Metafizik

Jaga hubungan atau "Connection" kita dengan DIA

8:27 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Inilah penyelesaian utama di dalam setiap masalah yang ada.

Analisis :
Sekarang kita tahu objektif kita. Untuk menyelesaikan masalah kita, kita perlu cintakan Allah SWT di mana menjaga hubungan atau "CONNECTION" kita dengan Allah SWT.

Jika kita ada masalah wang, yang perlu diselesaikan bukan masalah wang itu, tetapi masalah hubungan dengan Allah SWT.
Jika kita ada masalah dengan bisnes, yang perlu diselesaikan bukan masalah bisnes itu, tetapi masalah hubungan dengan Allah SWT.
Jika kita mempunyai masalah dengan suami/isteri, yang perlu kita selesaikan bukan masalah dengan suami/isteri tetapi selesaikan masalah hubungan kita dengan Allah SWT.

Kita sudah faham sekarang. Lalu persoalannya, bagaimana jalan penyelesaiannya?

Jalan Penyelesaian
Sifu suka memberi latihan berbanding motivasi. Ini kerana Motivasi ini hanya mampu bertahan paling lama pun 7 hari sahaja. So What's NEXT.??
Bezanya latihan dengan motivasi adalah latihan pasti ada cara-cara penyelesaiannya. Maka di sini seperti yang selalu saya tulis dan sarankan adalah komunikasi dengan Allah SWT.
Penegasan ini perlu diulang-ulang kerana komunikasi dengan Allah SWT mungkin dianggap sesuatu yang remeh dan tidak mampu menyelesaikan masalah.

Terima kasih Allah SWT kerana memberi peluang untuk sifu memberikan mini latihan SOP BUKU 555. Alhamdulillah mereka yang buat dapat menyelesaikan masalah dengan izin Allah SWT apabila mereka menjaga hubungan dengan Allah SWT. Mereka sentiasa ingat Allah SWT setiap saat dengan melakukan komunikasi dengan Allah SWT. Mereka yang buat memahami dan memiliki kesedaran akan hal Allah SWT dan mengenali diri sebagai hamba Allah SWT. Mereka memahami mengapa perlu berkomunikasi dari sudut spiritual dan juga sains.

Semoga penegasan kali ini mampu menyelesaikan seluruh masalah kehidupan kita.
Jagalah hubungan dengan Allah SWT. Komunikasilah kerana dengan berkomunikasi dengan Allah SWT mampu menjadikan kita sentiasa ingat Allah SWT dan In Sha Allah Allah SWT memberikan rasa cinta kepadaNya dalam jiwa kita.

Ketika jiwa sudah memiliki cinta kepada Allah SWT mengatasi cinta yang lain, teman-teman semua akan RASAkan satu persatu masalah teman-teman semua akan diselesaikan oleh Allah SWT.
Teman-teman akan berasa lapang dada, tenteram, bahagia, damai, aman, tenang dan seumpamanya walaupun ada masalah yang datang kerana keyakinan kita pada Allah SWT adalah 100% di dalam penyelesaian masalah kita.

Semoga cinta kepada Allah SWT SENTIASA mengatasi cinta kita pada yang lain. Amin ya Rab.
Ya Allah, berikanlah rasa cinta kepadaMu dalam jiwa kami semua di sini ya Allah mengatasi cinta kepada yang lain ya Allah. Terima kasih ya Allah, terima kasih.

0 comments: