Metafizik

Its Your Call, Its Your Choice

11:55 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Kenapa sifu sangat sangat beri penekanan terhadap SOP Buku 555..??

Keluar dari Zon selesa dengan ILMU...sifu tahu mungkin apa yang korang dapati di Akademi ini ada dibicarakan oleh ramai orang, motivator-motivator tersohor, sifu-sifu, mentor-mentee, masterjee dan sebagainya tapi berapa ramai yang BERI PENEKANAN UNTUK DAPATKAN PENGETAHUAN melalui praktikal atau latihan...sebab itu masih pening-pening lalat..AMALAN ROHANI perlu sebagai pasangan kepada ILMU JASMANI...bayangkan JASAD bergerak tanpa ROH, itu nak dipanggil apa..??

Sifu di sini, di tribe awam ini mahupun di IMQ ENTREPRENEUR ACADEMY bukan AJAR TAPI DIDIK
DIDIK memerlukan keSABARan dan ISTIQAMAH..itulah IBU SEGALA ILMU
AJAR sesekali tidak akan membentuk ROHANI
AJAR hanya membentuk AKAL
DIDIK yang HANYA membentuk ROHANI
BILA AJAR TANPA DIDIK maka anak didiknya akan menjadi KURANG AJAR DENGAN TUHAN
Ramai orang mengaji pelbagai kitab, tapi mengata guru dan orang lain sebagai contoh.

Kenapa ini semua berlaku..??
Sebab masih duduk di TAHAPAN ILMU, belum pergi ke TAHAPAN PENGETAHUAN,
Latihan, amalan SOP BUKU 555, itulah dalam proses menuju TAHAPAN PENGETAHUAN.
Bila duduk di TAHAPAN PENGETAHUAN ini mungkin makan tahun, barulah atas belas kasihan Allah SWT atas berkat kesabaran, ramainya hidup memakmurkan insan tadi, jatuh bangun, istiqamah barulah diberi KEFAHAMAN...

Ingat sharing sifu seblum ini dalam proses pembelajaran dari ILMU ke PENGETAHUAN

Dalam 100%, pecahan aliran ilmu itu begini :

30% pembelajaran dalam kelas sama ada online mahupun offline. IKAT ILMU DENGAN CATITAN.

60% kena PELIHARA ILMU DENGAN AMALAN,.praktis...buat-buat buat sampai jadi, bila dah ada PENGALAMAN & RASA..share dan bantu orang lain untuk DAPATKAN PENGETAHUAN..sebab itu sifu suruh share, sapa sambut, sapa buat dia dapatlah...dunia ini bukan utk kehidupan kita seorang. Allah beri ilmu, Allah beri kita rezeki dan sebagainya untuk kita TADBIR & URUS memakmurkan insan lain.

10% SECRET INGREDIENT, USP (Unique Selling Proposition), identiti diri hasil memakmurkan insan tadi dengan kesabaran, istiqamah, tidak ada istilah gagal dan give up, pengalaman jatuh bangun, kena hina, kena maki untung rugi, jiwa hancur lebur, luluh, MAKA ANUGERAH KEFAHAMAN dan you are the only one yang dapat itu.

Inilah beda ILMU — PENGETAHUAN — KEFAHAMAN..

Makam ilmu mana yang kalian nak duduk, ITS YOUR CALLS, ITS YOUR CHOICE.

0 comments: