Metafizik

Aura Inspirasi

12:20 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


💖AURA INSPIRASI  💖

Sahabat,

Hidup ini adalah anugerah. Hadiah pemberian dari Allah.

Gunakan sebaiknya.  Kerana ada masanya, hadiah itu boleh diambil kembali oleh siapa yang memberi.

Kita hadiahkan anak kita dengan handphone. Tapi bila anak asyik main handphone, tak buat kerja sekolah, kita ambil balik hadiah tu. Betul?..

Sahabat,

Begitu juga dengan Allah.  Allah boleh ambil kembali hadiah-hadiah yang diberikan, jika kita lupa untuk menghargainya.

Hadiah berbentuk pekerjaan dan jawatan.

Hadiah dalam bentuk nyawa dan kesihatan.

Hadiah dalam bentuk kawan-kawan.

Hadiah dalam bentuk wang dan kemewahan.

Dan hadiah berbentuk keluarga yang tersayang. Semuanya pinjaman yang perlu dihargai sebaiknya!

Bagaimana cara untuk menghargainya?

2 perkataan: JAGA dan GUNA.

JAGA

Jaga hadiah-hadiah itu sebaiknya.  Usah disalahgunakan.  Usah diambil kesempatan. Ikut syarat dan syariat Tuan Punya hadiah.

GUNA

Jaga sahaja tak cukup.  GUNAkan sebaiknya.  Beri manfaat kepada orang lain. Bahagiakan orang lain.  Sebagaimana Allah bahagiakan kita dengan hadiah-hadiahNya yang begitu bermakna!

Ya.  Ia sangat mahal dan bermakna.

Bagaimana kalau kita tak rasa bahagia pun bila melihat hadiah-hadiah itu?...

Lihatlah orang-orang lain yang masih belum diberikan hadiah yang sama.

Pandanglah siapa yang memberimu hadiah-hadiah itu.  Bukankah Dia Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!

Pandanglah hadiah-hadiah itu dengan kasih sayang.  Nescaya kita akan dapat makna-makna itu!

“Yesterday is history,
tomorrow is a mystery,
and today is a gift...

That’s why we call it PRESENT!”

Terima kasih baca sampai habis.
#769SAFT
#zainrichss769

0 comments: