Metafizik

Jadual kitaran energy masa

5:40 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Assalamualaikum apa khabar petang nie...dah minum petang ka?

Soalan :
Sifu saya nak tanya setiap ada kelebihan bagaimana kita nak tahu hari dan masa kita bertindak membuat marketing?

Jawapan : 
Sebenarnya dalam 1 minggu itu Allah susun cantik dah, ada energy kita LOW, MEDIUM dan HIGH..Energy kitaran masa dan harian..Ada Calculation dikira dengan tarikh lahir dan bulan...Sekejap Sifu share Jadual Energy Masa sebagai contoh ya.

Soalan Tuan itu, sifu permudahkan dalam bentul jadual KITARAN ENERGY MASA yang sudah diformatkan dalam bentuk Software di atas tu. Just masukkan dalam tu TARIKH LAHIR dan BULAN apa, terus AUTO CALCULATED..Sebenarnya ada kiraan tu, tapi sebab kalau dah ramai, jenuh sifu pun nak kira dalam 1 minggu setiap orang ada 9 Energy Level yang berbeda :-

Sifu explain serba sedikit:
Energy Level 1-3 "LOW" - hari ini kita akan rasa lemau, mengantuk dan malas tahap dewa.. sesuai untuk beristirehat bersama insan tersayang. Hari ini kalau kita nak buat marketing, nak buat marketing produt kita jumpa client terclose product orang pula.

Energy Level 4 - 6 "MEDIUM" - hari ini sesuai untuk buat kerja kerja admin dan ofis.

Energy Level 7-9 "HIGH" - hari ini paling sesuai utk buat appointment, buat marketing dan close deal. Datang awal 1 jam appointment dengan client, pilih tempat sesuai mengadap kiblat, dengan izin Allah 7 saat dah close deal.

Ilmu-ilmu metafizik ini teknikal survival dalam hidup yang tidak ada dalam silibus lain melainkan dalam seni metafizik numbering sahaja.

Sifu pernah test ketepatan soft skill ini salah satunya adalah sewaktu Lin Dan dan DLCW bertarung All England. Pada waktu itu sebelum jam 9am, game bermula jam 8.00 malam waktu Malaysia Energy DLCW HIGH, so beliau pulun hingga menang 1st set, bila masuk 2nd set Energy DLCW dah drop kepada Medium, Lin Dan delay game hingga ke rubber set. Rubber set, DLCW energy totally out terus TEWAS kepada Lin Dan.

Kalau kita tengok Bola Sepak EPL, semua faham ilmu metafizik numbering ini, contoh Ronaldo pakai No.7 - berpengaruh, winger..Goalkeeper pakai No.1 - Pemula, Striker No.9 - Penamat, Midfield No.4 - Perancang..
Numbering ini asbab ikhtiar dan usaha.

Faham

0 comments: