Metafizik

Bagaimana nak menghilangkan was-was

2:41 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


BAGAIMANA NAK MENGHILANGKAN WAS-WAS

Untuk menghilangkan was-was ini kita perlu tahu puncanya. Was-Was itulah mengikut kehendak syaitan. Surah An-Nas ayat 4 ada bercerita tentang perkara ini. Puncanya adalah ketika kita melakukan sesuatu perkara,

1. Kita tidak sedar sedang melakukan (berada dalam minda bawah sedar)
2. Kita ingin ia benar-benar sempurna di atas kemampuan kita.
3. Kita kurang yakin dengan Allah.

Untuk menghilangkan was-was, selain daripada selalu membaca surah An-Nas, kita harus melatih diri sentiasa berkomunikasi dengan Allah.
Harus cakapkan pada Allah dalam penuh kesedaran apa yang kita sedang lakukan.
Dalam keadaan sedar, kita pasti ingat setiap apa yang kita lakukan.
Sebagai contoh, jika kita selalu was-was samada rumah atau kereta sudah dikunci atau belum?
Ketika mengunci rumah atau kereta, pastikan dilakukan dalam sedar dan katakan pada Allah,
"Ya Allah aku sedang kunci rumah aku ni ya Allah. Aku sedang kunci kereta aku ni ya Allah. Aku tekan kunci ni ya Allah. Mohon ya Allah agar rumah dan kereta aku ini diberikan kebaikan di sisiMu ya Allah".

Jika was-was dengan wudhuk, katakan pada Allah,
"Ya Allah sedang basuh muka ni ya Allah. Sedang ratakan air seluruh muka aku ni ya Allah. Mohon ya Allah agar muka ini tidak dibakar dengan api neraka ya Allah." Lakukan untuk semua anggota wudhuk.

Begitu juga di dalam solat.
Namun katakan pada Allah dalam hati. "Ya Allah mohon untuk takbir ya Allah." Lalu bertakbirlah. "Ya Allah mohon untuk rukuk ya Allah." lalu rukuklah.

Berlatihlah untuk yakin pada Allah ketika kita memohon pada Allah, Allah yang memberikan kita ilham ini akan membuatkan kita akan laksanakan dengan sempurna yang kita mampu. Pasti.

Berlatihlah menggunakan Lintasan Pertama (Lintasan Khir), kerana Lintasan ke-2 (Was-Was) itulah bisikan Syaitan yang nak menidakkan ilham Allah.
Dengan latihan ini, In Sha Allah was-was ini akan hilang dan terus hilang sepenuhnya.
Selalulah mohon pada Allah tunjukkan cara bagaimana was- was ini boleh dibuangkan.
In Sha Allah akan ditunjukkan oleh Allah sesuai dengan diri kita masing-masing.

0 comments: