Metafizik
Kita pemain bola di atas padang
KITA PEMAIN BOLA DI ATAS PADANG
Semalam sifu tengok perlawanan EPL di kedai mamak yang paling dinanti-nantikan seluruh dunia iaitu perlawanan antara CHELSEA vs MANCHESTER UNITED..berakhir CHELSEA kalah, bernanah telinga sifu kena kutuk, hadowww..Tapi petang ini sifu nak share sesuatu
Dalam meneliti perlawanan, ada kalanya kita tidak sedar ada pemain sudah meninggalkan padang dan digantikan dengan pemain lain. Ada kalanya pula kita dapat menyedari kewujudan pemain di atas padang.
Contohnya sewaktu Fabregas tidak beraksi semalam mewakilli Chelsea ketika menentang Manchester United, kita dapat saksikan kesukaran utk mendapat movement yang kreatif. Pemain penyerang Chelsea pula Diego Costa, tetiba semalam tidak memberi sebarang impak kepada perlawanan. Mengapa..??
Begitulah persoalan yang bermain dalam fikiran sifu semalam. Sejajar dengan anjuran dalam apa yang kita selalu bicara di sini, supaya kita memandang semua yang berlaku dalam kehidupan yang unik ini sebagai mempunyai "mesej" besar untuk direnungi, di situ sifu temui hikmahnya sebagai renungan dalam kehidupan ini.
Teman, sebenarnya itulah namanya KEHIDUPAN. Perlawanan bola sepak ibarat kehidupan di dunia, padang itu ibarat bumi, dan para pemain adalah pelbagai watak manusia yang menghuni di dalamnya. Seandainya hidup ini kita layari sekadar untuk memenuhi tuntutan nafsu dan duniawi, kita sekadar hidup untuk memenuhi ruang masa tiada beda kita dengan kera di hutan. Percayalah kewujudan kita tidak memberi sumbangan kehidupan melainkan memenuhi sisa.
Ini berbeda daripada mereka yang menganggap hidup ini adalah perjuangan. Yang penting perjuangan utk memperbaiki diri ke arah yang lebih diredhai Allah. Orang-orang sebegini melayari kehidupan penuh passionate, berssungguh-sungguh, yang pada akhirnya memberi impak besar kepada kehidupan dunia. Inilah insan-insan yang kewujudan mereka dinikmati, ketiadaan mereka dirasai.
Imam As-Syafie, sebagai contoh perginya meninggalkan sebuah mazhab agung dan metodologi ilmu usul feqah yang tiada tolok bandingnya. Ketiadaannya hari ini cukup memberi kesan kepada dunia feqah Islam. Syeikh Muhammad Yasin, kewujudannya telah menyelamatkan Gaza daripada Zionis. Hassan Al-Bana, kehidupannya menyaksikan tertubuhnya pergerakan Ikhwanul Muslimin yang menjadi perintis bagi pergerakan Islam lain di dunia.
Nelson Mandela membebaskan orang kulit hitam daripada belenggu apartied. Mahatma Ghandi, kehidupannya menyaksikan kebangkitan India. Seterusnya ramai lagi "pemain" menjadikan kehidupan ini bukan sekadar mengisi ruang hela masa, sebaliknya menyemai jasa.
Teman, seandainya mereka yang tidak Mengenal Allah SWT pun tahu betapa hidup yang sementara ini adalah perjuangan, tidakkah kita berasa malu menjadikan hidup ini sekadar kenang-kenangan? Jadilah "Neymar", "Ces Fabregas", "Eden Hazard" yang mengubah perlawanan. Usah menjadi penumpang.
Bukankah kehidupan itu unik..?? Seandainya kita tahu bagaimana memulangkan keunikan ini demi mendekatkan diri kepada Tuhan, biarpun sekadar menonton bola, itu pun mampu membawa kita merenungi kebesaran yang Esa.
Ingat pesan sifu ini,
"Kalau Hidup sekadar Hidup, Kera di hutan pun Hidup. Hiduplah di dunia ini sebagai PENYUMBANG, usah hidup sebagai PENUMPANG".
Kaedah sifu memulangkan keunikan hidup ini demi mendekatkan diri kepada Tuhan melalui sharing ilmu metafizik sains penomboran Islamik berasaskan Al-Quran #1 di dunia, ANDA macam mana, sila share..??
0 comments:
Post a Comment