 Akan Menjadi Tahun Yg Lebih Bermakna Untuk Diri Ini & Keluarga Dgn Izin Mu

Terima Kasih Ya Allah, Engkau Memberi Peringatan & Kesedaran Kepada Diri Ku Ini. Tidak Sedar Akan Kesalahan Diri Ini Selama 8 Tahun Ini. Segala Yg Berlaku Ada Hikmah Di Sebaliknya

Terima Kasih Ya Allah, Engkau Memberi Kembali Sinar Di Dalam Hidup Ku. Moga Aku Diberi Kekuatan Untuk Kekal Di Dalam Perubahan Yg Baik Ini

Terima Kasih Ya Allah, Segala Persoalan Ku Telah Terjawab. Bersyukur Kerana Semuanya Telah Engkau Tunjukkan. Berilah Kebahagiaan Di Dalam Kehidupan Kami Sekeluarga

Terima Kasih Ya Allah, Hari Ini Anak² Anugerah Dari Mu Telah Bersekolah Semuanya. Permudahkan Segala Urusan Kami Semudah Mudah & Sehabis Mudah

Terima Kaih Ya Allah, Kerana Sentiasa Memberi Aku Rezeki Untuk Meneruskan Kehidupan Ini. Sangat Mudah & Tanpa Perlu Aku Bersusah Payah Dalam Mencari Nya

Terima Kasih Ya Allah, Kerana Memberi Aku Peluang Menjadi Anak, Suami & Ayah Untuk Keluarga Ku. Pimpinlah Aku Untuk Melakukan Yg Terbaik Di Dalam Tahun Baru Ini

Aamiin... Aamiin... Aamiin Ya Rabb

NIZAM KAMAL @ NK
Saudagar Jiwa
Hidup Ini Satu Perjalanan

CHERAS KL
3 Januari 2017
1/40

Di Dalam KAEDAH 7 GETARAN KESYUKURAN

Perlu Ada
1. TAJUK
2. PERKONGSIAN 1 AYAT AL QURAN (MAKNA)
3. 7 KESYUKURAN HARIAN ANDA (BERBEZA SETIAP HARI)
4. NAMA, TARIKH, TEMPAT, BILANGAN HARI YG ANDA TELAH LAFAZKAN

YANG PALING PENTING ADALAH ISTIQOMAH SELAMA 40 HARI TANPA TINGGAL WALAUPUN SEHARI. KALAU TERTINGGAL, KENA START BALIK DARI HARI PERTAMA (1/40).
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
2017, SOP dalaman dan Kerohanian

CHECKLIST
===========
1. Rutinkan solat berjemaah di masjid dan tepat waktu berserta solat sunat qabliyah dan ba'diyahnya.

2. Rutinkan solat tahajjud 8 rakaat dan solat witir 3 rakaat (kalau tak mampu cukup istiqamah 2 rakaat tahajjud dan solat witir 1 rakaat).

3. Rutinkan membaca surah al waqiah sesudah solat subuh dan isyak + surah al mulk
Barangsiapa membaca Surah Al waqiah setiap malam, maka ia tidak akan ditimpa kefakiran selamanya - H.R. Ibn Sunni

4. Rutinkan Solat Dhuha 6 rakaat, yang jiwa kental buatlah sampai 12 rakaat (2 rakaat salam begitu seterusnya).

5. Rutinkan baca zikir asmaul husna Ya Fattah Ya Razak 11 kali, diikuti ayat kursi 1x dan surah Al Ikhlas 3x sesudah solat.

6. Rutinkan zikir Laa Hawla wala quwwata illaa billah sebanyak 100x setiap hari @ 100/5 = 20x setiap selesai solat fardhu.

7. Rutin Istighfar 100x setiap hari @ 100/5 = 20x setiap selesai solat

8. Rutinkan baca surah 36 dari ayat al quran iaitu Yaasin 1x sehari

9. Rutinkan baca zikir
Subhanallahi Wabihamdihi
Subhanalllahil adzhiem

100x di waktu pagi selepas dhuha
100x di waktu petang selepas solat asar

Niatkan dan mohon rezeki yang banyak dan melimpah ruah dan bermanfaat utk diri dan orang lain, disamping menyumbang dan menegakkan agama Allah

Lakukan amalan kerohanian ini selama 40 hari tanpa gagal secara istiqamah..

2017, nie cukup cukuplah bergantung pada yang mati, dan sibuk nak ambil alih kerja Tuhan. Jemput rezeki tu sujud ke lutut dgn izinNya. Bergantung dan berserah diri secara total pd yang hidup.

Sukarnya kalian nak ikut SOP ini, sukarlah rezeki itu nak datang kepada kita. 
Buat Lillahi Taala.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BUKU 555

Bismillahhirrahmannirrahim
"Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang MENDIRIKAN SOLAT, dan MENUNAIKAN ZAKAT, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah)." Surah Al Maidah 5:55

👆👆👆 ayat ni boleh tulis depan Buku 555
CONTOH BUKU 555
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
TRAFFIC LIGHT
Hari ini sifu ajarkan bagaimana cara nak kira zakat yang perlu keluarkan setiap 1hb.

Langkah pertama
Lukiskan bentuk Traffic Light (ada kotak Lampu Merah Kuning Hijau)

Langkah Kedua
Tuliskan dikotak Lampu Merah Total Monthly Expenses bersama senarainya sekali.
contoh: Total Monthly Expenses RM3000.00

Langkah ketiga
Lampu Kuning
Tuliskan total amount yang perlu dapat setiap bulan.

Formulanya:
Total Amount Montly Expenses X 3kali ganda
RM3000 x 3= RM9000
RM9000 adalah amount yang perlu ada setiap bulan bergantung pada expenses masing-masing.

Langkah keempat
Lampu Hijau
Tuliskan amount bulanan seperti dikotak lampu kuning x 5 %
2.5%- Zakat
2.5% - Sederkah

contoh pengiraan:
RM9000 x 5% = RM450

Kesimpulannya total amount inilah yang perlu dikeluarkan setiap 1hb untuk zakat.
Mampu atau tak nak sedekah dan bayar zakat pd 1hb setiap bulan RM450 ini..?? Atau nak sifu tunjukkan bagaimana nak jemput RM450 sujud ke kaki kita

Baik, RM450 sebulan ÷ 26 hari dlm sebulan = ???
Kenapa 26 hari..tolak 4 hari cuti bekerja dalam sebulan.

Formulanya :
Bila dah dapat total amount 5% di lampu hijau bahagikan dgn 26 hari untuk dapat total sederkah setiap hari yang perlu dikeluarkan .

Contoh:
RM450/26 hari = RM17.30
jadi setiap hari amount ini wajib disederkahkan.

SOP lain yang sifu ajarkan solat tahajjud, dhuha, sedekah istiqamah lakukan. Lakukan dengan ikhlas.
Contoh kiraan seddekah untuk 26 hari bekerja
Contoh kiraan jika bekerja 30 hari sebulan
Dalam TRAFFIC LIGHT FINANCIAL FLOW, warna Merah tu bukan jumlah gaji/income tapi jumlah PERBELANJAAN dalam sebulan.

Traffic Light Merah (Belanja) x 3 = Traffic Light Kuning (Anggaran Income Yang Sepatutnya Kita Ada Untuk Capai Kebebasan Kewangan)

Contoh :
RM3000 (Total Belanja) x 3 = RM9000
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Soalan :
Zuliana :
Assalamualaikum wbt.. maaf bertanya.. saya zue.. newbie kat sini..
Contoh nya.. lampu hijau tu rm450 kan.. means.. zakat yg perlu kita bayar adalqh rm450.. then.. kalau kita tak nak bayar full rm450 untuk zakat.. itu yg bagi 2 bahagian ye.. rm225 zakat + rm225 sedekah?

Then.. rm225 yg zakat tu.. perlu pegi Lembaga Zakat Selangor (saya di shah alam) ye? Atau.. boleh transfer online ke LZS?
Baki rm225 untuk sedekah tu.. yg saya perlu sedekahkan ye?

Atau.. total rm450 tu.. saya boleh sedekah kan ikut pembahagian yg 26 hari tu?

Mohon pencerahan ye.. saya just keliru sikit je di situ.. yg lain2 saya faham dah.. Alhamdulillah.. terima kasih sgt2 pada siapa yg masukkan saya di sini.. saya pun tak tau siapa.. semoga Allah swt jua yg membalas kebaikannya..

MOHD IZUWAN OMAR :
Puan zuliana sama2 kita belajar saya pun masih belajar juga. Konsep traffic light ini adalah satu SOP untuk target bulanan bulan kita biasanya dilakukan setiap bulan. Mungkin sebelum ini perbelanjaan harian kita di lampu merah melebihi dari gaji bulanan kita maka akan sentiasa ada kebocoran kewangan jika tidak urus dengan betul.

Oleh itu sifu bagi SOP traffic light bagaimana nak menjemput rezeki dengan mudah.

Contoh di lampu merah perbelanjaan bulanan RM3000 untuk bayar apa yang perlu pada bulan itu, maka untuk cover perbelanjaan bulan itu income bulanan yang perlu capai sekurangnya 3 kali ganda dari total perbelanjaan bulanan atau lebih dari itu barulah akan lebih selesa dan mudah untuk urusankan. Jadi jika perbelanjaan bulanan RM3000, income perlu ada bulan itu sekurangnya RM9000 atau lebih lagi.

Jadi cara mudah nak jemput rezeki income bulanan perlulah keluarkan dulu sedekahnya. Pernah dengar kan nak RM100 perlu keluarkan RM10, matematik kiraan Allah kan lain kita bagi 1 diberi gandaan 10, jika nak dapat RM9000 kenalah keluarkan RM900 baru dapat RM9000 betul kan. Boleh ke keluarkan RM900 dulu? Jadi cara lain guna teknik tunaikan zakat dulu dengan kiraan 2.5% dari total income. Lebih kecil kan nilainya. Begitulah juga sedekah dipecahkan pada 2.5% juga.

Boleh buat bayaran terus ke unit zakat total 2.5% atau sekalikan terus dengan sedekah juga. Jika nak asingkan juga pun boleh. Mana yang mudah. Yang penting buat dengan ikhlas kerana Allah dan serah sepenuhnya urusan rezeki kepada Allah untuk aturkan bagi kita. Kena yakinlah bila dah buat jangan ada penyesalan atau mengungkit kembali.

In Sya Allah perlahan-lahan lakukan apa yang sudah memahami tiada paksaan. Mudahan Allah beri pertunjuk dan hidayah yang lebih baik untuk kita semua. Ikhlaskan diri untuk belajar juga.
Contoh traffic light

Soalan 2 :
Yusma :
Ini kena buat selama 40 hari secara istiqamah kan? Kalau perempuan yang uzur macam mana pla. Macam zikir boleh buat. Yangg solat tu...nak kena start balik dari hari pertama ke?

KZ @ Kuzie Yahaya :
SOP Dalaman Dan Kerohanian ni tak payah ulang balik. Buat je terus. Bila ABC pun kita still boleh zikir. Cuma sediakan satu Buku 555 (buku nota atau buku hutang 555 pun boleh) dan istiqomah buat. ABC atau tak, jujur dengan diri, tandakan SOP apa yang kita buat hari ini dan tandatangan di akhir hari selepas selesai.

Yang perlu diulang kembali hanya 7 Getaran Kesyukuran. 7 GK submit dalam Tribe setiap hari. Tertinggal ulang balik.
Contoh Buku 555

0 comments: