Metafizik
Hidup perlu mengikut sunnatullah
HIDUP PERLU MENGIKUT SUNNATULLAH
Persoalan masa lampau ketika bertemu guru.
Soalan: "Guru, mengapa orang bukan Islam ramai yang berjaya sedangkan mereka tidak percaya pada Allah?
Guru: "Ya mereka memang tidak percaya dan beriman pada Allah. Tetapi mereka MENGIKUT Sunnatullah.
Allah Maha Pemurah, Pengasih dan Penyayang. Hukum tetap hukum jika tidak beriman. Namun kasih sayang Allah tetap ada pada semua makhlukNya. Allah pandu kita dalam hidup ini dengan sunnatullah.
Nak pandai, rajin cari ilmu dan belajar. Amalkan untuk lebih faham dan lalui pengalaman.
Nak berjaya, rajin berusaha.
Nak bodoh, rehat tak perlu buat apa-apa.
Nak miskin, duduk lepak tak perlu buat kerja.
Iman dan tidak beriman ada bezanya.
Orang tidak beriman pasti akan marah-marah dan tidak sabar bila ikut sunnatullah tapi hasilnya tidak sama seperti yang diharapkan.
Orang beriman sedar sebagai wakil Allah, kita perlukan lakukan kerja kebaikan dulu.
Sebab itu orang beriman pasti akan MENJALANKAN syariat disamping sedar hakikat.
Baru dapat rasai pengalaman iaitu bermakrifat.
Kemudian redha semua yang dilakukan dan ketentuan atas apa yang dilakukan.
Sedar semuanya adalah ATAS IZIN ALLAH walaupun ikut sunnatullah."
Sebab kita perlu ikut sunnatullah, mari buat kerja.
Sunnatullahnya, buat kerja, baru habis kerja yang banyak itu.
Sunnatullah juga, jika tidak buat kerja, kerja yang ada itu tidak akan siap. :)
Assalamualaikum dan Selamat Pagi, sifu doakan semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua di sini, mudah mudah dan sehabis mudah..
Sifu Farihan Yahya
28 March 2017
Chukai, Kemaman
Selebihnya pakat semua baca kat sini ya @TestimoniProgramMSP
"Hikmah Musibah"
Semua insan di kurniakan rezeki musibah (dugaan) yang setimpal daya upaya hambaNya. Maka jangan lari dan tangguh dugaan kepada penyelesaian.
Bila Allah swt bagi musibah maka Allah Taala menanti hambaNya untuk berdoa. KEMBALILAH BERSUJUD PADANYA. Masalah/musibah juga datang kerana perangai negatif yang kita cipta. Kita yang memilih untuk jadi lebih baik.
Nak jawab susah juga tetapi pengalaman hidup Sifu sebenarnya dalam hati anda tiada ruang pun untuk Allah Taala. Bila tidak bertaqwa maka hal dunia akan dikejar sampai keciciran. Sedar sedar banyaknya kekecewaan yang membelenggu hidup. Potensi diri hilang begitu sahaja dan tidak kenal diri sendiri. Lambang kemewahan sebenarnya menipu kita semua.
وَلَقَدۡ أَرۡسَلۡنَا نُوحًا إِلَىٰ قَوۡمِهِۦ فَقَالَ يَـٰقَوۡمِ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ مَا لَكُم مِّنۡ إِلَـٰهٍ غَيۡرُهُ ۥۤ ۖ أَفَلَا تَتَّقُونَ
Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya lalu berkatalah ia: "Wahai kaumku, sembahlah kamu akan Allah (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Oleh itu, tidakkah kamu mahu bertaqwa kepadaNya?".
(Surah 23 ayat ke 23)
0 comments:
Post a Comment