Latest Posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

al-fatihah...


Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi tadi akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Bangsar. Menurut salah seorang anggota Rabbani, Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, arwah jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program ‘Syahadah’ di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10 pagi tadi.

KERJA OH KERJA...isk..isk..isk..

Senario 1:
3,000 pencari kerja serbu Jabatan Pelajaran Kedah
Lebih 3,000 orang menyerbu Jabatan Pelajaran Negeri Kedah di Alor Star hari in untu menghadiri temuduga kerja.Ekoran itu, temuduga terbuka itu, yang sepatutnya diadakan sehari sahaja, dilanjutkan sehingga esok, (14 May 2009) lapor Bernama.Pengarah Pelajaran Kedah, Shahidan Abd Rahman berkata ia dilanjutkan kerana terlalu ramai yang menghadiri temuduga tersebut.Katanya, empat jenis jawatan ditawarkan termasuk guru siswazah kontrak, pegawai tadbir kontrak, penolong pegawai tadbir kontrak dan pembantu tadbir kontrak.

Senario 2:

Difahamkan, kira-kira 8,000 pencari kerja termasuk lepasan universiti, lepasan sekolah dan penganggur menghadiri temuduga terbuka Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada hari pertama bermula 12 Mei 2009 yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 18 (1), Putrajaya. Kebanyakan mereka datang seawal jam 5 pagi lagi.

Di antara jawatan yang ditawarkan ialah Pegawai Tadbir Kontrak, Penolong Pegawai Tadbir Kontrak dan Pembantu Tadbir Kontrak. Selain daripada itu, jawatan Guru Siswazah Kontrak turut ditawarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) di mana temuduga terbuka di negeri-negeri akan bermula pada 13 Mei 2009. Jawatan tersebut adalah jawatan kontrak selama 6 bulan yang ditawarkan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua.

isk...isk..isk...

KETAM LAMA.

Hari ini genap setahun
Perancangan, peralihan & pentadbiran
Ibarat anak-anak baru bertatih
Jatuh bangunnya pasti ada
Masih tidak stabil untuk menegakkan kakinya

Namun dunia dalam kotak fikiran
orang-orang yang sempit
Telah pun menghukumnya
Yang setahun inilah
Sibuk nak dicari kesalahannya
Sibuk nak dicanang ketidaksempurnaannya
Walau terkadang
Semuanya masih belum tentu benarnya
Walau acapkali
Kebenarannya disembunyikan oleh tukang karutnya...

Pernah atau tidak kejadian serupa
Berlaku pada yang tua
Pada yang sudah 51 tahun usianya
Apakah di setiap ulangtahunnya
Dicari, diselidiki dan dianalisa setiap inci kesalahannya
Dihebahkan kepalsuannya
Di'buletin utama'kan kelemahannya

Jika menurut adat Melayu
Yang muda dididik
Yang tua dihormati
Namun harus juga diteliti
Dari sudut agama
Yang tua itu belum tentu
suci dari dosa
Kadang-kadang yang muda
masih lepas dari noda
Walau banyak tangan-tangan yang cuba mengotorinya

Kalu nak jadi ketam
Jadilah ketam yang betul
Yang kembali pada fitrahnya
Mengajar anak-anak berjalan bukan di jalan yang lurus
Tapi kalau memang dah jadi ketam
Kenapa pula harus dipersalahkan
Bila anak-anak mengikut telunjuknya
Senget sentiasa...

Nasib Si Pembaling Kasut.

Muntadar ditahan oleh pihak berkuasa selepas kejadian membaling kasut. - AFP

PERBICARAAN kes wartawan Iraq, Muntadar Al-Zeidi yang menggemparkan dunia kerana tindakannya membaling kasutnya ke arah bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush, bermula dengan kawalan ketat pada Khamis lepas.

Muntadar mendapat sanjungan meluas terutamanya di dunia Arab apabila kasutnya nyaris-nyaris mengenai kepala Bush pada satu sidang media bersama-sama Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki, semasa lawatan perpisahan Bush ke Iraq sebelum meninggalkan White House. Walaupun tindakan Muntadar ini dilihat oleh AS dan Barat sebagai sesuatu yang salah dan menghina namun beliau telah dianggap sebagai wira oleh penduduk Iraq dan kebanyakan penduduk Islam dan dunia. Beliau telah dianggap hero bagi umat Islam dan mencatat sejarah yang tidak pernah dilakukan sebelum ini membaling sepasang kasut yang dipakainya terhadap Bush, seorang pemimpin besar dunia.

Muntadar bukanlah orang kenamaan atau pemimpin politik. Beliau hanyalah seorang wartawan Iraq yang ditugaskan membuat liputan sidang media Bush di Baghdad baru-baru ini. Muntadar ditugaskan untuk membuat berita tetapi yang berlaku adalah sebaliknya apabila beliau pula menjadi bahan berita dan disebarkan ke seluruh dunia. Dalam adat budaya Iraq, melempar kasut adalah satu penghinaan yang amat teruk. Maka Bush telah dihina dengan sangat jijik oleh seorang warga Iraq namun bagi mereka tindakan ini merupakan satu langkah yang tepat sesuai dengan apa yang telah dilakukan kepada dunia Islam.

Hakikatnya Muntadar sudah melampaui tugasnya sebagai seorang wartawan yang bertanggungjawab menulis berita dan dari segi perundangan beliau tidak boleh lari dari dibicarakan. Semasa memberi keterangan di mahkamah, Muntadar mempertahankan tindakannya dengan berkata, beliau menjadi terlalu marah dan tidak dapat mengawal perasaan apabila beliau melihat Bush mula berucap pada satu media di sini pada 14 Disember lalu.

"Saya hanya nampak Bush dan seolah-olah sesuatu yang hitam kelihatan pada mata saya.

"Sebaik sahaja Bush mula bercakap mengenai 'kemenangan dan kemajuan' di Iraq, ketika itulah saya melakukan apa yang saya lakukan," katanya di kandang tertuduh.

Sebelum sidang media itu, Muntadar menceritakan, beliau melihat pasukan keselamatan AS memeriksa wartawan Iraq dengan cara yang memalukan sebelum mereka dibenarkan memasuki bilik persidangan. Perbicaraan itu bermula pada pukul 10 pagi ini (3 petang waktu Malaysia) dengan puluhan penyokong yang berhimpun melaung-laungkan nama Muntadar dan menuntut beliau dibebaskan. Peguam bela dalam hujah pembukaan mereka berkata, protes luar biasa yang dilakukan oleh Muntadar itu tidak menyalahi undang-undang dan tuduhan terhadapnya patut digugurkan.

Bagaimanapun, kira-kira dua jam kemudian, Hakim Mahkamah Jenayah Pusat, Abdul-Amir al-Rubaie menangguhkan perbicaraan kepada 12 Mac ini, dengan menyatakan maklumat lanjut diperlukan mengenai lawatan Bush. Menurut hakim itu, mahkamah memerlukan masa untuk mendapatkan kepastian daripada Kabinet Iraq sama ada lawatan Bush itu "rasmi atau tidak rasmi."

Muntadar yang ditahan sejak kejadian tersebut boleh dikenakan hukuman penjara 15 tahun jika didapati bersalah menyerang seorang pemimpin asing, iaitu tuduhan yang difailkan terhadapnya oleh pendakwa raya. Jika Muntadar dibebaskan, ini sedikit sebanyak menunjukkan sistem kehakiman bebas dari pengaruh pihak tertentu dan dia akan berterusan dianggap sebagai wira.

Sebaliknya jika dia didapati bersalah, sistem perundangan akan mendapat malu kerana dituduh oleh rakyat negara ini dan masyarakat Islam seluruh dunia sebagai lidah barat dalam sisitem kehakiman.

Kini nasibnya terletak ditangan hakim malah perbicaraan ini pastinya bakal mencatat ujian bersejarah bagi sistem kehakiman Iraq, waima apa pun Muntadar sendiri akan terus dikenang dalam sejarah dengan tindakan beraninya itu.
-Utusan Malaysia Online-

.....erm....inilah dunia...yang lemah menjadi mangsa & teraniaya...

Pantun 4 kerat I


Orang Hilang &Negaraku

Duhai negaraku Malaysia tercinta
Makin tenat makin sengsara
Kes orang hilang di mana-mana
Hingga wakil-wakil rakyat pun terlibat sama...

Si penculik dan yang diculik
Punya matlamat dan impian masing-masing
Tak dapat cara baik, dicuba cara jelik
Kita di bawah kekal terkontang-kanting...

Seminggu dua diculik, akhirnya dipulangkan
Dengan rupa baru dan pendirian berbeza
Maka terpampanglah di berita muka depan
Taktik lapuk yang sukar sekali untuk diterima dan dipercaya...

Bilalah akan berakhir segalanya
Kalah menang yang dapat diterima dengan hati terbuka
Bukan merampas dengan cara sebaliknya
Di mana erti pejuang sebenar, itu pengecut namanya...

Duhai negaraku Malaysia tercinta
Moga rahmat Tuhan akan terus menaungi kita
Walau pelbagai onar dan dugaan melanda
Erm..sehingga berjumpa lagi di pantun 4 kerat II...

:)

Berita vs Ramalan Cuaca

Berita..berita..berita...
Erm..bukan xboleh nak dipercaya, tapi kadang2 lebih banyak yang palsunya..Barangkali apa yang benar dari berita tv pada hari ini hanyalah kes kemalangan yang berlaku, kalah menang bola sepak..Isu2 hangat yang lain tu kadang2 jadi macam ramalan cuaca je..Pembaca berita baru je sebut di tempat kita diramal cerah, tup2 kat luar hujan turun mencurah-curah..apa kes??
Macam tu la, bila isu2 'goreng pisang panas' masuk berita, kadangkala hanya jadi ramalan @ kisah yang diputar belitkan sahaja. Bila stesen2 tv di bawah pengaruh 'ikan2 jerung' tertentu, kita yang jadi 'ikan bilis' ni pun dah naik menyampah nak dengar & ambil tahu. Bukan sekarang baru diajar, sejak zaman nordin ahmad dolu lagi..kalau tak, mana mungkin wujudnya kenyataan "sultan adil sultan disembah, sultan zalim sultan disanggah"..Jangan nanti episod drama sultan Mahmud mangkat dijulang berulang kembali di zaman yang kononnya rakyat sudah merdeka ini..
Ntah di mana erti merdeka bila ketelusan, kejujuran & kebenaran hanya menjadi mainan.. Tersembunyi & disembunyikan di sebalik kepalsuan, kesalahan & pengkhianatan.. Dah macam main sembunyi2 lak ye..
Almaklum la, memang pun 'bapak segala ikan jerung' yang nampak macam jinak di luar tapi ganas dalam diam suka nak main sembunyi2..Dah jadi hobi dia agaknya, simpan & sorok puak2 ikan yang tak ngam, tak 'yes man' dgn dia..semuanya disorok di tempat kelahiran, dalam perut yang tak berapa nak aman.. bila dah sampai masa, dah cukup sabun pencuci, otak di'brain wash' cukup2..erm..selang seminggu dua, puak2 yang disorok pun akan keluarlah dengan wajah baru, rupa yang berbeza. Dah turut sama jadi spesies jerung lagaknya.
Jika yang mendengar & melihat terus percaya membabi buta dengan wajah yang kononnya tak tahu apa2..erm...bak kata nabil "lu pikir sendiri la" nak jadi apa...
Ai...dunia...dunia...bila harta & takhta menjadi raja, seringkali akal & maruah diri menjadi terhina..

Hitler itu mungkin ada benarnya..

Ini adalah kali pertama saya sampai ke Jerman. Semasa kecil apa yang saya tahu mengenai Jerman iaitu tenteranya di pihak yang jahat berperang melawan hero-hero Amerika. Ini semua adalah pegaruh filem Combat semasa zaman tersebut. Oleh kerana Amerika yang menerbitkan siri Combat tersebut, maka digambarkan merekalah di pihak yang benar dan Jerman di pihak yang salah. Alasan kejahatan tidak diketahui melainkan kerana hero yang ditabalkan berada di pihak tentera Amerika. Demikianlah cara sesebuah filem mempengaruhi minda manusia, terutamanya kanak-kanak. Apabila masuk ke sekolah menengah serta terdedah kepada bahan bacaan yang pelbagai, nama Adolf Hitler dan puak nazinya agak sinonim dengan Jerman di lintasan minda setiap kali perkataan Jerman itu disebut. Selain itu tidak banyak maklumat tambahan tentang Jerman yang saya baca.

Sebelum saya sampai ke Jerman, seminggu lepas saya menghabiskan buku yang ditulis oleh Seymour Rossel yang bertajuk The Holocaust. Sebagai Yahudi, beliau memang membela Yahudi dan mengutuk Hitler habis-habisan. Beliau mengutip maklumat daripada Encyclopedia Judia yang mendakwa bahawa Nazi telah membunuh sebanyak 5,820,960 Yahudi terutamanya Yahudi Poland dan Rusia. Saya tidak pasti sejauh manakah benar angka tersebut. Tapi yang pasti memang Hitler ialah seorang diktator yang sangat kejam. Membunuh dengan zalimnya bukan sahaja Yahudi, tetapi juga sesiapa sahaja yang menentangnya. Cara pembunuhannya juga begitu sistematik bagaikan kilang perusahaan yang teratur. Kekejaman itu tidak dapat diterima oleh sesiapa pun, malah di Jerman sehingga hari ini kekejaman itu masih dikutuk oleh rakyatnya.

Namun, di sebalik kekejaman yang disandarkan kepada Adolf Hitler, persoalan yang patut ditanya, mengapakah kempen Adolf Hitler bahawa Yahudi adalah bangsa yang bahaya, telah merosak dan mengancam Jerman, mendapat sambutan ketika itu? Ketika Hitler baru cuba muncul dalam politik Jerman pada tahun 1919, walaupun beliau seorang pemidato yang baik, beliau belum terkenal dan hanya beberapa orang sahaja yang hadir mendengar ucapannya. Namun selepas itu, apabila beliau membangkitkan dalam ucapan-ucapannya isu anti-semitic atau anti-Yahudi, rakyat Jerman mula membanjiri ucapannya dan menyokong gerakannya membenci Yahudi. Apabila Hitler dipenjarakan pada tahun 1923 selama 9 bulan, beliau menulis bukunya yang terkenal Mein Kampf. Sejak awal penulisan buku tersebut, Hitler menegaskan bahawa penderitaan ekonomi yang dihadapi oleh bangsa Jerman yang ketika itu adalah berpunca dari kejahatan Yahudi. Perasaan kebencian terhadap Yahudi dihidupkan dalam buku tersebut. Sebenarnya, Hitler bukanlah orang yang memulakan kepercayaan bahawa Yahudi adalah bangsa perosak.

Pada 1542, pemimpin Protestan Jerman, Martin Luther telah menulis tentang pembohongan dan kemerbahayaan Yahudi dalam bukunya Against The Jews and Their Lies. Pada kurun yang ke-14, Sepanyol dan Portugal memaksa masyarakat Yahudi hidup secara terpisah daripada bukan Yahudi. Pada 1516, di Venice, Itali, pihak gereja Katholik memerintah agar dibina tembok mengelilingi penempatan Yahudi yang dinamakan dengan Ghetto. Yahudi tidak dibenarkan keluar pada waktu malam sehingga menjelang fajar. Masyarakat awam Kristian pada ketika itu percaya bahawa Yahudi adalah bangsa yang jahat dan beramal dengan ilmu hitam. Pembinaan ghetto kemudiannya telah berkembang ke seluruh Eropah. Maka Yahudi Eropah dikepung di sebalik tembok ghetto, atau pekan-pekan khas hanya untuk mereka. Mengapakah masayarakat Eropah ketika itu bersepakat mempercayai Yahudi adalah kaum yang jahat? Jawapannya, samada kepercayaan itu adalah khurafat, atau mereka mempunyai asas pengalaman dengan bangsa Yahudi. Jikalau jawapannya yang pertama, Yahudi adalah memang bangsa yang teraniaya. Namun, jika jawapannya yang kedua, Yahudi dalam sejarahnya telah merosakkan kehidupan kehidupan manusia sehingga menjadi ketakutan kepada masyarakat Eropah, tindakan kejam atau rakus Adolf Hitler itu, sekalipun kejam dan tidak dapat diterima, namun ia secara tidak langsung mengurangkan jumlah kemerbahayaan Yahudi kepada masyarakat Eropah secara khususnya dan dunia amnya.
Jika kita lihat dalam sejarah Islam, di samping menyedari tentang tabiat Yahudi, namun Islam tidak pernah menghukum mereka hanya kerana mereka Yahudi, tetapi menghukum mereka berdasarkan tindakan mereka. Nabi SAW pernah mengizinkan mereka terus menetap di Khaibar yang subur. Namun mereka khianat, merancang dengan pihak musuh untuk menjatuhkan kerajaan Nabi SAW. Maka mereka pun diusir. Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab, beliau telah memberikan kepada Yahudi penempatan dan keamanan di Alia, Palestin. Kebebasan beragama dan hidup diberikan dengan jelas serta termaktub dalam pengisytiharan khalifah agung tersebut. Namun, seperti biasa, Yahudi terus khianat. Sejarah pengkhianatan Yahudi bukan bermula sejak kemunculan pemikiran zionisme, tetapi sejak lama dahulu. Sejak kisah mereka dengan para nabi yang mengalami berbagai tragedi disebabkan kerenah mereka. Pun begitu, Islam tidaklah menghukum secara ‘borong’ dengan menyatakan setiap individu Yahudi itu jahat. Walaupun secara umumnya rekod Yahudi memanglah buruk, namun ini tidak menafikan kemungkinan adanya mereka yang baik di kalangan Yahudi. Tetapi rekod Yahudi secara umumnya, memanglah buruk. Ini diakui sendiri oleh Abd Allah bin Salam sendiri ketika beliau menganut Islam bahawa Yahudi adalah kaum yang kuat berdusta.

Kita bukan anti kaum tertentu, atau anti-semitic secara membabi buta seperti Hitler atau masyarakat Eropah dahulu. Namun jika kita melihat Yahudi Israel hari ini mengkhianati perjanjian atau bersikap jahat, itu bukanlah perkara baru dan pelik untuk mereka kerjakan. Maka, kepercayaan HITLER ITU MUNGKIN ADA BENARNYA…

Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mingguan Malaysia, 18 Januari 2008.

While we watch a Nation BLEEDS...

While we watch a Nation BLEEDS...
While we watch as standers by, while we stand here today and speak more innocent children and die,While our leaders hide their faces in shame, and decide who, what and where to put the blame…
Over 600 civilians are now dead, as Israel continues its deadly game
while the entire human race witnesses gruesome acts of murder as they are shown for fleeting seconds an entire nation bleeds yet who will they beckon,
Who will they call to come to their aid, who will save the innocent when the super power is getting paid
While Israel plots, plans and decrees, a nation is wiped out like the forests of the trees
And yet we have whole movements that opposes the logging of trees, so y the need for a movement to help a nation down on its knees
while bombs rip through their makeshift homes burn everything to ashes leaving only the bones, while we watch in utter despair, our government leaders, and Kings rest in their air-conditioned chairs!

While the deaths of the Palestinians rise, the Israelis celebrate their ultimate prize
It's a game they are determined to win, whatever the cost, and however great the sin
As we ask the questions why, over the years thousands have died
How can it be a tolerated crime? When Israel gets away with murder time after time
What name do we give to this, stones against rockets that fail to miss?
Where is the justice? Where is the basic human right? How can it be possible when Israel is doomed in sight.
To Israel and its supporters, listen loud and clear
Listen to these words for you will shiver with fear
Your power is in your weapons limited by your cowardly face, And our power comes from the sky from the purest of the ultimate grace
For God is watching and your doom is near, you will perish very soon from your own cowardly fear
You fight children, mothers and wives, from your aeroplane widows you watch them die
You bomb mosques, homes and schools, you are the devils swimming in bloody pools
You fear no punishment from the great, but you will face a very grave fate
And you will pay for every child left homeless, every mothers tear
You will pay, a price so dear
For justice will prevail despite the pain, and in the end Palestine will gain
Israel will be banished from the Palestinian land
We will all stand together hand in hand
All the nations together as one, we will condemn this terrorist gun

It’s Time to wake up
Time to rise
Time to speak out against Israeli crimes
Time to let them know….
If they are after the real terrorists
They should look in the mirror
For not only are they Terrorists but first class murders
On any level and to the highest of scales

Kempen Boikot Israel


welcome 2009

a new year...

a new target..

a new dreams...

a new me..

a new you...

a new us...

a new everyone...


ya...hopefully...

SALAM MAAL HIJRAH 1430

1 Muharam 1430H

salam maal hijrah 1430..moga yang di hadapan lebih baik dari yang terdahulu..
"Life only pass us once; today's moment becomes tomorrow's memory. Enjoy every moment, good or bad, Coz the gift of life is life itself"

BERITA PALING MENARIK MALAM INI...

Baru sahaja habis menonton berita di tv...dalam banyak2 intipati berita yang dilaporkan, rasa-rasanya berita ni yang paling menarik..paling best..bagi saya la..mungkin tidak bagi orang lain. :)
Bush dibaling kasut !!!

DIAIBKAN... (Gambar besar) Muntadar Al-Zeidi bangun secara tiba-tiba dari tempat duduk bahagian pemberita dengan memegang kasut di tangan kanannya ketika Bush dan Perdana Menteri Iraq, Nuri Al-Maliki mengadakan sidang akhbar bersama di Baghdad, semalam manakala gambar di bawah (dari kiri ke kanan) dia melontar kasut ke arah Bush sambil melaungkan “Ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing! Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq.” Bush mengelak kasut yang dilontar dan berselindung di sebalik rostum ketika Muntadar mencapai satu lagi kasutnya sebelum melontar ke arah Bush sambil diperhatikan oleh Nuri Al-Maliki yang tergamam. – AP
So, any komen tentang berita ni???Pada saya la..kalo saya ada di tempat kejadian, sy akan nasihatkan si pembaling kasut (Muntadar) supaya ‘training’ lebih sikit untuk balingan lain kali…sayang sangat balingan dia kali ni hanya sipi2..tak kena betul2 kat kepala bush..isk..isk..isk…kalo kena kan lagi best..nk pulak kalo kasut dia tu jenis yg ala2 terompah ke..maunye jd benjol2 dahi bush macam hero 'hell boy'..hehehehehehe…

Salam Aidiladha...

Ketenangan dan kebahagiaan itu
letaknya di hati
Andai tidak kau temui ia
di sudut hatimu
Ke manakah lagi akan kau cari???

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1429H

Sajak video kematian

..rentetan isu 'hangat' buletin utama 8-11 Nov 2008...

Transkrip Video "Sajak Kematian" - malaysiakini

*Talkin...
Bismillahirrahmannirrahim...

Wahai hamba Allah... engkau kini telah kembali kehadrat Allah...

Wahai hamba Allah... setelah kami meninggalkan mu nanti... akan datang kepadamu dua makhluk... janganlah engkau takut dan bimbang... kerana mereka juga hamba Allah sepertimu... mereka akan mendudukkanmu... (latar belakang bacaan surah Yaasiin) dan bertanyakanmu -
siapa Tuhanmu..?
apa agamamu..?
siapa imam pemimpinmu..?
apa kiblatmu..?
siapa saudaramu..?

Hai hamba Allah... janganlah takut... jawablah dengan tenang... dan dengan lidah yang fasih lagi jelas...
Allah Tuhanku...
Islam agamaku...
Muhammad Rasulullah Imam pemimpinku...
Ka'abah kiblatku...Orang-orang Islam saudaraku...

*bunyi tapak kaki...
*malaikat...
Marobbuka... Marobbuka... (menjerit)MAROBBUKA...!!!

Wahai hamba Allah... mari kemari... kekampung asalmu... pulanglah dari kemaraan... apa yang kau bawa haaa..? apa yang kau bawa..?
Busuk..! busuk..!
Jijik, jijik...
Kenapa badan kau sebusuk ini...???
Apa yang kau buat sepanjang hidupmu..?
Cakap..! cakap..! CAKAP...!!!

*hamba Allah...
Saya derhaka dengan Tuhan... saya tak peduli Tuhan... (sambil mengerang)saya belakangkan Tuhan... saya...saya...saya...langgar apa saja dari Tuhan...

*malaikat...
Tapi sekarang... (menjerit)ENGKAU TAK DAPAT LARI LAGI DARI TUHAN BUKAN...???

*hamba Allah...
(mengerang menjerit)TUHAN...!!! TUHAN...!!! ampunkan aku...

*malaikat...
Apa lagi kerja engkau didunia..?

*hamba Allah...
(merintih)Saya sombong... tamak... hasad... pemarah... dendam... besar diri...... tinggi diri... saya berlagak bagai tuan... tidak membawa watak hamba Allah......

*malaikat
(menjerit)PUKUL...!!! PUKUL...!!! (latar belakang bunyi seksaan kubur, sebatan dan jeritan mengaduh kesakitan)...

*malaikat...
Boleh engkau sombong sekarang..?

*hamba Allah...
Tuhan...... ampunkan saya...

*malaikat...
BUSUK...!!! BUSUK...!!! APA LAGI YANG KAU BAWA...???

*hamba Allah...
(terketar-ketar)saya... pecah belahkan orang... saya... salahgunakan kuasa dan wang...... saya zalimi isteri dan anak-anak... serta ibubapa... Tuhan tolong ampun.........

Saya halang... orang berdakwah... saya hancurkan ekonomi orang Islam...

*malaikat...
(menjerit)PUKUL...!!! PUKUL...!!! (latar belakang bunyi seksaan kubur, sebatan dan jeritan mengaduh kesakitan)...

RASAKAN...!!! RASAKAN...!!!

*hamba Allah...
(merintih menjerit memohon ampun...)

baca lagi di:
http://perisik-rakyat.com/2008/11/transkrip-video-sajak-kematian.html

p/s:barangkali dunia kian terbalik..ibu bapa & pak menteri risau bila ank2nya & rakyatnya jadi insaf selepas menonton video ini..tp tdk pernah risau bila ank2nya & rakyatnya terpengaruh dgn video2 negatif yg lain..serta video yg mendidik ke arah negatif dalam diam..erm...

SALAM AIDILFITRI...

1 Syawal 1429H


headline hari ini...

25 Syaaban 1429H

Anda di luar sana boleh memilih untuk membaca mana-mana akhbar sekalipun...apa yang pasti 'main point' yang ingin disampaikan tetap sama.."KEMENANGAN DSAI DI PERMATANG PAUH"..cuma mungkin diolah dalam bentuk yang berbeza-beza..

Barangkali 'moral of the story' nye ialah... zaman dah berubah, dunia dah maju...fikiran & pemahaman rakyat juga sudah semakin jelas dan tegas dalam menentukan ke mana arah negara.. :) :)

harapan baru rakyat malaysia...

hari ini dalam sejarah...

24 Syaaban 1429H

Hari ini dalam sejarah...sepertimana yang sekalian rakyat sedia maklum, hari ini berlangsungnya Pilihanraya kecil bagi kerusi parlimen P44 Permatang Pauh, Pulau Pinang.. Calon yang bertanding:
  • Dato Seri Anwar b Ibrahim (PKR)
  • Dato Ariff Shah b Omar Shah (BN)
  • Hanafi b Mamat (AKIM)

Secara realitinya, semua orang tahu perlawanan sebenar ialah antara PKR & BN..AKIM mungkin sekadar menjadi pemecah undi sahaja..

tit..tit..one message received...

"Salam sahabat..hari ni kampus ----- bercuti sempena pilihanraya..sayangnya ukhti xde d cni, kalo tak boleh b'sama2 ke p'matang pauh.."

mesej dari teman sekampus..ye..sayangnya kini berada di negeri kelahiran sendiri..kalau masih di Pulau Pinang, boleh juga turut serta menyaksikan fenomena gelombang rakyat di sana..

TAKBIR!!! ALLAHU AKBAR...

Mereka mempermainkan @ kita yang dipermainkan????

13 Syaaban 1429H

Dunia politik hari ini dilihat kian bercelaru. Semakin menjadi 'cacamerba' dengan pelbagai isu yang menyesakkan dada dan fikiran rakyat jelata. Tidak mahu mengambil tahu, anda digelar "Katak di bawah tempurung", ketinggalan zaman dengan isu-isu terkini. Mahu berlebih-lebihan mengambil tahu, anda boleh dianggap terlalu fanatik. Jadi, jalan pintasnya BERADALAH DI PERTENGAHAN TETAPI HARUS MEMPUNYAI PEGANGAN...

Dalam Islam, politik merupakan salah satu cabang yang penting, kerana melalui jalan politik inilah kesinambungan kepimpinan itu dapat diteruskan. Istilah siasah, musyawarah, syura sebenarnya sudah sebati dalam sejarah Islam. Cuma yang menjadi masalahnya, di zaman-zaman penghujung ini, bertambah ramai 'tangan-tangan' makhluk yang mengaku sebagai khalifah di muka bumi mengotori serta mencemari dunia politik ini.

Firman Allah dalam Surah Rum ayat 41 bermaksud:
TELAH timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (ar-Rum: 41)

Secara peribadinya saya merasakan dalam apa situasi sekalipun KITA BOLEH MENYOKONG SESUATU NAMUN TIDAK MENYOKONG DENGAN MEMBUTA TULI... dan ..... KITA JUGA BOLEH MEMBANGKANG SESUATU TETAPI TIDAK KETERLALUAN MEMANDANG SERONG... Dalam bahasa mudahnya, apa yang baik kita ikuti, apa yang buruk kita berusaha untuk menjauhi. Sesuatu yang pasti ialah setiap pihak, setiap insan pasti ada baik dan buruknya. Tidak wujud 'insan kamil' kerana hanya DIA yang berhak memiliki kesempurnaan..

Dan bilamana harus memilih satu antara dua, pertimbangkanlah kesemua aspek dengan merujuk kepada kedua-dua sumber. Setelah itu tetapkanlah keputusan sendiri. Jangan biarkan diri kita terus 'TERTIPU DALAM TERANG, PERCAYA DALAM KESAMARAN'...

kebenaran itu pasti akan tersingkap jua...
takbir...ALLAHU AKBAR!!!

Sekitar Sukan Olimpik Beijing 2008

9 Syaaban 1429H
Dalam berita sukan kat buletin utama sat2 td br je duk sebut psl badminton..erm, sptmana yg diharapkan..wat mase ni Lee Chong Wei menepati ramalan..semenjak dua tiga menjak ni dh ramai org agaknye kembali b’minat dgn badminton..mungkin sejak bintang Lee Chong Wei kembali bersinar..yela, dolu2 org cuma suka badminton mase zaman penguasaan anak2 Sidek je..mase tu la bawa Piala Thomas keliling Malaysia..kalo xsilap tahun 1992..mase tu gah zmn sek lg..tp mmg dh mula suka kat sukan nie..
#########################################################
PIALA THOMAS 1992, KUALA LUMPUR
Tanggal 17 Mei 1992 merupakan catatan sejarah bagi Malaysia apabila ia berjaya merampas kembali Piala Thomas selepas menewaskan Indonesia dalam perlawanan terakhir pertandingan badminton antarabangsa yang berprestij itu.




#######################################################

Skrg ni bila Lee Chong Wei kembali hangat, ditambah dgn yg lain2 cam Mew Choo, beregu skit2 (Zakri Latif..Fairuzizwan..Chong Tan Fook..Lee Wan Wah..) nampaknya minatku pada sukan ni dah kmbali..pantang ade live kat tv..kalo xde keje, 4 sure duk kat depan tv..ngadap badminton smpai abis..

Td Wong Choon Han dh kalahkan Taufiq Hidayat..erm..satu peningkatan tu..nmpk gaye cam badminton ade harapan cerah je kat olimpik ni..xkisah le pingt pe pun, janji bawa balik pingat ye..mmg le ramai yg letakkan harapan utk dpt emas..tp kalo xdpt pun..nk wat camne..mgkn blm masenye..Dr Tuah kata “kita kena bersedia utk hadapi yg t’buruk..w’pun kita slalu menginginkan yg t’baik tp jgn lupa bersedia utk hadapi kemungkinan yg t’buruk..”

Cuma yg wat rase sedih skit sbb xde wakil kaum sndiri yg menonjol..agak t’kilan gak la..mmg support Lee Chong Wei cuma kalo ade dr kalangan bangsa seagama sndiri kan lg bagus..pastu nk lagi bagus, dlm sukan ade peraturan baru yg menekankan bab pakaian yg lbh b’sopan..yg menutup aurat mungkin.. macam sblm ni kan penah je ada atlit Bahrain (Ruqaya Al Ghasara) yg masih mampu memenangi emas 200 meter wanita di Sukan Asia walaupun pakai seluar panjang, baju lengan panjang,tudung menutup kepala..

kalo lelaki yg jd atlit, lg senang nk tutup aurat..cuma pastikan seluar tu labuh skit je,bawah paras lutut..xpun leh pakai seluar cam yg Nor Saiful Zaini pakai mase dia main hoki tu..sekurang-kurangnya cuba gak utk mengikuti tuntutan syariat..pe la sangat kan..bukannye susah pun..
same2 la kita cuba menurut kehendak DIA yg menciptakan kita semua..KALAU PUN TIDAK DAPAT UNTUK DIIKUTI SEMUANYA..JANGANLAH DITINGGALKAN SEMUANYA..
buatlah sekadar yg t’mampu..berusaha b’sungguh2 utk mencapai redha-NYA..wallahu a’lam..