Metafizik

Terapi Ibadah ~ Tahajjud

1:25 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

TANYALAH USTAZ TV9 (Ustaz Muhammad Rozie Mohd Rejab)
*TERAPI IBADAH-TAHAJJUD*
••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Nabi kata hendaklah membiasakan diri bangun ditengah~tengah malam kerana perbuatan ini adalah perbuatan orang² soleh sebelum kamu.
Nabi juga bersabda ini juga cara mendekatkan diri dengan Allah dan menebuskan segala dosa, menyegarkan badan dan menyembuhkan penyakit.

APA BEZA TAHAJJUD DAN QIAMULAI?
Tahajjud dan qiamulai adalah, Sama...iaitu kita bangun sepertiga/seperenam malam.
Di dalamnya boleh buat solat sunat tahajjud, taubat, hajat, witir dan lain-lain.
Ia merupakan terapi...kerana bila kita bangun malam yang menyaksikan kita hanyalah Allah bukan manusia.
Allah bangunkan kita di tengah malam dengan lemah lembut untuk mengetuk pintu hati kita.

APAKAH SURAH YANG AFDAL DIBACA KETIKA SOLAT TAHAJJUD?
Nabi gemar baca 10 ayat terakhir surah Ali Imran...

APAKAH BOLEH KITA BUAT SOLAT TAHAJJUD SAHAJA UNTUK MENGHARAPKAN PENGAMPUNAN ALLAH?
BOLEH..
Solat tahajjud memang cara kita memohon pengampunan Allah.
Bukan hanya tahajjud sahaja mengampunkan dosa tapi berselawat juga akan mengampunkan dosa.
JANGAN TINGGAL SELAWAT SELEPAS SOLAT TAHAJJUD.
Solat sunat taubat juga akan mendapat pengampunan Allah.

BOLEHKAH SOLAT TAHAJJUD DILAKUKAN LEBIH?
YA...BOLEH...
Boleh buat 2 rakaat dan terlelap..bangun lagi buat lagi juga 2 rakaat...dibolehkan.

APAKAH WAKTU AFDAL SOLAT TAHAJJUD?
Allah kata wahai orang yang berselimut...bangunlah malam dan solatlah walaupun sedikit...
Tidur dulu dan bangun sepertiga malam.

BOLEHKAH SET JAM UTK BANGUN MALAM?
BOLEH...ini adalah ikthiar kita untuk kita beradab dengan Allah.
USAHA SET JAM INI JUGA ADALAH USAHA UTK MENDEKATKAN DIRI PADA ALLAH...

BOLEHKAH BUAT SOLAT TAHAJJUD 5 MINIT LAGI NAK MASUK SOLAT SUBUH?
BOLEH...Nak bersolat tahajjud lagi 5 minit nak  masuk solat subuh.

SAYA TAK BOLEH TIDUR MALAM, BOLEHKAH SAYA SOLAT TAHAJJUD?
Sunnah tidur dulu tapi jika tak boleh tidur...boleh sahaja solat tahajjud.
Jangan lupa selawat, zikir dan baca Al~Quran selepas solat tahajjud.

SOLAT TAHAJJUD ADA DOA² TERTENTU DAN BOLEHKAH BACA DOA² LAIN?
Dipersilakan baca doa² lain...
Allah kata mintalah padaKu...Allah akan perkenankan...
BACALAH DOA INI...YA ALLAH KURNIAKAN KEPADA KAMI KEBAIKAN DI DUNIA DAN KEBAIKAN DI AKHIRAT DAN JAUHKAN KAMI DARI SIKSAAN API NERAKA...

SAYA DAH NIAT NAK BANGUN SOLAT TAHAJJUD TAPI SAYA BUAT SOLAT WITIR DULU SELEPAS ISYAK, PERLUKAH SAYA ULANG SEMULA SOLAT WITIR KETIKA SAYA BANGUN SOLAT TAHAJJUD?
Bila dah terbangun terus buat solat tahajjud dan tidak perlu ulang solat witir.

MENGAPA KETIKA KITA MAHU MENDIRIKAN SOLAT MALAM, KITA MERASA TAKUT, APAKAH SEBABNYA?
Merasa takut itu ada dua ..Takut dengan makhluk (jangan takut dengan malaikat, malaikat tak akan menganggu kita) atau takut dengan Allah (takut² Allah terima atau tidak solat tahajjud)
Hilangkan ketakutan itu dengan ingat nama Allah.

BOLEHKAH BERSOLAT TAHAJJUD SECARA JEMAAH?
Solat tahajjud boleh dilakukan berjemaah.
Dan boleh juga buat sorang².
JANGAN KITA BERTENGKAR DENGAN SEBAB INI...(ini yang tak boleh)

#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru

0 comments: