Metafizik

Semangat setiap pagi

7:39 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Bismillah...
Assaamualaikum dan Selamat Pagi, apa khabar semua hari ini..?? Sihat?
Sifu doakan semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua hari ini, mudah-mudah dan sehabis mudah ya.

SEMANGAT SETIAP PAGI

Marilah sama-sama kita ya di pagi ini.... kita katakan pada Allah dengan membenarkan dalam hati kita sebagai semangat hari ini dan hari-hari seterusnya. Kita terus akan pertahankan apa yang kita katakan sebagai sebuah perjanjian ini.

"Ya Allah.... sesungguhnya ya Allah aku akan pastikan mulai pagi ini ya Allah bahawa solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untukMu ya Allah. Akan aku pastikan ya Allah. Aku mohon dariMu kerahmatan dan kasih sayangMu untuk hambaMu ini menjalani kehidupan hari ini ya Allah."

Lafazkan saudara. Jangan sekadar baca senyap.
Lafazkan perlahan-lahan dengan katakan pada Allah janji kita di atas.
Lalu jagalah diri saudara, hati dan sahsiah rupa diri termasuk cara pemakaian, percakapan, tingkah laku dan lain-lain agar tetap terus MENJADI HAMBA YANG DIPERCAYAI ALLAH.
Inilah TUJUAN utama dan pertama yang harus ada dalam diri kita.
Saudara, saya ucapkan selamat berjuang untuk menjadi HAMBA YANG DIPERCAYAI ALLAH

Yang dah buat, ucap SYUKUR ALHAMDULILLAH...boleh boleh?

0 comments: