Latest Posts
Showing posts with label Tips business Pengasas AUOLIYA. Show all posts

Idea marketing


Assalamualaikum. Just nak share. Saya dapat idea marketing berdasarkan study saya di USM dalam business marketing juga berdasarkan pengalaman dan bimbingan dari mentor. 

Group ni sekadar saya menaip idea ketika saya baca buku. Kadang saya dah praktikkan. Kadang belum. Banyak founder juga dalam ni kan. Boleh cuba amalkan. 

In Shaa Allah lepas ni nak share tips MARKET SEGMENTATION. 😊

Ohh... lupa, ada juga yang belum start business... tak tau nak mula. In Shaa Allah saya share kan juga tips motivation mulakan LANGKAH PERTAMA. 😊

Sangat penting untuk memahami teknik marketing


Kisah saya di harian METRO hari ini. Alhamdulilah. 

Di sini saya nak kongsikan satu rahsia. 

Sebagai business person atau bukan adalah sangat penting kita memahami teknik MARKETING. 

Saya boleh ceritakan tentang produk saya. Ia memang sangat special. Formula asli dari BEAUTY WATER. 

Tetapi dalam keadaan market kosmetik yang semakin padat... saya tidak pilih branding produk dulu. Sebab saya tahu pelanggan akan anggap produk kita sama macam lain walau sebenarnya produk kita jatuh dari bulan. Satu-satunya produk dari bulan datang ke bumi. 😜

Sangat penting kita memahami pasaran dan cipta kelainan. Produk hanya satu objek nyata dalam pertukaran perniagaan. 

Untuk naik paling penting adalah BRANDING. Cara bagaimana kita branding dan bawa imej.

Ini tips paling MAHAL. 

BAGAIMANA NAK BRANDING ? 

Sepertinya kita perlu cipta IMEJ dan buat orang NAMPAK. 

Bagaimana nak buat orang nampak. Tentunya dengan IKLAN. Dan imej pulak tentunya dengan designer yang hebat. 

Tapi semua tu perlu modal. Bagaimana kalau kita kekangan modal dan baru je nak niaga? 

Ini caranya... 

Semua orang suka cerita hero dan inspirasi. Macam tu juga dengn kehidupan kita. 

Dalam hidup siapa yang patut jadi hero ? Kisah kita mesti la diri kita sendiri hero nya... 

Jadi, mula branding diri. Cipta value / nilai dalam diri yang buat orang sekeliling ingin bersama anda. 

Ada beberapa step nak buat ni. Saja ajar khas untuk team saya. Dengan branding diri mereka terus create target market dan follower mereka sendiri. 

Ingat lagi saya ceritakan tentang target market saya surirumah ? Jadi saya branding diri sebagai surirumah. 

Konsep yang sama saya ajar untuk team saya. Mereka mula menulis dengan mensasarkan target market masing-masing dengan STORY TELLING. 

Dr. Azizan share post saya kerana target beliau adalah isteri. Saya keluar paper kerana target Dr. Azizan ingin mengajak lebih ramai surirumah. 

Berkesan kan... ini ZERO KOS MARKETING. 

Belajar lebih dalam bersama saya dengan #teamAUOLIYA. 

Apa itu niche market?


APA ITU NICHE MARKET ? 

Niche market adalah satu kumpulan sasaran pasaran kita yang memerlukan produk kita. 

Peluang akan tercipta pada masalah dengan menyediakan penyelesaian masalah itu. 

Contoh Tony Fernandes menyedari pelanggan sukar mendapatkan tambang murah, jadi dia cipta penerbangan tambang murah. 

Tapi bagaimana jika kita jual produk yang tidak menyelesaikan masalah ? Selalunya kategori keperluan. Contoh tudung, baju, aksesori. Atau kita cipta produk yang memang dah ramai orang buat contoh menyelesaikan masalah keputihan wanita.

Caranya adalah ,

Senaraikan 20 kelebihan produk anda berbanding produk pesaing. Jika tidak ada senaraikan 20 sebab kenapa pelanggan perlu beli dengan anda. 

Jika gagal senaraikan..

LEBIH BAIK JANGAN JUAL..

Saya pahan dan gunakan konsep ini pada produk saya AUOLIYA EMULSION. 

Saya sedar stokis saya menjual produk yang sama. Kelebihan yang sama. Jadi yang membezakannya adalah DIRI MEREKA SENDIRI. 

Jadi tips pertama yang saya ajarkan adalah BRANDING DIRI. 

Ini tips special untuk team saya. 

Tips untuk yang mula business


TIPS UNTUK YANG MULA BUSINESS. 

Sebelun lupa nak share 1 tips ni. 

Ini untuk business. 

Ketika kita pasarkan produk, perlu jelas siapa target market kita. 

Pendapatan dia berapa..

Berapa yang dia mampu beli dan bagaimana dia nak dapatkan nya. 

Saya bagi contoh.. mak datin tak kan beli handbag harga RM40. 

Cleaner tak kan beli baju harga 3 ribu. 

Setiap produk perlu ada niche market. Jangan cipta 1 produk untuk 30juta rakyat malaysia terus. 

TAK MUNGKIN. 

Bila kita dah kenal niche market kita.. kita buat filtering. Penapisan supaya kita boleh fokus kehendak dan umpan apa nak pakai untuk pancing dorang ni. 

Untuk starting lebih baik kita fokus pada niche market yang sama macam kita supaya kita paham situasi mereka. 

Macam saya surirumah. Saya paham kehidupan surirumah. Jadi saya fokus pada target market surirumah. 

Saya buat analysis tentang keperluan, masalah dan kemampuan mereka terhadap produk yang akan saya pasarkan. 😊

Bagaimana untuk cekal dalam business??


Assalamualaikum... Terima kasih kerana berada bersama saya dan AUOLIYA. In shaa allah saya akan kongsikan tips dan pengalaman saya sepanjang perjalanan business sebagai seorang ibu dan isteri. 

Typo akan selalu berlaku sebab saya tulis direct dan secara spontan dan terus post. 😊

Pertama saya kongsikan tentang 1 soalan yang sering saya terima..

BAGAIMANA UNTUK CEKAL DALAM BUSINESS ?? 

Untuk saya... saya sangat jelas mengapa saya perlu cari pendapatan tambahan. Saya meletakkan anak pengebab utama. Walau hidup ditanggung suami tapi saya sedar backup perlu ada. 

Kita tak pernah tahu apa yang akan berlaku kemudian hari. Saya sangat terusik dengan 1 cerita Thailand di mana suami dia curang di tempat kerja kerana sangat terpikat dengan wanita yang cantik berfesyen. 

Ketika itu saya cermin diri, sejak menjadi surirumah.. fesyen terkini dah lama saya tinggalkan. Tak ada lagi nak makeup2. 

Hidup ni sentiasa ada persaingan. Termasuk dalam rumahtangga kita. Saya tak nak tenggelam dalam isu tu. 

Ini sekadar perkongsian. 

Boleh tanya apa jua soalan di no personal saya : 019-2609500.