Metafizik
Ilmu Asbab
Asbab tu Apa?
Begini,
Allah telah jadikan dunia ini dengan asbab
kita nampak ada asbab
Bila kita nak panas sesuatu kena ada api
Bila kita nak sejuk ambil air @ ais
Yang jadikan asbab panas & sejuk itu ialah Allah SWT
Allah jadikan asbab untuk uji Iman kita sama ada kita YAKIN pada asbab itu ataupun YAKIN pada yang menjadikan asbab itu.
Allah nak kita NAFI apa yang kita nampak (asbab) dan YAKIN HANYA ALLAH SWT sahaja yang berkuasa
itulah maksud "LAILAHAILLALLAH"
Kalau kita tidak yakin dengan kuasa Allah, ini akan menyebabkan kita SYIRIK DARI SEGI KEYAKINAN HATI
itulah maksud dunia ini dicipta oleh Allah SWT, untuk kita nafi bukan api yang panas, tetapi Allah yang kasi panas.
Kita ambil contoh
BAGAIMANA NABI MUHAMMAD SAW HADAPI LAPAR
Allah uji nabi dengan lapar, bila nabi lapar nabi cari makanan. Itu satu sunnah
Nabi SAW tanya pada Aisyah,"Wahai Aishah, ada tak makanan". Aishah kata"Ya Rasulullah, ada".
maka rasulullah saw pun makan dan sebelum kenyang baginda berhenti dan dia akan baca.."Segala puji bagi Allah, Dialah yang telah bagi kenyang dan Dia telah bagi nikmat atas kami dan Dia bagi kelebihan..."
Bukan makanan itu bagi kenyang, nikmat kelazatan, kelebihan, Allah yang bagi kelebihan itu.
"Segala Puji bagi Allah yang telah bagi kami makan..."
1. Yang bawa makan/hadiah ialah sahabat, tapi nabi akan kata Allah yang bagi makan
2. Hakikatnya Allah yang bagi makan
3. Hari-hari nabi bagi makan, hari hari nabi isbatkan Allah
4. Inilah AGAMA yang ditunjukkan oleh Nabi saw
5. Barulah amalan agama ada nilai
6. Maksudnya kita dihantar ke dunia ini untuk sempurnakan agama dan hasilnya di Hari Pembalasan kelak
7. Untuk selamatkan Iman kita hendaklah sentiasa cakap walaupun seorang seorang macam nabi kata Allah bagi kenyang. Itulah dipanggil Zikir..Zikir itu Ingat..
8. Allah jadikan makan, lapar, kenyang, sakit, sihat, semuanya untuk agama.
Boleh rujuk Surah 26 ayat 80, firman Allah ada berbunyi begini
"Dan apabila Aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku"
Sebab itu dari awal tribe ini sifu selaku katakan, yang menyelesaikan masalah hidup kamu semua di sini adalah Allah, numbering ini asbab sahaja.. Jom kita audit diri kita macam mana, kita ikut sunnatullah atau tak.
Sifu selalu ada sebut yang menyembuhkan penyakit, memberi rezeki itu Allah, bukan garam bukit, bukan minyak wangi aura dan sebagainya..itu semuanya asbab. Kalau kita menyakini dengan hati selain Allah, ini menyebabkan kita SYIRIK tanpa kita sedari.
Kita usaha sesuatu dengan sesuatu bisnes, berjaya dan kaya raya..bukan bisness itu yang buatkan kita kaya dan berjaya..itu ASBAB..yang menyebabkan kita Kaya dan Berjaya itu Allah..
Faham dan jelas ka nie...?
Yang membuatkan kalian ada di sini juga atas kehendak dan dengan izin Allah, kawan-kawan ADD itu sebagai ASBAB sahaja..kerana tidak akan bergerak walau sebesar zarah tanpa izin dan kehendak Allah itu.
Rujuk pembuktian dalam Surah 26 ayat 80, firman Allah berbunyi
"Dan apabla aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku"
Kalau kita berTUHANkan selain Allah yang menyembuh penyakit itu spt Tok Bomoh ka dan sebagainya, kita sudah SYIRIK pada Allah sebenarnya..
Allahu Somad, AKULAH TEMPAT SEGALA MAKHLUK BERGANTUNG..(Surah Al Ikhlas ayat 2)
Bergantung selain Allah, ada ASBAB selain ALLAH, kita pada hakikatnya sudah menduakan dan mensyirikkan ALLAH tanpa kita sedari..pembuktian sudah ada dalam Al quran.
Baik, cuba relatekan dengan ILMU METAFIZIK SAINS PENOMBORAN ISLAMIK BERASASKAN AL QURAN ini bagaimana pula..??? Dengan ILMU ASBAB malam nie
Insyaallah esok andai ALLAH izikan sifu kupas RAHSIA di sebalik 19...
Ramai ka nak dengar?
0 comments:
Post a Comment