isu semasa
Firman Allah dalam Surah Rum ayat 41 bermaksud:
TELAH timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (ar-Rum: 41)
Mereka mempermainkan @ kita yang dipermainkan????
13 Syaaban 1429HDunia politik hari ini dilihat kian bercelaru. Semakin menjadi 'cacamerba' dengan pelbagai isu yang menyesakkan dada dan fikiran rakyat jelata. Tidak mahu mengambil tahu, anda digelar "Katak di bawah tempurung", ketinggalan zaman dengan isu-isu terkini. Mahu berlebih-lebihan mengambil tahu, anda boleh dianggap terlalu fanatik. Jadi, jalan pintasnya BERADALAH DI PERTENGAHAN TETAPI HARUS MEMPUNYAI PEGANGAN...
Dalam Islam, politik merupakan salah satu cabang yang penting, kerana melalui jalan politik inilah kesinambungan kepimpinan itu dapat diteruskan. Istilah siasah, musyawarah, syura sebenarnya sudah sebati dalam sejarah Islam. Cuma yang menjadi masalahnya, di zaman-zaman penghujung ini, bertambah ramai 'tangan-tangan' makhluk yang mengaku sebagai khalifah di muka bumi mengotori serta mencemari dunia politik ini.
Firman Allah dalam Surah Rum ayat 41 bermaksud:
TELAH timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (ar-Rum: 41)
Secara peribadinya saya merasakan dalam apa situasi sekalipun KITA BOLEH MENYOKONG SESUATU NAMUN TIDAK MENYOKONG DENGAN MEMBUTA TULI... dan ..... KITA JUGA BOLEH MEMBANGKANG SESUATU TETAPI TIDAK KETERLALUAN MEMANDANG SERONG... Dalam bahasa mudahnya, apa yang baik kita ikuti, apa yang buruk kita berusaha untuk menjauhi. Sesuatu yang pasti ialah setiap pihak, setiap insan pasti ada baik dan buruknya. Tidak wujud 'insan kamil' kerana hanya DIA yang berhak memiliki kesempurnaan..
Dan bilamana harus memilih satu antara dua, pertimbangkanlah kesemua aspek dengan merujuk kepada kedua-dua sumber. Setelah itu tetapkanlah keputusan sendiri. Jangan biarkan diri kita terus 'TERTIPU DALAM TERANG, PERCAYA DALAM KESAMARAN'...
kebenaran itu pasti akan tersingkap jua...
takbir...ALLAHU AKBAR!!!
2 comments:
aku bukan katak..
bukan juga naga dewata.
namun aku punya upaya..
memilih apa yang aku suka.
satu prinsip sy,ALLAH SWT. takkan membiarkan seseorg hambanya difitnah sehingga menjatuhkan maruahnya..sebegitu sekali..sy akan memerhati..balasan ALLAH SWT..siapa benar akan terbukti jua akhirnya nanti..
Post a Comment