Metafizik

Dan burung pun ingin menjumpai "Pemimpin Adil" ini di puncak bukit

10:55 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


DAN BURUNG PUN INGIN MENJUMPAI "PEMIMPIN ADIL" INI DI PUNCAK BUKIT

Seekor burung terbang dan hinggap di kepala Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan setelah ia selesai melaksanakan solat Jum’at.

Peristiwa ini terjadi ketika Erdogan merasmikan Masjid Al-Qiblah yang terletak di puncak bukit provinsi Rize.

Hal tersebut mengingatkan kita pada sebuah kalimat hikmah tentang ciri orang yang merendahkan diri dalam solatnya bahwa, “Hati itu seperti pohon. Bila dahannya rindang, burung-burung pun senang hinggap di atasnya. Bila hati bercabang, pikiran-pikiran dan nafsu pun senang bermain di dalamnya. Solatlah dengan solat yang memutuskan perpisahan dari dunia. Allah tidak akan terasa bila urusan dunia menggelayut dalam hati.”

0 comments:

Metafizik

Bayar hutang atau sedekah, mana patut kita dahulukan?

8:52 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Soalan :
Assalamualaikum Sifu.. selamat pagi.. say ada satu soalan nak bertanya.. antara hutang dan sedekah yang mana patut diutamakan dulu..?

Waalaikumsalam...selamat pagi izinkan sifu menjawab persoalan ini dengan ilmu yang sedikit ini...sifu minta tunjuk ajar ya.

BAYAR HUTANG ATAU SEDEKAH MANA PATUT KITA DAHULUKAN

Banyak pertanyaan sejenis seperti ini yang membandingkan pembayaran sedekah dengan pengeluaran yang lainnya seperti hutang. Tentunya jawapan yang diberikan sangat berbeza bergantung dalam konteks apa pertanyaan ini diajukan.

Jika menjawab ikut sudut ilmu dan pada hukum syara’, maka tentunya membayar hutang itu lebih utama kerana wajib hukumnya. Sedangkan bersedekah itu hukumnya sunat sehingga keutamaannya dikebelakangkan di bawah kewajipan untuk membayar hutang.

Tapi dalam konteks pengurusan kewangan islamik atau gaji setiap bulannya, di mana jumlah hutang yang dibayarkan adalah “sebahagian” yang sudah fixed yang sudah diagihkan sejumlah tertentu.

Maka tidak ada salahnya jika kita menghitung pembayaran zakat dan sedekah lebih dahulu sebelum pembayaran hutang.

Surah 5 ayat 55, Allah berfirman "DIRIKAN SOLAT, TUNAIKAN ZAKAT"..tak pernah lagi selama mendalami ilmu metafizik sains penomboran islamik berasaskan Al-quran, 1 hari 1 potong ayat setelah sekian lama sifu jumpa walau satu ayat pun DIRIKAN SOLAT, TUNAIKAN HUTANG..

Kenapa?
Alasan pertama, karena hutang yang dibayarkan adalah dalam bentuk sebahagian yang fixed. Yang jika dibayarkan zakat terlebih dahulu mahupun hutang terlebih dahulu sebetulnya tidak akan terlalu banyak mempengaruhi secara matematiknya.

Misalnya saja penghasilan 100%, maka zakatnya adalah 2.5%, lalu memiliki sebahagian hutang sebesar 30%. Pembayaran zakat terlebih dahulu tidak akan membuatnya menjadi kehilangan kemampuan untuk membayar hutang kan? Kerana masih ada lagi 67.5% lagi baki gaji yang belum diallocatekan.

Tapi kenapa zakat perlu didahulukan…?
Kerana dengan membayar zakat terlebih dahulu sebelum membayar yang lainnya, kita melatih mental kaya dalam kepala kita. Dan juga membina IMAN kita dengan Allah Yang Maha Memberi Rezeki.

Dengan bersedekah (sedekah yang wajib disebut dengan zakat) terlebih dahulu kita melatih diri kita dengan mentalnya orang kaya, iaitu mental yang hidup bertuhan.

Tidak keberatan jika harus hidup memberi pada orang lain terlebih dahulu sebelum menikmati untuk diri sendiri. Tidak ada kerisauan dalam hati selain Allah.

Dan dengan berzakat menunjukkan bahwa kita bersyukur dengan rezeki yang kita terima. Menjadikan ini sebagai pembuktian bahawa kita menghargai karunia-Nya dengan menyampaikan amanat wajib menyisihkan 2,5% untuk orang lain yang lebih memerlukan. Atau lebih dari itu jika kita memiliki hati yang lebih lapang lagi.

Alasan kedua, hutang seperti apa dalam konteks rumah tangga zaman sekarang ini?

Apakah hutang untuk bertahan hidup seperti untuk membeli makanan atau membiaya berubat darurat sehingga jika tidak berhutang maka kita akan meninggal dunia?

Jika ya, maka wajar saja hutang seperti ini adalah hutang darurat yang pembayarannya tentu lebih utama dibanding pengeluaran lainnya.

Bahkan pembayaran zakat menjadi gugur kewajipannya jika masih memiliki hutang seperti ini. Kerana jika terpaksa berhutang untuk menyelesaikan kesulitan seperti itu, ertinya kita berada dalam keadaan miskin.

Baginda Rasulullah SAW sendiri ada mengatakan,
BELI KESULITAN HIDUP DENGAN BERSEDEKAH
PANCING REZEKI DENGAN BERSEDEKAH

Tapi sepertinya sebahagian besar hutang rumah tangga di zaman sekarang bukanlah hutang seperti itu. Hutang zaman sekarang terjadi kerana pembelian rumah secara ansuran melalui bank, hutang kad kredit yang digunakan untuk membeli ini dan itu. Bahkan sebagian hutang adalah untuk bayaran HP, TV Astro, dan sebagainya.

Apa masih mampu kita berhutang seperti ini lalu mengatakan… kerana masih banyak hutang, maka saya harus membayar hutang terlebih dahulu bahkan tidak diwajibkan lagi membayar zakat jika sebahagian besar pengeluaran saya digunakan untuk membayar hutang tersebut.

Saya rasa tidak. Kerana sebahagian besar hutang yang ditumpukan itu adalah “memindahkan” biaya hidup di masa depan untuk dinikmati sekarang, lalu dibayar secara berperingkat-peringkat setiap bulan.

Jadi ertinya, yang disebut dengan pembayaran hutang ini adalah juga biaya hidup yang dipindahkan jadual pembayarannya.

Kalau untuk kesenangan di masa depan berani dipindahkan di masa sekarang kerana yakin boleh membayarnya di kemudian hari, maka orang-orang seperti ini disebut sebagai orang mampu, dan diwajibkan untuk membayar zakat jika penghasilannya sudah melebihi nisab.

Nah, itulah sebabnya, dalam konteks ini, keutamaan pengeluarannya adalah untuk bayar zakat dulu, baru kemudian bayar hutang, saving, lalu shopping.

Dari sudut pengurusan kewangan Islamik, Model kewangan FAST, cara yang paling cepat untuk melunaskan segala hutang adalah dengan BERZAKAT & BERSEDEKAH.

Boleh rujuk firman Allah dalam al-quran tentang ini dalam
Surah 2 ayat 245
Surah 2 ayat 261
Surah 2 ayat 271

Dalam ilmu metafizik sains penomboran islamik berasaskan al-quran, Numbering 2 itulah maksudnya juga sedekah, syukur.

Dari segi matematik sedekah, jika kita bersedekah 1, Allah akan gantikan dengan 10 kali ganda.

Jika hutang kita sebanyak RM 1 juta, ini bermakna 10% daripada RM 1 juta iaitu RM 100,000 WAJIB kita sedekahkan untuk selesaikan segala kesulitan hidup itu. Sebab itu dalam SOP BUKU 555 ada bahagian zakat dan sedekah ikut traffic light financial flow itu. Kalau nak follow SOP buku 555 tentang ini pun tenggelam timbul, menggigil utk keluarkan duit utk bersedekah dan berzakat. Memang wajarlah hidup kita dibelenggu dengan hutang yang datang tidak kunjung tiba.

Allah PASTI menepati janjinya..Tepuk dada, tanya iman..sejauh mana kita BERIMAN DAN YAKIN dengan Allah sebagai Maha Mengatur segala rezeki...

Kira berapa hutang, total daripada hutang itu, 10% wajib sedekah. Jangan percaya, BUAT & RASA sendiri, hanya yang minum air laut sahaja tahu sejauh mana masinnya air laut itu.
Lihat bagaimana Allah susun dan hantar bantuan dari pelbagai sudut dan arah serta bentuk. Tiba tepat pada waktu dan masanya..itu janji Allah dalam al-quran. Kita sebagai umat Nabi Muhammad kenapa susah sangat nak BERIMAN DENGAN ALLAH DAN AL-QURAN...

Soal IMAN ini bukan letaknya pada pakaian, bukan letak pada berapa bilangan sujud kita atas sejadah, tapi LETAKNYA pada Qalbu Mukmin BaitulHaqqi Illallah..Allah tilik di situ. DIA jer yang tahu sejauh mana iman kita mcm mana.

Allah sudah gariskan kaedah penyelesaian kehidupan dalam al-quran..kita jer yang memilih untuk pisahkan agama dengan kehidupan. Merintis tangis air mata darah tiada sebarang makna kalau ACTION tidak mahu kita ambil seperti yang digariskan.

Faham faham

0 comments:

Metafizik

Jiwa Tenang Otak Cerdas

8:35 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


JIWA TENANG OTAK CERDAS

Jiwa Tenang Otak Cerdas
Jiwa yang diam (tenang) pasti otak berfikir dengan lebih baik dan kreatif.
Maka bukan diamkan otak kita tetapi diamkan jiwa/diri kita agar otak kita lebih matang berfikir.
Diamkan fikiran kita bukanlah menghentikan otak kita dari berfikir.
Tetapi menghalang otak kita berfikir mengikut nafsu kita agar otak kita berfikir mengikut ilham yang ada di jiwa yang tenang itu.
Diamkan fikiran itu mudah iaitu jiwa/kamu kembali kepada Allah.

Ini seumpama sebuah dasar lautan yang tenang, pasti makhluk hidup di dalamnya bergerak ke sana sini dengan bahagia. Makhluk hidup tidak diam walaupun dasar lautan itu tenang. Semuanya bekerja keras dan menjalani kehidupan yang ditentukan.

Namun apabila dasar lautan bergelombang, makhluk hidup mula resah gelisah. Ke sana sini tidak menentu.
Begitulah ANALOGI JIWA DAN FIKIRAN. Seandainya jiwa ini tenang, fikiran kita mampu berfikir dengan baik. Segala ilham yang dikurniakan Allah ke dalam jiwa dapat mengalir tenang ke otak lalu menghasilkan idea‐idea yang baik.

Kita mampu memahami kehendak Allah di dalam melaksanakan perintahNya. Kita akan terus memiliki kekuatan kerana kita amat sedar dan rasa kita beribadah atas nama Allah. Kerana itu kita perlu mempositifkan jiwa dan bukannya mempositifkan fikiran tanpa menghiraukan jiwa. Fikiran pasti akan positif apabila kita memiliki jiwa yang positif.

Sumber ilham letaknya di jiwa. Lalu dalam keadaan jiwa yang tenang, ilham ini dapat mengalir dengan baik mencetuskan sebuah fikiran yang dikenali sebagai idea. Umat Islam yang mengucap lafaz kalimah syahadah, seharusnya lebih hebat daripada yang lain. Allah berfirman,

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)." (Surah At-Tiin 95: ayat 4)

We are born to be a CHAMPION, as Khalifah. So WHY kita pilih untuk menjadi seorang LOOSER. Hidup ini adalah untuk dinikmati seadanya, dan bukannya untuk ditangisi.

Umat Islam tidak membaca menggunakan nafsu tetapi menggunakan ilham yang disampaikan oleh Yang Maha Bijaksana... Allah SWT. Dia Yang Maha Tahu kerana semua apa yang ada di langit dan di bumi dan di antaranya adalah ciptaanNya. Nah! kini kita memahami jalan ceritanya. Tinggal kita ingin menjadi orang yang berjiwa tenang atau berserabut sahaja.

KETENANGAN JIWA ITULAH SYURGA
KERESAHAN JIWA ITULAH NERAKA

Caranya yakinlah pada Allah melalui kata‐kataNya iaitu “Hanya dengan mengingat Allah, hati menjadi tenang”.
Sebuah ayat Al‐Quran yang tidak ada keraguan padanya. HANYA bermakna tidak ada yang lain melainkan dengan mengingat Allah sahajalah jiwa menjadi tenang. Allah berfirman,

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. "(Surah Ar-Ra'd 13: ayat 28)

Jiwa ini ditenangkan Allah. Dan Allah akan menenangkan kita seandainya kita sentiasa mengingat Allah.
Lalu timbul lagi persoalan.

Bagaimana untuk sentiasa mengingat Allah?
Seandainya kamu mencintai seseorang pasti kamu sukar melupakan. Nah! inilah jalannya. Seandainya ada rasa cinta kita pada Allah, mana mungkin kita akan lupakanNya walau sesaat pun. Dalam apa jua hal, kita tetap terus ingat Allah walaupun ketika kita melakukan kerja di dalam melaksanakan amanah Allah SWT.

Bagaimana pula untuk mendapatkan cinta Allah?
Sememangnya semuanya adalah hak Allah untuk memberikan rasa cinta kepadaNya dalam hati kita. Namun atas daya kemanusiaan yang dikurniakan Allah, kita sekadar mampu berkomunikasi dengan Allah SWT setiap apa yang kita fikirankan dan lakukan. Dengan komunikasi, kita dapat selarikan apa yang kita fikir serta kerja kita dengan menyedari Allah SWT.

Oh! indahnya setelah kita tahu caranya. Lalu praktikkan kerana hanya dipraktikkan sahaja yang mampu memiliki cinta Allah SWT . Sesekali di dalam tenang, luncurkan jiwa itu kuat menyedari Allah SWT. Kamu pasti akan terus diilhamkan Allah di dalam tuntunannya melayari hidup berTuhan ini. “ya Allah terima kasih ya Allah”

Wallahualam...

Sifu Farihan Yahya
Temerloh, Pahang
29 April 2017

0 comments:

Metafizik

Belajar dari kisah Cinderella

10:22 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Baiklah, malam ni sifu nak kupas tentang cerita "CINDERELLA", nak dengar tak..??
Berapa ramai pernah menontoh cerita dongeng "CINDERELLA"..??
Kalau yang dah tengok, apakah pengajaran kisah "CINDERELLA" itu..?? Cuba

Petang tadi, sifu tak tahu nak buat apa, layan Movie ini, tapi apa yang sifu nak kupas apa yang "tersirat" di sebaliknya.

Siapa yang dah pernah tengok movie "Cinderella" itu..??
Boleh share apakah pengajaran daripada movie itu

Tak berapa ingat cerita tu... Tapi yang saya ingat pengajaran dari cerita tu...antaranya berkat ketabahan Cinderella akhirnya membawa kebahagiaan... Kalau kita tabah & sabar dengan ujian Allah, In Shaa Allah Allah akan berikan nikmat yang lebih besar..

Benar itu lagi, siapa nak share?

Hidup tak akan selalu susah..pasti ada kesenangannya nanti. Redha dan bersabar kuncinya.

Cinderella nak pi Majlis tari menari, tapi diberi tugas yang agak mustahil..Disebabkan jiwa dia nak pi jugak..Die gigih buat task yang diberi, tapi dengan pertolongn kawan2.. Sebab dia baik dengan semua orang, termasuk binatang..

Baiklah, bila kita ditanya tentang pengajaran daripada kisah Cinderella, ramai antara kita akan menjawab begini,"Pengajaran terbesar adalah menepati masa dan rezeki tidak dapat diduga.", dan "Kalau sudah jodoh, tidak ke mana,"...betul betul..??

Jika kehidupan kita ini benar-benar unik, maka tentunya setiap yang sampai di telinga kita ada pengajaran besar untuk kita ambil iktibar dalam meniti hidup. Walaupun apa yang sampai itu sekadar kisah dongeng, tentu ada..!!

Teman-teman semua, dalam kisah Cinderella, pari-pari mengingatkan Cinderella bahawa dia akan bertukar menjadi comot semula selepas jam 12 tengah malam. Namun Cinderella yang ketika itu telah bertukar menjadi seorang gadis jelita, lupa akan kata-kata pari-pari itu. Dia leka menari bersama putera raja sehinggalah dikejutkan oleh bunyi loceng jam. Lalu dia berkejaran melarikan diri kerana dirinya akan bertukar comot semula. Akibat daripada kekalutan itu, kasutnya tertanggal, dan disebabkan kasut itu, dirinya dapat dicari semula oleh putera raja itu...betul kan..??

Bukankah itu perlambangan kehidupan dunia? Tuhan mengirim kita ke dunia dan mengingatkan kita bahawa dunia ini adalah sementara. Carilah bekal yang berguna, gunakan kesempatan selagi ada. Bekal itu semuanya sudah ada dalam SOP Buku 555, tinggal nak buat atau tak sahaja. Usah leka ditipu keindahan dunia yang sementara ini kerana apabila "Loceng Ajal" sudah berbunyi, kita tidak lagi sempat untuk berbuat apa apa. Fastabaqul Khairat.

Rasulullah SAW juga bersabda, dalam Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi
"Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama, masa sihat sebelum sakit. Kedua, masa kaya sebelum datangnya miskin. Ketiga, masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat, masa muda sebelum datang masa tua. Kelima, masa hidup sebelum tiba masa mati."

Pernah dengar kan sabda Rasulullah itu sebelum ini..

Rasulullah SAW berpesan kepada kita agar merebut peluang selagi ada. Hidup ini bergerak dan tidak pernah menunggu kita. "Cinderella" yang baik adalah "Cinderella" yang merancang perkara yang perlu dilakukan pada kesempatan sementara. Daripada dia leka menari sehingga jam 12 tengah malam, adalah lebih baik dia menggunakan kesempatan itu bagi mencaritakan kepada putera raja siapa dirinya yang sebenar.

Begitu jugalah dengan kita. Daripada leka dihanyutkan penipuan dunia ini, lebih baik kita menggunakan kesempatan masa yang ada dan sementara ini untuk mencari keredhaan di sisi-Nya. Dalam cerita dongeng, Cinderella meninggalkan kasutnya di istana. Di alam realiti kehidupan kita, segala-galanya kita tinggalkan di dunia walau stokin buruk pun tak boleh dibawa. Kita pulang kepadaNya sehelai sepinggang seperti mana kita datang. Buatlah pilihan anda, iaitu sama ada mahu menjadi "Cinderella" yang bijak merancang, ataupun "Cinderella" yang berkejaran tidak cukup tanah sana dan sini apabila "masa itu" datang.

Jika ditanya cara menyimpulkan seluruh kehidupan di dunia ini, iaitu tawa ria, suka duka, kerjaya, keluarga dan segalanya dalam satu perkataan, maka jawapannya adalah SEMENTARA. Jika kita didendang kebahagiaan, buatlah persediaan untuk menghadapi saat duka.

Apabila kita berduka, yakinlah kelak kita tetap akan dapat keluar daripadanya. Jika insan mengerti hakikat fananya dunia ini, nescaya apa jua pun yang menimpa akan membuatkan dia senyum dan melangkah lagi.

Belajar sesuatu dari kisah Cinderalla ini, apa pilihan kalian semua..??

0 comments:

Metafizik

Kerana burung terbang dengan dua sayap

4:10 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


KERANA BURUNG TERBANG DENGAN DUA SAYAP

Burung..Haiwan yang Allah SWT berikan kelebihan berbanding dengan ciptaan lain. Burung mampu terbang tinggi di angkasa dan melihat keluasan dunia dengan matanya yang kecil. Burung juga merupakan ciptaan Allah yang sangat unik. Dalam Al-Quran terdapat beberapa kisah burung iaitu burung Ababil dan Hud Hud. Dalam Surah Al-Mulk juga Allah SWT menyebut perihal burung yang terbang di langit.

Baik, sifu nak bertanya. Cuba jawab
Mengapakah burung mampu terbang tinggi di awan..??
Bagaimana burung mampu terbang jauh..???

Allah SWT berfirman:

اَوَلَمْ يَرَوْا  اِلَى الطَّيْرِ فَوْقَهُمْ صٰٓفّٰتٍ وَّيَقْبِضْنَ  ؕ     ۘ  مَا يُمْسِكُهُنَّ اِلَّا الرَّحْمٰنُ  ؕ   اِنَّهٗ بِكُلِّ شَيْءٍۢ بَصِيْرٌ
"Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."
(QS. Al-Mulk: Ayat 19)

Sebab ada 2 sayap..Tu yang boleh terbang tinggi🦅🦅🦅

Sebab tawakalnya burung pada Allah.

Benar, jawapannya adalah kerana burung memiliki sepasang sayap, kiri dan kanan.

Begitulah lumrah kehidupan kita. Untuk terbang jauh kita memerlukan kedua-dua sisi iaitu kiri dan kanan.
Jika kanan melambangkan kebahagiaan, kiri pula melambangkan ujian dan dukacita. Kita tidak mampu untuk terbang jauh sekiranya hidup kita hanya di sisi kegembiraan. Begitu jugalah sebaliknya. Saksikanlah kisah-kisah orang yang sudah berjaya. Mereka melalui ujian getir dalam hidup terlebih dahulu seolah-olah bagi mendapat sebelah lagi sayap, dan sepasang sayap itu membawa mereka terbang tinggi meneruskan layar kehidupan.

Usah berduka apabila ditimpa ujian kerana burung tidak akan terbang dengan sebelah sayap. Kembalilah kepada fitrah dan hayati erti kehidupan, nescaya ujian hidup akan terasa indah dan derita terasa mudah. Hentikan keluhan dan ayuh kembali hidup bertuhan..Berimanlah dengan Firman Allah dalam Al-Quran:-

Dalam surat Alam Nasyroh, Allah Ta’ala berfirman,
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
“Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (QS. Alam Nasyroh: 5)
Ayat ini pun diulang setelah itu,
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
“Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (QS. Alam Nasyroh: 6)

RAHSIA MENGAPA DI BALIK KESULITAN, ADA KEMUDAHAN YANG BEGITU DEKAT

Ibnu Rajab telah mengisyaratkan hal ini. Beliau berkata, “Jika kesempitan itu semakin terasa sulit dan semakin berat, maka seorang hamba akan menjadi putus asa dan demikianlah keadaan makhluk yang tidak bisa keluar dari kesulitan.

Akhirnya, ia pun menggantungkan hatinya pada Allah semata. Inilah hakikat tawakkal pada-Nya. Tawakkal inilah yang menjadi sebab terbesar keluar dari kesempitan yang ada. Karena Allah sendiri telah berjanji akan mencukupi orang yang bertawakkal pada-Nya. Sebagaimana Allah Ta’ala berfirman,

وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ
“Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya.” (QS. Ath Tholaq: 3).”

Inilah rahsia yang sebagian kita mungkin belum mengetahuinya. Jadi intinya, tawakkal lah yang menjadi sebab terbesar seseorang keluar dari kesulitan dan kesempitan.

Ya Allah, jadikanlah kami termasuk golongan orang yang sabar dalam menghadapi setiap ketentuan-Mu. Jadikanlah kami sebagai hamba-Mu yang selalu bertawakkal dan bergantung pada-Mu. Amin Ya Mujibas Saa-ilin.

Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya segala kebaikan menjadi sempurna.

"Katakanlah: Jika kamu ( benar-benar) mencintai Allah, ikutilah Aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu, Allah Maha Pengasih dan Penyayang," Ali 'Imran: 31

0 comments:

Metafizik

Siapa kata harta tidak boleh dibawa mati?

11:02 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


SIAPA KATA HARTA TIDAK BOLEH DIBAWA MATI ??

Haji Osman. Pemilik salah sebuah pengusaha kilang batik & pakaian terkemuka di Semenanjung, memang dikenal atas kedermawanannya, seakan harta tidak begitu berharga baginya. Seakan dunia ini telah begitu hina di matanya.

Inilah mungkin pandangan mata dari orang yg dunia di tangannya & akhirat di hatinya.

Maka beberapa orang pengusaha muda yang bersemangat mendatangi beliau.

“Ajarkan pada kami, Ji,” kata mereka.. “bagaimana caranya agar kami seperti haji Osman. Boleh berniaga maju sukses, tidak cinta pada harta dan tidak sayang pada kekayaan... Hingga seperti haji Osman, bersedeqahnya terasa ringan”.

“Wah", sahut Haji Osman tertawa, “Antum salah alamat!”

“Mengapa?”...

Kalian datang pada orang yang salah.... Saya ini SANGAT SAYANG PADA HARTA DAN SUKA PADA HARTA SAYA. Saya ini sangat mencintai aset yg saya miliki ".

“Sebab apa?”..

“Oleh kerana sangat cinta & sayangnya saya pada harta, SEHINGGA SAYA TIDAK RELA MENINGGALKAN HARTA SAYA DI DUNIA INI. AKAN SAYA BAWA MATI BERSAMA KE DALAM KUBUR.

Sebenarnya saya TIDAK MAHU BERPISAH dengan kekayaan saya. Makanya sementara saya masih hidup ini saya titipkan dulu.

Tumpangkan pada masjid,
Tumpangkan pada anak yatim,
Tumpangkan pada fakir miskin,
Tumpangkan pada surau,
Tumpangkan pada pondok pengajian,
Tumpangkan pada pejuang fii sabilillah.
Tumpangkan pada Guru2 Agama
Tumpangkan pada karyawan yang rajin Ibadah.
Tumpangkan pada saudara-mara dan sahabat handai yang sedang sakit di hospital.

Alhamdulillah ada yang berkenan mahu ditumpangi, saya senang sekali.

Alhamdulillah ada yang sudi diamanahi, saya bahagia sekali.

Insyaa Allah... DI AKHIRAT NANTI SAYA BOLEH AMBIL BALIK, APA-APA YANG SAYA TUMPANGKAN DULU.

Saya ingin kekayaan saya itu dapat saya nikmati berlipat-lipat di alam kubur & di akhirat".

“Jadi..!” Siapa bilang harta tidak dibawa mati....?

Harta itu dibawa mati....!!! Caranya ? ...

JANGAN BAWA SENDIRI... Minta tolong dibawakan oleh anak yatim, fakir miskin, orang-orang yang berjuang di jalan-Nya dan lain-lain..
kerana anak & keluarga, saya cuma bagi pakai kain putih sahaja.

Maka INFAQ lah..


لَّيْسَ عَلَيْكَ هُدَىٰهُمْ وَلَٰكِنَّ ٱللَّهَ يَهْدِى مَن يَشَآءُ ۗ وَمَا تُنفِقُوا۟ مِنْ خَيْرٍ فَلِأَنفُسِكُمْ ۚ وَمَا تُنفِقُونَ إِلَّا ٱبْتِغَآءَ وَجْهِ ٱللَّهِ ۚ وَمَا تُنفِقُوا۟ مِنْ خَيْرٍ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لَا تُظْلَمُونَ

Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufiq) siapa yang dikehendaki-Nya. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan karena mencari keridhaan Allah. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, niscaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup sedang kamu sedikitpun tidak akan dianiaya (dirugikan). [Al-Baqarah - 272]

إِنَّ ٱلْمُصَّدِّقِينَ وَٱلْمُصَّدِّقَٰتِ وَأَقْرَضُوا۟ ٱللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا يُضَٰعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ

Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia. [Al-Hadid-18]

0 comments:

Metafizik

Mengapa orang berjaya itu berjaya??

9:44 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Mengapa Orang Berjaya Itu Berjaya??

1. Sikap mereka berbeza
Mereka tak suka komplen, mengeluh atau merungut. Orang gagal sebaliknya sentiasa komplen dan mengeluh. Mereka sentiasa tidak berpuas hati. Mereka tak sabar, banyak tunggu dan nanti.
Orang berjaya sentiasa bertindak, mereka tidak menunggu sesiapa. Mereka tidak pernah duduk saja.

2. Mereka sentiasa pantas
Pantas buat keputusan, pantas buat tindakan.
Tahu atau tidak, mereka buat saja. Nak bisnes buat aje. Tak pernah fikir masalah. Jadi atau tak jadi itu nombor dua. Yang penting mereka bertindak.

3. Mereka sentiasa invest untuk kejayaan mereka
✏️Invest ilmu
✏️Invest wang
✏️Invest tenaga
✏️Invest masa
✏️Invest pengorbanan

4. Mereka membina networking yang bagus
Apa maksud networking ?? Anda adalah siapa kawan anda. Bulatan kawan2 yg berjaya, mereka pasti berjaya. Jadi upgradelah lingkungan bulatan kawan2 kita. Jangan sembarangan memilih kawan.

5. Mereka dah buat keputusan dari awal untuk berjaya
🖍Sebelum bertindak, mereka dah set dalam minda untuk sukses dan hebat.

6. Mereka berkawan dengan orang yang betul.
Mereka belajar cara orang berjaya lakukan.

7. Mereka tidak bertangguh.
Mereka tidak memberi alasan. Kejayaan adalah kepantasan. Bisnes adalah kepantasan.

8. Mereka tidak terpengaruh dengan kutukan orang sekeiling.
✏️Jangan melayan cakap orang.
✏️Mereka tidak hiraukan perkara remeh temeh.
✏️Mereka tidak melayan kutukan dan hinaan orang.

9. Mereka konsisten dan persisten.
✏️Tak mudah putus asa.
✏️Tak mudah mengalah.
✏️Mereka sentiasa excited dan melakukan yang terbaik untuk diri mereka .

Buktikan pada mereka yang di luar sana kerana kita adalah yang terbaek di kalangan yang terbaekk !!

ANDA ADALAH INSAN YANG SANGAT2 HEBAT!!   

📖Renungan ..                     
Orang yang HEBAT itu tak semestinya KAYA harta. Apa yang paling utama adalah IKHLAS membantu. MODAL yang paling utama untuk menjadi SUCCESS adalah USAHA & SABAR ..

#gengtahajud
#gengdhuha
#769SAFT
#zainrichss769
#auraenergy769

0 comments:

Metafizik

Hikmah bagi orang-orang yang senantiasa bersyukur

8:00 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


HIKMAH BAGI ORANG-ORANG YANG SENANTIASA BERSYUKUR

Ketika Allah memerintahkan sesuatu kepada kita, pasti ada kebenaran yang akan diwujudkan, dan ketika Dia melarang, pasti ada keburukan yang hendak dicegah dari diri kita. Karena itu, bersyukur adalah salah satu yang diperintahkan Allah Swt. akan memberi manfaat bagi kita.

Dalam firman-Nya  surah Ibrahim ayat 7 ditegaskan,
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Aku akan menambah nikmat-Ku kepadamu dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, sesungguhnya azab- Ku sangat pedih."

Dalam ayat tersebut mengemukakan bahwa ada dua prinsip bersyukur :

Pertama, bukti bagi lurusnya barometer keimanan dalam jiwa manusia.

Kedua, jiwa yang bersyukur akan selalu melakukan muraaqabah (mendekatkan diri kepada Allah Swt.) dalam mendayagunakan nikmat yang diberikannya itu.

Seperti prinsip bersyukur di atas mampu memberikan empat manfaat yang penting bagi kehidupan seorang muslim, yaitu:
a. Menyucikan Jiwa - Bersyukur akan membuat seorang muslim dapat menjaga kesucian jiwanya.
b. Mendorong Jiwa untuk Beramal Soleh - Bersyukur yang harus ditunjukkan dengan amal soleh membuat seorang muslim selalu terdorong untuk memanfaatkan apa yang diperolehnya untuk berbagai kebaikan.
c. Menjadikan Orang Lain Redha - Dengan bersyukur apa yang diperolehnya akan berguna bagi orang lain dan membuat orang lain redha kepada-Nya.
d. Memperbaiki dan Memperlancar Interaksi Sosial - Hanya orang yang mahu bersyukur yang mampu melakukan upaya memperbaiki dan memperlancar hubungan jaringan sosial, karena dia tidak ingin menikmati sendiri apa yang telah diperolehnya.

Berapa ramai yang bangun pagi tadi, berkata begini
"Ya Allah Ya Tuhanku, hari ini Aku sangat bersyukur atas nikmatmu kerana masih dipinjamkan nafas untuk meneruskan kehidupan untuk memakmurkan insan."??

Berapa ramai yang masih lagi konsisten melakukan SOP 7 Getaran Kesyukuran..??

Sebab Orang Kurang Bersyukur

Syukur pada hakikatnya merupakan konsekuensi logik bagi manusia sebagai makhluk kepada Allah Swt. Sebagai Tuhan yang telah menciptakan dan melimpahkan berbagai nikmat. Namun, kerap kali manusia terlupa dan tidak bersukur atas nikmat-Nya.

Karena itu, ketidak syukuran manusia itu disebabkan oleh tiga hal.

1. Salah melakukan ukuran atau menilai
Selalu mengukur suatu nikmat dari Allah Swt. Itu dengan ukuran keinginannya. Jika keinginannya dipenuhi, ia akan mudah untuk bersyukur. Sebaliknya, jika belum dikabulkan, ia akan enggan untuk bersyukur.

2. Selalu melihat kepada orang lain yang diberikan lebih banyak nikmat
Perilaku ini hanya menyuburkan iri, hasad, dan dengki kepada orang lain. Sedangkan perilaku bagi orang yang beriman haruslah melihat kepada orang yang kurang beruntung.

3. Menganggap apa yang didapati dari nikmat Allah Swt. Adalah hasil usahanya
Perilaku ini menumbuhkan sifat kikir dan melupakan Allah Swt. Sebagai pemberi nikmat tersebut. Padahal tidak ada satu nikmat pun yang datang sendirinya, melainkan Allah Swt. yang telah mengatur semuanya.


0 comments:

Metafizik

Maksud kata SYUKUR

7:50 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Surah Al-A'raaf  Ayat 37:

فَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَىٰ عَلَى اللَّهِ كَذِبًا أَوْ كَذَّبَ بِآيَاتِهِ ۚ أُولَٰئِكَ يَنَالُهُمْ نَصِيبُهُم مِّنَ الْكِتَابِ ۖ حَتَّىٰ إِذَا جَاءَتْهُمْ رُسُلُنَا يَتَوَفَّوْنَهُمْ قَالُوا أَيْنَ مَا كُنتُمْ تَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ ۖ قَالُوا ضَلُّوا عَنَّا وَشَهِدُوا عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَنَّهُمْ كَانُوا كَافِرِينَ

Maka tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah atau yang mendustakan ayat-ayatNya. Orang-orang itu akan mendapat bahagian mereka (di dunia) dari apa yang telah tersurat (bagi mereka), hingga apabila datang kepada mereka utusan-utusan Kami (malaikat) yang mengambil nyawa mereka, bertanyalah malaikat itu (kepada mereka): “Manakah (makhluk-makhluk dan benda-benda) yang kamu sembah selain Allah?” Mereka menjawab: “Semuanya itu telah hilang lenyap daripada kami”, dan mereKa pula menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, bahawa mereka adalah orang-orang yang ingkar. {7:37}

Ibnu `Abbas menceritakan, Rasulullah SAW bersabda,
"Orang pertama yang akan dipanggil untuk masuk surga adalah orang-orang yang senantiasa memanjatkan puji syukur kepada Allah, yaitu orang-orang yang senantiasa memuji Allah dalam keadaan lapang dan dalam keadaan sempit" (Tanbihul Ghafilin 197)

Allah swt berfirman dalam Al Qur'an surat Ibrahim ayat 7 yang artinya:
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Aku akan menambah nikmat-Ku kepadamu dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."

Dalam ayat ini Allah swt bahkan telah menjanjikan akan menambah nikmatnya bagi siapapun yang bersyukur.

Kata "SYUKUR" adalah kata yang berasal dari bahasa Arab. Diertikan sebagai:
(1 ) rasa terima kasih kepada Allah, dan 
(2) untunglah (menyatakan lega, senang, dan sebagainya).

Dalam Al-Quran kata"syukur" dengan berbagai bentuknya diulang-ulang sebanyak 64 kali. Ini jelas menunjukkan kepada kita betapa pentingnya kita menjadi insan yang bersyukur setiap masa.


0 comments:

Metafizik

Hakikat Syukur

7:37 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


HAKIKAT SYUKUR

Kesyukuran yang hakiki didirikan di atas lima asas utama. siapa mengamalkannya serta menghayatinya maka dia adalah seorang yang benar-benar bersyukur iaitu;

1. Merendahkan diri terhadap yang disyukuri iaitu Allah swt, kerana orang yang bersyukur tidak akan sombong, tidak akan takabbur samada kepada Allah swt atau sesama manusia.

2. Rasa cinta terhadap Pemberi Nikmat iaitu Allah swt, kerana rasa bersyukur itu tidak akan timbul pada diri seseorang yang tidak suka, benci terhadap orang lain, lebih-lebih lagi kepada Allah swt.

3. Mengakui seluruh nikmat yang Dia berikan. Tanpa pengiktirafan terhadap jasa, kebaikan nikmat yang diberikan bagaimana rasa syukur akan timbul dalam diri seseorang apabila merasakan apa yang dimilki adalah dari dirinya sendiri, tanpa bantuan orang lain.

4. Senantiasa memuji-Nya atas nikmat yang diberikan kerana gembiranya, penghargaannya, pengiktirafannya terhadap nikmat yang diberikan.

5. Tidak menggunakan nikmat untuk sesuatu yang dibenci oleh Allah kerana ia akan mengundang kemarahan, kebencian orang yang memberi nikmat, dan tindakan tersebut menunjukkan sikap biadap, tidak mengharmati serta tidak mengenang jasa.

Dengan erti kata lain, SYUKUR ini adalah gembira dalam apa jua keadaan sekalipun iaitu susah, senang, gembira, derita, suka dan duka.


0 comments:

Metafizik

Syukur yang sebenar

7:25 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


SYUKUR YANG SEBENAR

Syukur itu bukanlah sekadar ucapan tetapi perbuatan dan amalan kita.
Ketika mendapat rezeki, ucapan Alhamdulillah itu adalah memuji Allah. Syukurnya adalah ketika kita membuat sesuatu kebaikan dengan rezeki itu (nafkah anak-anak, membeli keperluan keluarga, sedekah dan lain-lain kebaikan).

Ketika kita ucap Alhamdulillah tetapi rezeki dijalankan ke arah yang salah, kedekut, simpan untuk diri sendiri semata-mata, buat maksiat dan lain-lain keburukan maka ia bukan syukur kita kepada Allah.

Ketika kita bersyukur dihidupkan kembali hari ini oleh Allah setelah mematikan kita setiap hari yakni tidur, ia bukan sekadar ucapan. Tetapi amalan hari ini seharusnya amalan yang dilakukan adalah amalah yang penuh kebaikan membuktikan kita ini hamba yang bersyukur.

Ketika bersyukur kerana kita masih diberi kasih sayang oleh Allah, ia bukan sekadar ucapan. Seharusnya benar kita saling memberikan kasih sayang antara kita mengikut hubungan siapa kita. Antara sahabat, antara ibu, ayah dan anak. Antara keluarga dan lain-lain.

Ketika kita bersyukur kerana diberikan kesihatan yang baik, seharusnya jasad ini digunakan ke arah kebaikan. Bukan sekadar kata-kata "syukur aku sihat".

Inilah yang dikatakan dengan syukur yang sebenarnya. Ia bukan sekadar kata-kata pujian tetapi ia adalah seluruhnya... syukur di jiwa, di bibir dan di perbuatan.

Semoga setiap hari kita sama-sama termasuk sifu sendiri menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur kepadaNya.

"Ya Allah, hambaMu mohon ya Allah agar diberikan petunjuk dan kekuatan untuk menjadi hambaMu yang bersyukur kepadaMu ya Allah. Terima kasih ya Allah, terima kasih".

Dalam SOP Buku 555 seperti zakat, sedekah, 7 getaran kesyukuran itulah praktikalnya untuk mendapatkan hakikat syukur yang sebenar dan bukannya sekadar ucapan.

Mensyukuri nikmat yang telah Allah berikan, tidaklah cukup hanya dengan mengucapkan kata ‘Alhamdulillah’ saja. Namun, ternyata ada beberapa cara mensyukuri nikmat yang telah Allah berikan.

Pertama, BERSYUKUR DENGAN HATI. Cara bersyukur dengan hati ialah dengan mengakui sepenuh hati apapun nikmat yang diperoleh bukan semata-mata kerana kepintaran, keahlian, dan kerja keras kita, melainkan kerana anugerah dan pemberian Allah Yang Maha Kuasa. Keyakinan ini akan membuat kita merasa ikhlas dalam menerima nikmat yang Allah berikan baik itu kecil, sedikit atau berlimpah sekali pun.

Kedua, BERSYUKUR DENGAN LISAN. Mengucap kata ‘Alhamdulillah’ ialah satu bentuk bersyukur dengan lisan, mengakui secara terang-terangan bahwa kita mensyukuri nikmat yang berasal dari Allah SWT. Juga ucapan Alhamdulillah merupakan satu bentuk pujian kepada Allah, mengakui bahwa hanya Allah-lah yang berhak untuk menerima pujian tersebut.

Ketiga, BERSYUKUR DENGAN PERBUATAN. Caranya dengan menggunakan nikmat yang telah Allah berikan pada jalan dan perbuatan yang diredhai-Nya. Seperti memberikan sebahagian rezeki yang kita dapatkan kepada orang lain yang memerlukan, anak yatim, membantu memberi sumbangan kepada pondok-pondok tahfiz, dan masih banyak hal lagi yang bersifat positif dan menandakan bahwa kita mensyukuri segala nikmat yang telah kita peroleh. Sikap ini berguna untuk senantiasa mengingatkan kita untuk selalu berterima kasih kepada Yang Maha Pemberi nikmat (Allah).


0 comments:

Metafizik

Semuanya milik DIA dan izin dari-Nya

8:29 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Sifu di sini HANYA sarung bernyawa sahaja, asbab utk menyampaikan ilmu milik Allah sahaja, semua dari DIA, rujuk Surah Al-Alaq ayat 5 ya.

Bismillah....

Assalamualaikum dan selamat pagi teman-teman semua, apa khabar hari ini..sihat..??
Dah sarapan semua ka..??

Sifu doakan semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua hari ini, mudah mudah dan sehabis mudah..

Pagi ini, sifu selak selak news feed FB sifu, sifu terpandang satu sharing yang sifu ingat perlu kita diskusikan di sini dan ianya berkait rapat dengan apa yang kita berkongsi ilmu di sini..boleh boleh
Bagi yang sudah lama follow sifu, di mana yang kita perlu betulkan sedikit ayat di atas..??

-------------------------------------------------------
Mandi Garam boleh besarkan Aura Dan Tarik Rezeki...  Ayat ni

Kenapa..??? REFRESH balik apa yang dipelajari di tribe ini..

Tidak akan bergerak sebutir zarah tanpa keizinan dari Allah. Semuanya Dari Allah.
------------------------------------------------------------
Ayat di bawah perlu ditambahkan sedikit

"Tapi ingat,mandian garam ini hanya asbab ikhtiar sahaja. Semuanya Dari Allah😊
Sebab kalau tak,orang akan meletakkan kebergantungan tinggi kepada garam tuh melebihi kebergantungan kita kepada yang sepatutunya

Part ayat tarik rezeki:penarik rezeki sebenarya dengan SOP diri kita
------------------------------------------------------
Garam itu hanya asbab. Yang mengizinkan semua yang berlaku ada ALLAH..bukan garam..telah berlaku syirik di situ..

Di mana dalilnya yang kita boleh rujuk dalam Al-Quran dan bagaimana ayat yang sepatutnya ditulis,.
BENAR bagi tahapan ilmu beliau, tidak ada salah dan silap
Sifu kemukakan persoalan ini sebagai ulangkaji topik lalu yang kita diskusikan di sini, untuk REFRESH sahaja
------------------------------------------------------------------
Allah SWT berfirman:

يٰۤاَيُّهَا النَّاسُ اَنْتُمُ الْفُقَرَآءُ اِلَى  اللّٰهِ ۚ  وَاللّٰهُ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيْدُ
"(Oleh kerana Allah menguasai segala-galanya, maka) wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji."
(QS. Fatir: Ayat 15)

Allah SWT berfirman:

اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَاِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ 
"Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan."
(QS. Al-Fatihah: Ayat 5)

0 comments:

Metafizik

5 Elemen (Menyokong & Mengawal)

5:20 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

RAJAH INSANIAH - lebih details nak kenal pasangan masing masing.

Bismillah...
Petang ini sifu nak share tentang topik KAWAL & MENYOKONG, semua dah tahu kan kod asas diri masing2 melalui kiraan asas melalui Tarikh Lahir biasa kan?

Watak dan karekter overall puluhan ribu manusia lahir setiap hari. Kita tak pilih tarikh lahir untuk dilahir tapi sudah ditakdirkan. Overall paten analisis. 

Selain kiraan asas melalui Tarikh Lahir biasa, untuk memahami bacaan yang lebih luas kitaran dan dalaman, kita boleh juga membongkar melalui dalaman tarikh lahir, 4 digit ic, waktu lahir, kitaran hijrah dan sebagainya.

5 ELEMENT (MENYOKONG & MENGAWAL)
Kod Asas 1 & 6 - Besi (Metal)
Kod Asas 2 & 7 - Air (Water)
Kod Asas 3 & 8 - Api (Fire)
Kod Asas 4 & 9 - Kayu (Wood)
Kod Asas 5 & 0 - Tanah (Earth)

Kod Asas Anda dan Pasangan anda apa..??
--------------------------------------------------------------------------
Razila Zakaria : 2 dan 9
Farihan Yahya : 
Betul ka kira tu..??
Maksudnya 2 (Air) dan 9 (Kayu)
Siapa AIR siapa KAYU nie..??
Razila Zakaria : Saya 2 suami 9😊
Farihan Yahya :
Unsur AIR akan menyokong (produce) KAYU...HOW & WHY..??
AIR menyediakan Nourishment kepada pokok @ KAYU untuk tumbuh Subur.
Puan kena banyak bersabar dengan suami, bercakap lemah lembut, talkative dan feminin
Banyakkan memberi kata-kata semangat, menyokong kerjaya dan lapangan yang diceburi oleh suami.
Suami KAYU, hati kecil, dambakan belaian dan penghargaan, nakkan perhatian lebih
Kalau boleh suami balik penat-penat, pastikan air dan sedikit makanan sudah tersedia di atas meja untuk disantap.
KAYU ini ego tinggi sikit, kalau si suami tu membebel, usah berdebat mulut, diamkan diri dulu, cari masa sesuai bila suami tenang, bawakan berbincang ya.
Selamat Menjalani kehidupan alam rumahtangga yang bahagia.
Razila Zakaria :
Talkative ni maksudnye kene banyak bercakap bersembang dengan dia ka sifu? 😂
Macam mana pulak sebaliknya? Maksudnye boleh ke KAYU menyokong AIR?
Terima kasih sifu atas penerangannya. 😊
Farihan Yahya :
Suami 3 (API), puan 7 (AIR)
AIR mengawal API..Bagaimana..??
API ini represent aggresif dan hot-temper
AIR pula represent hati lembut, talkative dan feminine
Untuk mengawal (destruction) Api, kita simbah air ke dalam Api untuk memadamkannya
Ini bermaksud ketika Suami tengah panas tu, banyakkan sejukkan hati suami, tenangkan dia. Jangan pi berlawan mulut dan cuba nak menegakkan benang yang basah pula.
Razila Zakaria : Baik sifu. Faham.
-------------------------------------------------------------------------------
Mulida Aini KD SM : Saya 4 dan suami 9
Farihan Yahya :
Dua dua Kayu.. Puan Aini 4 (KAYU kecil), suami pula 9 (KAYU balak)
Kena banyakkan bertolak ansur dan give and take
Sama-sama luahkan hati dan perasaan, apa yang mahu dan tak mahu
Don't expect suami tahu apa yang kita nak
Lebihkan komunikasi dalam keluarga untuk mengelakkan bermasam muka sebab dua-dua hati kecil dan mudah tersentuh.
Apa pun ingat, SEHEBAT MANA WANITA SEKALIPUN TETAP TIDAK BOLEH MENJADI IMAM DALAM SOLAT
Faham
Mulida Aini KD SM :
Faham sifu.. In Sha Allah akan cuba yang terbaik,
Terima kasih sifu.
-----------------------------------------------------------------------------
Kay Hj Bahari : Saya 9, Husband 7
Farihan Yahya :
Puan pattern KAYU (9), dan Suami AIR (7)
Puan yang kena turunkan ego sikit, jangan mudah merajuk sangat, be positive always,
sebab suami puan baik hati sebab berunsur Air..Di sini suami yang menyokong puan.
------------------------------------------------------------------------------
Selepas Isyak malam ini sifu kupas detail The Supporting Cycle (Menyokong) dan The Destruction Cycle (Mengawal), jumpa malam nie ya jam 9 malam, In Sya Allah.

Boleh kita sambung yang petang tadi ka?

5 ELEMENT (MENYOKONG & MENGAWAL)
Kod Asas 1 & 6 - Besi (Metal)
Kod Asas 2 & 7 - Air (Water)
Kod Asas 3 & 8 - Api (Fire)
Kod Asas 4 & 9 - Kayu (Wood)
Kod Asas 5 & 0 - Tanah (Earth)

THE PRODUCTION CYCLE (The Supporting Cycle)

KAYU menyokong (produce) API. Bagaimana & Kenapa..??
Bila KAYU dibakar, kita akan dapat API

API menyokong (produce) TANAH. Bagaimana & Kenapa..??
Bila API yang sudah terbakar akan menjadi abu dan akan sebati menjadi sebahagian daripada TANAH..

TANAH menyokong (produce) BESI..Bagaimana & Kenapa..??
TANAH akan menghasilkan bijih BESI.

BESI menyokong (produce) AIR...Bagaimana & Kenapa..??
BESI akan menyokong AIR untuk berlaku kondensasi.

AIR menyokong (produce) KAYU...Bagaimana & Kenapa..??
AIR akan memberi kesuburan untuk KAYU terus hidup.
-----------------------------------------------------------------------
Noor Ayuni : Kalau besi dengan tanah macam mana pulak sifu?
Farihan Yahya : TANAH menyokong BESI
--------------------------------------------------------------------
Rahmah Yasnain : Saya kayu (9) suami air (2)
Farihan Yahya :
AIR menyokong KAYU
Rahmah Yasnain : Maknanya saya..
Suami menyokong isteri.. betul ke mcm tue sifu 😅😅
Farihan Yahya :
Puan pattern KAYU (9), dan Suami AIR (7)
Puan yang kena turunkan ego sikit, jangan mudah merajuk sangat, be positive always,
sebab suami puan baik hati sebab berunsur Air..Di sini suami yang menyokong puan....
---------------------------------------------------------------
Ramlah Azmee : Akak 9 suami 8
Farihan Yahya : KAYU menyokong API
----------------------------------------------------
Juli Abd : Tanah dengan Air camna sifu
Farihan Yahya :
TANAH mengawal AIR...Bagaimana & Kenapa..??
Bila banjir berlaku, kita memerlukan beg pasir untuk membina tembok penghadang banjir
---------------------------------------------------
Nadzirah : Saya besi dan air
Farihan Yahya : BESI menyokong AIR
------------------------------------------------------
Hazimah_Abidin : Kayu dengan kayu sifu😅
Farihan Yahya :
Dua dua Kayu..
Kena banyakkan bertolak ansur dan give and take
Sama-sama luahkan hati dan perasaan, apa yang mahu dan tak mahu
Don't expect suami tahu apa yang kita nak
Lebihkan komunikasi dalam keluarga untuk mengelakkan bermasam muka, sebab dua-dua hati kecil dan mudah tersentuh.
Apa pun ingat, SEHEBAT MANA WANITA SEKALIPUN TETAP TIDAK BOLEH MENJADI IMAM DALAM SOLAT. Faham
--------------------------------------------------------------
Lydiana Nadia : Saya air suami kayu
Farihan Yahya : AIR menyokong KAYU

Khairiah : Saya dengan suami sama sama AIR.
Farihan Yahya : Dua-dua tenang jer

NorAzila6633 : Suami Besi Saya Kayu
Farihan Yahya :
BESI mengawal KAYU..kenapa..??
Pisau BESI boleh memotong dan membentuk KAYU
Kena banyak puji2 lah suami tu, dapat emas 500g

Fiza nur azia : Saya api dengan air😂
Farihan Yahya :
AIR mengawal API..kenapa..?
Kalau nak mengawal API yang sedang marak, kena simbah AIR lah nak bagi padam.
Fiza nur azia :
Ok sifu, alhamdulilah..saya agak baran sikit..tapi suami banyak bagi nasihat sebelum saya bertindak ikut kepala sendiri😅
Farihan Yahya :
FIZA NUR AZIA = 6981 539 1891
Memang kamu API, suami kamu AIR
Fiza nur azia :
Betul sifu..tengah belajar kawal diri 😔 kadang2 terlepas gak "api" nye.
Anak2 saya besi, suami air, saya api.. anak lebih rapat dengan suami berbanding saya..mungkin sebab saya kawal diorang (api kawal besi)😔
-----------------------------------------------------------------------
Baik, kita lihat THE CONTROLLING CYCLE pula..

AIR mengawal API..Kenapa..??
Untuk memadamkan API, kita memerlukan AIR

API mengawal BESI...Kenapa..??
BESI akan menjadi lebur dalam kepanasan API yang tinggi.

BESI mengawal KAYU...Kenapa..??
Pisau BESI mampu untuk memotong dan membentuk KAYU

KAYU mengawal TANAH...Kenapa..??
Akar KAYU akan mencengkam kukuh di atas TANAH.

TANAH mengawal AIR..Kenapa..??
Dalam banjir, kita memerlukan beg-beg TANAH untuk membuat tembok penghalang banjir.

------------------------------------------------
Zahrah ZaraRatuDetox769 : Saya air (7), Suami api (8)
Saya kawal suami. Betul kan Sifu?
Farihan Yahya :
Ya, jangan jadi Queen Control pula.
-------------------------------------------------------
Kena belajar kenallah pasangan masing2, baru rumahtangga bahagia..duk bergolak bagai, AR-RAHIM (kasih sayang) takder, mana mungkin nak datang AR-RAHMAN (pemurah) Allah itu ke dalam rumahtangga kita.

Faham..ini basic, yang mana dah masuk Program MSP 2 hari 1 malam, lebih mendalam melalui RAJAH INSAN.

0 comments: