Metafizik
Hidup berTuhan, ini yang benar
HIDUP BERTUHAN, INI YANG BENAR
Sekadar bercerita tentang diri sifu dengan seorang teman.
Kita selalu mengulang-ulang mengucapkan tasbih, tahmid dan takbir sebagai zikir... ingat Allah SWT. Alhamdulillah ia cukup baik dan mudah-mudahan Allah SWT memberikan ganjaran pahala buat kita.
Sifu nak share satu cerita sebuah cerita benar dari pengalaman sendiri yang mana tasbih, tahmid dan takbir diucapkan dengan penuh asli, datang dari jiwa yang sebenar sehingga terungkapkan tasbih, tahmid dan takbir.
Seorang teman yang berada di Johor menghantar SMS kepada sifu apa yang beliau perlu lakukan di saat beliau berada di hospital. Isteri beliau mengalami sedikit masalah kesihatan.
Apakah ucapan zikir yang terbaik yang perlu dirinya lafazkan?
Apakah doa yang terbaik untuk beliau mohonkan?
Inilah soalan yang diajukan kepada sifu ketika beliau agak runsing dengan keadaan isteri beliau.
Lalu sifu membalasnya secara langsung.
Ilham mengalir terus di jiwa lalu fikiran menggerakkan jari-jari menaip butang-butang handphone membalas SMS.
Sifu tidak mengajar beliau ucapan zikir yang mana, doa yang mana.
Sifu katakan, cuba lihat manusia yang lalu di sana. Mereka sedang berjalan ke sana sini.
Semua itu sedang digerakkan oleh Allah SWT. Semuanya mengikut kehendak Allah.
DAN SEDARILAH ALLAH SEDANG MELIPUTI SEMUANYA.
Tidak ada yang engkar, tidak ada yang tidak mahu.
Semuanya sedang mengikut kehendak Allah. Lihatlah Allah di sana.
Lihatlah... sedar kepadaNya.
Beliau membalas... mudahnya... begitu sahaja ke? tidak perlu ucapan zikir? Tidak perlu berdoa?
Sifu membalasnya lagi. Ya... lakukan dahulu. Nanti saudara akan tahu sendiri.
Ketika beliau melihat orang di sekelilingnya itu bergerak melakukan hal masing-masing.... beliau sedar adanya Allah.... Yang sedang meliputi... sedar kepadaNya... lalu sendirinya terpancul dari mulut beliau... SUBHANALLAH.... ALHAMDULILLAH.... ALLAHUAKBAR....
Nah!!! inilah yang asli.
Ucapan yang sangat benar. Ucapan yang sangat jujur memuji Allah. Ucapan yang keluar sendiri.
Bukan ucapan yang sengaja dipaksa untuk diucapkan seperti selalu kita lakukan. Inilah yang Allah berfirman dalam Al-Quran dalam Surah 2 ayat 115 seperti apa yang kita bincangkan nanti dalam Modul 4 iaitu TABLIGH.
Semuanya itu benar-benar dari jiwa ketika sedang melihat bukan sekadar kuasa Allah tetapi beliau melihat sendiri adanya Allah SWT yang sedang meliputi. Sendiri merasakan terus. Ucapan itu hanyalah membenarkan apa yang dirasakan oleh jiwa. Ucapan itu sekadar bukti apa yang dialaminya saat itu. Terasa sungguh Maha Suci Allah. Bergetar pujian Allah. Tidak mampu lagi menyatakan selain Maha Besar Allah
Inilah suatu keadaan aslinya berzikir. Aslinya menyedari Allah SWT.
Ucapan tasbih, tahmid dan takbir pasti akan sendiri terpancul keluar tanpa ada paksaan.
Malah ucapan itu sangat meresap ke dalam diri kerana ia datang dari jiwa yang tunduk merendah sang hamba kepada Yang Maha Menciptakan.
Sifu menerima kembali SMS beliau.... “En Farihan.... terima kasih. Terlalu mudah untuk sedar ke Allah sebenarnya. Cuma kita kurang ilmu tentang ini sebenarnya”
Sekadar perkongsian sebelum masuk bertugas.
Sifu Farihan Yahya
21 April 2017
Temerloh, Pahang
0 comments:
Post a Comment