Metafizik
Kisah lelaki dan penggunting rambut
TIDAK ADA TUHAN
Pada suatu hari seorang tukang gunting rambut sedang menggunting rambut seorang lelaki. Mereka banyak bercerita dan tiba satu ketika mereka bercerita tentang ketuhanan.
“Saya tidak percaya adanya Tuhan”, kata tukang gunting rambut.
“Oh, mengapa tidak percaya adanya Tuhan?”, lelaki itu membalas kata-kata tukang gunting rambut itu.
“Begini, cuba saudara perhatikan di persekitaran kawasan kedai ini sudah cukup membuktikan bahawa tiadanya Tuhan. Jika Tuhan itu ada, pasti tiada sakit, tiada manusia yang bermasalah, tiada manusia yang hidupnya melarat dalam kemiskinan.
Jika Tuhan itu ada, tidak akan ada semua kesusahan. Saya tidak dapat membayangkan Tuhan Yang Maha Penyayang akan membiarkan semua ini terjadi jika benar Tuhan itu ada."
Lelaki itu hanya diam. Dia tidak mahu memberikan apa-apa balasan kerana dia tidak mahu terjadinya pertengkaran pendapat.
Selepas selesai rambutnya digunting dan membayar upah kepada Tukang gunting rambut, lelaki itu keluar dari kedai itu. Sebaik sahaja keluar, beliau ternampak seorang lelaki yang tidak terurus rambutnya. Rambutnya panjang dan sangat kotor.
Lelaki itu masuk semula ke kedai gunting rambut lalu berkata kepada si tukang gunting rambut.
“Wahai tukang gunting rambut, saya sangat yakin kali ini bahawa sebenarnya tiada si tukang gunting rambut.”
“Eh, habis tu saya ini siapa? Saya berada di depan mata kamu sebagai tukang gunting rambut. Bagaimana kamu katakan tidak ada tukang gunting rambut?” balas tukang gunting rambut.
“Tidak ada tukang gunting rambut. Jika ada, bagaimana boleh ada seperti lelaki di luar sana yang mempunyai rambut panjang yang tidak terurus dan kotor?”
Lelaki itu menunjukkan lelaki berambut panjang dan kotor itu kepada si tukang gunting rambut.
“Oh..itu salah lelaki itu sendiri kerana dia tidak mahu datang ke kedai saya. Jika tidak pasti saya akan gunting rambut dia dan bersihkannya.” jawab si tukang gunting rambut dengan yakin.
“Jika begitu bagaimana saudara katakan Tuhan itu tidak ada?
Sedangkan saudara dan mereka yang ditimpa kesusahan itu TIDAK PERNAH CUBA MENCARI DAN DATANG KEPADA TUHAN? SOMBONG, EGO, DI DADA PENUH KEAKUAN TIDAK MAHU BERSUJUD KEPADA TUHAN..
Tidak pernah cuba memohon kepadaNya untuk berada dekat denganNya.
Oleh kerana itu banyak yang sakit dan ditimpa kesusahan di dunia ini sedangkan Allah SWT itu Maha Penyayang.
Si tukang gunting rambut terdiam dan terpaku kerana tersedar selama ini dirinya tidak pernah mencari Tuhan yang sebenar lalu mengatakan Tuhan itu tidak ada.
Semoga kisah ini ada manafaatnya untuk kita semua di sini ya.
Assalamualaikum & Selamat Pagi, semua sihat, apa menu sarapan pagi hari ini..
Sifu doakan semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua hari ini ya, mudah-mudah dan sehabis mudah.
Aamiin..
0 comments:
Post a Comment