Metafizik
Maksud di sebalik huruf hijaiyah
اَلَمْ يَرَوْا كَمْ اَهْلَـكْنَا مِنْ قَبْلِهِمْ مِّنْ قَرْنٍ مَّكَّنّٰهُمْ فِى الْاَرْضِ مَا لَمْ نُمَكِّنْ لَّـكُمْ وَاَرْسَلْنَا السَّمَآءَ عَلَيْهِمْ مِّدْرَارًا ۖ وَّجَعَلْنَا الْاَنْهٰرَ تَجْرِيْ مِنْ تَحْتِهِمْ فَاَهْلَكْنٰهُمْ بِذُنُوْبِهِمْ وَاَنْشَأْنَا مِنْۢ بَعْدِهِمْ قَرْنًا اٰخَرِيْنَ
"Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu, dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka mereka, dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain?"
(QS. Al-An'am: Ayat 6)
Alhamdulillah, Tahniah sahabat kita nie refer waktu 6.06 pagi, rujuk Surah 6 ayat 6
Perkataan ALLAH dalam HURUF HIJAIYAH Arab adalah
ALIF - nilainya 1
LAM - nilainya 30
LAM - nilainya 30
HA - nilainya 5
Jadi = 1 + 30 + 30 + 5 = 66, rujuk Surah 6 ayat 6 mari kita sama sama ambil pengajarannya.
"Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu, dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka mereka, dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain?"
Ibrah & Pengajarannya :-
1. Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka. (ini Allah menegur kita kerana kita tidak mengambil pengajaran daripada kisah-kisah dalam Al quran umat-umat terdahulu seperti Firaun, Namrud dan sebagainya yang telah Allah binasakan)
2. Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan & kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu (ini Allah menegur kita bahawa Allah teguhkan kaum sebelum kita dengan pelbagai kekuasaan dan kemewahan, maka di sini tidak ada masalah walaupun kita tidak dapat sekarang, tidak mustahil kalau Allah nak berikan)
3. Kami turunkan air hujan ke atas mereka dengan lebatnya (ini merujuk kepada Allah turunkan rezeki yang melimpah ruah)
4. Dan kami jadikan sungai-sungai yang mengalir (ini merujuk kepada Allah jadikan jalan-jalan atau pelbagai sumber rezeki)
5. Kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka, dan kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain (ini merujuk kepada di atas kekhilafan kita kerana tidak mengambil pedoman dan pengajaran daripada kisah-kisah dalam Al-quran, maka Allah akan binasakan dan gantikan dengan kaum yg baru)
Dalam cerita orang, ada cerita kita
Dalam cerita kita, ada cerita orang lain
Dalam cerita dalam Al-quran, ada cerita kita
Dalam cerita kita, ada cerita dalam Al-quran
Jadi bila kita ucap ALLAH, maka kita akan ingat apa mesej yang Allah sampaikan ini, jadi senantiasa kita berada dalam muhasabah diri.
Al-quran itu adalah panduan, manuskrip, SOP kehidupan sepanjang zaman
Firaun, Namrud, Azazil, Balkis semua sifat-sifat dan cerita itu ambil letak pada diri, muhasabah maka akan kita ketemui jawapannya.
WAFIAMFUSIKUM AFALA TUBSHIRUN (Dan Pada Diri kamu sendiri kenapa kamu tidak melihat dan memikirkannya - Surah 51 ayat 21)
Bagaimana cara kiraan perkataan ALLAH tu, samalah bagaimana cara kupasan perkataan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
Anda biasa makan di kedai mamak?
Tentu majoriti dari kita biasa mengunjungi kedai mamak untuk makan dan minum sambil berjumpa dengan kawan-kawan. Kalau anda perasan atau tidak, disesetengah premis kedai mamak ini terutama pada papan tanda kedai mereka, menggunakan simbol bulan sabit beserta nombor 786.
Kenapa nombor 786? Sebenarnya, jika menurut hisab jamal dan huruf-huruf Abjadiyah Bismillahirrahmanirrahim itu, bernilai 786. (Rujuk gambar di atas)
Mengapa mereka meletakkan simbol 786 ini pada papan tanda kedai?
Semua ini boleh difahami dengan memahami ilmu falak.
Menggunakan kaedah yang sama, sifu akan tukarkan nama anda ke dalam bentuk hisab jamal dan kemudiannya, sifu akan dapatkan pula set-set asma ul husna yang berkaitan dengan diri anda. (ini kemudianlah)
Ini sudah terbukti bahawa di sebalik nama anda terdapat rahsia yang terpendam yang perlu dicungkil dan diketengahkan kerana di dalamnya terdapat bakat dan potensi diri yang telah Allah STW berikan kepada anda untuk mengharungi kehidupan di atas muka bumi ini. Kita sebagai Khalifah Allah di atas muka bumi ini memegang amanah yang besar untuk membantu sesama manusia kerana selain kita mempunyai hubungan dengan Allah SWT iaitu Hablulminallah kita juga diwajibkan untuk mempunyai hubungan yang baik sesama manusia melalui Hablulminannas.
Surah Al-Anfal 8:17
Sifu membaca surah (QS: Al-Anfal 8:17) ketika nak mencari maklumat atau informasi.
Sifu juga membaca surah tersebut ketika sifu tidak memahami sesuatu perkara tidak kira dalam apa jua bidang pengajian.
Juga sifu amalkan ketika mencari barang yang hilang. Alhamdulillah, Allah SWT sentiasa memudahkan segala urusan untuk memahami dan menerima apa jua maklumat dan perkara yang sifu inginkan.
Ayat ini benar-benar menyedarkan sifu bahawa tidak ada usaha sedikit pun sebenarnya tetapi kita hanya mengikut gerakan Allah SWT sahaja. Gerakan dan aturan Allah SWT inilah yang membuatkan ramai yang tersilap, terlepas pandang dengan menyangkakan kita berusaha sendiri.
Lalu kita menjadi manusia yang ego, besarnya berhala dunia dalam diri kerana kita memikirkan semua kejayaan yang telah dan akan kita kecapi adalah hasil dari usaha kita. Semua rezeki yang kita perolehi disangkakan bahawa hasil daripada penat lelah kita. Semua pencapaian kita difikirkan adalah kerana kepandaian dan kehebatan kita.
Termasuk hal-hal seharian kita yang lain iaitu ketika kita mencari maklumat atau melakukan apa jua kerja, kita menyangkakan bahawa maklumat yang bakal kita temui adalah hasil bijak pandai kita mencari. Kerja yang kita lakukan datang dari daya usaha kita sendiri. Ilmu yang kita miliki adalah kerana usaha kita mencari.
Kesedaran kita terhenti di situ. Kita tidak pernah mengangkat kesedaran kita ke tahap yang tertinggi di mana semua ini adalah gerakan dan kehendak Allah SWT. Kita hanya mampu memohon dan yang seterusnya adalah terpulang kepada Allah SWT. Kita hanya memiliki daya yang hanya sedikit yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita.
“Maka bukanlah kamu Yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah Yang menyebabkan pembunuhan mereka. Dan bukanlah Engkau (Wahai Muhammad) Yang melempar ketika Engkau melempar, akan tetapi Allah jualah Yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir), dan untuk mengurniakan orang-orang Yang beriman. Dengan pengurniaan Yang baik (kemenangan) daripadanya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.”(QS: Al-Anfal 8:17)
0 comments:
Post a Comment