Metafizik
Hidup memerlukan kegelapan sesaat
HIDUP MEMERLUKAN KEGELAPAN SESAAT
Mata berkedip memberi kesedaran bahawa hidup ini wajib mengalami kegelapan sesaat.
Ketika kita menolak kesempitan dan kesusahan disebabkan kegelapan, ia umpama mata yang enggan berkedip.
Ketika "enggan berkedip", pada saat tertentu, hamparan keindahan kehidupan akan berubah menjadi kepedihan, kebosanan, memenatkan malah akan hilang tumpuan dalam penglihatan.
Mata perlu berkedip malah itulah hukum yang ditetapkan Allah. Agar mata dapat disinarkan semula untuk melihat keindahan dan memberi tumpuan dalam hidup bersama kesedaran penuh pada Allah. Di samping menghilangkan kepedihan dan keletihan.
Inilah namanya kehidupan.... wajib mengalami kegelapan sesaat.
Untuk membersihkan jiwa yang seringkali pedih dan kabur akibat lalai dalam kesenangan.
Assalamualaikum dan selamat pagi, sihat semua hari ini, apa menu sarapan pagi ini..??
0 comments:
Post a Comment