Metafizik

Yuran

10:41 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

YURAN

Puasa dan raya tahun lepas, sifu banyak jumpa dan attend Program "REUNION" sahabat sahabat lama dan adik-adik yang dah berjaya dalam bidang masing-masing.

Set korporat ada...geng-geng founder produk pun ada...yang bisness power-power pun ada...berpuluh-puluh juta...ratus juta pun ada...yang biasa jatuh tergolek dok lepas tu bangkit dan naik semula.

Sifu sembang-sembang dan selusuri journey kehidupan bisness mereka. Kebanyakkannya cerita semua sama jer..naik...turun....jatuh....tergolek...naik semula...jatuh...belajar... naik lagi....dan macam-macam lah.

Sifu betul-betul salute dan respect semangat dan mindset depa..Patutlah mereka berjaya.

Nak cerita bab masalah ini setiap hari semua orang ada masalah, lain orang lain masalah, nikmat pun lain-lain Allah bagi.

Jadi masalah tadi kita kena tahu KITA JANGAN MENGALAH PADA MASALAH TADI JANGAN SAMPAI KITA DROP JATUHKAN SEMANGAT MELEBIHI MASALAH KITA ALAMI TADI. Biar jadi kebal lah kita ini.

Ada orang kita tengok hebat macam takder masalah, sebenar ada masalah. SEMANGAT & SIKAP dia tadi mengalahkan masalah tadi. Jadi tak nampaklah masalah tadi. Kan sifu selalu pesan :

BARANGSIAPA PANDANG BALA HILANG NIKMAT
BARANGSIAPA PANDANG NIKMAT HILANGLAH BALA

Tapi sifu betul betul "TOUCHING" bila ada antara DEPA membicarakan bab YURAN..???

Ya...YURAN KEBODOHAN yang kita bayar akibat kesilapan dalam bisness. Tak cukup ilmu bisness & disiplin istiqamah menyebabkan rugi berjuta-juta..Ramai daripada kita lebih sanggup MENANGGUNG CUKAI KEBODOHAN daripada MEMBAYAR YURAN KEBIJAKSANAAN.

Ini ramai yang kata...YURAN KEBODOHAN

Tapi silap...sebenarnya jom kita tengok dari sudut yang lain pula ianya adalah YURAN KEBIJAKSANAAN.

Ya, YURAN KEBIJAKSANAAN untuk kita MENGENAL SIAPA DIRI KITA & ALLAH.

Biarlah orang lain anggap ianya YURAN KEBODOHAN tapi pada hakikatnya ianya adalah YURAN KEBIJAKSANAAN.

Dulu kita sibuk...tak cukup masa
Solat pun hujung hujung waktu
Jemaah jarang-jarang
Amalan sunat tak buat
Masa mendidik famili untuk ke arah agama tu kurang
Horey2...ada masa pulak
Jalan sana sini ada masa pulak

Adushh....Sifu makin diam.
Ampunilah daku ya Allah

Sentap sungguh kali ini..

Berapa ramai rasa macam tu..?? Betul..?

Betul.. Betul.. Betul..

Masa kita berjaya dulu kita lalai dan lupa diri.
Masa kita dilimpahi dengan kemewahan diri kita lalai dan lupa diri.
ALLAH sayang kita sebenarnya.
Bagi ujian sikit jer...
Untuk kita KEMBALI KEPADANYA
Jadi terpulanglah kita nak pandang dari sudut mana
BARANGSIAPA PANDANG BALA HILANGLAG NIKMAT
BARANGSIAPA PANDANG NIKMAT HILANGLAH SEGALA BALA

Kalau kita tengok dari segi business sahaja rugilah kita
boleh naik balik bisness tapi kita kehilangan peluang yang paling besar..takkan nak tunggu jatuh sekali lagi baru nak sedar..itupun kalau panjang umur...kalau pendek umur apa cerita

Adushhh....sentap lagi

Ingat ini baik-baik
Yang naik semula tanpa MEMPERBAIKI DIRI UNTUK MENGENALINYA
Keberangkalian untuk JATUH SEMULA 200%, amat tinggi...tengoklah secara keseluruhan kehidupan bukannya pada wang ringgit sahaja..wang mungkin banyak.....berpuluh-puluh juta...beratus-ratus juta tapi...

Yang naik semula setelah lebih MENGENAL DIRI, MENGENAL ALLAH dan lebih taat dengan penciptanya lebih tinggi keberangkalian untuk MEROKET HIDUPNYA untuk terus berjaya dan lebih berjaya dalan bisness dan kehidupannya..

Ingat...."BACK TO BASIC"...Fitrah...
Apabila kita BANGKIT HIDUP BERTUHAN...menTAUHIDKAN ALLAH iaitu TIADA Tuhan selain Alah (Tauhid = 1) dan kemudain kita sedar diri bahawa diri kita ini tidaklah sehebat mana pun, tiada bangga diri, ego, sombong dan seumpamanya (Hamba = 0), maka Insyaallah barulah kita akan memiliki redha dan rahmat Allah..

Cari guru
Betulkan Al-Fatihah
Dirikan Solat dengan betul
Fahamkan Kalimah Syahadah
Jaga Mak ayah...

Lepas tu nak sedekah ka apa benda buatlah....
Jangan pula sibuk nak sedekah murah rezeki tapi barang WAJIB solat tidak...

Inilah yang kita panggil sebagai YURAN KEBIJAKSANAAN
Untuk kita berjiran di Firdaus

Terima kasih semua kerana masih setia bersama sifu utk mendengar ilmu & pengalaman berharga ini..
Meme Salute. Semoga Allah mewahkan rezeki ke atas diri kalian semua.

0 comments: