Metafizik
Mengetahui jalan yang baik atau buruk
MENGETAHUI JALAN YANG BAIK ATAU YANG BURUK
Ramai yang PM tepi sifu, bagaimana sebenarnya untuk mengetahui sesuatu itu adalah jalan yang terbaik di sisi Allah SWT. Allah SWT telah sedia menjawab di dalam Al-Quran:
Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar. (QS: Al-Anfal, 8:29)
Jelas sekali di sini Allah menjelaskan di dalam Al-Quran bahawa nescaya Dia akan memberikan petunjuk (hidayah) yang membuatkan kita mampu membezakan yang mana baik dan yang mana buruk.
Syaratnya apa?
Syaratnya perlu bertaqwa kepada Allah SWT kerana Allah SWT menyeru ayat ini hanya kepada orang yang beriman.
Siapakah orang yang beriman?
Yang yakin dengan hati, perkataan dan perbuatan rukun iman yang enam. Namun rukun iman yang satu ini membuatkan ramai yang tidak mampu beriman sepenuhnya iaitu MENERIMA KENTENTUAN TAKDIR BAIK DAN BURUK yang diberikan oleh Allah SWT. Gembira dalam apa jua keadaan sekalipun. Itulah namanya SYUKUR.
Maka kesimpulan kepada persoalan yang sering ditanyakan kepada sifu iaitu “Bagaimana untuk mengetahui sesuatu yang ingin kita lakukan itu terbaik atau tidak?” Jawapannya, dekatkanlah diri dengan Allah SWT dengan total surrender 100% serta tidak ada sedikit pun ada keraguan kepadaNya. Allah SWT pasti menuntun kita kepada takdir yang terbaik di sisiNya mengikut keperluan kita BUKAN mengikut kehendak kita.
Bersungguhlah untuk berada dekat dengan Allah SWT. SOP BUKU 555 itulah kaedahnya. Tiada cara lain, sebab kita ini mudah lalai dan leka..Tanpa istiqamah, tandatangan dengan jujur, maka tenggelam timbullah jawabnya.
Allah SWT dah janji ini,
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
(QS: Al Ankabut, 29:69 )
Kita ini macam-macam dah sebenarnya Allah SWT dah janjikan dalam Al-quran, tapi segelintir juga yang MAMPU PERCAYA DAN BERIMAN KEPADA ALLAH DAN AL-QURAN..
Semoga kita setiap nafas kita semua di sini adalah nafas yang sentiasa sedar akan Allah SWT.
Waalahualam..
Sifu Farihan Yahya
13hb April 2017 @ 8.10 pagi
Kuala Terengganu
0 comments:
Post a Comment