Metafizik

Tips untuk rezeki lancar, wajib lakukan 4 perkara ini di pagi hari

12:35 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


TIPS UNTUK REZEKI LANCAR, WAJIB LAKUKAN 4 PERKARA INI DI PAGI HARI

1. LAKSANAKAN SOLAT TAHAJJUD
Waktu paling utama untuk melaksanakan solat Tahajjud adalah 1/3 malam iaitu antara 3.00 hingga 4.00 pagi.

Rasullullah SAW bersabda,
"Ketika kalian tidur, syaitan akan membuat 3 lilitan di tengkuk kalian. Di setiap lilitan itu, syaitan akan mengatakan bahawa malam masih panjang, tidurlah. Jika ia bangun lalu berzikir pada Allah, lepaslah satu lilitan, kemudian ia berwuduk, lepas lagi ikatan yang seterusnya. Selanjutnya jika ia mengerjakan solat, maka lepaslah ikatan yang terakhir. Di pagi hari dia akan bersemangat dan bergembira. Jika tidak melakukan seperti ini, jiwanya akan menjadi kotor dan malas." (HR Bukhari)

Jika kita bangun dan melaksanakan Solat Tahajjud, maka akan mempengaruhi motivasi kerja.

2. MEMBACA DOA PAGI HARI
Berdoa dan berharap kepada Allah SWT semata untuk meminta ampun, memohon kebaikan akhirat dan kebaikan dunia agar dilancarkan segala urusan rezeki.

Rasulullah SAW bersabda,
"Rabb kita Tabaraka Wa Taala turun setiap malam ke langit dunia hingga tersisa sepertiga malam terakhir. lalu Dia berkata "Siapa yang berdoa kepadaKu, aku akan memperkenankan doanya. Siapa yang meminta kepadaKu pasti akan Kuberi. Dan sesiapa yang meminta ampun kepadaKu, pasti akan aku ampuni". (HR Bukhari & Muslim)

Amalkan DOA waktu pagi ini yang menjadi amalan harian sifu :-
"Wahai Dzat Yang Maha Pengasih, Wahai Dzat Yang Maha Pengasih. Wahai Dzat pemilik Arsy yang agung. Wahai Dzat yang Maha Mengadakan dan Maha Membangkitkan. Wahai Dzat Yang Maha Berkehendak atas segala sesuatu yang dikehendaki. Aku memohon kepadaMu dengan cahaya WajahMu yang memenuhi tiang-tiang Arsy-Mu, dengan KekuasaanMu yang Engkau menciptakan sekalian makhlukMu, dengan RahmatMu yang meliputi segala sesuatu. Tiada Tuhan selain Engkau. Wahai Dzat Maha Penolong, tolonglah Aku lancarkan segala urusan rezeki ku hari ini. Wahai Dzat Maha Penolong, tolonglah Aku, Aku ini lemah tiada daya tiada kuasa, melainkan dengan izin dan aturanMu".

3. BERSEDEKAH DI PAGI HARI SELEPAS SUBUH
Sedekah sebenarnya boleh dilakukan dalam apa jua waktu apa pun, namun adalah lebih afdal jika dilakukan pada awal pagi. Ini kerana setiap malaikat akan mendoakan orang yang bersedekah pada pagi hari.

Rasulullah SAW bersabda,
"Tidaklah berlalu pagi di setiap hari kecuali ada dua malaikat yang turun dan berdoa,"Ya Allah berikanlah ganti pada mereka yang berinfaq. Sedangkan malaikat yang satu lagi berdoa "Ya Allah, berikanlah kerugian dan kebankrupan bagi mereka yang enggan untuk berinfaq". (HR Bukhari dan Muslim)

4. MELAKSANAKAN SOLAT DHUHA
Apa yang istimewanya melaksanakan Solat Dhuha ini..??

Rasulullah SAW bersabda,
"Engkau memberishkan dahak yang ada dalam masjid adalah sedekah, engkau menyingkirkan sesuatu yang mengganggu dari jalan adalah sedekah. Maka jika engkau tidak menemukannya (sedekah sebanyak itu) maka dua rakaat dhuha sudah mencukupi". (HR Abu Dawud)

Solat Dhuha 2 rakaat, maka setara dengan bersedekah 360 kali yang merupakan hak dari persendian yang kita miliki. Sedangkan bila kita menunaikan solat dhuha 4 rakaat maka Allag akan menjamin atas rezeki kita.

Kalau 4 hal ini kita sukar untuk lakukan setiap awal pagi, maka usah salahkan pada orang lain andai rezeki tidak ada kelancaran sangkut sana sini.

Wallahualam....

0 comments: