Metafizik

Menjadi seorang hamba Allah yang bersedia

7:58 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


MENJADI SEORANG HAMBA ALLAH YANG BERSEDIA

Jom mari sini kita sama-sama betulkan LAW OF ATTRACTION dan Law of Universe yang benar. Selama ini kita terlalu kebaratan.

Rezeki hanya akan dimiliki oleh mereka yang BERSEDIA untuk menerima rezeki. Apakah keperluan yang kita perlukan dengan adanya rezeki itu. Allah tidak akan memberi rezeki kepada mereka yang tidak ada tujuan dengan rezeki.
Seandainya rezeki diterima tanpa ada tujuan rezeki itu digunakan, berhati-hatilah wahai saudara.
Boleh jadi ia adalah BALA yang mana rezeki itu sekadar untuk menjauhkan kita terus dari Allah.
Jika orang beriman menerima rezeki, rezeki itu bukan sekadar untuk disimpan atau dijadikan harta yang mengikatkan dari melakukan sesuatu yang manafaat.
Malah rezeki itu juga pasti menjadi sebuah ujian besar seandainya kita terima tanpa tujuan untuk kebaikan. Lalu BERSEDIA untuk menerima rezeki demi untuk keperluan yang baik iaitu untuk keperluan diri, keluarga dan bersedia memberikan kepada sesiapa yang memerlukan. Rezeki itu pasti untuk sesuatu kebaikan.
Orang yang BERSEDIA menerima rezeki adalah orang yang yakin 100% total pada Allah bahawa pasti Allah akan memberikan rezeki.
Lalu BERSEDIALAH sentiasa untuk menerima rezeki. Saya mempunyai banyak pengalaman malah hampir setiap hari pengalaman dalam menerima rezeki Allah SWT di kala saya benar-benar BERSEDIA untuk menerimanya. Dan setiap hari saya sentiasa BERSEDIA menerima rezeki Allah SWT demi keranaNya.

Ilmu hanya akan dimiliki oleh mereka yang BERSEDIA untuk menerima ilmu.
Seandainya tidak bersedia, maka ketika mereka diberikan apa-apa ilmu, pasti mereka tidak menghargainya atau mereka langsung tidak akan memahaminya.
Kerana itu kalau kita lihat pada diri kita sendiri, kadang-kadang kita sudah menerima ilmu tersebut tetapi masih tidak faham atau tidak disedari.
Namun ketika ada orang lain yang memberikan ilmu yang sama, di kala itu kita berasa seolah-olah pertama kali kita mendapat ilmu tersebut walaupun sebenarnya pernah diberikan ilmu itu sebelum ini.
Ketika itu sebenarnya, kita dalam keadaan BERSEDIA menerima ilmu yakni mencarinya

BERSEDIAlah sentiasa saudara kerana Allah SWT akan sentiasa memberikan ILHAM kepada mereka yang sentiasa BERSEDIA. Kita ini khalifah Allah iaitu Wakil atau Wali Allah. Tidak mungkin Allah SWT memberikan sesuatu kepada kita tanpa apa-apa tujuan untuk mengimarahkan dunia ini.

Law of Attraction dan Law of Universe kita tidak perlu pada apa-apa atau sesiapa. Tetapi pada Allah bahawa kita yakin Allah berkehendak untuk kita kaya, untuk banyak ilmu, untuk jadi orang yang berjaya, menjadi orang yang bahagia kerana kita yakin kita dipilih Allah untuk menjadi WAKILNYA.

Di ketika kita yakin, lalu kita akan BERSEDIA dengan memulakan langkah awal untuk melakukan kehendak Allah. Di sinilah nanti kita akan mendapat Ilham yakni petunjuk dan kekuatan. Kita akan bangun dari kemalasan. Kita akan menghancurkan belenggu- belenggu yang mengikat kita dari perkara-perkara buruk.
Kita perlu memulakan kerja kebaikan dan kita yakin hanya pada Allah.

HAKIKAT LAW OF ATTRACTION KITA PADA ALLAH YANG SEBENAR ADALAH KEYAKINAN DAN BERSERAH SECARA TOTAL PADA ALLAH.

Marilah... BERSEDIAlah bahawa solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah.
Dari awal solat lagi kita sudah dimotivasikan Allah dengan kesungguhan dalam diri kita untuk sentiasa BERSEDIA UNTUK ALLAH SWT.

"Ya Allah dengan segala kemahiran yang aku ada ini ya Allah, aku mohon agar Engkau tuntunkan dirikan ini ya Allah kepada kebaikan ya Allah. Dengan apa yang aku lakukan ini ya Allah, aku mohon agar Engkau berikan kebaikan dan perlihatkan diriku dengan jalan-jalan kebaikan. HambaMu ini mohon kekuatan ya Allah. Segala apa yang hambaMu lakukan ini ya Allah hanyalah untukMu ya Allah. Hanya untukMu."

Ketika jiwamu membenarkan kata-katamu itu bahawa apa yang dirimu itu ingin lakukan atau sedang lakukan demi kerana Allah, lihatlah sendiri bagaimana kamu akan mendapat pelbagai cara dan jalan dalam pekerjaanmu itu. Allah sedang menuntunmu dan bersyukurlah kepadaNya tanpa melepaskan kesedaran kepadaNya walaupun satu saat.

0 comments: