Metafizik

Akan datang suatu zaman...

8:11 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Rasulullah saw bersabda :
"Akan datang suatu zaman atas manusia"

1. PERUT - PERUT mereka menjadi TUHAN-TUHAN mereka.

2. PEREMPUAN - PEREMPUAN mereka menjadi KIBLAT mereka.

3. DINAR - DINAR (DUIT) mereka menjadi AGAMA mereka.

4. KEHORMATAN mereka terletak pada KEKAYAAN mereka.

Waktu itu, tidak tersisa dari IMAN kecuali NAMANYA sahaja,
Tidak  tersisa dari ISLAM kecuali RITUAL-RITUAL sahaja,
Tidak tersisa AL-QURAN kecuali sebatas KAJIAN sahaja.
Masjid-masjid mereka MAKMUR tetapi HATI mereka KOSONG dari HIDAYAH (Petunjuk).
ULAMA-ULAMA mereka menjadi makhluk Allah yang PALING BURUK di permukaan bumi.

Kalau terjadi zaman seperti itu. Allah akan MENYIKSA mereka dan MENIMPAKAN kepada mereka EMPAT 'AZAB :

1. KEKEJAMAN PARA PENGUASA.
2. KEKERINGAN PADA MASA ITU.
3. KEZALIMAN PARA PEJABAT.
4. KETIDAK ADILAN PARA HAKIM.

Maka, para sahabat yang mendengar penjelasan Rasulullah saw pun merasa hairan.

Mereka bertanya :
"Wahai Rasul Allah.., APAKAH MEREKA INI MENYEMBAH BERHALA..?"
Rasulullah saw  menjawab : "YA..! BAGI MEREKA SETIAP DIRHAM (DUIT) MENJADI BERHALA (DISEMBAH)". (HR Bukhari & Muslim RA)
Syukur alhamdulillah, sharing yang baik dari Tuan Jiman kita
Inilah yang berlaku pada zaman sekarang
Yang dikatakan SEMBAH BERHALA itu bukannya PATUNG BERHALA
Tapi tanpa kita sedari, kita SEMBAH PATUNG BERHALA setiap hari tanpa sedari iaitu AKU
AKU HEBAT, AKU PANDAI, INI HAK AKU dan sebagainya.

Dunia hari ini...kalau ada duit baru nampak insan itu baik, beriman dan sebagainya
kalau tak berduit walaupun baik macam mana sekalipun...
walau solat subuh di masjid jadi Imam
Tetap tidak dibaik pada pandangan manusia
inilah yang berlaku pada zaman sekarang
BERTUHANKAN DUIT

Allah SWT berfirman:

يٰبَنِيْۤ اٰدَمَ لَا يَفْتِنَـنَّكُمُ الشَّيْطٰنُ كَمَاۤ اَخْرَجَ اَبَوَيْكُمْ مِّنَ الْجَـنَّةِ يَنْزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْءاٰتِهِمَا    ۗ  اِنَّهٗ يَرٰٮكُمْ هُوَ وَقَبِيْلُهٗ مِنْ حَيْثُ لَا تَرَوْنَهُمْ   ۗ  اِنَّا جَعَلْنَا الشَّيٰطِيْنَ اَوْلِيَآءَ لِلَّذِيْنَ لَا يُؤْمِنُوْنَ
"Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman."

(Al-A'raf 7: Ayat 27)

0 comments: