Metafizik

Apa itu kehidupan dunia?

8:22 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


APA ITU KEHIDUPAN DUNIA

Kehidupan DUNIA itu adalah satu kehidupan yang rendah. Maka bilamana kita sebut kehidupan dunia yang rendah, maka kita pasti tahu akan ada yang berlawanan dengannya. Allah SWT mencipta sesuatu itu berpasang-pasangan, iaitu kehidupan yang tinggi iaitu AKHIRAT.

Akan tetapi dunia ini bukanlah sebenarnya membawa maksud yang buruk, tapi bila kita sebut sebagai kehidupan dunia, kita jangan anggap ianya kehidupan yang dicela, kerana dunia ini adalah ladang untuk kita mendapatkan hasil di akhirat kelak.

Persoalannya bagaimanakah kita mahu ke syurga..??
Bukankah dengan memperbanyakkan amalan di dunia..??

Oleh itu, hakikatnya dunia juga termasuk dalam urusan Agama bagi mereka yang memanfaatkannya sebaiknya dan bukannya akhirat kerana akhirat adalah hari pembalasannya.
Oleh itu kita pernah katakan sebelum ini, dunia itu penting, maka jangan lupakannya.

Kerana..??
Dunia ini adalah persediaan kita untuk menghadapi hari akhirat.
DUNIA itu jangan kita lupakannya, tapi akan menjadi HINA andai kita menjadikannya TUJUAN UTAMA.
Kerana dengan menjadikan dunia itu sebagai tujuan utama, ia akan membuatkan kita lupa akan tujuan kita yang sebenar..

Mudah contohnya,
Kita masuk sekolah tadika, kemudian ke sekolah rendah, sekolah percubaan, sekolah menengah, kemudian masuk ke universiti, kemudian bekerja, berkahwin, dapat anak. Kemudian apa pula..????

KEMUDIAN KITA MATI

Jadi kita tidak boleh menjadikan dunia ini tujuan utama hidup.
Selama mana kita sebut "KEMUDIAN", maka ia tidak ada penghujungnya.
Kemudian berlaku hari kiamat, maka kita akan ditentukan sama ada ke syurga atau neraka.
Kemudian mati hidup kembali..

TUJUAN SEBENAR ADALAH TIADA LAGI TUJUAN SEBENARNYA

Jika sesuatu yang berlaku selepas sesuatu itu, kita sebut sebagai peringkat atau marhalah.
TUJUAN SEBENAR KITA BERKUMPUL DI TRIBE INI ADALAH UNTUK KENAL DIRI, KENAL ALLAH...
Andai ada lagi tujuan selain ini, itu adalah pilihan masing-masing.

Assalamualaikum dan selamat pagi Ahad semua..
Sifu doakan semoga yang berada di sini sihat, dipermudahkan segala urusan oleh Allah hari ini ya, mudah-mudah dan sehabis mudah.

0 comments: