Metafizik

Matriks Impian & Kehidupan II

9:10 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Pagi ini, sifu sambung berkenaan topik MATRIKS IMPIAN & KEHIDUPAN ya, sifu nak pi cari Nasi Dagang ganu dulu boleh boleh,

Sementara itu, sila share di facebook masing-masing, screenshot hantar mai sini, sama-sama kita ajak teman teman online bersama kita pagi ini boleh boleh...



















Bismillahirrahmanirrahim..

Sahaja aku berkongsi ilmu MATRIKS IMPIAN pagi ini kerana Allah SWT.

Ya Allah, Ya Tuhanku
Lapangkanlah untukku, dadaku dan
Mudahkanlah untukku urusanku
mudahkanlah sehabis mudah.
Usahaku dalam menimba ilmu pagi ini
Semoga semuanya berjalan lancar.

Bertemu kita di Tribe #769 SAFT, KELAS PERCUMA UNTUK SEMUA di https://telegram.me/Tribe_769SAFT

Semua dah ready ka dengan pen dan tulisan?


Bismillahirrahmanirrahim....

SAHAJA SIFU BERKONGSI ILMU PAGI INI KERANA ALLAH TAALA

Baik, berapa ramai nak TIPS RAHSIA KEJAYAAN yang sebenar..?

Sebelum sifu share Rahsianya, sifu nak semua share dengan sifu dulu kenapa hingga ke hari ini dah buat macam-macam tapi masih tak berjaya berjaya lagi, berpaut di mana sebelum ini..berkatalah dengan hati kerana bila hati yang berkata, maka hati jualah yang mendengar..jujur dengan diri sendiri boleh boleh.

Ramai-ramai share ya, bagi semangat sifu sikit nak Share RAHSIA ini, selepas sifu share ini, kalau korang semua pegang & hadam betul In Sya Allah segala-galanya selesai dengan izin Allah ya..

Berapa ramai yang betul-betul nak BERJAYA..??

"RAHSIAnya ada dalam Al Quran" - dalam proses sifu mendalami ilmu metafizik sains penomboran islamik berasaskan Al-Quran ini, banyak SOP Allah sudah sediakan untuk seluruh umat Nabi Muhammad

1. Surah Ali Imran ayat 160
Allah berfirman,"Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada orang yang mampu mengatasi kamu. Jika Allah membiarkan kamu, maka tidak akan ada orang yang mampu menolong kamu selain Allah. Kerana itu hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakkal."

Kenapa selama ini kita kecewa, gagal dan sebagainya..??
Sebab kebergantungan kita pada Allah SWT tak de, kebergantungan lebih kepada makhluk. Sedangkan dalam Surah Al-Ikhlas ayat 2 itu sendiri dah cukup jelas dah, (Allah Tempat segala makhluk bergantung)..
Kita berpaut pada dahan yang salah, yang mudah goyah. Konsep Tawakkal itu tidak ada dalam diri..Jasad jer ada, ROH takder.

Jadi RAHSIA PERTAMA adalah TAWAKKAL

2. Surah Al-Ankabut ayat 69
Allah berfirman, "Jika kamu berjihad untuk (mencari REDHA Allah), Allah akan benar-benar menunjukkan kepadamu jalanNya."

Surah 72 ayat 16, jelas dah Allah beritahu kita
"Barangsiapa berjalan lurus atas jalan jalan ku dengan penuh Iman & Takwa, maka akan Aku turunkan air hujan yang lebat". Maksudnya di sini Rohani & Jasmani kena jalan seiring. Tidak boleh usaha gigih Jasmani sahaja, tidak gigih dengan usaha rohani seperti buat tahajjud, dhuha, sedekah dan sebagainya. Allah kan buat sesuatu itu berpasang-pasangan. Tiada istilah duduk berzikir, bertahmid, bersolat siang malam atas sejadah sahaja, kalau tak bekerja keras mana mungkin Allah campak peti karung Emas dari langit untuk kita.

Jadi RAHSIA KEDUA adalah KERJA KERAS.

3. Surah Al Anbiya ayat 7 dan Surah An Nahl ayat 43
Allah berfirman, "Maka bertanyalah kepada ahli ilmu jika kamu tidak mengetahui." Yang sebenar-benar guru adalah Allah jua.

Surah Thaha ayat 25-28
Allah berfirman, "Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku supaya mereka mengerti perkataanku." (bagi sifulah kerjaya sebagai seorang speaker dan trainer)

Teknik terpenting dan yang pertama adalah BERIMAN KEPADA ALLAH..Allah SWT penolong terbaik melebihi dari bentuk apa pun. Bagaimana caranya nak mendapat pertolongan Allah..?? iaitu jika kamu berjuang di jalanNya. Kamu berjuang di jalanNya In Sya Allah akan mendapat kejayaan yang sebenar.

Jadi RAHSIA KETIGA adalah BERIMAN KEPADA ALLAH..YAKIN DAN PERCAYA KEPADA ALLAH.

Cer ambil letak pada diri, muhasabah kita ikut tak 3 perkara ini selama ini.
Faham dan Jelas semua?









Testimoni Program MSP:
👆👆👆👆👆👆👆lagi perkongsian PENGALAMAN RASA mereka yang telah hadir ke Program MSP 2 hari 1 malam di Ismah Beach Resort, Melaka pada 25 & 26 Mac 2017 baru-baru ini.

Untuk ikuti sharing yang lain dan melihat LOKASI Program MSP utk Zon Utara April ini bolehlah masuk sini @TestimoniProgramMSP

0 comments: