Metafizik

Model TFAR : Memahami Self Centred vs God Centred

3:02 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Bismillahirrahmanirrahim...
Sahaja sifu Berkongsi Ilmu hari ini kerana Allah Taala

Bila T (Thinking) kita masih berada di Self - Centred dan Bukannya God -Centred, maka F (Feeling) kita akan menentukan A (Action atau Tindakan) & R (Result kita)..

T & F kena align bagi SELARI

Faham ka tak SELF CENTRED vs GOD CENTRED..???

SELF-CENTRED ini maknanya bila kita fokus dan letakkan segala-galanya pada diri sendiri yang lemah, tiada daya tiada kuasa. Nak kelip mata sendiri pun tak mampu. Semuanya atas kehendak dan izin Allah SWT. Sifu selalu gunakan ayat BERGANTUNG PADA YANG MATI...kalau ikut ilmu sifat 20, bergantung pada Sifat Maa'ni (jasad/luaran) seperti kudrat, iradat, sama', basar, ilmu, kalam, hayat..

Dari segi business pula, kita duk pulun tak cukup tanah siang malam soal rezeki, jam 11 malam pakai tie duk buat closing dan sebagainya. Sedangkan soal rezeki ini kerja HAMBA ka atau kerja TUHAN..??

Kerja Tuhan 😊

Kerja HAMBA pula apa dia.???
Kat mana nak rujuknya tugas seorang HAMBA ini.???

SOP buku 555 itulah kerja sebagai seorang HAMBA ALLAH...Tahajjud, dhuha, zakat, sedekah dan sebagainya...90% faktor kejayaan adalah dari dalam @ rohani..10% sahaja dari faktor luaran ilmu ilmu dunia seperti teknikal, fundamental, MSP dan sebagainya.

Kita duk pulun cari barang yang bukan milik kita, memanglah penat lelah yang dapat, duk terselit bawah ketiak kita pun kita tak jumpa kalau tanpa izin dan kehendak Allah..

Kan best, jemput jer rezeki itu datang melutut ke kaki kita. IMQ FAST itulah kaedahnya..

ÙˆَٱللَّÙ‡ُ ÙŠَعۡÙ„َÙ…ُ Ù…َا تُسِرُّونَ ÙˆَÙ…َا تُعۡÙ„ِÙ†ُونَ
Dan Allah mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu zahirkan.

GOD-CENTRED ini maknanya bila kita fokus dan letakkan segala-galanya pada Allah SWT Chief of Universe, Maha segala galanya. Kita berusaha dan ikhtiar 10% sebagai ASBAB untuk Allah alirkan rezeki, selebihnya itu kita fokus pada membajai dunia dalaman atau Rohani kita dengan istiqamah SOP BUKU 555...CHANGE BELIEVE SYSTEM kita dan kebergantungan kita secara Total kepada Maha Pencipta. YAKIN dengan DIA, besar masalah kita, Allah itu Maha Besar. Maha menyelesaikan segala masalah..KEMBALILAH BERSUJUD KEPADA-NYA.

Inilah yang sifu selalu share di sini, STOP BERGANTUNG PADA BARANG YANG MATI, MULA BERGANTUNG PADA YANG HIDUP..kerana TIDAK ADA ROHANI mana mungkin berfungsi sifar maa'ni tadi seperti Kudrat, Iradat, Sama', basar, Ilmu, Kalam, Hayat.

Yang dikatakan HIDUP itu adalah Sifat Maa'nawiyah, iaitu QADIRUN, MURIDAN, SAMIUN, BASIRUN, ALIMUN, MUTAKALLIMUN DAN HAYYUN. Jasad kita ini daripada Tanah, sebab itu makan nasi untuk survival hidup, Roh kita berasal daripada langit, maka makanan rohani adalah amalan dalam SOP BUKU 555 itu. Pokok, kalau tak dibajai dengan benih, disirami air, mana kan hidup subur dia.

Dari segi business pula, Ilmu & usaha ikhtiar yes memang kita perlukan ada 10% di situ, another 90% adalah bajai dan hidupkan rohani itu...nak tengok DIRI kita pi tengok mayat yang terbujur kaku, JASMANI. Bila bercerai ROH dari JASAD. Ada mata tak boleh melihat, ada telinga tak boleh mendengar, ada kaki tangan tidak ada Kudrat dan sebagainya.

Bila kita pakai GOD-CENTRED dalam setiap sudut aspek kehidupan kita itu, maka UNLIMITED POWER is there. Sebab itulah mat salleh buat cerita Superman (Simbol S di dada), Jepun dengan Ultraman (Energy di dada), Ironman dengan sumber nuklear di dada dia...

Kenapa Superman, logo S itu tak letak di di lutut..??
Kenapa Jepun, sumber tenaga itu tak letak di dahi..??
Kenapa IronMan, sumber tenaga nuklear itu tak letak di kaki..??

Renung2kan, itu maknanya depa mengkaji cuma tak reti mengucap kalimah syahadah jer.
Kita sudah dibekalkan Al-quran, guideline Rukun Iman dan Islam, Rasulullah SAW sebagai role model as sunnatullah, masih terkial-kial untuk harungi kehidupan, GOD-CENTERED tidak dapat dimanfaat sebaik-baiknya

Jelas dan faham semua, SELF-CENTRED vs GOD CENTRED..??
Ada persoalan boleh tanya sifu sebelum kita pergi kepada F (Feeling) pula.
Dulu sebelum join tribe ini, guna SELF-CENTERED atau GOD-CENTRED, now macam mana..??

So, ianya bermula di T (Thinking), baru akan beri kesan kepada F (Feeling)
Kalau pilih GOD-CENTRED how do you feel..??
Sebelum ini kamu pilih SELF-CENTRED how do you feel..??

Bila kita letak self centered, depan kita akan besusah payah. Macam kita bersampan melawan arus..

Begitulah..Hidup ini tentang PENYERAHAN
SOLAT pun tentang PENYERAHAN
Nak SERAH APA, kepada siapa yang NAK DISERAHKAN
Ini sifu akan detailkan pada yang sudah attend Program sifu, berdepan dengan sifu sebab kalau sifu tabur kat sini, ramai masih tak faham. Kelak akan mendatangkan fitnah.

Bila pilih GOD-CENTRED ~ jiwa menjadi tenang.
Benar, JIWA TENANG..THINKING + FEELING kena ALLIGN biar selari.. ini akan memberi kesan kepada ACTION (A) kita..bagaimana dengan Tindakan kita setelah selarikan T + F?

Serah Semua Kepada Allah...
ALLAH DULU, ALLAH LAGI, ALLAH TERUS

Bila A (ACTION) refleks dari T + F tidak selari dan tidak positive dan JIWA HIDUP TIDAK BERTUHAN. 

Jadi bagaimana dengan R (Resultnya) selepas itu. Bila tindakan serah semua kepada Allah, bagaimana dengan R (Resultnya) pula?

Belajar sesuatu dari sharing sifu hari ini berkenaan Formula TFAR..?
Jom RECAP balik, cuba..

KZ @ Kuzie Yahaya :
Bismillahhirrahmannirrahim
Sahaja KZ berkongsi kerana Allah Taala.

Formula TFAR merujuk kepada Thought/Thinking (Fikiran) , Feeling (Perasaan/Emosi), Action (Tindakan) dan Result (Akibat/Kesan).

Fikiran dan Perasaan kita haruslah align iaitu selari yang mendorong kita untuk bertindak dan menghasilkan result.

T & F ini terbahagi kepada Self Centered dan God Centered.

Di bahagian Self Centered kita akan fokus pada diri sendiri keseluruhannya. Lebih kepada duniawi . Bergantung kepada yang MATI. Dan apabila kita letakkan fokus pada diri sendiri keseluruhannya, kita asyik mengejar segala hal dunia hingga ke tahap melakukan kerja Tuhan.

God-Centered pula bermaksud kita fokus dan letakkan segala galanya kepada Allah. Bukan bermaksud kita tak berusaha tetapi 10% dari diri dan 90% lagi kita letakkan pada Allah.

God-Centered  adalah kebergantungan sepenuhnya pada yang Maha Hidup. Letakkan diri dan dunia ke dalam genggamanNya sepenuhnya untuk Dia uruskan.

Di sinilah kita perlu berbalik kepada Dia. Awaluddin Makrifatullah. Awal mula beragama itu dengan mengenal Allah. Bermula dari istiqomah dengan SOP Buku 555. Untuk Rohani.

T + F yang bersifat God Centered akan reflek Action kita. Jiwa yang Hidup Bertuhan akan hasilkan T & F yang baik dan Result yang terhasil juga power.

Dunia ini umpama cermin . Bagaimana kita melihat dunia ini adalah gambaran daripada hati kita. Jika hati memilih MENYALAHKAN, maka kita akan melihat dunia penuh dengan penderitaan, kegelapan dan kekecewaan. Jika hati memilih untuk BERSYUKUR, maka dunianya akan bercahaya seperti sinar mentari, dipenuhi harapan dan Cinta. Diri yang sentiasa menerima Qada' dan Qadar Allah.

Hati yang Menyalahkan adalah contoh Self-Centered.
Hati yang Bersyukur adalah contoh God-Centered.

AYU :
TFAR segalanya kena berbalik pada Allah. Tiada yang lebih utama melainkan Allah.
Bila fikiran ikut god thinking, tindakan pun akan sentiasa bertuhan, perasaan pun akan lebih tenang dan hasilnya juga pasti yang terbaik.

Selalunya kita set kan minda untuk self thinking lebih dari god thinking, menjadikan kita sentiasa mencari.. Mencari. Mencari tanpa jumpa penyelesaian.

Kesimpulannya: usahakan untuk lengkapkan sop dulu, baru yang lain2 tu, akan datang dengan sendiri. Tarik rezeki, magnet rezeki tu semua Allah yang atur. Jangan buat kerja Tuhan.. Buatlah kerja untuk dekatkan diri dengan Tuhan.


0 comments: