monolog

KERJA SENANG HATI SUSAH...

8:51 PM Rashidah Abd Hamid 3 Comments

18 Syaaban 1429H

Kerja senang, hati susah @ kerja susah hati senang...yang mana satu pilihan anda??? Agaknya jika diberi peluang untuk memilih, pasti ramai yang inginkan "kerja senang, hati pun sonang.." Tapi hakikatnya, dalam hidup kita tak punya banyak kesempatan untuk memilih.. Mungkin apa yang kita perolehi sekarang, kadang-kadang bukan seperti yang kita inginkan. Walau bagaimanapun, sesuatu yang ditentukan oleh Tuhan untuk kita itu pastinya adalah yang terbaik untuk diri kita sendiri, cuma mungkin saat ini...detik ini...kita terhijab, tak nampak sesuatu hikmah di sebaliknya..
Sekadar contoh rekaan semata-mata (tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia)...
Mungkin kita bekerja dengan hati yang susah walaupun bebanan kerja itu tidaklah sesusah mana..tidaklah terlalu membebankan, meng'stress'kan..soal kerja selalunya dapat diselesaikan sepertimana yang diminta tapi yang jadi masalahnya hampir SETIAP HARI tiadanya DAMAI DI HATI...kiranya kes 'DAMAI YANG HILANG' la ni...heheheh...
Kalau cuma kerja sahaja yang selesai, tapi masalah dengan para pekerja tak pernah selesai...susah juga kan..dalam salah satu buku motivasi yang pernah dibaca, ada tertulis begini.. "Dalam sesuatu perhubungan sesama manusia tidak kiralah sesama rakan sekerja ke, rakan sekolah ke, masyarakat umum ke...salah satu antara prinsip utama ialah "MENGHORMATILAH JIKA INGIN DIHORMATI"...dalam erti kata lain, jika kita mengharapkan orang lain berbuat baik dengan kita, kita harus mulakan terlebih dahulu.. begitulah juga, jika ingin orang lain menghormati serta mendengar pendapat kita...kita juga harus belajar mendengar dan menerima pendapat orang lain terlebih dahulu...
Adilkah jika diri sendiri hampir setiap hari mengguris perasaan orang lain dengan kata-kata yang tidak berlapis tetapi mengharapkan orang lain bercakap sopan-santun dengan kita...
Adilkah jika diri sendiri hampir setiap hari melemparkan kata-kata sumpah seranah kepada orang lain tetapi memohon orang lain berlemah lembut dengan kita...
Adilkah jika diri sendiri sering memperlekehkan pendapat orang lain tetapi mengharapkan orang lain menerima dan menyokong pendapat kita...
Adilkah jika diri sendiri tidak bercampur gaul dengan orang ramai tetapi mengharapkan orang ramai memahami dan menurut kehendak serta arahan kita...
Adilkah demikian?????
Jika hanya seorang sahaja yang tidak menyenangi sikap kita, mungkin boleh dikatakan si polan itu cuma dengki @ cemburu terhadap kita..
Tapi kalau 'sudah terang lagi bersuluh' ramai yang tidak mampu sependapat @ 'sebulu' dengan kita...erm..barangkali ada dua kemungkinan:
- kemungkinan pertama kita dari golongan yang teraniaya..
- kemungkinan yang kedua..orang cina cakap..."SENDILI MAU INGAT LA..."
......sekadar coretan: ahli biasa yang tak punya apa2 kuasa.....

3 comments:

Anonymous said...

sama2lah kita berdoa agar 'mereka' akan sekurang2nya menyedari kesalahan mereka..

Anonymous said...

gaji berasaskan kerja?
menarik tak? sape yang buat kerja, dia dibayar gaji, sape yang banyak cakap tapi tak bawak ape2 makne (kira modalnya air liur)tak payah la bayar gaji. atau bayar gak la, bayar duit minyak dia datang keje ari2. huhuhu... sinis bukan?

so kesimpulannya disini, cik damaiyanghilang tak perlu risau kan orang, depa ada mulut, lantak depalah...janji keperibadian cik damai (maaf guna singkatan), tetap terpelihara ok. .

takbir! minyak da turun 15 sen!

koboi said...

adakala perkara yang tesirat ada baiknya di selesaikan secara berdepan.menyimpan perasaan dalam hati bisa mendatangkan dendam yang boleh berakhir dengan perkara yang yang tak dijangka atau sekurang-kurangnya mencetuskan umpatan.
p/s; minyak turun 15sen jer.