Latest Posts
Showing posts with label The Nawaitu Project. Show all posts

Hadirkan Allah dalam hatimu


Update TERKINI 20/3/17

Sumbangan akan dikumpulan kan setelah cukup baru di edarkan kepada Masjid-masjid,  Surau-surau, Pondok-pondok dan Pusat-pusat Tahfiz, Perhentian R&R Seluruh Malaysia. In sha Allah

Butiran seperti berikut:

1. 13/3/17 RM 30 - 2pcs
2. 15/3/17 RM 30 - 2pcs
3. 16/3/17 RM 30 - 2pcs
4. 16/3/17 RM 30 - 2pcs
5. 16/3/17 RM 30 - 2pcs
6. 16/3/17 RM 30 - 2pcs
7. 17/3/17 RM 30 - 2pcs
8. 17/3/17 RM 30 - 2pcs
9. 17/3/17 RM 30 - 2pcs
10. 19/3/17 RM 100 - INFAQ DUIT
11. 19/3/17 RM 120 - 8pcs
12. 19/3/17 RM 60 - 6pcs
13. 20/3/17 RM 30 - 2pcs
14. 20/3/17 RM 30 - 2 pcs
15. 20/3/17 RM 180 - 12pcs
16. 20/3/17 RM 100 - INFAQ DUIT

Jumlah sejadah= 54 helai
Jumlah Kutipan= RM 834.70

Sekalung penghargaan yang sudi menginfaqkan sebahagian harta anda untuk memakmurkan insan lain. 
Semoga Allah membuka pintu-pintu rezeki kalian seluas-luasnya. Amin

TERIMA KASIH😍

@RY_NAWAITU  19:02

Alhamdulillah kutipan infaq berjalan dengan lancar. Tinggal nak edarkan sejadah je. Terima kasih Allah. Terima kasih kawan-kawan yang sudi membantu RY dari belakang  viralkan Program Ry_Nawaitu ini. Semoga Allah membalas jasa kalian semua.. Memakmurkan insan lain.  Alhamdulillah😭

@Ry_Nawaitu

Selagi masih ada nafas, tidak ada istilah lewat untuk berubah

Bismillah

"Selagi masih ada nafas, tidak ada istilah lewat atau lambat dalam hidup untuk berubah"

Hari ini 19/3/2017 (Ahad)
2.30 petang

Program Ry_Nawaitu Asmaul Husna ~ Penyerahan Infaq Sejadah Putih

Alhamdulillah selesai untuk program hari ini. Sumbangan dan Infaq Sejadah yang Tuan/Puan infaqkan saya sudah sampaikan kepada
Maahad Tahfiz Al Quran Qasimul Ulum. Sg Kertas

@Ry_Nawaitu
Sekali Bersujud Ibarat Di Syurga  14:40


Hati yang bersih


HATI yang BERSIH itu Membina Solat Khusyuk 💖

HATI yang BERSIH itu Lebih Mudah Memahami Ilmu-ilmu Allah yg Seluas Langit dan Bumi 📚

HATI yang BERSIH itu sentiasa TENANG 💚

HATI yang BERSIH itu  Bahagia dan Membahagiakan 💞

HATI yang BERSIH itu menjemput Rezeki yang Halal lagi Diberkati 💝

Kerna Di Masyar Nanti, Allah tak Melihat Wajah kita,
Allah hanya Melihat HATI dan Hati akan Dihisab Amalannya. Mari Bersih Hati agar Dapat Istiqomah Beramal & Mengingati 99 NamaNya Asma'ul Husna

"Sekali Bersujud Ketenangan Ibarat Di Syurga"
@RY_NAWAITU  09:25

------------------------------------------------------------------------------------------------
Bicara Hati Dhuha 💝

Ya Allah, Sesungguhnya Waktu Dhuha itu DhuhaMu,
Kecantikan itu KecantikanMu  Allah Ya Nuur (Maha Cahaya) Ya Hadi (Maha Beri Petunjuk/Membimbing) Ya Haq (Maha Benar), Pancarkan Cahaya Petunjuk-Mu ke Dalam Hatiku menuju jalan-Mu,Jalan Kebenaran yg diredhaiMu.

Keindahan ialah KeindahanMu Ya Badi'  (Maha Cantik/Indah), Ya Allah, Kurniakanlah Kecantikan Budi Pekerti dan Akhlak yang Baik padaku seperti mana Akhlak Mulia lagi Terpuji yang Engkau Berikan pada Baginda Nabi Muhammad S.A.W 

Kekuatan ialah KekuatanMu Ya Aziz (Maha Perkasa) Ya Qowiy (Maha Kuat) Ya Matin (Maha Teguh) , Kurniakanku Jiwa/Emosi yang Perkasa untuk Menghadapi segala Cabaran di bumi ini, Berikanku Kekuatan Fizikal untuk Terus Beramal Soleh dan Keteguhan Iman dalam Berjihad kepadaMu.

Kekuasaan ialah KekuasaanMu Ya Mutakkabir ( Memiliki Segala Kebesaran) Ya Malikul Mulk ( Maha Menguasai Segala Kerajaan dan Langit) , yang Menguasai segala apa yang ada padaku dan  seluruh Makhluk di Bumi.

Perlindungan iailah PerlindunganMu Ya Waliy (Yang Maha Melindungi) Ya Hafiz (Yang Maha Memelihara) Ya Muhaimin ( Yang Maha Menjaga), KepadaMu aku Berlindung dari Segala Bisikan Nafsu, Gangguan Jin/Manusia yang Hasad dan Syaitan yang Mengalir dalam Darah. 


Ya Allah Ya Razzak (Pemberi Rezeki) Ya Ghoni ( Yang Maha Kaya) Ya Mughni (Maha Memberi Kekayaan), 

Jika Rezekiku Masih Di Langit, Turunkanlah Selebat Hujan Membasahi Bumi Allah Ya Khofidh ( Maha Menjatuhkan),

Jika Rezekiku Di Bumi, Keluarkanlah Seperti Tumbuhan-tumbuhan Yang Subur Tumbuh keluar dari Bumi Allah Ya Fattah (Yang Maha Membuka Jalan Keluar)

Jika Rezekiku Sukar, Permudahkanlah Allah Ya Baari' (Yang Maha Mengatur/Merancang & Menggerakkan)

Jika Rezekiku Haram Sucikanlah Allah Ya Quddus (Maha Bersih & Sempurna) Ya Jalil (Maha Suci Jernih)

Jika Rezekiku Jauh, Dekatkanlah  Allah Ya Raqib ( Yang Maha Dekat)

Berkat Waktu Dhuha, Dengan KecantikanMu, KeindahanMu, KekuatanMu, KekuasaanMu dan PerlindunganMu. 

Engkau Limpahkanlah Padaku Segala yang Telah Engkau Limpahkan Pada Hamba-hambaMu yang Soleh,  Para Solihin . 💝
Alirkan lah Kekuatan Tauhid seperti mana Baginda Nabi Muhammad S.a.w , Keluarga Yasser, Masitah dan Bilai Bin Rabah yang Hanya MengAgungkanMu Allah Ya Ahad. 
Alirkan Juga Ke Dalam Diri kami, Semangat Juang yang Tinggi dalam Berjihad seperti Mana Pejuang Tentera Islam dan Tentera-tentera Al-Fateh dalam Menegakkan AgamaMu, Moga Pekerjaanku / Perniagaanku ini DisaksikanMu ya Syahid sebagai Jihad kami pada AgamaMu.

Ya Allah Ya Nuur, Ya Hadi Ya Haq. Sepertimana Engkau memancarkan Cahaya Matahari Menerangi Bumi bersama Vitamin dan Manfaatnya. 
Ya Allah Ya 'Alim (Yang Maha Mengetauhui) , Engkau Lebih tahu yg Terbaik buatku, andai Rezeki yang ku usahakan ini baik untukku Engkau Permudahkanlah, andai Tidak Baik, Engkau Gantikanlah dengan Sesuatu yang lebih Baik. PadaMu ya Baari' Ya Wakil ku Berserah . Perkenankanlah Doaku Allah Ya Sami' yang Maha Mendengar, Ya Mujib Yang Maha Memakbulkan Doa.
Limpahkan kepadaku sepertimana yg telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yg soleh. Amin Ya Mujib

@Ry_Nawaitu

Sekali bersujud ketenangan ibarat di syurga


Bismillah

Assalamualaikum wbt.

Maaf mengambil sedikit masa Dato'/Datin, Tuan/Puan, Saudara/i & Sahabat syurga saya.

Di sini saya ada menjalankan satu Program Sekali Bersujud Ibarat Di Syurga di bawah RY_Nawaitu yang dikelola oleh saya sendiri.

Saya mengumpul sumbangan bagi yang ingin menambah SAHAM AKHIRAT yang akan terus mengalir deras pahala. Insha Allah. Asbab sumbangan yang sedikit ini akan membawa kita ke syurga.

Saya akan kumpul Sejadah Putih ini yang saya jahit sendiri dan di bantu oleh beberapa orang ibu tunggal.

Setelah cukup 50 helai saya akan edarkan seluruh Malaysia iaitu di Masjid, Surau, Pondok, Tahfiz, Hentian R&R dan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan.

Untuk merasai sama-sama
"Sekali Bersujud Ketenangan Ibarat Di Syurga"

Boleh juga intai-intai saya di :
FB Rihan Yusof
IG Ryhanyusof
Telegram di link @RY_NAWAITU

Segala aktiviti akan di update di semua group media sosial tersebut. Insha Allah

Mohon untuk sahabat-sahabat viralkan. Andainya tidak mampu berinfaq sudilah kiranya kita sampaikan dan hebahkan sudah memadai😃😃😃

Sekalung Penghargaan & Tahniah yang telah sudi menginfaq kejalan Allah swt. Agar usaha kecil kita ini dapat memakmurkan insan lain diluar sana. Insha Allah
Alhamdulillah. Terima Kasih Allah

TERIMA KASIH❤️

Founder Program :
Ry_Nawaitu
"Sekali Bersujud Ketenangan Ibarat Di Syurga"

Ryhan Yusof
(013-4327702)

Program sekali bersujud, ketenangan ibarat syurga

Program Mengaji Al-Quran Bersanad

Setiap Jumaat 9.30 malam

Keterangan Lanjut boleh ke FB Akademi Al-Khalidy
Desa Petaling Kuala Lumpur

@RY_NAWAITU  11:23


Update TERKINI 16/3/17

Sumbangan akan dikumpulan kan setelah cukup baru di edarkan kepada Masjid-masjid,  Surau-surau, Pondok-pondok dan Pusat-pusat Tahfiz, Perhentian R&R Seluruh Malaysia. In sha Allah

Butiran seperti berikut:

1. 13/3/17 RM 30 - 2pcs
2. 15/3/17 RM 30 - 2pcs
3. 16/3/17 RM 30 - 2pcs
4. 16/3/17 RM 30 - 2pcs
5. 16/3/17 RM 30 - 2pcs
6. 16/3/17 RM 30 - 2pcs
7.
8.
9.
10.


Jumlah sejadah= 12 helai
Jumlah Kutipan= RM 184.70

Sekalung penghargaan yang sudi menginfaqkan sebahagian harta anda untuk memakmurkan insan lain. 
Semoga Allah membuka pintu-pintu rezeki kalian seluas-luasnya. Amin

TERIMA KASIH😍

@RY_NAWAITU 18:55
-------------------------------------------------------------------------------

PROGRAM SEKALI BERSUJUD, KETENANGAN IBARAT SYURGA

Bismillah

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang

Nawaitu adalah satu program atau platfrom untuk membantu insan-insan yang memerlukan bantu.

Nawaitu akan membantu mereka ini dari segi rohani, jasmani dan material.

Kepada yang ingin turut serta dalam program NAWAITU ini jom join @Ry_Nawaitu.

Pihak kami akan update segala perkembangan program.

@Ry_Nawaitu  23:01

Projek sejadah nawaitu


Update TERKINI 15/3/17

Sumbangan akan dikumpulan kan setelah cukup baru di edarkan kepada Masjid-masjid,  Surau-surau dan Pusat Tahfiz

1. 13/3/17 RM 30 - 2pcs
2. 15/3/17 RM 30 - 2pcs
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Jumlah Kutipan= RM 64.70

Sekalung penghargaan yang sudi menginfaqkan sebahagian harta anda untuk memakmurkan insan lain. 
Semoga Allah membuka pintu-pintu rezeki kalian seluas-luasnya. Amin

TERIMA KASIH😍

@RY_NAWAITU


Aku hairan melihat manusia sering menyuci wajahnya namun kurang menyuci hatinya


Assalammu'alaikum Sahabat Bidadari 🌹
.
.
أَلاَ وَإِنَّ فِى الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ . أَلاَ وَهِىَ الْقَلْبُ
Ingatlah bahwa di dalam jasad itu ada segumpal daging. Jika ia baik, maka baik pula seluruh jasad. Jika ia rusak, maka rusak pula seluruh jasad. Ketahuilah bahwa ia adalah hati (jantung)” 
(HR. Bukhari no. 52 dan Muslim no. 1599).
.
.
"Aku Hairan Melihat Manusia Sering Menyuci Wajahnya Namun Kurang Menyuci HATInya" - Imam Ghazali.
Indahnya Menyucikan Hati/Jiwa Namun Berapa ramai yang Tahu Kepentingan Menyucikan Hati ? 💗. PENTINGNYA Menyucikan Hati Setiap Hari sama Penting dan Perlu seperti Kita Menyucikan Gigi, Wajah dan Tubuh dalam Rutin harian kita ☺️
.
.
Dengan Rasa Damai di Hati ❤️, Kami Menjemput Semua Bidadari Hadir dan Rasai Kedamaian Jiwa agar Mampu Meraih Tenang dan  Bahagia 💞 Asbab Melalui Program *Seminar Penghayatan Asma'ul Husna Dalam Kehidupan & Terapi Penyucian Hati* ini dengan Izin-Nya 👇🏻:
.
.
*Tarikh     : 19hb Mac 2017 (Ahad)*
*Masa       : 2pm-5pm*
*Tempat  : Khaliff Cookies, Berhadapan Masjid Annur Kpg.Melayu Wira Damai, 68100 Batu Caves, Selangor*
.
.Antara Pengisian 2-5pm :

✅Solat Asar Berjemaah ( Sila Bawa Telekung & Sejadah )

✅Penghayatan Asmaul Husna Dalam Kehidupan

✅ Sesi Zikir Munajat & Terapi Penyucian Hati Asmaul Husna ❤️

✅ Tips-Tips Bahagia dan Membahagiakan

✅Jamuan Ringan Disediakan
.
.
*Tempat TERHAD Untuk 20 BIDADARI Sahaja !!🎁* 
.
.
Jumpa nanti Bidadari 🌹Berdoa Allah Ya Baari' Ya Jami' yang Maha Mengatur dan Mengumpulkan Memudahkan Pertemuan kita 💖
.
.
*SILA BERI NAMA KEPADA :*👇🏻
 *+6016-7480089 (Rumah Ngaji Ar-Rasyid)*
.
.
*ANJURAN 📚RUMAH NGAJI @AR-RASYID DENGAN KERJASAMA KHALIFF COOKIES 🍪*
----------------------------------------------------------------------------------------------------

Lagi Sejadah PERCUMA akan diedarkan nanti RY update lokasi

Insha Allah

Semoga usaha kecil RY ni dapat beri manfaat pada insan lain

Pada yg belum join group RY_NAWAITU anda dialu-alukan join utk mengetahui aktiviti 

"Sekali Bersujud Ibarat Di Syurga"

T.me/RY_NAWAITU  16:50
-------------------------------------------------------------------------------------------------

APAKAH MAKSUD ASBAB?

Allah telah jadikan dunia ini dengan asbab
kita nampak ada asbab
Bila kita nak panas sesuatu kena ada api
Bila kita nak sejuk ambil air @ ais
Yang jadikan asbab panas & sejuk itu ialah Allah SWT
Allah jadikan asbab untuk uji Iman kita sama ada kita YAKIN pada asbab itu ataupun YAKIN pada yang menjadikan asbab itu
Allah nak kita NAFI apa yang kita nampak (asbab) dan YAKIN HANYA ALLAH SWT sahaja yang berkuasa
itulah maksud "LAILAHAILLALLAH"
Kalau kita tidak yakin dengan kuasa Allah, ini akan menyebabkan kita SYIRIK DARI SEGI KEYAKINAN HATI

itulah maksud dunia ini dicipta oleh Allah SWT, untuk kita nafi bukan api yang panas, tetapi Allah yang kasi panas.

#769SAFT 
@RY_NAWAITU  21:31
----------------------------------------------------------------------------------

Rujuk pembuktian dalam Surah 26 ayat 80, firman Allah berbunyi
"Dan apabla aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku"

kalau kita berTUHANkan selain Allah yang menyembuh penyakit itu seperti Tok Bomoh ka dan sebagainya, kita sudah SYIRIK pada Allah sebenarnya..

#769SAFT 
#RY_NAWAITU  22:06

Intipati program Nawaitu



Bismillah
Intipati Program RY_Nawaitu pada Sabtu 11.03.2017

Penghayatan Asmaul Husna dalam kehidupan seharian.

Setiap dari kita tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan. Namun dengan sifat Allah Ar-Rahman Ar-Rahim Nya kita semua diizinkan sehingga hari ini, ketika waktu ini, saat ini diberi pinjam untuk menyedut oksigen yang diberi PERCUMA (FOC)

Keyakinan Hati Manusia Pada Allah SWT
Adakah kita cukup-cukup benar YAKIN?
TEPUK DADA TANYA IMAN

Kongsikan dan sampaikan pada rakan2 kita yg memerlukan dan amalkan. Ilmu tanpa amal adalah sia-sia.

@RY_NAWAITU 

Prinsip Hidup 11 : Hilangkan kebimbangan & kesedihan dalam jiwa dengan menjadi orang yang sentiasa mengikut perintah Allah

Penyerahan sejadah untuk Program RY_Nawaitu.
Semoga dengan aktiviti serta program-program akan datang dapat memberi manfaat kepada ummah. Sejadah yang dibekalkan akan diserahkan kepada sesiapa yang memerlukan bertepatan dengan tagline Nawaitu "Sekali Bersujud Ibarat Di Syurga"
Tidak lupa juga yang memberi sumbangan pada program tersebut. Semoga Allah jua membalasnya.

@RY_NAWAITU  11:38
----------------------------------------------------------------------------------------------
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم

*PRINSIP HIDUP 11 : HILANGKAN KEBIMBANGAN & KESEDIHAN DALAM JIWA DENGAN MENJADI ORANG YANG SENTIASA MENGIKUT PERINTAH ALLAH*

*SURAH AL BAQARAH 2 : 38*

*_Kami berfirman: "Turunlah kamu semua dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita"_*


Ya Allah *Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq* jadikanlah kami orang yang sentiasa mengikuti petunjukMu agar hidup kami ini sentiasa berada dalam redhaMu.
Kami yakin dengan mengikuti petunjukMu, kami akan dikurniakan ketenangan olehMu *Ya Salaam Ya Mukmin* & dihilangkan kebimbangan & kesedihan hati dalam hidup ini.

Ya Allah *Ya Salaam Ya Mukmin* tenangkanlah jiwa, emosi & fikiran kami,
sejahterakanlah jasad kami agar kami dapat beribadah kepadaMu,
amankanlah jiwa kami dari segala kebimbangan & kesedihan,
lindungilah kami *Ya Hafiz Ya Muhaimin* dari kmurungan & tekanan perasaan.

Kami tiada daya Ya Allah, hanya kepadaMu kami berserah *Ya Baari' Ya Wakil*
kami yakin dengan kuasaMu *Kun  Fayyakun*
Ssungguhnya Engkau Maha Mendengar & Maha Memakbulkan doa *Ya Sami' Ya Mujib*
Aamiin Ya Robbal'Alamiin"

CC: Ustazah Ayu

@RY_NAWAITU  21:48

Berdoalah dengan menyebut nama-Nya


Bismillah

Surah Al-'A`rāf:180 - Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-namaNya itu.....

📚RAHSIA RASA Dengan Nama-Mu kami Hidup Ya Muhyi melalui Perkenalan ilmu MengenalNya Allah Yang Maha Mulia, Maha Memberi tanpa Diminta Ya Kareem.
📚RAHSIA RASA bila Memahami, Mengimani dan Beramal dengan Sifat dan NamaNya Asma'ul husna.
📚RAHSIA RASA BILA Rumahtangga Bahagia,  anak² mempunyai perubahan dan makin baik akhlaknya.
📚RAHSIA RASA BILA Perniagaan semakin Tenang dan semakin Mendekatkan diri kepada Allah.
📚RAHSIA RASA BILA Hubungan Di Persekitaran kita semakin harmoni.

📝Hidup yang Jauh dari Sang Pencipta Ya Kholiq terasa Sakitnya Jiwa dan menghuru harakan urusan dunia dan akhirat.

 @RY_NAWAITU  06:51



Siaran Langsung

@RY_NAWAITU  17:37

Baiki diri

Allah SWT berfirman:

اِنْفِرُوْا خِفَافًا وَّثِقَالًا وَّجَاهِدُوْا بِاَمْوَالِكُمْ وَاَنْفُسِكُمْ فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ   ؕ  ذٰ لِكُمْ خَيْرٌ لَّـكُمْ اِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُوْنَ
"Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."
(QS. At-Taubah: Ayat 41)

@RY_NAWAITU 09:42
----------------------------------------------------------------------------------------

Bismillah

Ayat inilah membuatkan RY tersentak dari lamunan dan kenapa, bagaimana @RY_NAWAITU ni wujud

Berulang-ulang kali ayat ni keluar di saat RY mohon pada Allah jadi tak kan RY nak tunggu menongkat langit kan?

Cuba kalian hayati ayat di bawah:

Allah SWT berfirman:

اِنْفِرُوْا خِفَافًا وَّثِقَالًا وَّجَاهِدُوْا بِاَمْوَالِكُمْ وَاَنْفُسِكُمْ فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ   ؕ  ذٰ لِكُمْ خَيْرٌ لَّـكُمْ اِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُوْنَ
"Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."
(QS. At-Taubah: Ayat 41)

@RY_NAWAITU 10:02
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Anda yang berada disini adalah insan yang terpilih💪❤️
T.me/RY_NAWAITU

Boleh share dengan sahabat kalian yang anda rasa sesuai dan kenapa mereka perlu ada di dalam group ni ye...terima kasih Allah❤️
@RY_NAWAITU  10:42
---------------------------------------------------------------------------------------------------


Allah SWT berfirman:

فَاَوْحَيْنَاۤ اِلَيْهِ اَنِ اصْنَعِ الْفُلْكَ بِاَعْيُنِنَا وَ وَحْيِنَا فَاِذَا جَآءَ اَمْرُنَا وَفَارَ التَّـنُّوْرُ ۙ  فَاسْلُكْ فِيْهَا مِنْ كُلٍّ زَوْجَيْنِ اثْنَيْنِ وَاَهْلَكَ اِلَّا مَنْ سَبَقَ عَلَيْهِ الْقَوْلُ مِنْهُمْ ۚ  وَلَا تُخَاطِبْنِيْ فِى الَّذِيْنَ ظَلَمُوْا ۚ  اِنَّهُمْ مُّغْرَقُوْنَ
"Lalu Kami wahyukan kepadanya: Buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami, dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya); kemudian apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka, dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), maka masukkanlah ke dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap jenis haiwan (jantan dan betina), dan bawalah ahlimu (dan pengikut-pengikutmu) kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya di antara mereka (disebabkan kekufurannya); dan janganlah engkau merayu kepadaku untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan dengan taufan sehingga mati lemas."
(QS. Al-Mu'minun: Ayat 27)

@RY_NAWAITU 23:29
-------------------------------------------------------------------------------------------------------


Alhamdulillah NAWAITU telah dilihat sebanyak 1.4k 
Sekiranya anda rasa ia bermanfaat jom kongsi kan dengar orang yang anda perlu bantu💪💪semoga group ini menjadi asbab mengheret kita ke syurga
Insha Allah

 @RY_NAWAITU  23:31

Betulkan pernafasan


Allah SWT berfirman:

وَمَنْ يَّعْصِ اللّٰهَ وَرَسُوْلَهٗ وَيَتَعَدَّ حُدُوْدَهٗ  يُدْخِلْهُ نَارًا خَالِدًا فِيْهَا ۖ  وَلَهٗ عَذَابٌ مُّهِيْنٌ
"Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekalah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina."
(QS. An-Nisa': Ayat 14)

@RY_NAWAITU 04:15
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bismillah... 

Selamat Pagi semua, betulkan pernafasan setiap dengan sedut udara "laillahaillallah" dan hembus nafas "muhammad rasulullah". Ulangan sehingga terasa sejuk rongga pernafasan yang mana paru paru penuh oksigen. 

Niat apa sahaja kerana Allah untuk melalui kehidupan seharian. Bebaskan getaran kebaikan, kesyukuran dan apa sahaja untuk memakmurkan manusia. 

Semoga anda semua diluaskan rezeki dan kesihatan yang baik untuk menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur.


Amin.

@RY_NAWAITU 07:26

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalammu'alaikum Sahabat Bidadari 🌹
.
.
أَلاَ وَإِنَّ فِى الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ . أَلاَ وَهِىَ الْقَلْبُ
Ingatlah bahwa di dalam jasad itu ada segumpal daging. Jika ia baik, maka baik pula seluruh jasad. Jika ia rusak, maka rusak pula seluruh jasad. Ketahuilah bahwa ia adalah hati (jantung)” 
(HR. Bukhari no. 52 dan Muslim no. 1599).
.
.
"Aku Hairan Melihat Manusia Sering Menyuci Wajahnya Namun Kurang Menyuci HATInya" - Imam Ghazali.
Indahnya Menyucikan Hati/Jiwa Namun Berapa ramai yang Tahu Kepentingan Menyucikan Hati ? 💗. PENTINGNYA Menyucikan Hati Setiap Hari sama Penting dan Perlu seperti Kita Menyucikan Gigi, Wajah dan Tubuh dalam Rutin harian kita ☺️

Dengan Rasa Damai di Hati ❤️, Kami Menjemput Semua Bidadari Hadir dan Rasai Kedamaian Jiwa agar Mampu Meraih Tenang dan  Bahagia 💞 Asbab Melalui Program *Seminar Penghayatan Asma'ul Husna Dalam Kehidupan & Terapi Penyucian Hati* ini dengan Izin-Nya 👇🏻:


*Tarikh    : 11 / 03 / 2017
*Hari        : Sabtu
*Tempat : No.12, Jln Nagasari, Taman Bukit Belimbing,Balakong, 43300 Selangor

Antara Pengisian 2-5pm :

✅Solat Asar Berjemaah ( Sila Bawa Telekung & Sejadah )

✅Penghayatan Asmaul Husna Dalam Kehidupan

✅ Sesi Zikir Munajat & Terapi Penyucian Hati Asmaul Husna ❤️

✅ Tips-Tips Bahagia dan Membahagiakan

✅Jamuan Ringan Disediakan

Tempat TERHAD Untuk 20 BIDADARI Sahaja !!🎁

Jumpa nanti Bidadari 🌹Berdoa Allah Ya Baari' Ya Jami' yang Maha Mengatur dan Mengumpulkan Memudahkan Pertemuan kita 💖


*SILA BERI NAMA KEPADA :
 013-4327702 RIHAN(YAN)

 @RY_NAWAITU

The Nawaitu Project


Bismillah

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang

Nawaitu adalah satu program atau platfrom untuk membantu insan-insan yang memerlukan bantu.

Nawaitu akan membantu mereka ini dari segi rohani, jasmani dan material.

Kepada yang ingin turut serta dalam program NAWAITU ini jom join @Ry_Nawaitu.

Pihak kami akan update segala perkembangan program.

@Ry_Nawaitu