The Nawaitu Project

Prinsip Hidup 11 : Hilangkan kebimbangan & kesedihan dalam jiwa dengan menjadi orang yang sentiasa mengikut perintah Allah

11:35 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Penyerahan sejadah untuk Program RY_Nawaitu.
Semoga dengan aktiviti serta program-program akan datang dapat memberi manfaat kepada ummah. Sejadah yang dibekalkan akan diserahkan kepada sesiapa yang memerlukan bertepatan dengan tagline Nawaitu "Sekali Bersujud Ibarat Di Syurga"
Tidak lupa juga yang memberi sumbangan pada program tersebut. Semoga Allah jua membalasnya.

@RY_NAWAITU  11:38
----------------------------------------------------------------------------------------------
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡـمَÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِـــــــيمِ
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم

*PRINSIP HIDUP 11 : HILANGKAN KEBIMBANGAN & KESEDIHAN DALAM JIWA DENGAN MENJADI ORANG YANG SENTIASA MENGIKUT PERINTAH ALLAH*

*SURAH AL BAQARAH 2 : 38*

*_Kami berfirman: "Turunlah kamu semua dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita"_*


Ya Allah *Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq* jadikanlah kami orang yang sentiasa mengikuti petunjukMu agar hidup kami ini sentiasa berada dalam redhaMu.
Kami yakin dengan mengikuti petunjukMu, kami akan dikurniakan ketenangan olehMu *Ya Salaam Ya Mukmin* & dihilangkan kebimbangan & kesedihan hati dalam hidup ini.

Ya Allah *Ya Salaam Ya Mukmin* tenangkanlah jiwa, emosi & fikiran kami,
sejahterakanlah jasad kami agar kami dapat beribadah kepadaMu,
amankanlah jiwa kami dari segala kebimbangan & kesedihan,
lindungilah kami *Ya Hafiz Ya Muhaimin* dari kmurungan & tekanan perasaan.

Kami tiada daya Ya Allah, hanya kepadaMu kami berserah *Ya Baari' Ya Wakil*
kami yakin dengan kuasaMu *Kun  Fayyakun*
Ssungguhnya Engkau Maha Mendengar & Maha Memakbulkan doa *Ya Sami' Ya Mujib*
Aamiin Ya Robbal'Alamiin"

CC: Ustazah Ayu

@RY_NAWAITU  21:48

0 comments: