monolog

Suatu permulaan yang BARU

8:30 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


"Kehidupan ini hanyalah untuk 3 hari. Hari yang telah b'lalu, maka tiada lagi kesempatan untuk kita mendapatkannya semula. Hari esok yang kita tidak ketahui, adakah dapat untuk menikmatinya lagi atau tidak. Dan hari serta saat di mana kita sedang berada di dalamnya. Oleh itu, manfaatkanlah hari di mana kita sedang berada di dalamnya dengan sebaik-baiknya..."
(Nabi Isa a.s.)



HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI

1. Semalam : Sudah menjadi sejarah
2. Hari ini : Apa yang sedang kita lakukan
3. Hari esok : Hari yang belum pasti

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama. Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
1. Nafas Naik
2. Nafas Turun

Hargailah nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya. Bertaubatlah dalam nafas yang kedua kerana mungkin nafas itu yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa dan Roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT:
1. Kekal di dalam neraka
2. Kekal di dalam syurga

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan hilang salah satu darinya maka hilanglah ia. Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT...



salam alaik..
hari baru, bulan baru..moga kita juga meneruskan kehidupan dengan azam yang baru.. azam untuk m'perbaiki diri agar hari ini lebih baik daripada yang terdahulu..


0 comments: