Latest Posts
Showing posts with label Bilik Ilmu Tribe #769SAFT. Show all posts

Sujud : Menghilangkan stress tekanan jiwa


Sujud: Menghilangkan Stress Tekanan Jiwa.

Lakukan ini sebaik sahaja kalian membacanya.

NAMUN KETIKA SUJUD NANTI, TIDAK PERLU MENGINGATI APA YANG SIFU TULIS INI. 
Jangan terikat dengan text. Tidak perlu ikut satu persatu mengikut senarai di bawah. 

Lakukan dengan penuh kejiwaan dan benar-benar sujud kepada Allah SWT.:
1. Duduklah seperti duduk antara dua sujud.
2. Ingatkan kembali saat-saat saudara menerima sesuatu yang menggembirakan. Saat-saat kejayaan saudara. Saat-saat yang membuatkan saudara bahagia. Saat ini kerana masih diberikan iman. Saat ini kerana terus dikasihi oleh Allah SWT yang sentiasa memberikan kesedaran agar kita kembali kepadaNya.
3. Perlahan-lahan berterima kasihlah pada Allah SWT yang menjadikan siapa kita pada hari ini.
4. Teruslah berterima kasih pada Allah. Teruslah bersyukur kerana Allah menjadikan “inilah diriku saat ini yang masih menyedariNya. Yang masih diberikan keimanan untuk terus meyakiniNya”.
5. Terus tingkatkan kesedaran saudara kepada Allah dengan perlahan-lahan komunikasi dengan Allah. “Ya Allah terima kasih ya Allah kerana Engkau telah jadikan aku sepertimana sekarang ini ya Allah. Walaupun aku diuji olehMu ya Allah, syukur kepadaMu kerana Engkau masih memimpin aku terus menyedariMu ya Allah.
Ya Allah terima kasih ya Allah, banyak yang telah Engkau beri padaKu ya Allah. Tapi banyak perintahMu ya tidak terdaya untuk aku laksanakan dengan baik ya Allah.”
6. Kemudian beristighfarlah (dengan suara yang perlahan) memohon maaf pada Allah. Mohonlah maaf dengan bersungguh-sungguh.
7. Perlahan-lahan... SUJUDlah. Terima kasih pada Allah di dalam sujudmu. Rendahkanlah hatimu terhadap Tuhanmu. Sedarilah bahawa dirimu hanyalah hamba yang dijadikan atas kehendakNya. Pujilah Tuhanmu perlahan- lahan sebutkan...

Subhaana rabbiyal a’la wabiham dih (dengan benar memuji Allah iaitu maha suciMu ya Allah Yang Maha Tinggi).
Teruskan sujud dengan memuji Allah. Selagi dirimu tidak mampu menyedariNya, teruskan. Selagi diriMu tidak mampu menyedari kehambaan dirimu dan keTuhananNya... sujudlah.
Mohonlah maaf kepada Allah dalam sujudmu. Mohonlah kemaafaan dengan benar. Mohonlah kemaafan kepada Allah.. Tuhanmu.. bukan kawan-kawan.. bukan ibu ayah.. tetapi yang sedang kamu sujud ini adalah TUHANMU. Kemudian hanya di dalam hatimu, berterima kasih pada Allah.
Elakkan untuk memohon apa-apa pun. Sujud ini adalah untuk memuji, memohon maaf dan berterima kasih sahaja. Terus berterima kasih kepada Allah.
Berterima kasih walaupun Allah menguji dengan sesuatu yang kita anggap musibah namun hari ini kita memahami tanpa ujian itu, kita tidak akan jadi seperti kita hari ini.
Lakukan sujud sebegini selalu di dalam solat Fardu dan sunat.

Manfaat Sujud Sebegini
Di saat saudara di dalam jiwa difujurkan oleh Allah kerana tidak redha dengan apa yang berlaku SUJUDLAH.
Di saat saudara kecewa... SUJUDLAH.
Di saat saudara kesunyian.. SUJUDLAH.
Di saat saudara gelisah.. SUJUDLAH.
Di saat saudara geram.. SUJUDLAH.
Di saat saudara dengki dan benci.. SUJUDLAH.
Di saat saudara buntu, tidak mampu berfikir.. SUJUDLAH. Di saat saudara bahagia... SUJUDLAH
Di saat saudara menerima sesuatu rezeki.. SUJUDLAH
Di saat saudara disayangi dan dihargai.. SUJUDLAH
Di saat saudara rindukan Allah.. SUJUDLAH
Di saat saudara ingin kembali ke Allah.. SUJUDLAH
Di saat saudara menyedari Allah.. SUJUDLAH.

Otak yang sudah menyimpan sebuah pengalaman sujud yang benar pasti akan cepat mengaktifkan sebuah rasa syukur dan pasrah bersama kemaafan kepada Allah SWT.
Ilham dari Allah mewujudkan sebuah rasa dan mengaktifkan fikiran yang disimpan di otak. Gabungan fikiran ini akan diintegrasikan oleh akal yang mampu mengenal baik dan buruk. Integrasi fikiran yang dikendalikan oleh akal akan wujud sebuah fikiran yang baru. Fikiran yang baru akan disimpan di dalam otak bersama fikiran yang lepas. Proses ini terus berulangan.

Seandainya ilham fujur yang diterima, maka fikiran-fikiran negatif akan terjana. Sukar untuk kita membuangnya melainkan kita membina fikiran-fikiran positif.

Fikiran positif tidak mampu dijana dengan memaksa otak membinanya sendiri. Hanya jiwa yang diilhamkan dengan taqwa mampu membina fikiran positif. Ketika fikiran positif lebih banyak, sendirinya fikiran negatif akan hilang (neuron dalam otak kembali ke asal tidak bersambung membentuk fikiran negatif).

Ketika kita berterima kasih di dalam sujud dengan kerendahan hati serta menyedari kehambaan diri dan keTuhanan Allah SWT, fikiran menyimpan sebuah rasa keimanan dan sujud menjadi aktiviti pengaktifan fikiran ini.

Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada)... (Al Fath 48 : 4)

Apabila kita berhadapan dengan sesuatu ujian Allah SWT, SUJUD mampu mengaktifkan rasa dan fikiran yang pernah kita alami di dalam SUJUD kita sebelum ini.
Oleh itu, ketika mendirikan solat, lakukanlah SUJUD dengan benar dan saudara akan merasai betapa nikmatnya sujud kepada Allah SWT.
Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. (Al Baqarah 2 : 153)

Semoga bermanafaat. Manfaat akan dirasai ketika diri melakukan.

Muslim vs Syaitan


MUSLIM vs SYAITAN

Mudah-mudahan penjelasan mudah ini akan lebih meningkatkan iman kita.
Mari kita lihat rukun iman yang enam. 
1. Percaya kepada Allah
2. Percaya kepada malaikat
3. percaya kepada kitab
4. percaya kepada rasul
5. percaya kepada hari kiamat
6. percaya kepada ketentuan baik dan buruk yg Allah SWT tentukan. (Qada’ dan Qadar)

Baik, Mari kita sama-sama meneliti mengapa iblis/syaitan dilaknat oleh Allah SWT? 
Apakah dia tidak percaya Allah? 
Apakah dia tidak percaya malaikat? kitab? rasul dan hari kiamat?
Apakah salahnya syaitan ini?
Jika hendak dibandingkan dengan kita, syaitan awal2 lagi sudah berjumpa Allah SWT. Keyakinannya kepada Allah SWT tidak mampu kita lawan. Dia telah berada di syurga dan menikmati syurga. Dia memohon kepada Allah SWT setiap kali ingin melakukan sesuatu dengan penuh rendah hati kepada Allah SWT. Dia memanggil Allah SWT dengan penuh hormat dengan panggilan “Ya Rabb”.
Dia nak mendatangi kita dari pelbagai arah pun mendapat keizinan dari Allah SWT.
Syaitan juga telah berjumpa malaikat tinggal bersama-sama di syurga. (Rujuk (QS. Al-A’raf : 13).
Syaitan juga percaya kepada kitab Allah SWT kerana cuba menyesatkan manusia daripada kitabnya.
Syaitan juga percaya kepada rasul iaitu utusan Allah SWT. 
Syaitan itu telah berjumpa dengan semua rasul dan nabi Allah SWT berbanding dengan kita yang tidak pernah berjumpa dengan seorang pun dari mana-mana rasul dan nabi Allah SWT.
Syaitan juga percaya adanya hari akhirat. Sebab itu dia berdoa kepada Allah agar dipanjangkan umurnya sehingga hari akhir. Firman Allah, “Iblis menjawab: ‘Beri tangguhkanlah aku sampai waktu mereka dibangkitkan”. (QS. Al-A’raf : 14). 
Allah SWT memperkenankan permintaan syaitan ini (rujuk (QS.Al-A’raf: 15).

NAMUN yang satu inilah yang syaitan gagal beriman menyebabkan Allah SWT melaknatnya. Apakah dianya?
Ketika Allah SWT menjadikan Adam dan meminta malaikat dan syaitan sujud pada Adam, malaikat dan syaitan membantah. Lalu ditegur Allah SWT. Aku lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui. (Rujuk QS Al?Baqarah: Ayat 30)
Malaikat tersedar lalu sujud pada Adam. Namun syaitan tetap ingkar dengan memberi jawapan yang difirmankan Allah SWT di dalam QS Shaad: Ayat 76.
Nah! apakah bezanya syaitan dengan kita yang tidak menerima ketentuan Allah SWT? 

Setiap apa yang Allah SWT jadikan, lakukan adalah kehendak Allah SWT dan Allah SWT Maha Tahu apa yang Dia lakukan.
Lalu apakah kita ingin dilaknat Allah SWT seperti syaitan yang salahnya hanya satu iaitu tidak BERSERAH mengikut kehendak Allah SWT?
Jika kita bertanya lebih lanjut dengan soalan “Mengapa Allah SWT lakukan itu dan ini” jawapan yang mudah kita fahami, terserahlah kepada Allah SWT untuk Dia lakukan apa sahaja. Kerana semua apa yang ada di langit dan di bumi ini dan di antaranya termasuk diri kita, takdir kita adalah milik Allah SWT.
Allah nak beri kita sakit, nak hilangkan harta benda, nak beri kita kaya, senang, suka, sedih, gelisah, masalah anak, masalah suami isteri..... Dia yang Maha Hak ke atas diri kita. Kerana itulah jawapan Allah SWT, “Aku lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui”.
Namun In Sha Allah, jika kita berserah pada Allah SWT, jiwa sentiasa tenang kerana kita sedar semuanya adalah hak Allah SWT untuk berbuat apa sahaja. Jika kita ingin melawan sekali pun kehendak Allah SWT, kita pasti tidak mampu lakukan. Tetapi setiap apa yang Allah SWT lakukan, pastinya ada kebaikan dan bermanafaat.

Sekali lagi, sifu di sini ingin berpesan di kala kita bertanya mengapa Allah buat itu ini, jawapan menggunakan ayat pasar atau kampung....adalah “sukahati Allah SWT lah untuk lakukan apa pun kerana semuanya adalah milik Allah SWT”. Kerana apa sukahati Allah SWT lah? kerana Allah SWT Maha Mengetahui apa yang kita tidak ketahui.
Jadi setiap kali mengeluh, ingatlah “Sukahati Allah SWT lah untuk lakukan apa sahaja kerana Dia lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui” 
FULL STOP. Tiada tapi-tapi dan beralasan itu ini.
Jika kita masih beralasan itu dan ini, apakah bezanya kita dengan syaitan?
Yang perlu dimohonkan adalah “ajarikan aku ya Allah” agar kita mengetahui apa yang kita tidak ketahui.
Semoga penerangan ringkas ini mampu menyedarkan kita serta meningkatkan keimanan kita sehingga mampu berserah total 100% kepada Allah SWT

Allahumma...Ameen

Qul kullum min indillah


QUL KULLUM MIN INDILLAH

Dia begini, Dalam hidup kita ini, kita sentiasa berubah.

Kalau dulu kita kanak-kanak yang lurus bendul, kita kita seorang dewasa yang mengurus.
Kalau dulu ketika kecil mungkin lain cita-cita dan citarasa. Berlainan pula impian dan angan-angan.
Ada yang memang dikurniakan Tuhan setiap apa yang diinginkan. Berapa ramai pula yang syahid awal dan tersungkur dalam perjalanan.

Walau apapun cita-citamu, impian, azam dan kehendakMu.
Ingatlah setiap yang kita peroelehi itu - baik yang sebelum, sekarang dan akan datang
semuanya adalah milik Tuhan. Semuanya kerja Tuhan. Usah kita kusutkan dan lalai dengan khayalan sibuk buat kerja Tuhan menilai here and there. 
Demikianlah apa yang tidak kita dapatkan, Tuhanlah yang merancang, Tuhanlah yang mengatur, Tuhanlah yang merancang itu.

"QUL KULLUM MIN INDILLAH"(Katakanlah setiap perkara adalah dari sisi Allah)
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu (rujuk Surah 2 ayat 216)
Daripada RASA BENCI itulah utk perbaiki keadaan dengan DEKAT KEPADA ALLAH, yang sebelum ini JAUH HANYUT LALAI LUPA DIRI entah kemana
BARANGSIAPA PANDANG BALA HILANG NIKMAT
BARANGSIAPA PANDANG NIKMAT HILANGLAH SEGALA BALA

Demikianlah kisahnya,
Apa yang kita dapat, bersyukurlah. Apa yang kita terlepas, bersabar dan redhalah

TUHAN NANTINYA TIDAK BERMINAT DENGAN END RESULT. TAPI USAHA, AMALAN DAN ISTIQMAH
ITULAH KAYU PENGUKURNYA. ITULAH PERTIMBANGANNYA..OLEH ITU JANGAN BERHENTI SETIAP USAHA, DOA, TAWAKKAL.

SUPAYA ALLAH MENGURNIAKAN YANG TERBAIK BAGI KITA SEMUA. ALLAHUMMA AMEEN.

Faham faham..

Bagaimana Nabi Muhammad saw hadapi lapar


BAGAIMANA NABI MUHAMMAD SAW HADAPI LAPAR

Allah uji nabi dengan lapar, bila nabi lapar nabi cari makanan. Itu satu sunnah
Nabi SAW tanya pada Aisyah, "Wahai Aishah, ada tak makanan". Aishah kata "Ya Rasulullah, ada". 
Maka Rasulullah saw pun makan dan sebelum kenyang baginda berhenti dan dia akan baca.. "Segala puji bagi Allah, Dialah yang telah bagi kenyang dan Dia telah bagi nikmat atas kami dan Dia bagi kelebihan..."

Bukan makanan itu bagi kenyang, nikmat kelazatan, kelebihan, Allah yang bagi kelebihan itu. 

"Segala Puji bagi Allah yang telah bagi kami makan..."
1. Yang bawa makan/hadiah ialah sahabat, tapi nabi akan kata Allah yang bagi makan
2. Hakikatnya Allah yang bagi makan
3. Hari-hari nabi bagi makan, hari hari nabi isbatkan Allah
4. Inilah AGAMA yang ditunjukkan oleh Nabi saw
5. Barulah amalan agama ada nilai
6. Maksudnya kita dihantar ke dunia ini untuk sempurnakan agama dan hasilnya di Hari Pembalasan kelak
7. Untuk selamatkan Iman kita hendaklah sentiasa cakap walaupun seorang seorang macam nabi kata Allah bagi kenyang. Itulah dipanggil Zikir..Zikir itu Ingat..
8. Allah jadikan makan, lapar, kenyang, sakit, sihat, semuanya untuk agama.

Boleh rujuk Surah 26 ayat 80, firman Allah ada berbunyi begini
"Dan apabila Aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku."

Apakah maksud asbab?


APAKAH MAKSUD ASBAB?

Allah telah jadikan dunia ini dengan asbab
kita nampak ada asbab
Bila kita nak panas sesuatu kena ada api
Bila kita nak sejuk ambil air @ ais
Yang jadikan asbab panas & sejuk itu ialah Allah SWT
Allah jadikan asbab untuk uji Iman kita sama ada kita YAKIN pada asbab itu ataupun YAKIN pada yang menjadikan asbab itu
Allah nak kita NAFI apa yang kita nampak (asbab) dan YAKIN HANYA ALLAH SWT sahaja yang berkuasa
itulah maksud "LAILAHAILLALLAH"
Kalau kita tidak yakin dengan kuasa Allah, ini akan menyebabkan kita SYIRIK DARI SEGI KEYAKINAN HATI

Itulah maksud dunia ini dicipta oleh Allah SWT, untuk kita nafi bukan api yang panas, tetapi Allah yang kasi panas.

Kenapa Allah melarang kita tidur selepas subuh


KENAPA ALLAH MELARANG KITA TIDUR SELEPAS SUBUH

Pada sesiapa yang suka tidur selepas subuh minta tolong baca & hadam ya...
dan pada sesiapa suka tidur selepas subuh dan kemudian bangun dan solat dhuha pun tolong baca & hadam ya....agak sentap sikit dan untuk muhasabah diri kita bersama... 
In Sya Allah takder ruginya

Tidur selepas subuh bagi pandangan orang soleh...sifu nak share sedikit sharing hasil berguru dan menimba ilmu dengan orang Soleh dalam proses pencarian diri yang sebenar benar dirinya..

Hatinya itu terlekat ilmu Basyirah yang sangat tinggi iaitu ilmu firasat yang sangat kuat. Jadi sesiapa yang dekat kepadanya hati hati. Apa yang terlintas di hati dan fikiran pastikan niatkan perkara yang baik...setiap kali nak berjumpa dan berdepan dengan beliau, sifu akan pastikan sifu perbetulkan niat, adab aku, tingkah laku.

Sifu nak share, pada 1st time sifu naik ke terataknya untuk menimba ilmu, tetiba tak sempat duduk lagi, sifu kena sound macam nie, "Kau jangan Naik atas Rumahku Setan, Kau jangan ganggu majlis ilmu Aku ini."
Bayangkan korang nak masuk kelas MSP belajar, tetiba sifu sound macam tu, macam mana kag gamaknya, air muka tu  kejap putih kejap hijau lah jadinya..terpingga-pinga sifu turun dalam kepeningan sambil diperhatikan oleh sahabat-sahabat yang lain...Esok In Sya Allah sifu share tentang kenapa sifu dipanggil "Setan", yang berakhir dengan sifu dapat ilmu mengenal setan tu. Hari ini sifu share KENAPA AGAMA MELARANG KITA TIDUR SELEPAS SUBUH...

Nak dengar tak untuk Santapan Rohani di awal pagi nie..??

Pada suatu hari sifu diberi peluang untuk bertanya, sifu kan No.4, pasti banyak usul dan pertanyaan kann..selagi boleh usul kita usul habis habisan..ini namanya ILMU USULLUDDIN...

Soalan sifu begini,

"Ayoh, macam mana nak buat supaya tak tidur selepas subuh?"
Dia menjawab macam nie..

"Kau belajar mana tu yang kata wujud istilah tidur selepas subuh, pada Aku TAK WUJUD"..

ohhh,"Jadi Ayoh, apa hukum tidur selepas subuh itu..??

"Kau nak Aku jawab dalam mazhab kau atau dalam mazhab Aku?"..Dia mengatakan lagi

Maka, sifu mula berbisik dalam hati,"Sudah, ada banyak mazhab ke dia nie, betui ka tak Ayoh nie?"

jangan kau menyatakan perkara yang kau tak boleh sorokkan dengan aku.

"Astaghfirullah, dia membaca lintasa hati aku rupanya..."

"Maaf ya Ayoh"

sifu cakap dekat dia

"dua dua mazhab pun takpa Ayoh"

Dia kata, kalau kau dengan cara hidup Kau, cara amalan Kau, mazhab dan fahaman kau, kau teruskanlah tidur selepas subuh dan JADILAH KAU SEPERTI ANJING MATI.

Sifu rasa sentap sangat macam tu dan nak menangis dibuatnya.

Tapi kalau dalam mazhab aku, cara amalan Aku, fahaman Aku, orang yang begini yang suka tidur selepas subuh macam ini dia jatuh "KUFUR NIKMAT"..

Sifu senyap tak terkata apa-apa, tapi otak masih ligat nak cari akan jawapan kenapa begitu...

"Kenapa Ayoh"

Dia menjawab, begini orang macam ini SOMBONG DAN KURANG AJAR DENGAN TUHAN...Dia berlagak depan Tuhan..Dia menolak pemberian Tuhan..Bagaimana kurang ajarnya dia boleh tidur sedangkan Allah itu menurunkan rezeki, rahmatnya setiap pagi selepas terbit fajar, dia boleh tidur. Berlagak macam kalau kau seorang jutawan.

Bawa duit yang berjuta-juta berjumpa dengan seorang miskin papa kedana setiap hari. Tetapi apa yang dilakukan oleh fakir tadi kepada Kau..?? Dia tidur dan buat bodoh dan tak layan kau serta tak pedulikan langsung duit kau padahal dia tu miskin dan fakir. 

Jadi apa yang berada dan bermain dalam fikiran Kau..?? Mesti kau akan kata macam nie kan "Kurang ajar, dah lah miskin, tak sedar diri miskin nak mampus, sombong pula tu"...MAKA BEGITULAH JUGA PANDANGAN ALLAH TERHADAP DIRI KAU JUGA

Sifu tersentap dan tak terkata apa apa

Dia berkata lagi,

"Orang yang tidur selepas subuh ini dan lepas tu bangun, ada hati nak buat Dhuha. Allahuakbar. Orang macam ni lagilah muka tembok tak malu depan Tuhan. Tadi dia tolak pemberian Allah. Sekarang mau tarik semula rezeki dan rahmat Allah. Apa kau ingat, Tuhan tu macam Tok Nenek kau, ikut suka hati mak bapak kau sahaja. Sesungguhnya manusia itu jahil. Sepatutnya orang begini perlu bertaubat dulu sebelum nak buat Solat dhuha"..

Allahuakbar.

Bila kita duduk dengan orang yang setiap hela nafasnya, setiap saat takutkan Allah, baru kita sedar sebenarnya macam mana amalan kita selama ini. Usah berlagak warak, alim dan berilmu sangat kita ini. Betapa hinanya kita selama ini. Sifu selalu share di sini kan sebelum ini apa beda ILMU SYARIAT vs ILMU HAKIKAT.

ILMU SYARIAT/ILMU FEKAH menentukan amalan kita SAH ATAU BATAL
ILMU HAKIKAT/ILMU TAUHID menentukan amalan kita DITERIMA ATAU TAK OLEH ALLAH

Jauh sangat beza ilmu antara keduanya. Jauh sangat beza nak banding amalan kita yang tak tahu Allah terima ka tak. Tapi hidup setiap hari macam bagus tak rasa banyak dosa, siap boleh jatuh hukum lagi orang itu khurafat, syirik, beriman atau tak dan sebagainya kan....Allahu....

Kita ini hakikatnya banyak dosa, bukan setakat banyak dosa malah bermandikan dosa.

Dia kata lagi,

"Orang yang riak kalau bertaubat Tuhan ampunkan. Kalau orang yang SOMBONG apa kau rasa Allah nak ampunkan sedangkan itu adalah sifat Iblis? Allahuakbar

Bayangkan, sifu baru bertanya tentang tidur selepas subuh je dah rasa macam nak ke neraka..Belum tanya hal lain lagi..

Dia berkata lagi,

"Ramai orang muda kata perlu tidur selepas subuh sebab tak cukup tidur malam tadi sebab main futsal lah, jalan-jalan lah dan apa kau tak pernah fikir siang dan malam itu sunnatullah?"

"Allah dah kata dalam Al quran, siang aku jadikan untuk kau bekerja, malam untuk kau berehat. 
(Boleh Rujuk Tafsir Al quran Surah Al mukmin Ayat 61, Surah Yunus Ayat 67, Surah Al-An'am ayat 96)

Kalau sunnatullah pun kau main langgar ikut suka hati mak bapak kau, kau ubah ikut kepala hotak kau sendiri, kau berlagak macam kau itu Tuhan, yang kau sibuk nak buat kerja Tuhan itu nape..sebab itulah hidup kau tu tunggang langgang.. kenapa setiap solat 5 waktu itu pun ada sebabnya. Kalau kau kerja siang dan malam tak kenal rumah, itu langgar sunnatullah namanya..bila kau langgar sunnatullah semuanya jadi debu-debu berterbangan sahaja...kau tak dapat apa-apa pun, penat dan lelah jer kau dapat.

Kau ingat Kau Siapa..?? Nak Ubah Sunnatullah..??
Kau ingat Kau Tuhan ka..?? Kau jangan cabar hukum Tuhan..??
Teruk nanti Tuhan kerjakan Kau, nak RASA buatlah..??

"Allahuakbar, di situ juga menangis sifu terasa mcm Tuhan sergah. Jauhnya beza pemikiran kita dengan orang yang takut dengan Allah. Orang yang dekat dengan Allah. Hidup kita ini memang kena berpandukan Al quran dan hadis. BERUBAHLAH, BELI MASA KAMU DENGAN KEJAYAAN, AGAR KAMU ADA MASA UTK MENCARI ILMU ILMU SEBEGINI..Tapi carilah orang yang boleh memperjelaskan lagi apa yang ada dalam Al quran dan hadis itu. Bukan setakat baca apa yang tersurat, tapi apa yang tersiratnya..Bukan sekadar baca kulitnya, tapi cari isinya.

Janganlah asyik meminta dalil here and there, orang itu orang ini dan memproses dengan kepala sendiri. Ada orang bawa Al quran ke hulu ke hilir. Tak salah, tapi carilah panduannya dengan baik supaya tidak tersalah tafsir hukum ikut nafsu.

Sentap beb...sifu RASA macam potong bawang halus-halus..tapi benar setelah sifu mula dapat ilmu ini, sifu mula sedar fakirnya dan kurang ajar kita ini jika kita tidur selepas subuh..lantaran sebab itulah SOP buku 555 itu ada disediakan baca Surah Al waqiah dan Surah Ar Rahman dan Solat Dhuha setiap hari, dan dirasakan rezeki itu melimpah ruah datangnya dari pelbagai bentuk. Jiwa yang tenang pun rezeki, Bahagia pun rezeki tak semestinya rezeki itu dalam bentuk dollar and cent sahaja.

Ya Allah...Murahnya rezeki Mu jika kita tidak tidur selepas subuh.

MAHU LAGI TIDUR SELEPAS SUBUH..?? Peringatan diri sendiri yang fakir ini dan buat semua.

Beginilah bagaimana sifu selusuri ilmu mencari dan mengenal diri yang sebenar benar dirinya..ilmu datangnya sentap bagai, tapi takpa sampai hujung nyawa ingat, seumpama difotostat dalam minda dan jiwa dah.

Wallahualam...semoga bermanfaat...belajar sesuatu pagi ini untuk santapan rohani..Moh kita santap jasmani pula...jumpa lagi ya..

Keajaiban solat dhuha 12 rakaat


Bismillah....

KEAJAIBAN SOLAT DHUHA 12 RAKAAT

Sebelum kita teruja nak berusaha solat Dhuha 12 rakaat, Sifu ingin kita #throwback hadis Nabi SAW,

“Di pagi hari seluruh persendian kalian diharuskan bersedekah. Setiap bacaan tasbih (Subhanallah) adalah sedekah, setiap bacaan tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap bacaan tahlil (Laa ilaha illallah) adalah sedekah, dan setiap bacaan takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah. Amar ma’ruf dan nahi mungkar juga sedekah.

Dan seluruhnya dapat digantikan dengan melaksanakan 2 raka’at shalat Dhuha...” (HR Muslim: 720)

Andai baca hadis di atas, solat Dhuha adalah ibarat hutang badan kita kepada Allah. 

Syukur 

Sedikit sekali hamba-Nya yang bersyukur. Sudah terlalu banyak nikmat yang Allah beri kepada kita dan tiada nikmat yang patut kita dustakan. Andai kita solat sunat Syukur 100 rakaat atau solat Dhuha 100 rakaat pun belum cukup untuk membalas kebaikan Tuhan kepada kita. 

Oleh sebab itu ada hadis kata, apabila anak adam solat 4 rakaat di pagi hari, Allah akan cukupkan. 

Daripada view yang lain, saat kita sedekahkan tubuh kita untuk Allah di pagi hari = refleksi syukur kepada Dia. Dia sudah berjanji, apabila kita bersyukur, Dia akan tambah lagi nikmat. 

Maka, tidak hairan ketika solat Dhuha 12 rakaat, Tuhan akan tambah nikmat. Saya berpesan dengan diri, buat kerana Allah, buat kerana rasa syukur kepada Allah, balasannya terserah kepada Allah nak bagi apa. Dapat sedikit pun syukur, dapat banyak pun bersyukur.

Daripada banyak kisah sedekah yang menjadi, pasti ada antaranya yang tidak terjadi yang termasuk dalam kategori bertangguh atau elak bala. 

Saat menjadi, pasti ada antara hamba-Nya yang mula persoalan keadilan Tuhan,

"Kenapa aku buat tak jadi?"

Oleh sebab itu, saya pesan buat kerana Allah semata. Bulat dan tekad kerana Allah. 

1/0 = infiniti

1/1 = 1

Saat kita buat bulat kerana Allah, insya-Allah balasan-Nya tidak disangka-sangka. Surprise & Speechless.!!!

Saat kita bulat kerana sesuatu selain Allah, balasan-Nya terhad ( 1 )

Perbaharui niat - buat kerana Allah. Buat kerana rasa syukur dengan sedekah tubuh kita untuk Dia.

Perdagangan yang tidak rugi - surah Faathir ayat 29 iaitu baca Al Quran, solat dan sedekah. 

Kisah Keajaiban 12 Rakaat Dhuha 

Cuba untuk istiqomah duha 12 rakaat. Dah 1 minggu buat. Kesannya memang lain macam. Rasa macam tak keje. Tapi buat duit, banyak dapat ilmu baru dan dapat sparring partner.

Dhuha 12 rakaat ni tarik rezeki yang jauh datang dekat.
Rupanya rezeki itu mudah. Berjalanlah kepada ar Razaq. Nescaya rahmatnya datang berlari kepadamu.

Panduan solat Dhuha 12 Rakaat 

Ini mungkin membantu anda untuk buat Duha 12 rakaat.

#1. Kelebihan
Pengalaman sifu 12 rakaat Duha memang super power. Memang dapat feel rezeki datang mengejar kita. Takkan dapat rasa kalau tak buat! Confident dalam buat apa perkara. Dapat ilmu baru dengan pantas dan In Sha Allah dapat partner yang tepat.

#2 Cara buat
- Seawal pagi kira-kira 100 minit selepas masuknya waktu subuh atau 15 minit selepas syuruk atau saat anda lihat matahari pagi sedang menyala masuk ke celah-celah ruang rumah. Biasa ambil masa dalam 15 minit. Tak lama mana pun. Kalau kita boleh layan wasap sampai 1,2 jam takkan 15 minit untuk tarik rezeki kita tak bole buat. Kan? (Nak buat 2 rakaat tak masalah tapi feel dia tak sama langsung dengan 12 rakaat + awal pagi)
.
- Rakaat pertama surah Ad Duha dan rakaat kedua surah Al Asr 
.
Rakaat ketiga sampai rakaat ke 12 baca surah Al Fiil menurun sampai ke An Nas. Saya buat begini supaya saya tidak lupa bilangan rakaat yang saya buat (saya juga insan yg lalai dalam solat)

Sujud akhir (rakaat ke 12) saya baca Ya Wahab 40x (rujukan daripada kitab Hisni Hasin) fadhilatnya Allah akan beri rezeki dari sumber yang tak disangka-sangka.

Habis solat saya istighfar 3x dan baca Ya Basit 10x kemudian sapukan pada wajah (juga rujukan kitab Hisni Hasin) dan disambung dengan doa solat Duha.

#3 Doa saya
In Sha Allah ini perkongsian saya. Mudah-mudah anda yang membaca dapat amal dan sampaikan. Saya akan doakan anda dalam Duha saya menjadi orang yang penuh keberkatan, kekayaan, kejayaan, kesihatan dan kebaikan.

Hutang Dhuha


Assalamu'alaikum WaRahmatullah...
Sedikit Ilmu untuk dikongsi malam ni sebagai ulangkaji dan sebagai renungan. Semoga ada manfaat nya...In Shaa Allah. Ada tak sama sepertimana yang kita perjuangkan di Akadem ini.

HUTANG DHUHA
Maaf panjang sikit tapi jangan tak baca... RUGI
Baca sampai habis tau.

Satu ilmu yang saya baru tahu yang  saya rasa terpanggil untuk berkongsi  dengan anda adalah ilmu tentang solat dhuha.

Seorang Ustaz dari Indonesia yang bernama Ustaz Yusuf Mansur sangat memperjuangkan dan membudayakan kelebihan dan manfaat melakukan solat dhuha dan sedekah di negaranya. 

Didalam bukunya bertajuk “Undang saja Allah; Belajar Syukur, Belajar Yakin” beliau memperkenalkan konsep “Hutang 2 Rakaat Dhuha”. 

Di dalam buku tersebut beliau membahaskan konsep bahawa kita sudah terlalu banyak berhutang dengan Allah sebenarnya.

Kerana kita terlupa untuk “membayar” bayaran kerana kita memakai mata, tangan, kaki, jantung serta organ kita yang lain kepada Allah. 

Oleh kerana Allah tahu bahawa kita tidak akan mampu membayar semua nikmat tersebut menggunakan wang, oleh itu Dia dengan kasih sayangnya mensyaratkan bahawa solat sunat dhuha 2 rakaat sebagai bayarannya.

Seperti yang tercatat di satu hadis   
“Pada setiap manusia terdapat tiga ratus empat puluh sendi. Setiap satu sendi harus disedekahi olehnya. Para sahabat bertanya, ‘siapakah yang sanggup melakukannya wahai Rasulullah?  Rasulullah bersabda, jika terdapat kotoran dimasjid, tutuplah dengan tanah (buang dan bersihkan), dan jika ada sesuatu yang merintangi jalanan, jauhkanlah. Jika engkau tidak sanggup melakukannya maka solat dhuha dua rakaat sebagai gantinya bagimu”(HR. Imam Ahmad)

Dan menurut riwayat yang lain, “Setiap pagi semua anggota badan masing-masing dari kalian wajib disedekahi. Setiap kali tasbih adalah sedekah.

Setiap kali tahmid adalah sedekah. Setiap kali tahlil adalah sedekah. Setiap kali takbir adalah sedekah. Amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah sedekah. Semuanya terpenuhi dengan dua rakaat solat dhuha.” ( HR. Muslim ).

Melalui hadis di atas, semakin jelas kepada kita bahawa kita sudah banyak berhutang kepada Allah selama ini rupanya. Ada di antara kita yang berumur 20, 30 malah mungkin 50 tahun, akan tetapi baru tahu akan hal ini. 

Kita baru tahu yang kita sedang berhutang sebenarnya. Bahkan ini baru hutang dhuha, belum lagi dikira hutang solat wajib, hutang zakat, juga hutang yang lain-lainnya.  Pasti sangat banyak kiraannya.

Jika setahun kita berhutang dhuha 2 rakaat, jika dikira agak –agak berapa rakaat yang perlu kita bayar?  Jika setiap tahun mengandungi 365 hari di darab dengan 2 rakaat dhuha yang ditinggalkan, jumlah hutang  dhuha kita pada Allah  setahun adalah 730 rakaat. Maka jika 10 tahun adalah 7300. Masha Allah.

Bagaimana pula jika 20 atau 30 tahun? Sungguh banyaklah bukan?.
Persoalannya disini, adakah betul kita harus membayar hutang hutang tersebut? Jika ya, bagaimanakah cara mahu membuatnya?.

Untuk menjawab persoalan tersebut, saya ingin berkongsi apa yang diceritakan ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut tentang hal ini.

Seorang pekerja kerajaan telah datang bertemunya selepas beliau menyampaikan satu ceramah dan pekerja tersebut menceritakan bahawa dia terkena satu musibah.

Wang tabungan yang sudah dikumpul selama setahun telah hilang kerana dicuri. Agak banyak jumlahnya. Dia sangat tertekan dengan hal tersebut dan pergi menemui Ustaz Yusuf Mansur.Ustaz dengan pantas bertanya, “Ada mengamalkan solat dhuha tak selama ini?” kemudian pekerja itu menjawab bahawa dia tidak atau kalau lakukan pun agak jarang sekali. Kemudian secara langsung ustaz menjawab, “Patutlah Allah mengambil (melalui pencuri) duit tersebut, diambil Allah wang tersebut untuk “bayar” hutang rupanya”. Begitu juga kalau berbisnes atau berniaga, setelah sekian lama berniaga, namun kita masih tak dapat membuat simpanan, itu mungkin kerana kita tidak berdhuha selama ini.

Berbalik kepada persoalan bagaimanakah kita ingin membayar hutang-hutang dhuha kita itu, adakah kita perlu bersolat sunat dhuha tanpa henti supaya hutang-hutang kita terbayar?

Adakah kita perlu bersedekah supaya hutang kita itu dilunasi?. 
Anda rasa bagaimana? Mengikut cadangan Ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut dia ada berkongsi sedikit tips dan cara bagaimana kita boleh membayar hutang-hutang Dhuha kita.

Seseorang bernama Saifullah telah menghantar satu sms kepada ustaz :

“Ustaz, saya baru terbaca tentang hutang dhuha di program Dhuha Coffee ustaz. Saya termasuk orang yang mempunyai hutang dhuha dengan Allah. Saya kini berumur 34 tahun 2 bulan. Ertinya jika saya akil baligh umur 10 tahun, saya sudah berhutang 24 tahun. Dalam sekitar 8,760 hari itu saya berhutang 17,520 rakaat. Mungkin ini sebabnya saya merasakan hidup saya kurang diberkati. Sekarang bagaimanakah saya mahu melunasinya? Wassalam”

Antara tips ustaz yang sangat menarik dan relevan untuk diaplikasikan adalah melalui menyeru orang lain juga untuk berdhuha. Ya, ceritakan juga akan konsep hutang dhuha ini kepada sebanyak mungkin orang yang anda kenal. Dengan cara ini sahajalah hutang-hutang anda mampu dilunasi kerana setiap kali orang lain berbuat kebaikan yang mereka dapat inspirasi melalui anda, secara langsung anda akan mendapat pahala. Kebaikan dan amalan yang mereka lakukan secara langsung akan menjadi saham pahala anda juga. 

Namun, pasti akan ada yang bertanya, “Tetapi bukan semua pandai untuk menceritakan perkara-perkara sebegini kepada orang lain”. Pasti akan terdetik di fikiran, sesetengah antara kalian.  

Jika anda tidak mampu menceritakan akan tentang konsep hutang dhuha, apa kata anda mulai dengan mengajak orang berdhuha mengikut keadaan dan tahap yang anda selesa.

Jika anda ada Blog atau Facebook, WhatsApp, Telegram, Wechat dan sebagainya, cuba menggalakkan orang lain supaya berdhuha. 

Jika anda sebagai ketua jabatan, sediakan masa 10 minit sebelum memulakan kerja dan mengajak pekerja bawahan anda melakukan solat sunat Dhuha. 

Jika anda seorang pengacara Radio atau Televisyen, selitkan manfaat dan kelebihan Dhuha didalam percakapan anda. Jika anda seorang pemimpin, nasihatilah dan berikan motivasi tentang kelebihan berdhuha kepada rakyat anda. Jika anda guru atau pensyarah, sediakan waktu untuk mengajak pelajar–pelajar anda berdhuha disetiap pagi. Namun, jangan hanya menyuruh, ceritakan juga kepada mereka kelebihan melakukan solat dhuha. Supaya mereka lagi bermotivasi.

Setiap di antara anda mampu membayar hutang tersebut jika anda berterusan menyeru dan memotivasikan akan orang disekeliling anda tentang kelebihan solat sunat dhuha.

Oleh kerana penulis juga merasakan bahawa diri penulis juga mempunyai banyak hutang dhuha, maka penulis rasa penting untuk berkongsi akan konsep ini.

Moga-moga jika antara kalian mengamalkan juga menyebarkan kepada orang ramai, harapnya akan terlunasi juga hutang dhuha.

Semoga amalan kita diterima sebagai amalan soleh.

Muamalat vs Berkat


Bismillah... Muamalat vs Berkat. 

Kita mesti hidup dalam berkat dan muamalat yang terbaik.
Sila check kenapa kita lambat berjaya dan Bisnes huru hara???

1. Hubungan kita dengan Allah Taala?
2. Hubungan kita dengan ibubapa, keluarga dan saudara mara?
3. Hubungan kita dengan masyarakat?
4. Ikhtiar kita mencari ilmu dan teknik daripada guru/mentor/coach?
5. Bagaimana dengan management kita?
6. Bagaimana dengan teknologi marketing kita?
7. Bagaimana dengan investment 5 star kita? Income Daily? Income Monthly? Income Moderate? Income Passive? Income Legacy?
8. Bagaimana sop dan plan pengstrukturan kita?
9. Bagaimana dengan inovasi kita? Jangan ciplak dan mesti original daripada idea sendiri.
10. Bagaimana pengurusan kewangan/pelaburan/aset kita?
11. Berapa ramai jaringan networking/silatturahim kita dalam setahun? 1000 orang? Kita mencipta database sendiri.
12. Apa cerita kualiti SERVIS kita?
13. Bagaimana dengan NBI kita?
14. Bagaimana dengan Branding kita?
15. Bagaimana ZAKAT dan sedekah kita?
16. Bagaimana dengan SIKAP dan AMANAH kita pada diri sendiri?
17. Bagaimana dengan MATLAMAT/IMPIAN kita?
18. Bagaimana kita mengurus masa dan Ibadah kita 24 jam sehari?
19. Bagaimana dengan Kemajuan BUKU 555 kita?

# kita boleh check satu persatu dan baiki dari masa ke semasa. Mungkin terlepas pandang sebab banyak sangat pandangan negatif kita. Siapa buat dia yang dapat. Semuanya Izin dan Rahmat Kasih Sayang Allah Taala.

Kalau nak capai 'greatness' dalam apa yang kita usahakan. Pastikan kita tidak abaikan 'G-Factor' dalam apa jua situasi kita.

GOD FACTOR

Solat awal waktu
Solat berjemaah
Baca al-Quran
Tahajjud
Sedekah

Itu semua kunci kepada greatness untuk jadi seorang leader ka, lawyer ka, master coordinator ka, businessman dan businesswoman ka dan apa pun yang diceburilah.

Faham faham

Kisah seorang sufi


KISAH SEORANG SUFI

Suatu hari si sufi mahu pergi ke suatu tempat. Untuk sampai ke destinasinya, beliau menumpang sebuah sampan.

Ada beberapa orang telah pun berada di dalam sampan yang hendak dia tumpang itu.

Kemudian naik seorang penumpang yang baru sampai. Kebetulan hamba Allah ini mengenali si sufi tersebut. Beliau pun terus bertanya kepada si sufi itu;

"Bagaimana doa tuan begitu makbul sekali"?

Si sufi tak menjawab soalan ini. Dia diam saja.

Pendayung sampan mula berkayuh membawa penumpang2nya. Dan ada yang telah turun bila telah sampai ke tempat yang dituju.

Akhirnya tinggallah tiga orang sahaja. Si sufi, hamba Allah itu dan pendayung sampan. 

Ketika itu sampan berada di tengah sungai dan sedang menuju keseberang.

Tiba2 si sufi dengan cepat menolak hamba Allah yang bertanya tadi ke dalam sungai.

Maka tenggelam timbullah hamba Allah itu kelemasan di tengah2 sungai tersebut.

Si sufi hanya melihat saja orang itu dah berapa banyak dah terminum air.

Si pendayung sampan sangat kasihan melihat hamba Allah itu terjerit-jerit dan melaung-laung meminta tolong.

Si pendayung sampan terjun ke dalam sungai dan dengan bersusah payah menaikkan orang itu ke dalam sampan semula.

Dengan tercungap-cungap menarik nafasnya beliau segera berkata kepada si sufi itu

"Kenapa tuan tolak saya"?

Jawab si sufi, "Itulah jawapan kepada soalan kau tadi"

"Tadi, ketika kau lemas, apa yang kau kata..?"

"Semasa saya lemas tadi, saya benar berharap kepada Allah, agar segera menyelamatkan saya. Mudah2an ada orang sudi menolong saya"

Kata si sufi , "Begitulah aku, apabila berdoa, aku benar2 berharap kepada pertolongan Allah..

Untuk makbul doa, hendaklah benar2 berharap dengan sepenuh harapan agar Allah terima doa...

Ketika kau lemas dan berdoa sepenuh hati kau, maka doa kau telah pun diterima...

Rezeki kurma busuk


REZEKI KURMA BUSUK

Jika tiba-tiba rasa 'down' sekejap dengan bisnes, saya selalu akan ingat kembali akan Abdul Rahman bin Auf dengan kisah kurma busuknya. 

Kata Rasulullah saw, Abdul Rahman bin Auf r.a akan masuk surga akhir sekali kerana terlalu kaya. 
Ini kerana orang yang paling kaya akan dihisab paling lama. 

Maka mendengarkan ini, Abdul Rahman bin Auf r.a pun ligat kepala otaknya berfikir, bagaimana agar boleh jadi miskin balik supaya dapat masuk syurga awal. 

Selepas Perang Tabuk, kurma di Madinah yang ditinggalkan sahabat menjadi busuk. Lalu harganya jatuh. Abdul Rahman bin Auf r.a pun menjual semua hartanya, kemudian memborong semua kurma busuk milik sahabat r.hum tadi  dengan harga kurma bagus. 

Kesemuanya bersyukur..Alhamdulillah..kurma yang dikhuatiri tidak laku, tiba-tiba laku keras! Diborong semuanya oleh Abdul Rahman bin Auf. 

Sahabat gembira. 
Abdul Rahman bin Auf r.a pun gembira. 
Semua happy!

Sahabat lain gembira sebab ada sales.
Abdul Rahman bin Auf r.a pula gembira sebab...
jatuh miskin! 

MasyaAllah..hebat kan? 
Cuba kalau kita? 
Bisnes goyang sikit, pakat teriak tak tentu arah dah. 

Abdul Rahman bin Auf r.a berasa sangat lega, sebab tahu akan bakal masuk surga dulu.
Ye lah, sebab sudah miskin. 

Namun.. Subhanallah..perancangan Allah itu memang paling terbaik. 
Tiba-tiba, datang utusan dari Yaman membawa berita, Raja Yaman mencari kurma busuk. 

Rupa-rupanya, di Yaman sedang berjangkit wabak penyakit menular, dan ubat yang boleh menyembuhkannya adalah KURMA BUSUK!

Utusan Raja Yaman berniat memborong semua kurma Abdul Rahman bin Auf r.a dengan harga 10 kali ganda harga kurma biasa. 

Allahuakbar..

Jadi..yang beri rezeki itu datangnya dari kurma yang bagus atau kurma yang busuk? 

ALLAH swt lah yang Memberi Rezeki. 

Ibrah dari kisah ini sangat special buat saya sebab ia buat saya sangat YAKIN bahawa rezeki itu totally dari Allah. Bukan sebab bisnes kita itu sudah cukup bagus atau produk kita yang terbaik yang akan beri kita sales yang banyak. 

Kadang-kadang, KEYAKINAN dalam hati kita itu yang belum cukup kuat dan bulat...

We plan, 
but Allah has also planned everything for us. 
If something goes wrong, it went wrong for a good reason. 

Semoga kisah ini dapat menyuntik kembali semangat dalam diri sahabat yang sedang diuji perniagaannya..

Cara mengundang rezeki Allah


CARA MENGUNDANG REZEKI ALLAH 

- Ada yang mengetuk pintu langit dengan cara setiap pagi memberi 40 nasi bungkus untuk orang miskin. Rutin dia lakukan.

- Ada yang mengundang rezeki dengan cara mencium tangan ibunya lalu minta didoakan.

- Ada yang mengundang rezeki, setiap minggu dia mendatangi anak-anak yatim, mengusap kepala mereka, membelikan sesuatu untuk keperluan mereka sebagaimana diajarkan Nabi SAW.

- Ada yang mengundang rezeki, setiap pagi keluar ke tempat kerja dia rutin bersedekah kepada siapa saja.

- Ada yang mengundang rezeki, tiap malam jumaat dia membahagi makanan kepada orang² yang tidur di jalanan. Doanya tembus ke langit!

- Ada yang mengundang rezeki, setiap kali setelah solat subuh dia tidak tidur. Dia beristighfar 100 kali dan bertadarrus Al-quran hingga terbit fajar, lalu menatap langit langsung dan mengangkat tangan. Doanya tembus langsung kepada Tuhannya.

- Ada yang mengundang rezeki, setiap Jumaat profit hasil jualannya 100% disedekahkan.  

- Ada yang mengundang rezeki, tiap bulan 20% dari total pendapatannya disedekahkan. Dia yakin Tuhan-nya MAHA KAYA.

- Ada yang mengundang rezeki, seminggu sekali tengah malam didatangi rumah orang miskin. Dia angkat/pikul sendiri makanan untuk mereka.

- Ada yang mengundang rezeki, tiap Jumaat dia tidak mahu dibayar upah untuk khidmatnya yang diberikan ke orang lain. Tiap titik keringatnya penuh pahala.

- Ada yang mengundang rezeki dengan memperbaiki jadual solat 5 waktunya berjamaah di masjid dan Allah pun memudahkan segala urusannya.

- Ada yang mengundang rezeki, tiap pagi dia solat dhuha & berdoa, ketika orang lain sudah sibuk dia memilih menghadap langsung ke Penciptanya.

- Ada yang mengundang rezeki tiap 1/4 malam bangun solat tahajud berbisik pada bumi dan terdengar di langit. Allah redha, hidupnya pun berkat.

- Ada yg mengundang rezeki dengan cara menanam pkok agar semua makhluk bumi boleh menikmati oksigen.

Rezekimu bukan dari bossmu atau pelangganmu.
Tapi dari Allah swt.

Jemputlah rezeki datang dengan cara-cara yang Allah Redhai.