Metafizik

Tanya pada diri...

8:44 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Surah 51 ayat 49, Allah berfirman jelas Tujuan Asal KENAL DIRI
"Aku ciptakan sesuatu itu berpasang-pasangan tiada lain tiada bukan adalah untuk MENTAUHIDKAN & DAN ESAKAN ALLAH"

Allah datangkan rezeki itu dgn sampul kesusahan dan kepayahan... jika kita terima sampul itu dengan redha maka kita pasti terima isinya yang sangat berharga...

Siang tadi, belajar sesuatu ka atau, cer sahaja?

KZ @ Kuzie Yahaya :
Waalaikumussalam sifu.
Alhamdulillah belajar sesuatu sifu.

Farihan Yahya :
Apa yang KZ belajar, boleh share?

KZ @ Kuzie Yahaya :
Bismillahirrahmannirrahim
Sahaja KZ berkongsi kerana Allah Taala

Kita selalu merasakan Tuhan itu  tidak ada saat kita susah tetapi sebenarnya kita yang penuh dengan keAkuan dalam diri tidak pernah benar-benar mencuba untuk mencari Tuhan.

Setiap apa saja yang berlaku tiada yang kebetulan. Allah dah susun jalan cerita kita. Semua dalam Qada dan QadarNya.

Contoh macam Kak Azila hari ini. Lama dia mencuba untuk sifu kupas pola diri tapi sifu tak kupas pun. Ini jalan cerita yang Allah dah bagi. Sebabnya DIA nak bagi lagi baik untuk Kak Azila. Nah hari ini berkat dari kesabaran, sifu buka details pola Kak Azila. Sejelas jelasnya.

We Live by Design. Jatuh bangun kita semua dah tertulis. Dah ada skrip pun. Dan di atas tiap-tiap aksara, percayalah pada Allah. Percaya pada Rukun Iman. Percaya pada Qada' dan Qadar. Setiap aksara dah tertulis dalam al Quran. Kita hanya melakonkan.

Buatlah kerana Allah. Lillahi Taala. Dengan penuh yakin. Penuh rasa. Penuh jiwa.

Dan permulaan perjalanan rasa, istiqomah dengan Buku 555.

Farihan Yahya :
Alhamdulillah, jangan rasa goyah bila sifu selalu petik nama kamu, sebab sifu nak kamu move dari MAKAM ILMU ke MAKAM PENGETAHUAN...dalam proses menjumpai diri dah tu.

0 comments: