Metafizik

Kita Luar Biasa II

5:40 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Salam, boleh kita sambung tentang cerita KITA LUAR BIASA tadi?

Baik, hati sifu terdetik memuji kehebatan para pekerja di syarikat Buggati, iaitu jurutera, juruteknik dan pakar pakar yang menyumbang tenaga menghasilkan mesin itu. Hebat semua manusia-manusia itu. Ciptaan mereka amat luar biasa. Tetiba terdetik satu persoalan. Siapa sebenarnya yang luar biasa..?? Kereta itu ka, pembikin kereta itu ka, ataupun Pencipta pembikin kereta itu..?? Allah SWT sejak awal lagi telah memberitahu yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami telah mencipta manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya." 
(Surah At-Tin 95 : ayat 4)

Sifu ambil sikit apa yang diceritakan dalam kitab BAHRUL MAZI berkenaan dengan penciptaan Nabi Adam AS. Ketika malaikat memerhatikan keunikan ciptaan itu, semuanya memuji-muji keindahan dan kehebatannya. Bayangkan dengan kelembutan kasih sayang Allah (Ar-Rahman dan Ar-Rahim) Allah SWT yang meletakkan hiasan pada tubuh kita ini.

Allah Maha Besar mencipta hiasan paling halus dan penuh berseni bagi menaikkan seri pada tubuh kita.  Tidak cukup dengan kening, ditambah pula dengan bulu mata. Di setiap hujung jari, Tuhan letakkan kuku. Bayangkan kalau kita tidak berkuku..??

Allah SWT meletakkan Otak yang menguasai Akal di kepala, iaitu tempat tertinggi. Kemaluan yang merupakan manifestasi nafsu berada di bawah. Semua aturan Allah itu mempunyai HIKMAH dan SEBAB. Lihat pada biji mata yang tertutup dan terbuka. Bayangkan kasih sayang Allah SWT yang menyusun cantik mata di tempatnya. Sekiranya mata di bawah hidung, bibir di tengah wajah, dan hidung di bawah dagu bagaimana..?? cer jawab semua

Adakah kalian semua pernah mendengar istilah THE GOLDEN RATIO..?? Ia adalah angka nisbah 1 kepada 1.618. Para pengkaji telah menyiasat keunikan potret Mona Lisa yang dianggap begitu semulajadi dan seakan-akan bernyawa. Sungguhpun Mona Lisa dalam potret itu tidaklah begitu cantik, namun lukisan itu benar-benar membangkitkan RASA LUAR BIASA.  Harganya pun boleh tahan mencecah jutaan ringgit. Bagaimana pelukisnya, Leonardo Da Vinci menghasilkan Potret Agung ini..??

Para pengkaji telah menemui akan jawapannya, iaitu nisbah emas (Golden Ratio). Sesetengah pengkaji menyebutnya sebagai "NISBAH KETUHANAN"..Rupa-rupanya pelukis ini "meniru" ciptaan Tuhan. Apa yang unik sebenarnya pada ciptaan Allah SWT adalah semuanya berpaksikan pada angka nisbah 1.618. Kepanjangan daripada lutut ke pinggang, kedudukan siki pada lengan, dan nisbah panjang lengan kepada ketinggian semuanya Allah SWT cipta berdasarkan angka nisbah 1.618. Even APPLE LOGO pun mengikut nisbah 1.618.


Baik, sifu berikan contoh supaya mudah difahami. Katakanlah panjang wajah sifu ini adalah 15cm. Maka di manakah kedudukan terbaik pangkal bawah hidung sifu..?? Jawapannya adalah 9.3cm daripada dahi, iaitu 15cm dibahagi dengan angka nisbah 1.618.

Kepanjangan daripada pangkal bawah hidung hingga ke dagu adalah 5.7cm (15cm - 9.3cm). Apabila 9.3cm dibahagi dengan 5.7cm, jawapannya adalah 1.618 iaitu angka nisbah The Golden Ratio. (9.3 cm / 5.7 cm = 1.618)

Begitulah juga dengan ciptaan-ciptaan Allah yang lain. Nisbah panjang jari kepada panjang tangan, bukan sahaja manusia tetapi semua makhluk ciptaan Allah SWT, menggunakan resepi nisbah ketuhanan atau THE GOLDEN RATIO. Unik, bukan..?? Begitulah ketelitian Allah SWT terhadap kita. Ia melambangkan betapa agung dan hebatnya kasih sayangNya. Semua yang Dia jadikan itu bukan sahaja-sahaja dan sia-sia..Begitu juga dengan kepakaran, bakat dan potensi diri kita, bukan sahaja-sahaja Fitrah (pola-pola) itu dianugerahkan kepada kita semua, ada amanah yang kita perlu buat sebagai khalifah atau wakil Allah SWT di muka bumi ini.

Teman, kita semua hidup di dunia ini bukan sekadar hidup beragama, teTapi juga perlu hidup bertuhan. Manusia sering tertipu dengan hakikat diri ini. Merasakan diri ini beragama itu sudah baik, tetapi tanpa Mengenal Tuhan, ia membawa kepada tabiat haiwan yang merebut ganjaran. Relaxlah bro..Itu bukan sikap hamba tetapi sifat pekerja. Hamba Taat setiap saat. Pekerja pula hanya taat apabila mendapat "PINGAT" dan apabila tidak dapat, dia khianat.

MAN ARAFA NAFSAHU, FAQAD ARAFA RABBAHU
(Barangsiapa Mengenal Diri, Maka Mengenallah Allah akan DIA)

Surah 51 ayat 49,
"Aku ciptakan sesuatu itu berpasang-pasangan tiada lain tiada bukan untuk mengESAkan dan menTAUHIDkan Aku"

LAYARILAH KEHIDUPAN INI SECARA BERTUHAN. DARI SITU KITA AKAN SEDAR, PERJALANAN INI ADALAH DARIPADA TUHAN MENUJU TUHAN. Teman-teman semua, lapangkan fikiran dan kembalilah hidup bertuhan.

Diri kita ini senget, tidak sempurna, sebab itu bingung, pening dan sebagainya. Baik, sifu perlukan beberapa teman-teman di tribe ini, untuk sifu menggunakan RESEPI NISBAH KETUHANAN atau THE GOLDEN RATIO untuk selesaikan kekusutan diri, business itu dengan izin Allah.

Sebelum itu sifu rungkai dulu THE GOLDEN RATIO

1.618..79..7

916 - Nisbah Emas
189 - Kemuncak kejayaan manusia
719 - Kebajikan & kerahmatan
797 - Tarikan alam dan doa mustajab
7 - End of Attaraction

GOLDEN RATIO bumi adalah KAABAH
GOLDEN RATIO diri kita adalah HATI

0 comments: