Metafizik

Doa agar diberi kefahaman

5:26 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


"Ya allah kenapa la saya susah faham sangat.."

"Apa yang susah tu, pohon DOA pada Allah agar diberi kefahaman, dan dengan kefahaman ini dapat memakmurkan insan untuk kembali ke jalan yang lurus.
Selebihnya itu Allah susunlah satu demi satu."

"Kepada yang susah nak faham setiap sharing dalam nie , ini salah satu doa dari sifu Farihan yang KZ amalkan dalam setiap sujud dan setiap kali selepas solat .. In shaa Allah diberikan kefahaman."
---------------------------------------------------------------------------------
"Dan di sisi Allahlah kunci-kunci semua yang ghoib, tidak ada yang mengetahuinya selain Dialah Allah sendiri, dan Dia mengetahui apapun yang ada di daratan dan Dia mengetahui apapun yang ada di lautan dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dialah Allah mengetahuinya pula, dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak ada satu pun yang basah dan tak ada satu pun yang kering melainkan semua tertulis di lauh mahfudz, kitab yang nyata. “ (QS Al- An’am: 59)

Pembuktian dalam Al-quran bahawa tiada sesuatu yang baru di dunia ini, semua sudah ditulis di Lauh Mahfudz. Kita ini hanya melakonkan semula watak-watak untuk sudahkan jalan cerita hidup masing-masing sahaja. Pengarahnya sudah tentu Maha Pencipta kita..inilah yang di katakan dalam Rukun Iman kita iaitu PERCAYA KEPADA QADA' DAN QADAR.

Kalau kita melakukan sesuatu, orang ada atau orang tidak ada, sama saja, Allah pasti ADA.
Apakah orang lihat (apa yang kita lakukan) atau orang tidak lihat, tidak apa- apa kerana Allah pasti LIHAT.
Begitu juga orang mau memuji atau tidak memuji, tidak ada urusan buat kita, yang penting Allah REDHA.
Khoirunnas anfauhum linnas, perlukah kita dikagumi orang?
Tidak perlu, kerana yang penting kita lakukan saja yang terbaik sampai Allah kagum kepada kita.
Insya Allah, kalau orang sudah sibuk dengan Allah yang Maha Melihat, tidak perlu mencari cinta dan kekaguman orang.

Wallahu alam bishowab.

0 comments: