Metafizik
Belajar dari kisah Cinderella
Baiklah, malam ni sifu nak kupas tentang cerita "CINDERELLA", nak dengar tak..??
Berapa ramai pernah menontoh cerita dongeng "CINDERELLA"..??
Kalau yang dah tengok, apakah pengajaran kisah "CINDERELLA" itu..?? Cuba
Petang tadi, sifu tak tahu nak buat apa, layan Movie ini, tapi apa yang sifu nak kupas apa yang "tersirat" di sebaliknya.
Siapa yang dah pernah tengok movie "Cinderella" itu..??
Boleh share apakah pengajaran daripada movie itu
Tak berapa ingat cerita tu... Tapi yang saya ingat pengajaran dari cerita tu...antaranya berkat ketabahan Cinderella akhirnya membawa kebahagiaan... Kalau kita tabah & sabar dengan ujian Allah, In Shaa Allah Allah akan berikan nikmat yang lebih besar..
Benar itu lagi, siapa nak share?
Hidup tak akan selalu susah..pasti ada kesenangannya nanti. Redha dan bersabar kuncinya.
Cinderella nak pi Majlis tari menari, tapi diberi tugas yang agak mustahil..Disebabkan jiwa dia nak pi jugak..Die gigih buat task yang diberi, tapi dengan pertolongn kawan2.. Sebab dia baik dengan semua orang, termasuk binatang..
Baiklah, bila kita ditanya tentang pengajaran daripada kisah Cinderella, ramai antara kita akan menjawab begini,"Pengajaran terbesar adalah menepati masa dan rezeki tidak dapat diduga.", dan "Kalau sudah jodoh, tidak ke mana,"...betul betul..??
Jika kehidupan kita ini benar-benar unik, maka tentunya setiap yang sampai di telinga kita ada pengajaran besar untuk kita ambil iktibar dalam meniti hidup. Walaupun apa yang sampai itu sekadar kisah dongeng, tentu ada..!!
Teman-teman semua, dalam kisah Cinderella, pari-pari mengingatkan Cinderella bahawa dia akan bertukar menjadi comot semula selepas jam 12 tengah malam. Namun Cinderella yang ketika itu telah bertukar menjadi seorang gadis jelita, lupa akan kata-kata pari-pari itu. Dia leka menari bersama putera raja sehinggalah dikejutkan oleh bunyi loceng jam. Lalu dia berkejaran melarikan diri kerana dirinya akan bertukar comot semula. Akibat daripada kekalutan itu, kasutnya tertanggal, dan disebabkan kasut itu, dirinya dapat dicari semula oleh putera raja itu...betul kan..??
Bukankah itu perlambangan kehidupan dunia? Tuhan mengirim kita ke dunia dan mengingatkan kita bahawa dunia ini adalah sementara. Carilah bekal yang berguna, gunakan kesempatan selagi ada. Bekal itu semuanya sudah ada dalam SOP Buku 555, tinggal nak buat atau tak sahaja. Usah leka ditipu keindahan dunia yang sementara ini kerana apabila "Loceng Ajal" sudah berbunyi, kita tidak lagi sempat untuk berbuat apa apa. Fastabaqul Khairat.
Rasulullah SAW juga bersabda, dalam Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi
"Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama, masa sihat sebelum sakit. Kedua, masa kaya sebelum datangnya miskin. Ketiga, masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat, masa muda sebelum datang masa tua. Kelima, masa hidup sebelum tiba masa mati."
Pernah dengar kan sabda Rasulullah itu sebelum ini..
Rasulullah SAW berpesan kepada kita agar merebut peluang selagi ada. Hidup ini bergerak dan tidak pernah menunggu kita. "Cinderella" yang baik adalah "Cinderella" yang merancang perkara yang perlu dilakukan pada kesempatan sementara. Daripada dia leka menari sehingga jam 12 tengah malam, adalah lebih baik dia menggunakan kesempatan itu bagi mencaritakan kepada putera raja siapa dirinya yang sebenar.
Begitu jugalah dengan kita. Daripada leka dihanyutkan penipuan dunia ini, lebih baik kita menggunakan kesempatan masa yang ada dan sementara ini untuk mencari keredhaan di sisi-Nya. Dalam cerita dongeng, Cinderella meninggalkan kasutnya di istana. Di alam realiti kehidupan kita, segala-galanya kita tinggalkan di dunia walau stokin buruk pun tak boleh dibawa. Kita pulang kepadaNya sehelai sepinggang seperti mana kita datang. Buatlah pilihan anda, iaitu sama ada mahu menjadi "Cinderella" yang bijak merancang, ataupun "Cinderella" yang berkejaran tidak cukup tanah sana dan sini apabila "masa itu" datang.
Jika ditanya cara menyimpulkan seluruh kehidupan di dunia ini, iaitu tawa ria, suka duka, kerjaya, keluarga dan segalanya dalam satu perkataan, maka jawapannya adalah SEMENTARA. Jika kita didendang kebahagiaan, buatlah persediaan untuk menghadapi saat duka.
Apabila kita berduka, yakinlah kelak kita tetap akan dapat keluar daripadanya. Jika insan mengerti hakikat fananya dunia ini, nescaya apa jua pun yang menimpa akan membuatkan dia senyum dan melangkah lagi.
Belajar sesuatu dari kisah Cinderalla ini, apa pilihan kalian semua..??
0 comments:
Post a Comment