monolog

akhirnya...

8:30 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

22 Syaaban 1429H

Akhirnya..sampai juga ke penghujung minggu. Ya, waktu & masa itu sentiasa berputar..akur menjalankan tugasnya, beredar hari demi hari lantas meninggalkan kita dengan cebisan-cebisan kenangan serta pengalaman hidup..

Erm...minggu yang memenatkan..Rasanya sepanjang bulan ini, minggu yang baru berlalu inilah yang paling penat..Penat dengan pelbagai rasa, MARAH..KECEWA..GEMBIRA..BERSYUKUR.. kesemuanya bercantum di dalam satu jiwa.. Walau tak kesemuanya diterjemahkan ke alam nyata, tapi sememangnya minda cukup penat mengharungi liku-liku hidup seminggu ini..
Kalau langsung tak marah pada perkara-perkara yang berlaku, macam tak normal lak nanti.. hehehe...tapi amarahku tidaklah setinggi mana, tidaklah sampai boleh mengalahkan gunung fuji kat jepun tu...sekadar 'marah-marah manja' sahaja pada insan-insan yang kadang-kadang menguji kesabaran..

Maklum sajalah 'RAMBUT SAMA HITAM TETAPI HATI LAIN-LAIN'..rasa-rasanya zaman sekarang ni peribahasa tu macam dah kurang relevan sebab dah ramai manusia yang dok pakat-pakat tukar warna rambut..jadi pe kata ubah sikit peribahasa tu jadi macam ni...'HATI SAMA MERAH TETAPI FIKIRAN LAIN-LAIN'..boleh gitu??????

Semalam ada ujian SPA..soalan yang tiba-tiba buat diri sendiri jadi macam 'blur' je..
"Piala Dunia 2010 akan berlangsung di........"
Isk.....isk....isk...bab-bab bola sepak ni memang tak tahu & jarang sangat diambil tahu.. walaupun selalu kena jadi tukang teman tak rasmi & tukang buat air tak rasmi kepada peminat-peminat bola kat rumah tu..hehhe... :(

0 comments: