Metafizik

Mengatasi semua masalah

7:45 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Bismillah...
Assalamualaikum dan Salam Pagi Jumaat semua......
Apa khabar pagi, alhamdulillah..jom kita ramaikan lagi #gengtahajjud kita.

MENGATASI SEMUA MASALAH

Teman-teman semua, sifu mewujudkan Tribe ini adalah bertujuan untuk berdakwah di samping mencari kawan lama dan baru di dalam berkongsi ilmu mendekatkan diri kepada Allah SWT. Banyak bertanyakan masalah yang melibatkan masalah rumahtangga, masalah bisnes, masalah jodoh, masalah rezeki, masalah kerja, masalah belajar, masalah anak dan sebagainya.

Mereka meminta sifu membantu memberi pendapat di dalam menyelesaikan masalah mereka. Di sini sifu memberi terus jawapan yang utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum menyelesaikan masalah yang ada. Jika masalah yang satu ini tidak diselesaikan, maka pasti masalah-masalah yang lain akan terus menyeksakan jiwa dan meresahkan hidup.

APA MASALAH UTAMA YANG PERLU DISELESAIKAN ITU..??
Teman, awal-awal hidup beragama itu mengenal Allah SWT. "Awaluddin Maakrifatullah".
Kalau kita tidak mahu mengenal Allah SWT, maka kita ini dikatakan sebagai tidak ada agama, bila kita tidak ada agama, then kita nie nak dipanggil apa pula..??

Mengenal Allah SWT bukan sekadar kenal Allah SWT itu Tuhan, tiada Tuhan melainkan Allah SWT, Allah itu Esa, Allah itu memiliki 99 sifat dan lain-lain.
Mengenal Allah SWT itu mestilah sehingga kita ini sedar dan rasa bahawa kita ini hamba yang sangat-sangat memerlukan Allah SWT DI DALAM SETIAP HAL KEHIDUPAN malah jika tiada hal pun, kita tetap memerlukan Allah SWT kerana cinta kita pada Allah SWT.
Untuk menyedari dan rasa ini kita perlu memiliki rasa CINTA kepada Allah SWT MENGATASI cinta kita pada yang lain.

Sebagai contoh mereka yang memiliki masalah dengan suami/isteri selalunya berasa resah, gelisah, sempit jiwa dan seumpamanya. Kerana apa? Kerana cinta kepada suami/isteri mengatasi cinta kepada Allah SWT.
Hakikatnya memang kita perlu cinta dan sayang serta berharap kepada suami/isteri. Namun cinta kepada Allah SWT perlu mengatasi cinta kita kepada suami/isteri. Ketika ini barulah jiwa kita sentiasa tenteram.
Penyataan di atas mudah untuk diungkapkan dengan kata-kata. Namun yang mengalaminya tidak mampu dibayangkan penderitaannya. Sifu juga akui malah juga tidak mahu memiliki masalah yang besar di dalam hidup sifu. HANYA YANG MINUM AIR LAUT SAHAJA AKAN TAHU SEJAUH MANA MASINNYA AIR LAUT ITU..??

Sifu selalu berpesan-pesan di sini ya sebelum ini, kita hadir ke dunia ini atas Ar-Rahman & Ar-Rahim Allah SWT. Maka ujian KEIMANAN kita yang paling besar adalah DI HATI KAMU ITU, APA YANG PALING KAMU SAYANG, ITULAH PERKARA PERTAMA DULU ALLAH SWT AKAN UJI..?? Bukan manusia juga yang tahu cemburu, malah ALLAH SWT MAHA CEMBURU KALAU DI HATI KAMU ADA BENDA LAIN BERTAKHTA DI SITU SELAIN DIA..??
Namun hakikatnya juga kita mampu menyintai Allah SWT mengatasi cinta kepada yang lain apabila kita tahu caranya dan bersungguh-sungguh.

Apabila kita menyintai Allah SWT lebih daripada yang lain, maka pasti Allah SWT memberikan kasih dan sayangnya kepada semua orang yang berada di sekeliling kita. Orang akan suka berkawan dengan kita, suami/isteri sayangkan kita, anak-anak menyintai kita dan semua orang akan senang dengan kita.

Apabila hubungan atau "CONNECTION" kita dengan Allah SWT kita tiada masalah, Allah SWT pasti akan memberikan kita hidayah (petunjuk) dan taufiq (kekuatan) untuk menyelesaikan segala permasalahan dalam hidup kita. Allah akan aturkan alam ini untuk membantu kita menyelesaikan masalah kita sehingga kita tidak menyangka jalan-jalan penyelesaian dan tidak disangka-sangka yang Allah SWT berikan.


0 comments: