Metafizik
Ilmu + Masa
===========
ILMU + MASA
===========
Anda belajar "ILMU" dengan seorang Mentor atau Guru ...
Sebenarnya anda telah ambil 2 perkara daripada GURU/MENTOR tersebut iaitu
1. CURI MASA nya
2. Ambil ILMU nya.
Anda CURI "MASA" nya untuk belajar "ILMU"... anda buat bayaran kerana CURI "MASA"nya .
Mungkin anda kata : "MASA" guru tersebut telah aku bayar ... OK
Persoalan tentang ILMU pula :
Jika anda gagal ... adakah anda pulangkan "ILMU" tersebut semula? Macam mana anda nak pulangkan balik "ILMU" itu..
Malahan ada yang claim minta gantirugi dan dibayar semula yuran kebijaksanaanya..
---baik, katakanlah yuran itu dibayar semula kepada murid, jadi bagaimana nak pulangkan kembali ILMU pada guru anda...
---sudahlah awak tak guna ILMU tersebut dan TIADA ISTIQAMAH, sila pulangkanlah kembali ILMU pada guru anda...
Kenapa simpan?
Inilah dinamakan KURANG AJAR dengan ILMU dan GURU .
SAIDINA ALI BERKATA : Jika seseorang itu mengajar aku 1 huruf alif sahaja... kelayakan aku dengannya adalah seperti seorang hamba ... beliau berhak menjual aku bila-bila masa yang beliau suka.
Tapi ada juga orang ajukan persoalan di sini :-
Persoalan saya bukankah masing sama-sama ada bagi guru dan muridnya....masing-masing mencuri masa dan mengambil ilmu..kedua-duanya saling bergantungan antara satu sama lain atas peranan ditentukan oleh Allah...oleh itu pada pandangan e-class adalah menjadi pokok pangkal untuk belajar & mengajar Ilmu dari Yang Esa.
Jawapan Sifu mudah sahaja :-
Anda sudah menjawab persoalan tadi. Kiasan ini memberi nilai besarnya nilai pendidik. Jawapan anda masih keAkuan sendiri. Persoalan hidup apa yang jadi, Allah dah susun semua. Semua orang beriman tahu. Awak komen pun Allah sudah takdirkan. Cuba fahami Mantik bahasa yang digambarkan dalam bentuk moral. Ilmu selagi mana ada dalam hati dan minda ianya sudah dipilih dan mengalir atas bumi. Guru dan murid berlangsung sampai kiamat. Andai murid sudah menerima sesuatu ilmu dari mana-mana gurunya, selepas itu buat sesuatu yang menjatuhkan aib guru pula, di akhirat esok datang mengengsot atas padang pasir yang panas gersang di padang mahsyar mencari guru atau mana mana mentornya untuk meminta maaf.
Secara S-Class nya jadi lah pendidik apa sahaja Allah kurniakan ilmu pada anda. Maka berlangsunglah pergantungan guru dan murid atas izin Allah swt. Jawapan ada di hati anda. Pokoknya, tiada guru tiadalah ilmu mengalir atas dunia. Para Nabi mengajar ilmu dari wahyu kemudian ilmu Allah berkembang tiada hadnya dari zaman ke zaman, Guru alim ulama' wujud atas takdirNya. Semua insan cuma bersedia menadah ilmu dengan berlapang dada dengan gelas kosong dan menghormati gurunya.
Itu sahaja.
0 comments:
Post a Comment