Metafizik

Bertegas dengan diri sendiri

8:40 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Bismillah, assalamualaikum dan selamat pagi semua..apa khabar hari ini sihat ka..??
Sifu doakan semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua di sini hari ini ya, mudah-mudah dan sehabis mudah ya.

Lihat di sini ya, Allah SWT dah janji dalam Al-Quran.

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. 
(QS: Al Ankabut, 29:69)

Jelas di situ, HANYA YANG BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH KERANA MEMENUHI KEHENDAK AGAMA
YANG AKAN ALLAH PIMPIN MEREKA KE JALAN-JALAN KAMI (YANG MENJADIKAN MEREKA BERGEMBIRA SERTA BEROLEH KEREDHAAN) DAN SESUNGGUHNYA PERTOLONGAN & BANTUAN ALLAH SENANTIASA BERSERTA DENGAN ORANG YANG BERUSAHA UNTUK MEMBAIKI AMALANNYA..

Yang ACAH-ACAH, mulut lain, hati lain, tindakan lain ini tidak ada dalam KAMUS ALLAH SWT..
Berjuanglah, nak stress nape kalau lubang sana sini SOP BUKU 555 tu..?? pelan-pelanlah kayuh
Mana ada sempurna, kalau sempurna boleh dikatakan Malaikat dah kita ini..

Bak kata Sifu Siddiq semalam,
BERI RUANG UNTUK BAIKI DIRI DAN ISTIQAMAH SETIAP HARI
MEMAKSA DIRI UNTUK KESEMPURNAAN DAN TERBAIK, AWAK AKAN LETIH & TERKANDAS

Kenapa kita perlu bertegas dengan diri sendiri?

Ya manusia sentiasa lalai. Istiqamah perlukan kesabaran.

Emosi mesti dalam redha Allah. Jangan dibawa emosi lebih satu waktu solat. Sebab kita nak mengadap Allah. Mana mungkin cakap kita beriman sedangkan seharian banyak hal kita tak redha.

Hutang Allah bayar segera. Jika dulu tertinggal solat, termenung kira balik dan lunas qada solat segera. Zakat jika termiss bayar balik.

Selesai hutang diri dengan Allah baru masuk jalan sunat. Sunat membaiki yang mana kurang.

Kita perlu tandatangan secara jujur untuk baiki diri dahulu, kemudian hal dunia datang kejar kita. Jiwa kaya dunia menjadi kecil.

Bagus tertekan itu, sebab dengan TERTEKAN supaya kita menyelongkar kekurangan diri. Sehinggalah kita tersepit dan seluruh jiwa kita mencari Allah semula. Itu yang sebenarnya, syukur alhamdulillah, rezeki dah tu.
Lagi best, bila kita sibuk perbaiki diri, takder ruang untuk kita buat dosa dengan mencari kelemahan orang lain.

Kenapa FOKUS mudah hilang..??
FOKUS hilang sebab diri itu masih belum bersedia untuk menjadi insan baru.
Selesa dengan karakter dan perangai lama.
Mulut kata nak cari Akhirat, Hati masih ada dunia, kejar pujian, kejar pangkat dan sebagainya.
Takpelah, terkandas dan terkucil itu biasa, mula buat semula sampai jadi amalan.
Jangan STOP selama 7 hari berturut-turut, maka SYAHID AWAL teruslah jawabnya.
Kemudian bila timbul keinsafan dalam diri, barulah datangnya IKHLAS
Semua orang ada masalah nak fokus termasuklah sifu sendiri pun kadang-kadang tu
Nak Layan atau bertegas, buat dan tandatangan sebelum tidur..JOBS DONE.


0 comments: