Tazkirah

MARHABAN YA SYAABAN..

8:43 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

1 Syaaban 1429H

Kelebihan Bulan Syaaban


  1. Sabda Nabi S.A.W. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. (Al-Hadis)
  2. Barangsiapa berpuasa pada awal Khamis pada bulan Syaaban dan akhir Khamis daripada Syaaban, dimasukkan dia ke dalam syurga. (Al-Hadis)
  3. Berkata Siti Aisyah R.A., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasulullah S.A.W. adalah bulan Syaaban.
  4. Sabda Nabi S.A.W.: Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).
  5. Sabda Rasulullah S.A.W.: Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban.
  6. Sabda Nabi S.A.W.: Allah menilik kepada hamba-Nya pada malam nisfu Syaaban maka diampunkan dosa segala makhluk-Nya melainkan orang yang syirik dan orang yang tidak bertutur dengan saudaranya.
  7. Tersebut dalam kitab Al-Barokah: Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan di laut berpuasa mereka pada hari nisfu Syaaban.
  8. Sesiapa sembahyang pada malam nisfu Syaaban daripada umat Muhammad S.A.W. terlebih afdhal daripada ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberi tahu kepada Nabi Isa lalu Nabi Isa pun berdoa kepada Tuhan: Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad S.A.W.
  9. Kata Syeikh Abdul Qadir Al-Kilani di dalam Ghaniah: Bahawa malam nisfu Syaaban adalah hari raya malaikat, begitu juga pada malam Lailatul Qadar mereka tidak tidur, dipenuhi dengan amal dan ibadat sepanjang malamnya. Dan bagi anak-anak Adam berhari raya pada siang hari dengan berpuasa dan ibadat, kerana mereka tidur pada malamnya.
  10. Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam nisfu Syaaban enam orang:

- Orang yang kekal minum arak.

- Orang yang durhaka kepada kedua ibu bapanya.

- Orang yang kekal dalam zina.

- Orang yang berkelahi.

- Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah dusta.

- Orang yang memperlagakan orang lain supaya berkelahi.

0 comments: