Metafizik
Hidup perlu ikut sunnatullah
HIDUP PERLU IKUT SUNNAHTULLAH
Persoalan masa lampau ketika bertemu guru.
Soalan: "Guru, mengapa orang bukan Islam ramai yang berjaya sedangkan mereka tidak percaya pada Allah?
Guru: "Ye Mereka memang tidak percaya dan beriman pada Allah. Tetapi mereka MENGIKUT Sunnatullah.
Allah Maha Pemurah, Pengasih dan Penyayang. Hukum tetap hukum jika tidak beriman. Namun kasih sayang Allah tetap ada pada semua makhlukNya. Allah pandu kita dalam hidup ini dengan sunnatullah.
Nak pandai, rajin cari ilmu dan belajar. Amalkan untuk lebih faham dan lalui pengalaman.
Nak berjaya, rajin berusaha.
Nak bodoh, rehat tak perlu buat apa-apa.
Nak miskin, duduk lepak tak perlu buat kerja.
Iman dan tidak beriman ada bezanya.
Orang tidak beriman pasti akan marah-marah dan tidak sabar bila ikut sunnatullah tapi hasilnya tidak sama seperti yang diharapkan.
Orang beriman sedar sebagai wakil Allah, kita perlukan lakukan kerja kebaikan dulu.
Sebab itu orang beriman pasti akan MENJALANKAN syariat disamping sedar hakikat.
Baru dapat rasai pengalaman iaitu bermakrifat.
Kemudian redha semua yang dilakukan dan ketentuan atas apa yang dilakukan.
Sedar semuanya adalah ATAS IZIN ALLAH walaupun ikut sunnatullah."
Sebab kita perlu ikut sunnatullah, mari buat kerja.
Sifu Farihan Yahya
17 April 2017
Temerloh, Pahang
0 comments:
Post a Comment